Monday, August 1, 2011

Rebutlah Peluang Ini: RM15 Juta Untuk Persatuan Belia Dan Individu


Bagi yang tidak sempat mengikuti berita pengumuman dari Ketua Pemuda Umno Malaysia semalam sila baca disini... Jangan ketinggalan, rebutlah peluang ini...

Liwat II: Anwar Petik 10 Nama Saksi Alibi


Anwar Ibrahim mengemukakan permohonan bagi mewancara 10 saksi alibi sebelum mereka memberi keterangan semasa prosiding pembelaan dalam pertuduhan perbicaraan liwat membabitkan dirinya.

Peguamnya mengemukakan permohonan itu hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menambah senarai saksi pembelaan yang difailkan pada 26 Julai.

Senarai terbaru itu membabitkan dua nama berprofil tinggi, termasuk bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia Mohamad Ariff Abdul Kareem dan ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia Omar Malek Ali Merican.

Pada 26 Jun lalu, Anwar memfailkan satu notis usul untuk membenarkan pihak pendakwa menemubual lima saksi, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain Najib dan Rosmah, Anwar memohon supaya peguam menemubual Hasanuddin Abd Hamid; bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Jangan banyak Drama Lagi!!

Jangan Tangguh Lagi!! 

Lawan Tetap Lawan!

AMK Ugutan Bunuh PM Timbulkan Kemarahan Rakyat


Kemarin saya siarkan kenyataan biadap AMK ugut bunuh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak baca disini, kenyataan biadap tersebut mengundang rasa kemarahan rakyat. Dibawah ialah salah satu diantara komen yang diterima:

Tak ada otak punya orang. Hey Fareez, kau nak tipu siapa. Meluru secara kasar dengan tiada sopan ke arah PM kau tanya pula kau salah apa. Kau kata PM dan UMNO zalim. Apa bukti?. Semua rakyat Malaysia hidup mewah, senang lenang. Cukup makan, cukup pakaian, ada pekerjaan. Semua orang mampu membeli keperluan. Yang susah dibantu. Ada jabatan kebajikan masyarakat. Kanak-kanak dan orang muda mendapat peluang belajar, ada PTPTN dan Biasiswa.

Ada satu perkara sahaja yang kurang kepada pihak pembangkang. Iaitu rakyat tidak bagi peluang pambangkang memerintah Malaysia.

Tak usah temberanglah Fareez. Kamutu kaldai tunggangan DAP.

Apakah yang dikatakan mangsa kezaliman?. Hidup terseksa, dikurung atau ditindas,tidak diberi peluang untuk bersuara dalam politik, tiada pekerjaan, tiada makanan.

Ini Malaysialah Fareez. Semua orang ada peluang. kamutu sampai gemuk gedempol, bebas ke sana kemari, bebas bersuara, bebas menubuhkan pertubuhan. Kamu tidak ada pekerjaan ke.

Bodohnya kamu bukan kepalang. Datuk Seri Najib tu PM Malaysia. Nak berjumpa dengan ketua jabatan pun terbonkok-bongkok, harus tunjuk hormat dan berbudi pekerti. Yang kamutu macam anjing nampak tulang terus terkam secara kurang ajar ke arah PM. Nasib polis itu yang jadi pengawal peribadi PM. Jika aku, kepala engkau dah aku palukan sengan kayu cotar atau buku lima diatas hidung engkau.

Pandai pula berpura-pura. "Saya nak sampaikan surat. Saya nak jumpa PM saya".

PM tak ada pejabat ke?. Selama ini ngapa kamu tak ke pejabat PM buat temujanji melalui PA nya atau wakil PM.

Jika PM mati kerana perbuatan kamu, terfikirkah kamu apa akan jadi dengan negara kita?.

Dibulan puasa ni aku kena tapis sikit ayat-ayat panas... tak boleh lepas...