Friday, October 7, 2011

Belanjawan 2012: Anwar Boleh Campak Buku Jingga Ke Longkang!


Anwar boleh lah tukar nama buku jingga kepada buku jamban ataupun campakkan sahaja buku jamban itu ke longkang! hahaha!




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas pihak-pihak tertentu yang menguar-uarkan konsep negara kebajikan supaya janganlah berlagak seolah-olah merekalah orang pertama yang menemui formula ini.

Beliau berkata ketika pihak-pihak tertentu baru bercakap mengenai negara berkebajikan, Barisan Nasional (BN) telah lama mengamalkan konsep itu dengan menyediakan pelbagai subsidi, insentif dan bantuan “semuanya dengan semangat Rakyat Didahulukan”.

“Kita ucapkan tahniah kepada mereka kerana baru sedar terhadap konsep negara kebajikan ini. Namun, kita minta mereka ada sedikit rasa keikhlasan politik, janganlah berlagak seolah-olah merekalah orang pertama yang menemui formula ini.

“Bukankah kerajaan Barisan Nasional sudah sejak sekian lama mengamalkan konsep negara berkebajikan?,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat di sini, Jumaat.

Perdana Menteri berkata konsep berkebajikan kerajaan BN jelas melalui pemberian subsidi bagi setiap kilogram beras super tempatan, gula, minyak masak dan tepung gandum.

“Keseluruhan subsidi bahan makanan asas ini menelan belanja RM2.3 bilion dan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaya atau miskin, bandar atau luar bandar. Oleh itu, kita ingin bertanya, tidakkah ini dinamakan negara kebajikan?” katanya.

Tidak cukup sekadar itu, Najib berkata subsidi kerajaan bukan terhad kepada bahan makanan asas sebaliknya ia juga merangkumi subsidi produk petroleum dan bantuan tunai yang melibatkan RM17 bilion.

Beliau berkata subsidi itu meliputi setiap liter petrol RON95, setiap liter diesel serta bagi setiap tong 14 kilogram gas memasak.

Selain itu, katanya kerajaan juga akan meneruskan pemberian subsidi bil elektrik berjumlah RM20 sebulan dan ke bawah yang telah dilaksanakan sejak 2009 dan pemberian subsidi itu melibatkan peruntukan RM150 juta dan seramai sejuta isi rumah akan mendapat manfaat.

“Segala subsidi, insentif dan bantuan ini berjumlah RM33.2 bilion. Semuanya dengan semangat Rakyat Didahulukan,” katanya.

Najib berkata kerajaan juga akan menyediakan RM1.2 bilion untuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA yang merangkumi bantuan kepada warga emas miskin sebanyak RM300 sebulan; bantuan kanak-kanak miskin RM100 sebulan dengan maksimum RM450 sebulan serta bantuan dan elaun kepada Orang Kurang Upaya antara RM150 dan RM300 sebulan.

Beliau berkata KAR1SMA akan memberi manfaat kepada hampir 500,000 rakyat dalam membantu meringankan beban sara hidup.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan mengambil langkah bagi membendung kenaikan kos dan harga serta membantu mengurangkan beban rakyat dengan menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia, yang kini menawarkan 250 jenis produk berjenama 1Malaysia, ke seluruh negara.

“Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan, kerajaan juga bercadangmembuka 85 unit tambahan sehingga akhir 2012 dengan peruntukan RM40 juta,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga akan membuka 30 unit Agro Bazaar Kedai Rakyat bagi memasarkan produk pertanian dan barangan berjenama 1Malaysia di samping akan memperluaskan penjualan produk 1Malaysia di semua kedai di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar), kedai Felda dan kedai serbaneka stesen minyak seluruh negara.

Beliau berkata kerajaan juga akan memperluas dan mempromosi Menu Rakyat1Malaysia yang menawarkan pakej menu makanan popular pada harga yang berpatutaniaitu maksimum RM2 bagi sarapan pagi dan RM4 bagi makan tengah hari.

“Sehingga kini, lebih 700 pengusaha telah mengambil bahagian dan dijangka diperluaskan kepada 3,000 pengusaha pada akhir 2012. Untuk mengembangkan lagilangkah ini, kerajaan menggalakkan semua pengusaha kafeteria di pejabat kerajaandan swasta melaksanakan inisiatif Menu Rakyat 1Malaysia,” katanya.

Najib berkata bagi menangani kenaikan harga barang terutamanya bahan makanan, kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang bersepadu bersifat jangka pendek, sederhana dan panjang antaranya meningkatkan pengeluaran makanan seperti beras, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Beliau berkata langkah-langkah yang diambil itu ialah dengan melancarkan Dasar Agro Makanan 2011 hingga 2020, memperuntukkan RM1.1 bilion bagi pembangunan sektor pertanian tahun depan, memperluaskan skop pembiayaan Dana Pertanian Komersial kepada projek pertanian berinovasi dan memperbanyakkan program ladang kontrak bagi memastikan bekalan produk makanan mencukupi.

7 comments:

Anonymous said...

sapa tiru sapa bro?

Anonymous said...

Nuar cakap dari jubor dia bro... dia tak de duit, melainkan tadah jubor dia dengan yahudi... sape tah nak tiru dia tuhhhhhh!!!

sorry lah bro, dalam malaysia ni, orang gila jubor je yang gilakan buku jinggay dia ni... ptuih!

Brahim Nyior said...

Sudah terang lagi bersuluh, Bajet 2012 baik untuk merangsang ekonomi dan mengekang inflasi.

Kerajaan mempunyai pakar ekonomi dan barisan ahli akademik yang berwibawa, tak perlu jeling pun Buku Jingga PR.. Semua tu auta PR je..

Anonymous said...

porahhhhhhhhhh.............! penjilat bontot Najis

Anonymous said...

im sorry sir, you dint research and read all their budgets... PM ade ke ckp bile die nak kuatkuasakan bajet 2012 tu? pilihan raya da dekat bro, org akan lakukan apasaja demi untuk menang... tentang yuran sekolah, berape sangat la, tak sampai 50 ringgit pon yuran... buku teks pon diorang dapat pinjaman.. what for the govt give 100 for young children without any reasons?? btw, din't you realize, orang yang jadi ahli parliament boleh dpt bonus sdgkan diorang x de beri sumbangan kepada negara langsung... instead of giving the bonus to them, why the govt dint give those bonuses to labor who worked so hard for our country such as pekerja syabas yang pasang paip, pekerja tnb, kerani pejabat dan bomba... dint you realized that?? govt suruh beli brg malaysia demi memajukan negara, but dint you realize that our product is so expensive and low quality.. example, if you have 1 million ringgit do you wanna buy proton inspira instead of audi??? even our first national cars had been humiliated in Mr Bean series..
now, our country had made the illegal labor from other country LEGAL here... cuba awak bayangkan, haritu dalam news ade cakap, maid from INDIA salary up to RM1400++, same as malaysian degree graduates salary... it shows how low our country education level although they have quite high level... imagine what will happen to your child in the future if your child education as level as a maid??? please be open minded, now our country has people that does not belong here, such as the pak itam, pak arab, bangla, nepal and lots more... you din't know that those outsiders are more than our military soldiers... there are 10000000 million people that cant be declared as legal or illegal visitors... and now the pension is up to 60 years old, then what will the youngster work for a living??? think about it.. they must be stealing and robbing or even snatching thieves at our country.. they really desperate for getting money to buy necessities that is SO EXPENSIVE HERE... do you want the MALAYSIAN girls to become a prostitute like in thai because they cant afford for their living??? STOP ACCUSING AND BLAMING OTHER PEOPLE JUST BECAUSE THEY HAVE SCANDALOUS CASES THAT CANNOT BE SOLVED UNTIL NOW... its been 3-4 years already... FIKIRKAN DEMI MASA DEPAN KELUARGA ANDA...

Anonymous said...

betul ckp org atas ni... buat pe la kite nak keje sampai 60 tahun, dah la nyanyuk.. bagi la pluang kat org mude lak bekerje... blogger ni pon satu, mate tak bukak lagi ke oii??? buta ka??? walaupun anwar punye kes tak selesai, tapi cuba ko bygkan, dh 4 tahun, kes masih x selesai... kejap itu la kejap ini la... pastu bile panggil pm dgn bini utk prbicaraan x dtg pulak, pm dgn bini pegi plncran majlis boleh pulak.. siaran media utama malaysia tak malu ke bagi rakyat malaysia dgr cerita pasal liwat dgn seks mase waktu berita, tang org sume tgh tengok tv.... patot la budak umo 6 tahun da tau psl sex

Anonymous said...

LOL org yg tles blog ni mesti bodo kan? bdak skola sume gelak2 bace blog die ni... hohoho