Thursday, July 28, 2011

Panas! Kerana Duit Blogger Pas Bertelagah!

Akhirnya terbongkar juga! Perjuangan yang dibawa oleh puak Pas selama ini sebenarnya adalah perjuangan palsu!

Kerana duit mereka sanggup lacurkan perjuangan mereka. Mereka dibayar semata-mata untuk meracuni pemikiran dan lakonan mereka hanya sekadar untuk meraih simpati kepada rakyat!

Perjuangan mereka bukan kerana perjuangan yang sejati, iklas untuk agama bangsa dan negara!

Ikuti luahan Aduka Taruna blogger Pas dibawah dan fikir-fikirkanlah...

Greenboc dituduh menggelapkan duit.

Oleh : AdukaTaruna

Gua tahu cerita ini. Tapi tiada bukti untuk gua melanggar Greenboc. Malah, Greenboc pada gua tidak mampu mengubah dasar atau polisi negara. Dan gua pernah suarakan supaya Greenboc disiasat di TKO.

Hari ini, takdirnya, Moderator TKO, Wan JTK membangkitkan hal yang sama. Maka, gua menerbitkan artikel ini dengan memberi peluang kepada si penuduh dan tertuduh mempertahankan diri masing2.


Tanpa bukti pada gua, ianya mengisahkan Greenboc yang menggelapkan duit kepada rakan TKO. Dan kini, Wan JTK meminta gua dan PAS refrom tidak senyapkan korupsi Greenboc. Gua akan berada di pihak orang yang berjaya membuktikan dia benar. Itu kemampuan manusia. Lebih dalam dari itu Allah nilaikan. Kita hanya ada hak menilai bukti2 fizikal dan jasad.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Facebook Sokong Muhyiddin Sebagai PM Usaha Terdesak Pembangkang


Parti pembangkang dilihat semakin terdesak untuk meraih kuasa pentadbiran di negara ini apabila terus-menerus menyerang kerajaan Barisan Nasional/BN dengan pelbagai fitnah dan tohmahan semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

Terdahulu laman sosial Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digondam pihak tidak bertanggungjawab yang mengeluarkan komen-komen negatif dan isyarat lucah memburukkan beliau dan kerajaan BN.

Terbaru satu laman sosial, "Kami Sokong Muhyiddin Sebagai Perdana Menteri Malaysia" diwujudkan dengan tujuan memburukan imej Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

URL : http://www.facebook.com/pages/Kami-Sokong-Muhyiddin-Sebagai-Perdana-Menteri-Malaysia/168360329900258?sk=wall&filter=2

Blogger Pembangkang memainkan peranan untuk meracun pemikiran rakyat.
Sumber gambar dari blog pembangkang: Manjongmari

Dan jelas kita lihat disini pakatan pembangkang akan melakukan pelbagai taktik dalam cubaan mereka untuk merosakkan kepercayaan rakyat.

Tindakan mereka mencipta pelbagai fitnah bagi memburukkan Umno/BN menyebabkan Pakatan Pembangkang kini boleh disifatkan sebagai Pakatan Kurang Upaya, sehingga terpaksa menagih simpati rakyat dengan cara sedemikian hina.

Kalau ditanya aku, kanapa harus memperjuangkan Umno/BN... Jawapanya ialah Pakatan Pembangkang (PR) harus ditolak mentah-mentah oleh rakyat Malaysia kerana mereka tidak layak bagi memerintah negara.

Pesta Fun Fair Cemari Kesucian Bulan Ramadhan

Kerajaan Pulau Pinang DAP baru-baru ini meluluskan permit bagi pihak yang tidak bertanggungjawab mengadakan Pesta fun Fair yang bertempat bersebelahan pusat membeli-belah terkenal di Pulau Pinang QueensBay Mall.

Tanah kosong yang  dimiliki oleh pengusaha Jepun dan empunya Queensbay seluas 3 ekar itu yang menjadi rebutan dan hangat diperkatakan ketika ini kerana lokasinya yang stategik untuk pusat riadah dan sebagainya.

Guan Eng ketua menteri seratus ringgit terkenal dengan propaganda murahan dengan mengunakan nama pemimpin tersohor islam Umar Abdul Aziz memainkan peranan utama dalam melalaikan golong remaja terutama berugama Islam.

Kononnya membela nasib melayu akan tetapi agenda jahatnya kini telah terkoyak satu-persatu. Kini apa yang dipertikaikan oleh penduduk sekitar bayan-baru dan Pulau Pinang adalah kenapa apabila tiba bulan puasa baru mereka mengadakan Pesta fun fair tersebut.

Pada tiba ramadhan sepatutnya umat islam digalakan untuk mengimarahkan masjid serta surau, dengan adanya Pesta Pulau Pinang ini sudah pasti golongan muda yang kebanyakan akan pergi ke Fun Fair tersebut dan pasti bukan kemasjid.

Apa kata rakan sekutu DAP terutamanya Pas? Adakah mereka akan terus tunduk menghalalkan DAP terus merosakan aklak anak muda di Pulau Pinang?

Info: Mat Kilau Penang http://tinyurl.com/3dynda6

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone