Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Monday, January 21, 2013

Page Facebook "Nik Abdul Aziz Nik Mat" Disalah Gunakan! Admin Sebar Fitnah....


Teramat mudah untuk memfitnah dan menipu… Cukup sekadar mereka-cipta sepucuk surat mengatakan Bible dalam Bahasa Melayu diluluskan oleh Datuk Seri Najib dengan menggunakan kepala surat yang cukup simple… Kemudian disertakan dengan tandatangan Datuk Seri Najib maka sudah cukup membuatkan orang yang melihatnya terus percaya…Fitnah ini lebih kurang sama dengan surat-surat dan memo palsu berkaitan Isu Pampasan Buruh Keretapi Jepun dimana dokumen-dokumen tersebut dipalsukan.

Thursday, August 4, 2011

Raja Petra Kamarudin Dan Setiausaha Politik Khalid Ibrahim Sokong Group Murtad Islam?

Adakah anda tahu tentang kewujudan Group AMS (Apostates in Malaysia and Singapore) yang mempunyai seramai 385 ahli di facebook yang menggelarkan diri mereka sebagai MURTADS IN MALAYSIA AND SINGAPORE

Faekah col sapa tu? Dia sedar tak dia ada dlm group murtad Islam?


Facebook Group: Murtads in Malaysia and Singapore


Raja Petra Kamarudin (RPK) Dan Setiausaha Politik Khalid Ibrahim Faekah Husin turut tersenarai sebagai ahli Group Murtad in Malaysia and Singapore.


Group AMS ini telah menyalah gunakan erti Kebebasan tersebut dengan Menghina dan mengutuk Agama Agama lain yang terdapat di muka bumi ini.

Ia satu penghinaan yang sangat kurang ajar dan melampau batasan. Saya minta orang yang bertanggungjawab mengendalikan group facebook ini menghormati agama Islam.

Juga saya memohon pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat lebih lanjut dan mengambil tindakan terhadap group yang boleh menyesatkan umat Islam di Malaysia ini. Sebarkan...

Baca disini juga...

Thursday, July 28, 2011

Facebook Sokong Muhyiddin Sebagai PM Usaha Terdesak Pembangkang


Parti pembangkang dilihat semakin terdesak untuk meraih kuasa pentadbiran di negara ini apabila terus-menerus menyerang kerajaan Barisan Nasional/BN dengan pelbagai fitnah dan tohmahan semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

Terdahulu laman sosial Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digondam pihak tidak bertanggungjawab yang mengeluarkan komen-komen negatif dan isyarat lucah memburukkan beliau dan kerajaan BN.

Terbaru satu laman sosial, "Kami Sokong Muhyiddin Sebagai Perdana Menteri Malaysia" diwujudkan dengan tujuan memburukan imej Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

URL : http://www.facebook.com/pages/Kami-Sokong-Muhyiddin-Sebagai-Perdana-Menteri-Malaysia/168360329900258?sk=wall&filter=2

Blogger Pembangkang memainkan peranan untuk meracun pemikiran rakyat.
Sumber gambar dari blog pembangkang: Manjongmari

Dan jelas kita lihat disini pakatan pembangkang akan melakukan pelbagai taktik dalam cubaan mereka untuk merosakkan kepercayaan rakyat.

Tindakan mereka mencipta pelbagai fitnah bagi memburukkan Umno/BN menyebabkan Pakatan Pembangkang kini boleh disifatkan sebagai Pakatan Kurang Upaya, sehingga terpaksa menagih simpati rakyat dengan cara sedemikian hina.

Kalau ditanya aku, kanapa harus memperjuangkan Umno/BN... Jawapanya ialah Pakatan Pembangkang (PR) harus ditolak mentah-mentah oleh rakyat Malaysia kerana mereka tidak layak bagi memerintah negara.

Tuesday, July 26, 2011

Facebook PM, Najib Diserang Pengkhianat!




Kepada semua pakar-pakar IT, tumpukan ke laman fan page PM Dato' Seri Najib Razak sekarang!!!! Sebarkan dengan segera!!! Serangan dari puak pembangkang terlalu pantas!!!! Fuuuuh hebat jugak siut!!!

PUAK PEMBANGKANG TIDAK ADA MARUAH!!!!