Monday, August 22, 2011

Kes Liwat Anwar : Karpal Singh Sapina PM, Isteri

Tujuh saksi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor disapina pasukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi saksi pihak pembelaan dalam kes liwat Anwar.

Peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan Anwar, memberitahu Mahkamah Tinggi yang mereka telah mensapina tujuh saksi yang ditawarkan oleh pasukan pendakwaan pada akhir kes mereka untuk menjadi saksi pihak pembelaan.

Karpal memaklumkan demikian kepada mahkamah selepas Anwar selesai memberikan kenyataan pembelaannya dari kandang saksi, untuk menjawab pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26.

Saksi berkenaan ialah Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof; doktor PUSRAWI yang memeriksa Mohd Saiful, Dr Mohammad Osman Abdul Hamid, jururawat PUSRAWI, Yazihan Jusoh dan pembantu rumah Indonesia, Suliati. - Bernama

PM tidak peru jadi saksi kerana sudah ada 5 orang tawarkan diri sebagai saksi kes liwat Anwar.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

40 Ahli PKR Keluar Parti Sertai Umno

Perjuangan PKR bukanlah untuk memperjuangkan dan membela nasib rakyat sebaliknya perjuangan PKR hanya lah semata-mata untuk Anwar Ibrahim.

Gombak: Seramai 40 ahli Angkatan Muda Keadian (AMK) bertindak keluar parti dan menyertai UMNO setelah 10 tahun bergiat aktif di dalam parti.

Majlis penyerahan borang UMNO telah berlangsung semalam yang turut disaksikan Penyelaras Parlimen Gombak, En. Megat Zulkarnain.

Menurut salah seorang daripada bekas ahli PKR iaitu Khairul Jasry tindakan mereka keluar parti adalah disebabkan rasa hilang keyakinan dengan perjuangan parti.

Mereka juga merasakan tidak dihargai setelah bekerja keras memastikan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menang di dalam jawatan yang disandang beliau pada masa kini.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Gara-gara Buat Fitnah Di Bulan Puasa, Mustafa Ali Di Saman 10Juta

Umno Selangor akan memfailkan saman RM10 juta terhadap Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berhubung dakwaan kononnya parti Melayu itu memainkan peranan dalam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja awal bulan ini.

Menurut Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, selain Mustafa, pihaknya juga akan mempertimbangkan pihak-pihak lain dalam saman yang akan difailkan selepas Aidilfitri.

"Kita akan memulakan langkah permulaan saman iaitu saman tuntutan ganti rugi dan saman malu terhadap fitnah yang dibuat Datuk Mustafa Ali terhadap Umno Selangor dengan jumlah RM10 juta.

"Ini adalah tindakan yang terpaksa dilakukan demi mempertahankan maruah dan hak, kami akan hantar notis kepada beliau dan pihak-pihak tertentu dan jika tiada jawapan, kita akan failkan saman selepas Aidilfitri," katanya pada sidang media di sini.

Mustafa sebelum ini mendakwa mempunyai bukti kononnya Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu

Inilah contoh pemimpin Islam Pas, kononnya memperjuangkan Islam tetapi kerana mahu meraih undi dan kuasa politik, sanggup menabur fitnah di bulan puasa !
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Anwar Beri Keterangan Dari Kandang Tertuduh


Perbicaraan kes liwat peringkat bela diri di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, bermula dengan Anwar Ibrahim selaku saksi pertama pembelaan memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh.

Pilihan ini akan menyebabkan pihak pdakwaan tidak boleh menyoal balas ketua pembangkang tersebut.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bagaimanapun sebelum itu sewaktu menerangkan sekiranya Anwar membuat pilihan tersebut, mahkamah akan mengambil kira bahawa pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh.

Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

Anwar Bangkitkan Konspirasi Pemecatannya..

Anwar Bangkitkan Konspirasi Pemecatannya..


Anwar Ibrahim dalam membacakan keterangannya kembali membangkitkan insiden dia dipecat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum didakwa dan dipenjara selama 15 tahun atas tuduhan liwat pada 1998.

Tertuduh yang memberi keterangan dari kandang salah turut membangkitkan isu konspirasi dan menyalahkan Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraannya, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang didakwanya tidak menjalankan tugasnya dengan adil.

Anwar turut membandingkan tindakan Hakim Mohamad Zabidin yang tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pihak-pihak yang dikatakan memprejudiskan pembelaannya dengan Hakim Akhtar Tahir yang sedang mendengar kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi.

Kenyataan Anwar untuk membela diri telah disiapkan lebih awal dan telah dimuat turunkan di laman rasminya, anwaribrahimblog pada pagi ini. Baca di sini

Video Guru Tuisyen Memesongkan Akidah Murid Sekolah


Berikut pendedahan yang dibuat adalam Buletin Utama, TV3 pada 18 Ogos 2011. Murid ini antara mangsa mubaligh Kristian yang menerapkan ajaran mereka secara halus terhadap kanak-kanak dalam kelas tuisyen di Jalan Klang Lama. Murid ini turut diajar 10 lagu berunsur Kristian, gagal menghafal lagu dengan baik, pelajar akan didenda dan tidak akan diberikan hadiah.


Murid-murid yang diajar di pusat tuisyen tersebut dalam lingkungan umur enam hingga 14 tahun dari tiga buah sekolah berhampiran iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Setia, SK La Salle, SK St. Teressa dan Sekolah Menengah Kebangsaan Vivekananda.


Tempat tuisyen tersebut mengajar para pelajar menyanyi lagu-lagu Kristian dan dipertontonkan video mengenai Jesus Christ (Nabi Isa) dan kuiz bagi menguji kefahaman mereka. Adakah soalan-soalan kuiz tersebut sama dengan soalan kuiz yang diedar terhadap 12 orang Islam di gereja Damansara Utama Church Centre( DUMC)?

Ini satu kaedah halus yang digunakan oleh mubaligh Kristian terhadap kanak-kanak. Bagaimana pula kaedah mereka untuk orang dewasa? Sudah tentu caranya juga lebih halus untuk mempengaruhi umat Islam. Sewajarnya umat Islam perlu bersatu menyokong semua tindakan penguatkuasaan untuk menghalang umat Islam daripada perangkap-perangkap mubaligh Kristian ini. Bukan pula menuduh JAIS atau pihak yang menghalang umat Islam daripada murtad ini sebagai pihak yang salah. Siapa dalang pusat tuisyen ini? Ianya perlu didedahkan.

Info-Angin Perubahan