Thursday, September 8, 2011

Bukit Kepong: PAS Tidak Mahu Terima Memo Bekas Polis, Askar


Sekitar 100 Persatuan bekas anggota keselamatan, termasuk daripada Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) itu berang apabila kehadiran mereka untuk menghantar memorandum secara aman itu mendapat layanan buruk apabila pintu ibu pejabat PAS di kunci.

Mereka berkumpul di depan bangunan ibupejabat parti itu di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur tidak lama sebelum Mat Sabu mengadakan sidang akhbar di situ.

Turut menyertai kumpulan itu ialah anggota Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) serta beberapa NGO lain, termasuk bekas askar yang pernah bertempur dalam perang ke atas tentera komunis sebelum ini.


Kakitangan di pejabat itu enggan terima memorandum berkenaan atas alasan tidak mendapat arahan dari pihak atasan.

Mereka kecewa dengan sikap PAS itu.


Presiden PBPM, Shafie Bakri ketika ditemui di situ berkata, mereka berasa kecewa kerana PAS bertindak demikian.

"Kita cuma orang biasa, persatuan biasa yang hendak hantar surat, bukannya peluru," katanya lagi.

Shafie bagaimanapun enggan meletakkan memorandum berkenaan di muka pintu ibu pejabat berkenaan dan bersumpah untuk kembali dengan lebih ramai anggota veteran bagi menunjukkan sentimen mereka.

Shafie juga berkata, Mat Sabu telah mengguris perasaan mereka apabila menyatakan bahawa Mat Indera dan tentera komunis merupakan pejuang kebebasan.

Beberapa orang anggota polis berkawal di situ dan kemudian meminta mereka bersurai.

Mereka menyanyi lagu patriotic Inilah Barisan Kita sebelum bersurai.

No comments: