Thursday, July 28, 2011

KJ: Perhimpunan Haram Bukan Amalan Rakyat Negara Maju


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata adalah tidak benar bahawa perhimpunan haram menjadi perkara biasa dan diterima oleh masyarakat kota raya besar di negara lain.

Beliau berkata memang wujud demonstrasi di bandar raya lain tetapi ia bukannya boleh diadakan sesuka hati, dan jika adapun, ia tidak menimbulkan masalah dan pesertanya tidak melakukan provokasi terhadap polis.

Bercakap di seminar Gagasan 1Malaysia, Rembau Negeri Sembilan, pada Rabu, beliau berkata hujah pembangkang kononnya kerajaan menyekat kebebasan bersuara ternyata tidak tepat kerana di Amerika Syarikat misalnya, penganjur demonstrasi perlu memohon permit untuk perhimpunan walaupun perlembagaan negara itu memberi jaminan mengenai kebebasan bersuara.


Khairy berkata agenda pembangkang di negara ini dalam mengadakan perhimpunan adalah untuk melakukan provokasi terhadap polis dengan niat untuk menunjukkan keburukan pihak berkuasa jika polis bertindak balas.

"Perhimpunan haram yang dianjurkan tempoh hari sebenarnya sudah lari dari matlamat asal...tajuk dulu ialah untuk pilihan raya yang adil tetapi semasa berhimpun, sudah jelas bahawa mereka mempunyai motif politik yang buruk," katanya.

5 comments:

Anonymous said...

Ambiga mahu meletakan hak agama melayu sebaris dgn agama2 lain.. Itu je matlamat BERSIH!

Anonymous said...

berfikir sblm menyusahkan rakyat!

Anonymous said...

PATRIOT PUN X PATUT TURUN TEMPOH HARI..BARULAH SENANG RAKYAT NAK MENILAI NIAT GENG2 BERSIH TUE...LAIN KALI JGN BUAT LAGI YER KHAIRY

Anonymous said...

Patriot turun utk mempertahankan negara dr dicemari oleh pengkhianat negara!

Anonymous said...

kahkahkah KPU haram tahu bercakap je, hahahahahahahaha,import Bangla joint Patriot, huahuahua,