Thursday, August 4, 2011

Siapa Yang Pegang Peranan Naib Canselor UNISEL Sebenarnya?


2 Ogos 2011, Dr Rosli Saruwono telah mengambil keputusan meletak jawatan dalam masa 24 jam. Keputusan tersebut dibuat kerana Dr Rosli tidak ingin bersekongkol untuk memecat tiga orang pegawai UNISEL tanpa melalui prosedur yang sepatutnya (baca sini).

Dr Rosli menyatakan ketika baru dilantik bahawa beliau tidak akan mahu menjadi pak turut kepada sesiapa? Siapa sebenarnya yang menjadi Naib Canselor di UNISEL?

Institusi pengajian yang diuruskan oleh kerajaan negeri pembangkang amat kejam. Bukan sahaja di UNISEL, sebelum ini di KUIN, pada 25 Mei 2011, enam orang mahasiswa KUIN telah dikenakan tindakan tatatertib yang keras oleh universiti milik kerajaan negeri Kedah tersebut. Timbalan Dekan turut dibuang oleh KUIN

PAS Kedah KEJAM


25 Mei 2011, enam orang mahasiswa KUIN telah dikenakan tindakan tatatertib yang keras oleh universiti milik kerajaan negeri Kedah tersebut. Timbalan Dekan turut dibuang oleh KUIN. Semuanya adalah kerana mereka mengadakan demonstrasi di KUIN disebabkan membantah kewujudan Sekolah Insan Bestari di kawasan Kolej Kediaman Ar-Razi.

AUKU yang selama ini dikatakan kejam telah dilaksanakan di Kedah yang dipimpin oleh PAS. Tidak pernah terjadi seorang Timbalan Dekan dipecat kerana kesalahan terbabit. Inilah perangai kejam PAS Kedah, mereka menzalimi institusi pendidikan negara ini dengan mengenakan yuran berkali ganda terhadap UUM, pecat Timbalan Dekan dan menggantung pelajar di KUIN. Lebih kejam, mereka ini tidak diberi peluang langsung untuk menjelaskan dan membela diri mereka. Orang-orang muda sokonglah lagi PAS, bila perintah mereka tidak mengambil kira soal budi bicara langsung.

Kes Rogol




Laporan polis yang dibuat oleh seorang pelajar Master Kejuruteraan Mekanikal pada 11 Mac 2009 di UPM sebelum pensyarah tersebut menyertai UNISEL (baca sini). Bagaimana UNISEL boleh melindungi orang sebegini yang mempunyai kes dan diterima masuk ke UNISEL? Siapa yang menjadi Naib Canselor di UNISEL sebenarnya? Mana dia kumpulan Pro Mahasiswa yang merempuh pintu di UPM dalam isu rogol ini?

Info- Angin Perubahan

Raja Petra Kamarudin Dan Setiausaha Politik Khalid Ibrahim Sokong Group Murtad Islam?

Adakah anda tahu tentang kewujudan Group AMS (Apostates in Malaysia and Singapore) yang mempunyai seramai 385 ahli di facebook yang menggelarkan diri mereka sebagai MURTADS IN MALAYSIA AND SINGAPORE

Faekah col sapa tu? Dia sedar tak dia ada dlm group murtad Islam?


Facebook Group: Murtads in Malaysia and Singapore


Raja Petra Kamarudin (RPK) Dan Setiausaha Politik Khalid Ibrahim Faekah Husin turut tersenarai sebagai ahli Group Murtad in Malaysia and Singapore.


Group AMS ini telah menyalah gunakan erti Kebebasan tersebut dengan Menghina dan mengutuk Agama Agama lain yang terdapat di muka bumi ini.

Ia satu penghinaan yang sangat kurang ajar dan melampau batasan. Saya minta orang yang bertanggungjawab mengendalikan group facebook ini menghormati agama Islam.

Juga saya memohon pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat lebih lanjut dan mengambil tindakan terhadap group yang boleh menyesatkan umat Islam di Malaysia ini. Sebarkan...

Baca disini juga...

Memorandum Dan Dokumen Salah Laku Seks Anwar Ibrahim Diserahkan Kepada Yang Dipertuan Agong


Satu memorandum akan dihantar hari ini, Khamis, 4 Ogos, jam 11 pagi di Pintu Masuk Utama Istana Negara bagi memohon perkenan Yang Dipertuan Agong menubuhkan Suruhanjaya Mengenalpasti Lelaki Dalam Video Seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memorandum itu akan dihantar oleh sebuah NGO yang dinamakan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN)

"Akta1950 perkara D membenarkan penubuhan Suruhajaya Diraja sepertimana penubuhan Suruhanjaya Diraja Mengenalpasti indentiti wanita dalam Ketuk Ketampi sebelum ini”, kata Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, Penasihat Undang-undang MAGARAN.

Menurut Khairul Azam yang juga peguam peribadi Ummi Hafilda kes video seks perlu diselesaikan segera terutama mengenal pasti identiti lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur wanita..

Orang awam perlu tahu kerana kes ini melibatkan seorang tokoh Ketua Pembangkang yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia”. AIDC

Di bawah pula ialah dokumen yang mendedahkan hubungan sulit di antara Anwar Ibrahim dengan Shamsidar, isteri Azmin Ali.

Di antara dokumen itu :-



Info- MIM

Malunya... Pakatan Pembangang Nak Buat Sidang Tergempar Parlimen

Gua Din Pudu Raya lah....
Hari ni Gua Champion Depan Anak Nuar Berahim...

Malunya Aku.........

Anggota parlimen Pakatan Rakyat menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar Parlimen untuk membincangkang isu pertukaran status penduduk tetap (PR) kepada warganegara dengan sekelip mata.

Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahudin Ayub a.k.a Din Pudu Raya berkata mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat kerana mendakwa perkara "khianat" itu "mengancam keselamatan dan kedaulatan negara".

"Kami beri masa seminggu kepada perdana menteri untuk menjawabnya," katanya dalam sidang akhbar ahli parlimen Pakatan di di ibupejabat pakatan di Petaling Jaya hari ini.

Menurut Salahuddin, sidang itu mestilah diadakan dalam bulan Ramadan ini juga.

KAH! KAH! KAH!

(oopppsssttttt bulan ramadhan tak boleh kutuk lebih-lebih :) gelakkan jer...... )

Ini MyPR Merah Pengkhianat

Din Pudu Raya tak perlu buat sidang tergempar dengan PM... Buat sidang tergempar dengan blogger pro-BN pun cukuplah... Din pudu raya sila baca artikel ini MyKad: Malaysiakini Terus Kantoi, Taraf Kewarganegaraan Empat Jam Tak Benar!

Malaysikini Harus Bertangungjawab Kerana Mengeluarkan Artikel Berunsur Fitnah!

Ini bukan kali pertama Malaysiakini mengeluarkan artikel yang melanggar etika kewartawanan dan sengaja ingin mencetuskan propaganda murahan agar rakyat marah dengan SPR. Sewajarnya wartawan yang bernama Kuek Ser Kuang Keng dikenakan tindakan terhadap tulisan yang salah tersebut. Artikel tersebut harus ditarik balik. TIndakan mahkamah adalah jalan terbaik untuk mengajar Malaysiakini.



Kenyataan Akhbar Oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

Pertimbangan permohonan taraf Warganegara Malaysia tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara-perkara berikut:

Perkara 15 : Isteri kepada Warganegara
Perkara 16: Mereka yang lahir di Malaysia sebelum tarikh
Kemerdekaan (sebelum 31 Ogos 1957)
Perkara 19: Warga Asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia
tidak kurang dari 12 tahun.

Sejak 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, YB Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein telah menimbangkan sebanyak 72,334 permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 29,290 permohonan telah diluluskan.

Angka ini adalah merupakan sebahagian daripada KPI Menteri Dalam Negeri di mana sebanyak 219,000 permohonan telah berjaya diselesaikan termasuk 72,334 permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia, 31,449 permohonan Penduduk Tetap, 108,906 permohonan Daftar Lewat Kelahiran dan 6,311 permohonan di bawah program My-Daftar.

Berkaitan kes Mismah, dakwaan bahawa beliau menjadi warganegara dalam tempoh 4 jam setelah mendapat taraf Penduduk Tetap (atau PR) adalah tidak benar. Rekod menunjukkan bahawa beliau telah mendapat taraf Penduduk Tetap pada 17 Julai 1982. Beliau telah diluluskan Taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf Penduduk Tetap Malaysia

Sekian, terima kasih.

Datin Jariah binti Mohd Said
Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
03 Ogos 2011

Baca juga disini: MyKad: Malaysiakini Terus Kantoi, Taraf Kewarganegaraan Empat Jam Tak Benar!

Juga Disini : Spin MyKad Makan Diri Pembangkang, Azmin, Saifuddin & Zuraida Juga Pemilik IC Merah?