Saturday, October 8, 2011

Teks Ucapan Belanjawan 2012


Ucapan bajet tahun 2012 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Dan Menteri Kewangan ketika membentang rang undang-undang perbekalan (2012) di Dewan Rakyat pada Jumaat, 7 Oktober 2012 "Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara"

Teks ini boleh dimuat turun di sini...

Friday, October 7, 2011

Top 50 Malaysia Blog Ranking


Disediakan oleh : Medan Info Kita



Belanjawan 2012: Anwar Boleh Campak Buku Jingga Ke Longkang!


Anwar boleh lah tukar nama buku jingga kepada buku jamban ataupun campakkan sahaja buku jamban itu ke longkang! hahaha!




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas pihak-pihak tertentu yang menguar-uarkan konsep negara kebajikan supaya janganlah berlagak seolah-olah merekalah orang pertama yang menemui formula ini.

Beliau berkata ketika pihak-pihak tertentu baru bercakap mengenai negara berkebajikan, Barisan Nasional (BN) telah lama mengamalkan konsep itu dengan menyediakan pelbagai subsidi, insentif dan bantuan “semuanya dengan semangat Rakyat Didahulukan”.

“Kita ucapkan tahniah kepada mereka kerana baru sedar terhadap konsep negara kebajikan ini. Namun, kita minta mereka ada sedikit rasa keikhlasan politik, janganlah berlagak seolah-olah merekalah orang pertama yang menemui formula ini.

“Bukankah kerajaan Barisan Nasional sudah sejak sekian lama mengamalkan konsep negara berkebajikan?,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat di sini, Jumaat.

Perdana Menteri berkata konsep berkebajikan kerajaan BN jelas melalui pemberian subsidi bagi setiap kilogram beras super tempatan, gula, minyak masak dan tepung gandum.

“Keseluruhan subsidi bahan makanan asas ini menelan belanja RM2.3 bilion dan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaya atau miskin, bandar atau luar bandar. Oleh itu, kita ingin bertanya, tidakkah ini dinamakan negara kebajikan?” katanya.

Tidak cukup sekadar itu, Najib berkata subsidi kerajaan bukan terhad kepada bahan makanan asas sebaliknya ia juga merangkumi subsidi produk petroleum dan bantuan tunai yang melibatkan RM17 bilion.

Beliau berkata subsidi itu meliputi setiap liter petrol RON95, setiap liter diesel serta bagi setiap tong 14 kilogram gas memasak.

Selain itu, katanya kerajaan juga akan meneruskan pemberian subsidi bil elektrik berjumlah RM20 sebulan dan ke bawah yang telah dilaksanakan sejak 2009 dan pemberian subsidi itu melibatkan peruntukan RM150 juta dan seramai sejuta isi rumah akan mendapat manfaat.

“Segala subsidi, insentif dan bantuan ini berjumlah RM33.2 bilion. Semuanya dengan semangat Rakyat Didahulukan,” katanya.

Najib berkata kerajaan juga akan menyediakan RM1.2 bilion untuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA yang merangkumi bantuan kepada warga emas miskin sebanyak RM300 sebulan; bantuan kanak-kanak miskin RM100 sebulan dengan maksimum RM450 sebulan serta bantuan dan elaun kepada Orang Kurang Upaya antara RM150 dan RM300 sebulan.

Beliau berkata KAR1SMA akan memberi manfaat kepada hampir 500,000 rakyat dalam membantu meringankan beban sara hidup.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan mengambil langkah bagi membendung kenaikan kos dan harga serta membantu mengurangkan beban rakyat dengan menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia, yang kini menawarkan 250 jenis produk berjenama 1Malaysia, ke seluruh negara.

“Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan, kerajaan juga bercadangmembuka 85 unit tambahan sehingga akhir 2012 dengan peruntukan RM40 juta,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga akan membuka 30 unit Agro Bazaar Kedai Rakyat bagi memasarkan produk pertanian dan barangan berjenama 1Malaysia di samping akan memperluaskan penjualan produk 1Malaysia di semua kedai di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar), kedai Felda dan kedai serbaneka stesen minyak seluruh negara.

Beliau berkata kerajaan juga akan memperluas dan mempromosi Menu Rakyat1Malaysia yang menawarkan pakej menu makanan popular pada harga yang berpatutaniaitu maksimum RM2 bagi sarapan pagi dan RM4 bagi makan tengah hari.

“Sehingga kini, lebih 700 pengusaha telah mengambil bahagian dan dijangka diperluaskan kepada 3,000 pengusaha pada akhir 2012. Untuk mengembangkan lagilangkah ini, kerajaan menggalakkan semua pengusaha kafeteria di pejabat kerajaandan swasta melaksanakan inisiatif Menu Rakyat 1Malaysia,” katanya.

Najib berkata bagi menangani kenaikan harga barang terutamanya bahan makanan, kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang bersepadu bersifat jangka pendek, sederhana dan panjang antaranya meningkatkan pengeluaran makanan seperti beras, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Beliau berkata langkah-langkah yang diambil itu ialah dengan melancarkan Dasar Agro Makanan 2011 hingga 2020, memperuntukkan RM1.1 bilion bagi pembangunan sektor pertanian tahun depan, memperluaskan skop pembiayaan Dana Pertanian Komersial kepada projek pertanian berinovasi dan memperbanyakkan program ladang kontrak bagi memastikan bekalan produk makanan mencukupi.

Belanjawan 2012: Bonus Setengah Bulan Lagi Untuk Kakitangan Awam


Kerajaan hari ini mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 ringgit dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada penjawat awam dan juga pesara kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Belanjawan 2012 berkata bayaran itu akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember ini.

“Berdasarkan sokongan dan komitmen penjawat awam yang tidak terhargakan dalam mencapai matlamat pembangunan negara, sukacita saya mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 ringgit dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan,” katanya.

Menurut Najib, beliau yakin ganjaran itu akan terus mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dalam mempastikan agenda pembangunan nasional menjadi kenyataan.

Sebelum ini, pada bulan Ogos lalu, kerajaan telah pun membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit kepada penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara. Tindakan itu bagi meringankan bebanan mereka menghadapi kos sara hidup yang terus meningkat dan sempena meraikan Aidilfitri.

“Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam serta 618 ribu pesara kerajaan. Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja sebanyak empat bilion ringgit,” katanya.

Belanjawan 2012: Kerajaan Umum Pendidikan Percuma Di Sekolah Rendah, Menengah


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata buat pertama kalinya dalam sejarah pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan disediakan secara percuma bermula sesi persekolahan 2012.

Perdana Menteri berkata langkah ini diambil bagi membolehkan setiap anak-anak Malaysia tanpa mengira latar sosio-ekonomi berpeluang kepada masa depan yang lebih baik selain memastikan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

“Pada masa ini pelajar masih dikenakan bayaran RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah untuk bayaran ko-kurikulum, kertas ujian dalaman, yuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia, dan insurans takaful.

“Mulai sesi persekolahan 2012, bayaran ini akan dimansuhkan,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat di sini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pemansuhan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM150 juta. Dalam Belanjawan 2012, sektor pendidikan diperuntukkan RM50.2 bilion.

Najib berkata bagi Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM1.9 bilion akan dibelanjakan untuk semua jenis sekolah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Sebagai tambahan, katanya, peruntukan RM1 bilion akan disediakan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.

Najib berkata daripada peruntukan itu, RM500 juta diberikan kepada SekolahKebangsaan dan masing-masing RM100 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina,Sekolah Mubaligh, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Katanya, kerajaan juga mencadangkan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran dan memenuhi peraturan yang ditetapkan diberi beberapa galakan dengan mengambil kira peranan penting mereka dalam menyediakan pendidikan berkualiti menghasilkan generasi masa depan cemerlang.

Najib berkata galakan yang diberikan ialah pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100 peratus ke atas perbelanjaan modal dalam tempoh lima tahun; dan potongan dua kali bagi perbelanjaan promosi di luar negara bagi menarik lebih ramai kemasukan pelajar asing dan ketiga ialah pengecualian duti import dan cukai jalan ke atas semuaperalatan pembelajaran.

“Kerajaan berharap dengan adanya penjimatan kos ini kepada pengendali sekolah swasta sebagai imbal balas dapatlah dikurangkan sedikit yuran sekolah para pelajar, agar beban ibu bapa dapat diringankan,” katanya.

Najib berkata galakan juga diberikan kepada orang perseorangan dan syarikat yang menyumbang daripada sudut kewangan untuk institusi pendidikan rendah dan menengah yang berdaftar dengan diberi potongan cukai. Beliau berkata kemudahan itu juga dipanjangkan kepada semua tempat ibadat yang berdaftar.

Katanya kerajaan akan menyegerakan kelulusan pengecualian cukai bagi institusi pendidikan dan semua rumah ibadat dalam tempoh masa yang singkat.

Di samping itu, sektor swasta juga disaran berganding bahu memantapkan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi dengan pemberian galakan cukai seperti potongan dua kali ke atas perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat dalam melaksanakan program internship.

Dua lagi galakan ialah potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa dan potongan dua kali ke atas perbelanjaan bagi menyertai pameran kerjaya di luar negara.