Friday, September 9, 2011

Kad Prepaid: PM Minta Sykt Telekomunikasi Kaji Semula Caj 6%... Pembangkang Mula Kencing Merata!

Perdana Menteri minta syarikat telekomunikasi kaji semula keputusan kenakan cukai perkhidmatan 6 peratus kerana ia bebankan pengguna.

Untuk makluman Pembangkang dah mula menyalahkan kerajaan BN walhalkan isu cukai 6% ini adalah kerja syarikat telco swasta. Dan kerajaan BN akan menghalang usaha syarikat Telco Ini.

Buat pembangkang janganlah bodoh sangat bila isu syarikat swasta pun nak salahkan kerajaan BN.

Sepatutnya pembangkang perlu bersama kerajaan dalam hal ni menghalang syarikat Telco.

Kalau tak suka cukai prepaid 6% marahlah Telco. Ini idea mereka, bukan idea kerajaan BN.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Isu Bukit Kepong: DAP Gelar Mat Sabu Sebagai Badut Politik #marxsabu


Ketika ahli politik Pakatan Rakyat sibuk mempertahankan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dikatakan mengagungkan komunis dan mencemuh peranan anggota keselamatan sebagai alat penjajah dalam isu Bukit Kepong, seorang lagi pemimpin DAP tidak bersetuju dengan kenyataan Mat Sabu.

Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dalam satu kenyataan di dalam akhbar New Straits Times minggu ini berkata tafsiran Mat Sabu berkenaan serangan Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 meletakkan Mohamad Sabu sebagai badut politik.

“Dia (Mohamad), ke suatu tahap yang begitu menyakinkan, adalah tidak lebih daripada seorang badut politik, salah seorang daripada ramai yang telah sistem lemparkan dari semua parti-parti politik kita.

“Saya katakan ini dalam nada kesedihan berbanding kemarahan,” kata Tunku Aziz yang juga adalah Senator negeri Selangor.

Pada 28 Ogos lalu, timbalan presiden PAS itu dalam ceramah di Pulau Pinang mendakwa Mat Indera atau nama sebenarnya Ahmad Indera yang menyerang balai polis Bukit Kepong di Johor merupakan pejuang kemerdekaan.

Kenyataan tersebut menimbulkan kemarahan pemimpin parti politik dan bekas pejuang kemerdekaan negara.

Jejaskan Pakatan Rakyat

Beliau menambah bahawa Mat Sabu tidak sepatutnya membuat lawak sebegitu memandangkan kedudukan beliau sebagai pemimpin PAS utama yang akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat menawan Putrajaya di dalam pilihan raya umum ke – 13.

“Saya menerima haknya ke atas pendapatnya, tetapi apabila Mohamad merupakan dirinya di dalam hiraki Pas, iaitu, salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat, satu gabungan yang kini tidak sabar menanti peluang bagi mentadbir negara ini, maka dia tidak lagi boleh bercakap tentang sesuatu sebagai satu jenaka politik”.

Berdasarkan rujukan, Tunku Aziz mempersoalkan samada matlamat boleh menghalalkan cara komunis yang menggunakan kaedah keganasan.

Beliau turut menyoal samada Mohamad mempunyai keberanian moral dan integriti untuk memuliakan wira kemerdekaan yang sebenar.

“Saya tertanya-tanya sama ada Mohamad mempunyai keberanian moral dan integriti untuk berpaling arah di atas hakikat ini, tahap kebinatangan dan kebaculan pihak yang dia sedang cuba muliakan sebagai wira sebenar Merdeka,” kata Tunku Aziz.

Sebelum ini pengerusi DAP, Karpal Singh turut menggesa Mohamad Sabu menarik balik kenyataan berkenaan peranan Mat Indera dalam peristiwa Bukit Kepong yang dibuat dalam ceramah di Pulau Pinang. -FMT

Video Bekas Perajurit Gegar Ibu Pejabat PAS #marxsabu



Mat Sabu semakin bacul PAS Tidak Mahu Terima Memo Bekas Polis, Askar