Thursday, August 4, 2011

Khalid Oh Khalid Gagap Ku: UNISEL Bergelora… Hak Pekerja Dinafikan...


Selangordaily – Belum reda lagi isu asrama Yayasan Selangor yang cuba “dikomersilkan”, satu lagi institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri bergelora gara-gara permainan politik yang memaksa pengunduran Naib Canselornya, Dr. Rosti dengan notis 24 jam.

Tentunya keadaan ini punya sebab musabab apatah lagi dengan dakwaan Dr. Rosti yang beliau enggan memecat 3 pegawai universiti tanpa prosedur yang betul.

Secara tidak sedar, ia menunjukkan sikap kuku besi dan tidak mengendahkan peraturan-peraturan atau undang-undang yang melindungi status seorang yang bergelar pekerja.

Begitulah jahatnya kuasa politik yang cuba memanipulasi Dr. Rosti. Secara logika, si pendesak akan terselamat, sedangkan Dr. Rosti bakal dikambinghitamkan seandainya perkara ini berbangkit kelak. Mujur Dr. Rosti setaraf dengan statusnya sebagai ilmuwan sehingga membawa kepada jawatannya, sebelum notis perletakan jawatan 24 jam itu.

Malaysia bukanlah negara cincai. Terdapat undang-undang buruh, atau undang-undang perhubungan perindustrian yang memberi peluang kepada seseorang pekerja “chance to be heard” sebelum sesuatu tindakan seperti pemecatan boleh dilakukan. Maka prosedur yang selayaknya adalah surat tunjuk sebab dan diikuti dengan siasatan dalaman (domestic inquiry) sebelum tindakan disiplin termasuklah pemecatan jawatan boleh dilaksanakan.

Namun kerakusan politik tidak melihat aspek-aspek itu. Asalkan matlamatnya tercapai, apa pun boleh. Dan pastinya ada agenda tersembunyi di sebalik desakan itu. Tidak mustahil seandainya pihak yang mendesak sudah bersiap sedia untuk meletakkan kroni-kroni mereka sebagai pengganti.

Mungkin 3 pegawai universiti berkenaan tidak sependapat dengan pendesak itu, berikutan “permintaan” yang melangkaui prosedur dan professionalisma pekerjaan mereka. Maka samada si pendesak itu sendiri yang bertindak, atau si pendesak bertindak berikutan kroni-kroni mereka yang memaksa kerana “permintaan” mereka tidak dipenuhi.

Terdapat juga isu lain di Unisel, iaitu laporan polis dari seorang pelajar yang mendakwa telah dirogol oleh tenaga pengajar di universiti berkenaan. Apa status laporan polis berkenaan? Apa tindakan dari pihak universiti? Malangnya si pelajar seandai masih tiada sebarang perkembangan tentang nasibnya yang layak mendapat pembelaan sewajarnya.

Apa sudah jadi dengan Selangor? Pusat anak negeri yang menjadi nadi melahirkan graduan dan generasi masa depan yang berpelajaran semakin menuju kehancuran gara-gara campurtangan politik gampangan.

Pilunya mengenang masa depan anak muda untuk mendapat pendidikan yang sewajarnya diganggu gugat oleh pihak-pihak yang mementingkan agenda peribadi semata-mata melalui kuasa politik.
Selangor berduka…

Edisi Menunggu Sahur: Ng Lum Yon - Anwar Sudah Hilang Pengaruh


Bekas seorang daripada pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ng Lum Yon berkata sebenarnya bukan satu kejutan apabila pakatan pembangkang mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.

Beliau berkata pakatan pembangkang kini dilihat membelakangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Ketua Pembangkang itu sudah hilang pengaruh dalam pakatan itu.
“Kita nampak Anwar kini sudah tidak relevan untuk terus menjadi pemimpin (PKR) kerana dia (Anwar) banyak masalah peribadi…keluar masuk mahkamah, tambah lagi kes video seks yang mengaitkan beliau.

“Bukan itu sahaja banyak lagi janji yang tidak di tunaikan, jadi saya tidak terkejut jika pihak pembangkang mencari alternatif untuk mencari penganti pemimpin mereka supaya dapat memimpin parti dengan betul,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ng keluar daripada PKR kerana kecewa terhadap kepimpinan PKR yang menurutnya bukan lagi berjuang untuk kepentingan rakyat, sebaliknya sekadar berjuang untuk memenuhi kehendak Anwar – bernama

Wednesday, August 3, 2011

MyKad: Malaysiakini Terus Kantoi, Taraf Kewarganegaraan Empat Jam Tak Benar!


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menjelaskan dakwaan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah tetapi didaftarkan sebagai pengundi baru, dan kemudiannya diberikan taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam seperti yang dilaporkan di portal Malaysiakini, sebenarnya tidak benar.

Ketua pengarahnya, Datin Jariah Mohd Said berkata rekod JPN menunjukkan dalam kes Mismah, individu itu sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982.

“Beliau telah diluluskan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf penduduk tetap Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mismah sudah 29 tahun menetap di Malaysia dan telah mendapat status sebagai warganegara lebih kurang 7 bulan lepas.

Menurut undang-undang antara syarat yang ditetapkan untuk melayakkan seseorang memohon taraf kewarganegaraan adalah :

Pemohon telah bermastautin dalam Persekutuan selama tempoh kesemuanya tidak kurang daripada 10 tahun dalam 12 tahun termasuk 12 bulan terdahulu daripada dan hingga tarikh permohonan dikemukakan.

Pemohon berniat untuk bermastautin dalam Persekutuan selama-lamanya.
Pemohon berkelakuan baik.
Pemohon mempunyai pengetahuan dalam Bahasa Melayu yang memadai.
Pemohon hendaklah ditaja oleh dua orang penyokong bertaraf warganegara.


Tahniah juga kepada blogger pembangkang yang telah menjadi beruk kena belacan semalam membawa kita semua tahu bahawa pemimpin mereka Azmin, Saifuddin & Zuraida Juga Pemilik IC Merah. Baca disini..

Saman Malaysiakini baca disini...

Video Karpal Singh - PAS Tidak Akan Buat Negara Islam



Pengerusi DAP Kebangsaan Berikrar Tiada Negara Islam Yang Diperjuangkan PAS Ketika Grand Finale DAP Di Kuching (Sehari Sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak 2011) Pada 5 April 2011.

"PAS tidak akan mengadakan negara Islam" demikian kata Karpal Singh dalam satu ceramah Grand Finale DAP Di Kuching pada 5 April 2011, sehari sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak 2011. Kemudian Karpal Singh mengulanginya lagi "Ya, PAS kadang-kadang cakap macam itu, tetapi kawan kawan sebagai Pengerusi DAP, saya memberi jaminan tidak boleh ada satu negara Islam dalam Malaysia".


Di Sarawak, mengapa Karpal Singh perlu merayu sampai begitu sekali? Sudah tentu untuk menyakinkan pengundi bahawa persahabatan DAP dengan PAS dalam pakatan tidak akan mengubah pendirian Karpal untuk menolak negara Islam.

DAP mungkin berasa rugi bila berkawan dengan PAS kerana pengundi bukan Islam akan beranggapan DAP akan mengikut kata PAS. Ini sebabnya, mengapa Karpal Singh terpaksa mengulangi pendirian DAP di malam terakhir sebelum pengundian di Sarawak.


Terdahulu Karpal pernah memberi amaran kepada Pas dan juga Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, "Mahu wujudkan Negara Islam langkah mayat kami dulu..."

DAP dah terang-terang tidak memperakui perjuangan Islam yang dibawa PAS. PAS pula berkali-kali sanggup mengubah prinsip perjuangan mereka demi DAP.

Pendedahan KJ Tak Pernah Jadi Orang Tengah Pak Lah - Anwar





Penafian KJ

Khairy Jamaluddin menafikan beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan sokongan ke atas legasi pembaharuan dibawa Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum bekas perdana menteri itu meletakkan jawatan.

Ahli Parlimen Rembau memberitahu The Malaysian Insider, beliau tidak pernah bertemu dengan Anwar bagi pihak bapa mertuanya sebagaimana didedahkan oleh kabel diplomatik Amerika Syarikat.

“Abdullah mahukan sokongan tidak belah bahagi ke atas rang undang-undang (yang dibawa beliau). Ia adalah penting bagi beliau dan Umno, undang-undang itu diluluskan,” kata Ketua Pemuda Umno ini.

Portal berita Malaysia Today hari ini menerbitkan maklumat kabel itu, yang memetik Sivarasa Rasiah, Naib Presiden ketika itu dan penggantinya Chua Tian Chang berkata Khairy ada mendampingi Anwar berhubung sokongan ke atas pembaharuan kehakiman sebagai “sebahagian daripada legasi Abdullah.”

Khairy juga menafikan pakej pembaharuan terbabit termasuk Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan merupakan strategi-strategi politik untuk mengetepikan sebarang usaha menggantikan Abdullah sebagai perdana menteri.

“Saya (masih) ingat Abdullah ada meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz agar memberi taklimat kepada semua ahli Parlimen termasuk pembangkang mengenai rang undang-undang itu,” kata Khairy tetapi menegaskan, beliau tidak memainkan sebarang peranan sebagai orang tengah bagi Abdullah dan Anwar ketika itu.

Dalam maklumat kabel diplomat yang didedahkan itu, Duta Amerika Syarikat James R. Keith memberitahu kerajaannya bahawa Abdullah mengekalkan kontak dengan Anwar menerusi Khairy sebelum menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Datuk Seri Najib Razak pada April 2009.

Chua dan Sivarasa didakwa mengesahkan perkara ini ketika mengadakan pertemuan dengan setiausaha-setiausaha politik secara berasingan pada 3 dan 5 November 2008.

Keith juga menulis bahawa pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga membuat tanggapan bahawa Khairy bertindak sebagai orang tengah bagi Anwar dan Abdullah untuk bekerjasama.


Anwar Ibrahim adalah sesumpah lidah bercabang...

Manusia bernama Anwar Ibrahim ini adalah satu ‘chamelon’ yang menukar-nukar topeng mengikut situasi. Inilah yang kita panggil pengkhianat bangsa melayu!