Monday, August 1, 2011

Liwat II: Anwar Petik 10 Nama Saksi Alibi


Anwar Ibrahim mengemukakan permohonan bagi mewancara 10 saksi alibi sebelum mereka memberi keterangan semasa prosiding pembelaan dalam pertuduhan perbicaraan liwat membabitkan dirinya.

Peguamnya mengemukakan permohonan itu hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menambah senarai saksi pembelaan yang difailkan pada 26 Julai.

Senarai terbaru itu membabitkan dua nama berprofil tinggi, termasuk bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia Mohamad Ariff Abdul Kareem dan ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia Omar Malek Ali Merican.

Pada 26 Jun lalu, Anwar memfailkan satu notis usul untuk membenarkan pihak pendakwa menemubual lima saksi, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain Najib dan Rosmah, Anwar memohon supaya peguam menemubual Hasanuddin Abd Hamid; bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Jangan banyak Drama Lagi!!

Jangan Tangguh Lagi!! 

Lawan Tetap Lawan!

1 comment:

Anonymous said...

Petik la 1000 pun. DNA dlm pungkoq tu tak leh pi mana aih.