Saturday, October 15, 2011

Kenaikan Elaun, Pembangkang Hipokrit Tolak Di Parlimen Sapu Di Negeri


Tindakan mempolitikkan cadangan menaikkan elaun ahli parlimen yang dibentangkan ketika Belanjawan 2012 membuktikan pembangkang sudah terdesak sehinggakan perkara itu dijadikan modal politik mereka dalam usaha untuk mendapatkan sokongan.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan berkata pembangkang cuba menonjollkan diri kononnya mereka prihatin sebab itu mereka menolakkan cadangan yang dikemukan oleh kerajaan untuk Ahli Parlimen.

“Pembangkang nampaknya cuba menipu rakyat dengan cadangan itu, sedangkan wakil rakyat merekalah yang mencadangkan supaya elaun ahli parlimen dinaikkan, tetapi ada segelintir mereka yang menolakkannya.

“Nampaknya pemimpin pembangkang seperti Anwar dan Guan Eng serta beberapa orang yang lain nampaknya cuba menonjolkan diri dengan isu berkenaan tanpa menyedari perkara itu sebenarnya dikemukakan oleh wakil rakyat mereka.

“Apa yang berlaku ini membuktikan tiada kesefahaman di kalangan mereka, malah ada di kalangan ahli parlimen yang kesal dengan tindakan pemimpin mereka yang tidak mengadakan perbincangan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya kepada UMNO-Online.

Pada sidang DUN Selangor Mac lalu, wakil rakyat di Selangor menerima kenaikan elaun sebanyak RM2,000 sebulan yang dibayar bermula Januari 2011 (secara backdated).

Menurutnya, pembangkang tidak ikhlas dan adanya pilih kasih dalam sesuatu isu yang dibangkit termasuk berhubung cadangan kenaikkan elaun wakil rakyat kerana apabila perkara itu dilaksanakan di negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang, mereka langsung tidak bersuara.

“Mengapa kenaikkan elauan wakil rakyat di Selangor tidak dibantah, adakah kerana negeri itu diperintah pakatan pembangkang dan Anwar menjadi penasihat perkara itu dibolehkan, ini menunjukkan bahawa pakatan pembangkang mengamalkan dasar pilih kasih.

“Tetapi apabila perkara itu dibentangkan oleh Perdana Menteri, pembangkang beriya-iya mengesa supaya kerajaan menarik balik cadangan berkenaan dengan alasan ia tidak perlu dan akan membebabkan kerajaan,” katanya.

Kamalanathan berkata, alasan yang diberikan mereka membantah kenaikkan elaun itu adalah tidak masuk akal, kerana apa yang dibentangkan dalam Belanjawan 2012 telah dibuat kajian terlebih dahulu.

“Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, kenaikan elaun itu adalah untuk meringankan beban ahli parlimen termasuk membabitkan pembayaran pejabat dan kaki tangan dan bukannya untuk peribadi,” katanya.

Jelas apa yang berlaku itu menunjukkan bahawa pembangkang sering melakukan pilih kasih dalam apa jua perkara, jika perkara itu dilakukan oleh mereka ia bukan satu kesalahan tetapi jika Barisan Nasional, semuanya tidak betul dan menyusahkan rakyat. -MediaUMNO

1 comment:

Anonymous said...

Contoh nya Mat Nizar lilin...parlimen sapu..Dun pun sapu...berlambak duit..keje nya hanya menghasut rakyat.