Showing posts with label Muhyiddin. Show all posts
Showing posts with label Muhyiddin. Show all posts

Saturday, December 3, 2011

Muhyiddin Dan Perwakilan UMNO Ikrar Setia Kepada Parti #PAUMNO


Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak seramai 5,447 perwakilan daripada 191 bahagian yang hadir pada perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra untuk bersama-sama beliau melafazkan ikrar sebagai lambang taat setia kepada parti demi kelangsungan perjuangan memartabatkan agama, mengangkat maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta.

Berikut lafas ikrar setia kepada parti..

Marilah kita bersama-sama bangun dengan semangat kesatuan dan kesepakatan, kejujuran dan keikhlasan, keyakinan dan kesungguhan untuk meraih sokongan padu rakyat demi kemenangan parti kita, kata Timbalan Perdana Menteri.

Ikrar itu berbunyi: "Kami orang UMNO, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

"Kami orang UMNO berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya nanti.

"Kami orang UMNO bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah s.w.t, bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-13.

"Kami orang UMNO berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihan raya nanti,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Lafaz ikrar tersebut dilakukan pada akhir ucapan penggulungan beliau pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2011.

Friday, September 30, 2011

DS Najib Lancarkan Van Serbaguna SHEB


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan van serbaguna Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO pada majlis yang berlangsung di perkarangan Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Najib, yang juga Presiden UMNO, turut masuk ke dalam van untuk melihat pelbagai peralatan dan kemudahan canggih yang disediakan bagi kemudahan masyarakat bandar.



Beliau kemudian menurunkan tandatangan pada badan van serbaguna yang mempunyai pelbagai fungsi termasuk sebagai klinik, bilik gerakan pilihan raya, pusat internet, pentas ceramah khas dan pusat temu duga.

Ia turut berfungsi sebagai medium untuk mempromosikan Barisan Nasional dan mendekatkan gagasan itu dengan masyarakat.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Najib selepas itu mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di ibu pejabat UMNO.

Terdahulu, Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat di surau Jumaat Ar-Rahman, PWTC.

Friday, July 29, 2011

Najib: BNYHOPE Pendekatan Model Politik Baru Selesaikan Isu Rakyat


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa badan-badan politik dan sayap-sayap parti mengambil pendekatan berasaskan ‘model politik baru’ berbanding cara konvensional dalam usaha mereka menuntut kerajaan melakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah rakyat yang difikir perlu dilakukan.


Jelas Perdana Menteri langkah itu merupakan satu daripada cabang transformasi politik yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan ketika ini.

Beliau berkata mengikut cara konvensional, lazimnya suatu usul ataupun ketetapan dibuat oleh parti politik atau sayapnya bagi mendesak kementerian yang berkenaan atau kerajaan bagi melaksanakan sesuatu yang difikirkan perlu.


“Sebaliknya melalui model politik baru, badan-badan politik dan sayap-sayap dalam pertubuhan seperti Barisan Nasional (BN) dianjur mengambil inisiatif untuk mengadakan sesuatu program yang hasilnya akan dapat menyelesaikan isu dan masalah rakyat yang dibangkitkan.

“Dengan cara ini, kita akan mendekatkan parti dengan rakyat, (dan) rakyat tidak perlu bergantung kepada pihak lain,” katanya yang juga Pengerusi BN ketika melancarkan Pameran Program Miliki Rumah Sendiri Pemuda BN (BNYHOPE) 2011, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

Selanjutnya klik disini...

Thursday, July 28, 2011

Facebook Sokong Muhyiddin Sebagai PM Usaha Terdesak Pembangkang


Parti pembangkang dilihat semakin terdesak untuk meraih kuasa pentadbiran di negara ini apabila terus-menerus menyerang kerajaan Barisan Nasional/BN dengan pelbagai fitnah dan tohmahan semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

Terdahulu laman sosial Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digondam pihak tidak bertanggungjawab yang mengeluarkan komen-komen negatif dan isyarat lucah memburukkan beliau dan kerajaan BN.

Terbaru satu laman sosial, "Kami Sokong Muhyiddin Sebagai Perdana Menteri Malaysia" diwujudkan dengan tujuan memburukan imej Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

URL : http://www.facebook.com/pages/Kami-Sokong-Muhyiddin-Sebagai-Perdana-Menteri-Malaysia/168360329900258?sk=wall&filter=2

Blogger Pembangkang memainkan peranan untuk meracun pemikiran rakyat.
Sumber gambar dari blog pembangkang: Manjongmari

Dan jelas kita lihat disini pakatan pembangkang akan melakukan pelbagai taktik dalam cubaan mereka untuk merosakkan kepercayaan rakyat.

Tindakan mereka mencipta pelbagai fitnah bagi memburukkan Umno/BN menyebabkan Pakatan Pembangkang kini boleh disifatkan sebagai Pakatan Kurang Upaya, sehingga terpaksa menagih simpati rakyat dengan cara sedemikian hina.

Kalau ditanya aku, kanapa harus memperjuangkan Umno/BN... Jawapanya ialah Pakatan Pembangkang (PR) harus ditolak mentah-mentah oleh rakyat Malaysia kerana mereka tidak layak bagi memerintah negara.

Wednesday, July 27, 2011

Pas Kuno Ortodoks!

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pas berfikiran kuno kerana menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih.

Timbalan Perdana Menteri berkata cadangan yang dikemukakan oleh SPR itu adalah untuk menambah baik sistem pendaftaran pemilih dan mengelak pelbagai salah faham yang berbangkit sebelum ini seperti yang sering didakwa oleh pembangkang sendiri seolah-olah Daftar Pemilih tidak bersih.

"Pas jangan terlalu terburu-buru membuat penolakan sebaliknya memberi peluang kepada SPR untuk mengemukakan cadangan mereka dan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan pihak terbabit sebelum sistem itu betul-betul dilaksanakan.

Dia punya cara pemikiran itu terlalu ortodoks. Cadangan yang dikemukakan oleh SPR adalah untuk menambah baik sistem pendaftaran pemilih dan hendak mengelakkan pelbagai salah faham yang berbangkit sebelum ini.

Pas hari ini menolak cadangan SPR untuk menggunakan kaedah biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih kerana menyatakan ia bukan penyelesaian yang sebenar.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sistem itu juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.

-Hahaha! Puak PAS sememangnya Kuno Ortodoks...