Thursday, September 22, 2011

Kes Liwat Anwar: Pakar Asing Tidak Nafikan DNA Lelaki Y


Walaupun mendakwa kaedah yang digunakan oleh pakar kimia tempatan dalam mendapatkan asid deoksiribonukleik (DNA) adalah tidak tepat, seorang perunding sistem genetik molekular di Australia hari ini tidak menafikan bahawa DNA Lelaki Y wujud pada sampel yang diambil dari rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

DNA Lelaki Y sebelum ini telah dikenal pasti serupa dengan DNA Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu.

Dr. Brian McDonald menyatakan demikian semasa menjawab soalan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden pada prosiding pembelaan terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di Mahkamah Tinggi di sini.

Sebelum memberikan jawapan sedemikian, McDonald dilihat menjadi begitu defensif dari awal perbicaraan sehingga pada satu ketika 'meluahkan perasaannya' dengan mendakwa Mohd. Yusof cuba memutar-belitkan keterangannya dan keterangan-keterangan lain serta bukti-bukti yang telah dikemukakan.

Terdahulu, saksi pembelaan keempat itu ketika disoal mengenai degradasi sampel-sampel terutamanya berkaitan calitan-calitan putik kapas yang dibuat di bahagian rektum bekas pembantu peribadi Anwar itu menyatakan, adalah mudah untuk mengesan degradasi melalui analisis ujian elektroferograf.

Beliau turut mendakwa bahawa Ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Seah Lay Hong mengelak daripada menjawab soalan-soalan berhubung perkara tersebut apabila disoal oleh pihak pembelaan.

Lay Hong dalam keterangannya pada peringkat pendakwaan sebelum ini menyatakan bahawa terdapat kemungkinan berlakunya degradasi tetapi ia tidak begitu serius sehingga boleh merosakkan atau memusnahkan DNA pada sampel-sampel terbabit.

Bagaimanapun, McDonald ketika ditanya berdasarkan nota keterangan prosiding pakar kimia itu sebelum ini, adakah pihak pembelaan sendiri pernah menunjukkan sebarang bukti berhubung degradasi pada graf, kembali menyatakan bahawa Mohd. Yusof cuba memutar-belitkan keterangan.

Selain itu, saksi tersebut yang sebelum ini mempersoalkan mengenai proses pengasingan ekstrak DNA memaklumkan bahawa beliau 'pernah melakukannya tetapi bukan secara rutin'.

Sebaliknya, beliau lebih kepada mengawasi dan menyelia mereka yang melakukan proses tersebut sebelum tafsiran dibuat olehnya terhadap hasil ujian yang dijalankan.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Polis Akan Buka Kertas Siasatan Berhubung Video Seks Versi Baru Anwar



Pihak polis akan membuka kertas siasatan baru berhubung klip video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana telah dimuatnaik pada Selasa di beberapa laman blog termasukpapagomo.com.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagaimanapun berkata, ia hanya akan dibuat sekiranya terdapat laporan polis mengenai perkara itu.

"Kita perlu meneliti rakaman itu sebelum membuat siasatan baru.

"Prosedur siasatan yang sama akan dilakukan seperti kes (video seks dikaitkan dengan Anwar) sebelum ini bagi proses pendakwaan," katanya pada sidang media.

Beberapa laman blog termasuk papagomo.com pada Selasa menyiarkan klip video berdurasi 16 minit 16 saat yang memaparkan adegan seks seorang lelaki yang didakwa mirip Anwar bersama wanita Cina.

Klip video tersebut dengan jelas menunjukkan aksi seks kedua-dua individu terbabit tanpa sebarang tapisan.

Wednesday, September 21, 2011

Wow! Artikel Kickdefella Bernilai RM5 Juta... Kes Saman Kickdefella Lanyak Husam Lagi!



Dibawah salah satu artikel yang bernilai RM5 Juta...


Husam Telah Menipu Sahabat Dan Rakyat

Dua perkara penting telah berlaku pada pagi ini bila saya membaca kenyataan Exco Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, YB Dato’ Husam Musa, di dalam sebuah akhbar tempatan Edisi Timur. Ianya seperti berikut,

Kerugian Meningkat


Husam mendakwa Kerajaan Negeri akan mengambil semula tanah milik UDA Holdings Berhad dengan membayar pampasan bagi menyelesaikan masalah Lubang Kubur Tok Guru yang sempit.

Ini mengakibatkan kos yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri Kelantan daripada isu Bazar Tok Guru atau namanya sekarang Lubang Kubur Tok Guru ini akan meningkat lagi. Jika setahun yang lalu blog ini telah melaporkan Kerajaan Negeri kerugian RM50 juta akibat angkara urusan menantu Nik Aziz dalam hal Lubang Kubur ini. Jika dicampur dengan jumlah terbaharu pampasan yang akan dibayar, ia pasti meningkat lagi.

Akibat pendedahan saya setahun lalu, Husam telah mengumumkan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 27 Januari 2010 akan melantik firma Audit Bebas bagi menyiasat dakwaan saya. Tetapi itu setahun yang lalu. Semuanya kemudiannya disapu ke bawah permaidani dan Husam tidak lagi pernah menyebut tentang keputusan Audit Bebas itu.

Kerugian RM50 juta itu ialah berpunca daripada pemberian tanah yang bernilai hampir RM30 juta kepada pemaju tanpa Kerajaan Negeri menerima pulangan setimpal selama 99 tahun. Kedua ialah apabila Exco membuat keputusan di dalam mesyuarat Exco pada 23 Januari 2010, membeli semula dengan harga RM23 juta tingkat bawah Lubang Kubur Tok Guru daripada pemaju yang telah diberi tanah bernilai RM30 juta pada perjanjian awal.

Hari ini, Husam memaklumkan kos kerugian ketiga iaitu apabila Kerajaan Negeri akan terpaksa membayar pampasan pada jumlah yang belum disebut kepada UDA Holdings Berhad. Baca lagi di sini...


Kenapa Husam mahu saman Kickdefella tonton video di bawah...


 

Lim Guan Eng Panas Punggung Dengan You Tube Kedai 1 Malaysia Part II

HAIYAAA!!!!


Mantap! Kawasaki9722 terus membongkarkan rahsia kejahatan DAP dan kebodohan melayu PAS menerusi klip video yang bertemakan 'Sembang Rakyat'.


You Tube Part 1 sila klik di sini...

Kes Liwat Anwar : McDonald Bukan Pakar DNA Tetapi Perunding


Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Dr. Brian McDonald, adalah hanya seorang perunding dan bukannya seorang pelaku uji kaji yang dianggap pakar dalam bidangnya.

Kenyataan itu terdedah ketika hari kedua sesi pemeriksaan balas oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abdidin ke atas saksi keempat pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam sesi hari ini, Mohd Yusof bertanyakan Dr McDonald pernah beliau membuat pengekstrakan mengikut prosedur yang betul di makmalnya sendiri.

Dr McDonald menjawab beliau tidak mempunyai makmal dan tidak perlu melakukan ujian tersebut kerana beliau hanya seorang perunding. -AIDC

Berikut kronologi perbicaraan pada hari ini.

9.23 pagi: pihak pendakwa bersama barisan peguamnya tiba di Mahkamah. Kelihatan banyak lagi tempat kosong di galeri awam.

9.35 pagi: Anwar dan kuncu-kuncunya masih lagi berada di luar mahkamah berbual-bual dengan peguamnya Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy.

9.41 pagi: Semua yang terlibat masuk ke kamar mahkamah

10:00 pagi: Mahkamah memulakan prosidingnya.

10:05 pagi: Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden memulakan perrbicaraan dengan menyoalbalas saksi pembela Dr Brian samada beliau pernah melakukan prosedur ‘differential extraction’.

Dr Brian buat-buat tak faham dan minta Yusof mengulangi soalannya sekali lagi
Taktik Dr Brain untuk mengelakan dari daripada gementar

Sankara cuba menyibuk dengan mempertahankan Dr Brain dengan memberitahu Hakim bahawaa Dr Brian sebelum ini pernah memberitahunya yang beliau kadangkala sedikit sukar memahami Yusof kerana telor (accent) bahasa Inggeris beliau yang agak dalam.

10.08 pagi: Yusof bertanya samada Dr Brian sendiri pernah menjalankan differential extraction?

Dr Brian berkata beliau tidak pernah menjalankan sebarang proses differential extraction tetapi beliau boleh faham dan tahu prinsip-prinsipnya.

10.14 pagi: “Awak telah mengkelaskan eksperimen Dr Seah sebagai cacat kerana beliau tidak ‘membasuh’ sel epitelium?” tanya Yusoff.

“Saya hanya memberi keterangan berdasarkan apa-apa yang diberitahu Dr Seah. Dia kata dia tidak melakukannya,” kata Dr Brian dengan penuh gementar.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Dr Brian berkata bahawa DNA lelaki Y mungkin berasal daripada sel bukan sperma kerana Dr Seah tidak ‘membersihkan’ sampel yang diperiksanya.

Tetapi bila disoalbalas oleh Yusuf, Dr Brain mula mengelabah.

10.18 pagi: Yusof terus menunjukkan satu dokumen yang memperincikan ‘pencucian’ sel epitelium tidak ‘perlu’ dilakukan tetapi ‘dicadangkan’ sahaja untuk dilakukan.

10.23 pagi: Dr Brian berkata memang ia tidak perlu ‘dicuci’ untuk membuang sel-sel bukan sperma terdapat kemungkinan DNA yang diperolehi bukan berasal dari sperma.

10.30 pagi: Yusof mempertikaikan kenyataan Dr Brian sebelum ini dimana slaid perlu disediakan selepas proses differential extraction dibuat.

“Di manakah terdapat cadangan bahawa slaid perlu disediakan selepas differential extraction disediakan?” tanya Yusof sekali lagi

10.40 pagi: Dr Brian merasa sudah tergugat maka berlakulah pertengkaran kecil berkenaan penyediaan slaid.

Yusof berkata bahawa slaid tidak perlu disediakan jika sel sperma dan sel bukan sperma berjaya dipisahkan daripada sel sperma di bawah proses differential extraction.

Brian pula berkata slaid itu masih perlu disediakan untuk memastikan sel sperma dan bukan sperma sudah berjaya dipisahkan.

10.55 pagi: Yusuf: “Awak boleh komen kemudian. Saya tidak mahu komen awak saya cuma mahu jawapan ringkas awak sahaja,” kata Yusof.

11.10 pagi: Yusuf: “Awak kata DNA dari B10 boleh datang dari sel kulit Saiful sendiri?”

Dr. Brain: “DNA itu tidak dapat dipastikan samada daripada air mani dari pengadu dari putik kapas,”

11.14 pagi: Mahkamah berehat sebentar selama 15 minit.

11.40 pagi: Mahkamah kembali bersidang dengan Dr Brian kembali disoal balas Yusof.

Yusof bertanya kepada Dr Brian tentang akreditasi makmal DNA Jabatan Kimia.

11.48 pagi: Dr Brian memberitahu yang beliau sebelum ini mengatakan makmal DNA Jabatan Kimia tidak diakreditasi kerana mereka tiada sijil akreditasi ISO 17025.

Ia sebaliknya hanya diakreditasi oleh ASCLAD di bawah Legacy Programme.

12:00 tengah hari mahkamah berhenti rehat. Sidang Mahkamah bakal bersambung pukul 2:30 petang.