Wednesday, September 21, 2011

Panas! PAS Kedah Tolak Anwar Ibrahim Dan Mampukah Mahfuz Bergelar MB Kedah?


Oleh kerana sudah bosan dengan sendiwara Anwar Ibrahim, PAS kedah telah menampal poster di merata tempat sekitar Sungai Petani dengan tertera perkataan "ANWAR CUKUP!!! TOLONG JANGAN LIWAT PEMIKIRAN ORANG KEDAH!!!


Sebenarnya tak susah jika Anwar mahu kembalikan kepercayaanya kepada PAS Kedah! Anwar hanya perlu segera bersumpah dan ia perlu dilakukan secara terbuka di hadapan umum, kerana ini adalah cara terbaik untuk bersihkan diri daripada tuduhan tersebut.


Jangan terkejut pula bila tengok gambar Ahli Parlimen Pokok Sena ni... Tu dia bakal MB Kedah bro.... Dari maklumat yang aku dapat, bakal MB Kedah ni sudah membuat perancangan awal untuk mengambil alih kerusi empuk milik Ostat Azizan...

Segala persiapa sudah dibuat... segala keburukkan MB Kedah sudah di spin... kereta mewah Mercedes Ostat Azizan, kepincangan dalam pentabiran, dari segi kesihatan dan lain-lain lagi gerakan semuanya siap dah spin....

Tapi bukan senang Mahfuz nak rampas kerusi MB Kedah. Jangan ingat Ostat Azizan boleh bagi free je? Hahaha!

Salah satu cara untuk melemahkan serangan dari puak ardegon ini, kumpulan ulama MB Azizan harus tanam hidup-hidup kuasa tangan ghaib Anwar di Kedah... Sendiri mau ingat la bro...

DR Asri Kasi Ostat Azizan Sakit Jantung Lagi...


PAS cakap tak serupa bikin... Dari hari ke hari, Pas ibarat menjadi pak lawak didalam senario politik negara. Di Kedah pada mulanya mereka beria-ia mahu melaksanakan undang-undang yang baik untuk umat Islam, tetapi akhirnya terbantut apabila diherdik oleh rakan-rakan seperjuangan didalam Pakatan.

Semua yang terjadi ini mengukuhkan lagi dakwaan masyarakat yang Pas hanya menjadi kuda tunggangan dalam Pakatan.

Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, kemarin mengkritik pentadbiran Pas di Kedah kerana tidak membawa sebarang perubahan terutama dalam meningkatkan syiar Islam.

Beliau berkata, sejak mengambil alih pemerintahan di negeri itu, Pas hanya mengekalkan dasar yang telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN) tanpa membuat sebarang penambahbaikan.

Dr Asri menghadiri sambutan Hari Hududullah di Balai Islam Lundang, Kelantan, yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Panas telinga Ostat Azizan dengar ni...

Mat Sabu Kehilangan Penyokong... Makamah Tetapkan Perbicaraan Mat Sabu 5 Hingga 9 Disember #marxsabu


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.

Beliau mengaku tidak bersalah.

Pihak pendakwa meminta jaminan RM50,000 dikenakan ke atas Mohamad tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan pemimpin PAS itu dengan RM15,000 sehingga hari perbicaraan.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menetapkan sebutan kes pada 27 Oktober dan perbicaraan daripada 5 Disember hingga 9 Disember.

Sementara itu, tidak ramai penyokong pemimpin PAS hadir mahkamah tersebut, amat memalukan Timbalan Presiden PAS tidak mempunyai sokongan yang kuat.




Photo: Dr MiM, Generasi Pejuang Bangsa

Mari Berkenalan Dengan Anak Dara Mat Sabu #marxsabu


Nurul Huda, 28, anak kedua Timbalan Presiden Pas Mat Sabu, menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat selepas rumah mereka di Seksyen 19 di bom semalam.

Aku rasa Nurul Huda pun tidak setuju dengan kenyataan Mat Sabu yang mengagung-agungkan komunis dan bukan anggota polis yang terkorban bertempur dengan komunis... Nurul Huda ini nampak berpelajaran sedikit tak macam Mat Sabu.

Nak tanya sikit Nurul Huda tak nak join Nurul Izzah berpolitik pulak ke? kita tunggu Mat Sabu masuk lokap... baru boleh cer cita, cer cita kot :)


Perbicaraan Mat Sabu Di Mahkamah Butterworth Bermula...

Kecoh! Kutipan Derma Kilat Di Makamah Butterworth Untuk Jamin Mat Sabu

Kecoh! Kutipan Derma Kilat Di Makamah Butterworth Untuk Jamin Mat Sabu #marxsabu

Foto Dr MiM

Amat memalukan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu tak cukup duit untuk bayar wang jaminan. 

Kecoh di Makamah pagi ini apabila kutipan derma kilat di lancarkan oleh pengikut Mat Sabu kerana duit yang Mat Sabu bawa tak mencukupi untuk membayar wang jaminan.



Di khabarkan Mat Sabu hanya membawa wang sebanyak RM3000 dan selebihnya Mat Sabu mengharapkan batuan dari rakan-rakannya yang lain. Macam biasa puak PASkan suka minta sedekah, kutip derma...

Setakat ini Mat Sabu dikatakan hanya ada RM4640 sahaja.. masih kurang wang lagi, Mat Sabu masih berada didalam mahkamah menunggu sehingga duit cukup untuk membebaskan beliau... Mat Sabu memerlukan wang jaminan sebanyak RM15,000.

Berita Terdahulu: Perbicaraan Mat Sabu Di Mahkamah Butterworth Bermula...