Saturday, October 15, 2011

Chegu Bard Lebih Utamakan Fitnah Cincin Rosmah Daripada Anaknya....


Gila glamour mamat poyo ni... kalau nak cari duit sekali pun bukan macam ni cara nya bro.... pesanan aku bard tak payah lah nak sibuk-sibuk pasal isu cincin ni... beri tumpuan kepada anakya yang sakit itu lebih baik.. aku dengar keadaan che'Nur semakin serius! 


Che'Nur dikesan kena 'Bronkopneumonia' perlu diperhatian lebih... sila lihat di sini...

Bard cari duit dengan cara kotor, mahu terbit brosur cincin RM24 juta

Chegubard, menerajui satu kumpulan yang di wujudkan yang dikenali sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), namun kumpulan ini dipulaukan oleh puak AMK, PKR sendiri...

Katanya, selain menerbitkan bukti asal mengenai cincin tersebut, brosur itu juga akan turut memuatkan jumlah pembaziran dan gaya hidup mewah orang yang didakwanya "bergaya sebagai wanita pertama Malaysia."

Majlis pelancaran brosur tersebut akan diadakan di pejabat PKR di Rantau, Negeri Sembilan dan akan dihadiri pemimpin tinggi PKR, termasuk naib presiden Datuk Chua Jui Meng dan Fuziah Salleh serta setiausaha Pemuda DAP kebangsaan, Anthony Loke .

Sudah-sudah la Bard... orang dah tak guna taktik politik murahan ni lagi... Patut la kalah memanjang je bila ada pemilihan... Sampai nak jadi Ketua pun terpaksa wujudkan kumpulan sendiri... duh murahan sangat lah!

Sekitar 10 Ribu Menyambut TPM Muhyiddin di Paroi


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapannya di hadapan kira-kira 10 ribu penyokong dan rakyat di Taman Seroja, DUN Paroi.


Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan bersama TPM di Majlis Jamuan Rakyat, turut hadir sama Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan lain-lain..


Kehadiran yang luarbiasa menyambut kedatangan TPM ke DUN Paroi, Parlimen Rembau. Membanjiri Taman Seroja.

Kami cerita ribuan ada bukti bukan macam pembangkang, cakap je ribuan tapi hampeh! post gambar pun dia orang tak berani... Apa macam Bard? ada berani?

[video] Pencarian Bakat BN Youth Music 2011 Menerusi You Tube!


Kepada anak muda yang berbakat tu tunggu apa lagi? Inilah masanya untuk anda menjadi artis terkenal seperti Yuna, Najwa Latif dan lain-lain... Insyallah...

Bukti: Selepas 5 Hari Didakwa Meliwat, Anwar Boleh Membongkok & Berpusing 180 Darjah


KAH! KAH! KAH! Baeekk punya sakit pinggang!

Sila perhatikan rakaman permulaan iaitu ketika Anwar membongkok keluar dari keretanya serta berpusing hampir 180 darjah ketika melayan para pemberita dan penyokongnya. Baca lagi di sini....

Awie: Saya Bukan Gangster


Penyanyi Rock yang juga vokalis Kumpulan Wings, Awie meminta agar tidak menggelar beliau sebagai seorang gangster Melayu berdasarkan penampilan beliau.

Jauh sekali dari pandangan sempit sebegitu, beliau sebenarnya seorang yang suka berlawak dan penyanyang terutamanya terhadap kanak-kanak.

"Mungkin dari segi luaran saya nampak garang tapi sebenarnya saya seorang yang sangat penyayang tau."

"Bagi mereka yang rapat dengan saya mereka akan tahu, saya seorang yang lantang bersuara dalam apa sahaja situasi bagi mempertahankan sesuatu hak.

"Paling tidak pun, saya seorang yang sangat tegas mengenai isu pembelaan artis. Mungkin dari situ orang nampak saya seorang yang kasar," katanya.

Awie berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar penganjuran pertandingan nyanyian iaitu Barisan Nasional (BN) 1 Youth Music di pejabat Pemuda UMNO, Menara Datuk Onn, di sini, Khamis.

Turut hadir beberapa rakan-rakan artis lain yang antaranya seperti Zed Zaidi, Adam (AF), Ezany Nizarif dan Rashdan Baba akan bekerjasama dengan Pemuda UMNO menganjurkan pertandingan BN 1 Youth Music.

Pertandingan yang dibuka kepada semua golongan itu akan bermula di sekitar pertengahan bulan November dan tarikhnya akan diumumkan tidak lama lagi.-KLpos

Puak pembangkang sedang hentam Awie 24jam di blog... cuba kalau Awie masuk PAS tentu semuanya OK! Macam Bob Lokman, diangkat menjadi Ostaz segera... Hipokrit!

Kenaikan Elaun, Pembangkang Hipokrit Tolak Di Parlimen Sapu Di Negeri


Tindakan mempolitikkan cadangan menaikkan elaun ahli parlimen yang dibentangkan ketika Belanjawan 2012 membuktikan pembangkang sudah terdesak sehinggakan perkara itu dijadikan modal politik mereka dalam usaha untuk mendapatkan sokongan.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan berkata pembangkang cuba menonjollkan diri kononnya mereka prihatin sebab itu mereka menolakkan cadangan yang dikemukan oleh kerajaan untuk Ahli Parlimen.

“Pembangkang nampaknya cuba menipu rakyat dengan cadangan itu, sedangkan wakil rakyat merekalah yang mencadangkan supaya elaun ahli parlimen dinaikkan, tetapi ada segelintir mereka yang menolakkannya.

“Nampaknya pemimpin pembangkang seperti Anwar dan Guan Eng serta beberapa orang yang lain nampaknya cuba menonjolkan diri dengan isu berkenaan tanpa menyedari perkara itu sebenarnya dikemukakan oleh wakil rakyat mereka.

“Apa yang berlaku ini membuktikan tiada kesefahaman di kalangan mereka, malah ada di kalangan ahli parlimen yang kesal dengan tindakan pemimpin mereka yang tidak mengadakan perbincangan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya kepada UMNO-Online.

Pada sidang DUN Selangor Mac lalu, wakil rakyat di Selangor menerima kenaikan elaun sebanyak RM2,000 sebulan yang dibayar bermula Januari 2011 (secara backdated).

Menurutnya, pembangkang tidak ikhlas dan adanya pilih kasih dalam sesuatu isu yang dibangkit termasuk berhubung cadangan kenaikkan elaun wakil rakyat kerana apabila perkara itu dilaksanakan di negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang, mereka langsung tidak bersuara.

“Mengapa kenaikkan elauan wakil rakyat di Selangor tidak dibantah, adakah kerana negeri itu diperintah pakatan pembangkang dan Anwar menjadi penasihat perkara itu dibolehkan, ini menunjukkan bahawa pakatan pembangkang mengamalkan dasar pilih kasih.

“Tetapi apabila perkara itu dibentangkan oleh Perdana Menteri, pembangkang beriya-iya mengesa supaya kerajaan menarik balik cadangan berkenaan dengan alasan ia tidak perlu dan akan membebabkan kerajaan,” katanya.

Kamalanathan berkata, alasan yang diberikan mereka membantah kenaikkan elaun itu adalah tidak masuk akal, kerana apa yang dibentangkan dalam Belanjawan 2012 telah dibuat kajian terlebih dahulu.

“Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, kenaikan elaun itu adalah untuk meringankan beban ahli parlimen termasuk membabitkan pembayaran pejabat dan kaki tangan dan bukannya untuk peribadi,” katanya.

Jelas apa yang berlaku itu menunjukkan bahawa pembangkang sering melakukan pilih kasih dalam apa jua perkara, jika perkara itu dilakukan oleh mereka ia bukan satu kesalahan tetapi jika Barisan Nasional, semuanya tidak betul dan menyusahkan rakyat. -MediaUMNO

Friday, October 14, 2011

Liwat II: Najwan Halimi Saksi Liabiliti Anwar


Tampilnya Mohd Najwan Halimi sebagai saksi pembela dianggap sebagai liabiliti kepada Ketua Umum PKR kerana kehadiran dan keterangannya di mahkamah mengesahkan bahawa pengadu yakni Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah pekerja Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, Anwar pernah menafikan pengadu adalah staffnya, malah turut menafikan mengenali pemuda itu, namun keterangan Najwan yang kini merupakan staff Anwar di pejabat Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor menafikan kenyataan Ketua Umum PKR sebelum ini dan mengesahkan Anwar adalah majikan kepada pengadu.


Berkenaan motif utama dipanggil Najwan sebagai saksi untuk membuktikan pengadu adalah penyokong kerajaan yang tidak pernah mengidolakan Anwar, perkara ini tidak relevan kerana perkara itu sudah tidak berbangkit ketika Ketua Umum PKR mahu mengambil pengadu sebagai staff sepertimana yang didedahkan dalam pengakuan bersumpah Muhamad Rahimi Osman.

Menurut keterangan pengadu di Mahkamah, Rahimi Osman yang ketika itu merupakan pegawai khas Anwar merupakan individu yang bertanggungjawab menjadi perantaraan Ketua Umum PKR dengan Mohd Saiful.

Kerana tidak berpuas hati dengan pemilihan pengadu diambil bekerja di pejabat Anwar, Najwan mengakui di mahkamah bahawa dia telah mengirim e-mel protes kepada Ahli Permatang Pauh itu.

Apabila Anwar memutuskan untuk memanggil staffnya, Najwan sebagai saksi pembelanya, ia akan membuka satu lagi ruang misteri, kenapa tidak dipanggil Rahimi Osman, individu yang lebih kredibel untuk kes ini berbanding dengan Najwan ?

Ketika disoal balas, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang bertanyakan sejauh manakah keakraban saksi dengan pengadu, Najwan yang pada awalnya mengakui ‘kawan rapat’ kemudian tergagap untuk mengesahkan keakraban itu.

Berdasarkan jawapan itu, Mohd Yusof dapat menyimpulkan bahawa saksi bukanlah ‘kawan rapat’ kepada pengadu dan dipersetujui oleh Najwan sendiri.

Keterangan Najwan di mahkamah bukan sahaja tidak menarik minat Mohd Yusof malah akan memalukan saksi itu sendiri sebagaimana dalam rakaman video di atas, minit 1:01 hingga 1:02, dia cepat-cepat masuk ke dalam kereta selepas selesai memberi keterangan. - AIDC


Bicara Rakyat Bajet 2011: KJ, Tony Pua, Prof Azlan Ghazali 11 Malam Ini Di TV1

Bicara Rakyat Bajet 2011: KJ, Tony Pua, Prof Azlan Ghazali 11 Malam Ini Di TV1



BAJET 2012!
Tetamu Bicara Rakyat, 11 malam ini... 
YB Khairy Jamaluddin (BN/UMNO),
YB Tony Pua (PR/DAP)
YBhg Prof Datuk Dr Nor Azlan Ghazali, (Ketua Kluster Ekonomi Maj Prof Negara)

Bicara Rakyat tentang perbandingan dua Bajet! Majukan soalan anda!

STAY TUNE!

Stay in touch with Bro Jinggo

Hot News: Pendedahan Peserta DUMC Terlibat Murtad!

Rasyidah

Baca pendedahan yang dibuat oleh salah seorang peserta di DUMC iaitu Rasyidah binti Ab Razak.


PENDEDAHAN KISAH GEREJA DAMANSARA UTAMA METHODIST CHURCH MEMURTADKAN 12 ORANG ISLAM YANG TERDESAK ATAS NAMA KEHIDUPAN

Gerakan memurtadkan orang Islam terbongkar apabila pihak Jabatan Agama Islam Selangor membuat serbuan ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church (DUMC). Disini kami ingin mendedahkan gerakan dan dalang di sebalik gerakan kristianisasi terhadap orang Islam, pendedahan ini telah di perolehi daripada 2 orang yang berada di waktu JAIS membuat serbuan pada malam Majlis Thanks Giving Dinner yang telah di adakan di Gereja tersebut.

Pendedahan yang di buat oleh - RASIDAH BT AB. RAZAK, Beliau telah mula di perkenalkan kepada saorang lelaki Cina yang bernama RAYMOND KOH dalang yang bertanggungjawab di atas kerja-kerja menyebarkan dakyah kristian pada orang-orang Islam, dia menjalankan kerja-kerja ini bersama isterinya yang bernama SUZANA@LIEW SOW YOKE kedua-dua mereka adalah ahli HARAPAN KOMUNITI yang menguruskan tapak kompleks gereja DUMC tersebut. Pasagan suami isteri ini meletakkan sasaran 1 hari 1 orang, mereka yang berjaya di kristiankan oleh mereka akan di peralatkan untuk mengenal pasti sasaran seterus nya untuk di pengarauhi. Juga di fahamkan bagi setiap orang Islam yang berjaya di kristianisasikan, pasangan ini akan menerima ganjaran berjumlah diantara RM30,000-RM40,000 ke dalam akuan peribadi mereka dari pertubuhan kristian berpengkalan di Austrialia.

Semenjak di kenalkan pada pasangan suami isteri ini pada tahun 2009, Rasyidah telah berjayan di pengaruhi oleh mereka, dan menyertai Harapan Komuniti dan sepajang penglibatan nya di dalam pertubuhan tersebut , pasangan suami isteri ini banyak membantu dari segi moral, spiritual dan kewangan. mengikut beliau, Raymond Koh adalah saorang yang pemurah dan sangat mudah untuk membantu dengan bantuan kewangan sehingga kehidupan beliau menjadi sangat selesa tanpa masaalah keawangan.

Dengan itu hubungan beliau terhadap pasangan suami isteri itu sangat rapat dan menjadi orang kepercayaan beliau, dan begitu juga beliau di anggap orang kepercayaan Raymond Koh dan isterinya. Pada pertengahan Tahun 2010, Rasyidah bersama 5 orang Islam telah dibaptiskan oleh Raymond Koh, isterinya Suzana dan saorang pastor yang tidak di kenali di sebuah kolam renang berhampiran kawasan perindustrian di Rawang, Selangor.

Mengikut pengalaman Rasyidah, pada setiap penghujung tahun, Raymond Koh bersama isterinya akan organise trip ke Genting Highland untuk mereka yang telah berjaya dipengaruhi di sebuah Villa yang di percayai milik Harapan Komuniti. Pada kebiasaan nya jumlah yang akan turut serta dalam rombangan ini lebih kurang 100 orang, dan 50% dari jumlah ini terdiri dari orang-orang Melayu. dan semas di situ ceramah-cerama mengenai fahaman kristian akan di adakan di sertai kupasan dan petikan dari kitab Injil.

Rasyidah telah di calunkan oleh Raymond Koh untuk menghadiri kursus menjadi pastor di Sabah yang akan berlansung pada bulan Oktober selama 3 bulan.

Pendedahan yang kedua di perolehi daripada JOSHUA@ JAMALUDDIN BIN OTHMAN. Beliau telah pertama kali menemui Raymond Koh semasa dia tinggal sementara di asrama FAR EASTERN BIBLE COLLEGE (FEBC) di Singapura bersama Raymond Koh ketika menghadiri persidangan ‘OPERATION MOBILIZATION’ (OM) di sana. Pada Dis 1985 hingga Mei 1986, Joshua@ Jamaluddin bin Othman selepas pulang ke Malaysia telah tinggal di rumah Raymond Koh selama 6 bulan di alamat, Jalan SS1/1B, Petalaing jaya, Selangor, yang juga merupakan pejabat OM Cawangan Malaysia.

Aktiviti-aktiviti Joshua semasa itu adalah membantu menjaga urusan OM seperti hantar surat dan menjual buku-buku kristian ke gereja-gereja di seluruh Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dan juga menghadiri kelas ‘PERHIMPUNAN DOA’ yang di adakan setiap Malam Isnin yang dipimpini oleh Raymond Koh sendiri, antara agenda perhimpunan doa adalah nyanyian lagu rohani dan membaca bible. Mei 1986, Joshua berpindah keluar dari rumah setelah Raymond Raymond berkawin dan punyai anak.

Pendedahan ketiga – di buat oleh PHILIPS CHEONG @ CHENG AH KOW pada tahun 1984, sering mengadakan perjumpaan ‘PRAYERS GROUP FOR NEGLECTED PEOPLE (NPs) di First Baptist Church, Jalan Pantai, Petaling Jaya, yang turut di hadiri oleh Raymond Koh dan pada tahun 1985 beliau telah di kenalkan kepada Joshua oleh Raymond Koh. Dan pada tahun 1986 di pelawa oleh Raymond Koh untuk memberi ceramah mengenai ‘UNDERSTANDING ISLAM’ di sebuah gereja di Batu Pahat, Johore.

Seterusnya baca di sini....

10 Artis Termasuk Adam AF Sertai Pergerakan Pemuda UMNO


Seramai 10 artis semalam menyerahkan borang keahlian menyertai Pergerakan Pemuda UMNO.

Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda UMNO di sini ialah Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.

Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF.

Zed Zaidi berkata, penyertaannya dalam parti itu adalah sebagai menerima pelawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dalam program “Jom Masuk UMNO”.

Pelakon itu yakin corak kepimpinan Perdana Menteri akan melahirkan generasi pelapis yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara termasuk industri hiburan.

Berita terdahulu: BN Youth Music 2011 : Pemuda, Awie Dan Artis Berganding Bahu Cari Bakat Baru


Stay in touch with Bro Jinggo