Thursday, October 13, 2011

BN Youth Music 2011 : Pemuda, Awie Dan Artis Berganding Bahu Cari Bakat Baru


Pemuda UMNO dan artis hari ini berkongsi pentas bersama beberapa artis tanah air yang diketuai Ahmad Azhar Othman atau Awie untuk menjayakan BN Youth Music 2011 dalam masa terdekat.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata program tersebut yang berkonsepkan pencarian bakat dalam muzik akan memberi peluang dan ruang kepada seluruh anak muda daripada pelbagai bangsa dan seluruh negara untuk mengambil bahagian.

Menurut beliau pihaknya akan mengambil pendekatan baru iaitu dengan menggunakan kemudahan laman sosial iaitu Youtube untuk memudahkan mereka yang berminat memuat naik bahan yang telah siap untuk diteliti oleh pihak juri.

“Tajuknya bebas dan pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu individu, berkumpulan dan pop dance. Selepas mereka memuat naik menerusi laman web khas yang akan kita wujudkan nanti, mereka juga perlu menghantar satu salinan asal bahan tersebut, manakala Awie dan rakan-rakannya akan meneliti bahan tersebut untuk dipilih ke peringkat seterusnya.

“Selepas itu mana-mana yang layak akan memasuki pusingan seterusnya iaitu kita akan tengok dan nilai secara “live”. Jumlah hadiah belum kita tetapkan dan masih diperingkat perbincangan selain tarikh serta perkara-perkara lain.

“Ini adalah antara galakan kita kepada mereka yang ada bakat tetapi tidak berkesempatan untuk menduduki uji bakat dan sebagainya menerusi pelbagai program mencari bakat lain sebelum ini. Jadi kepada yang berminat bolehlah buat persediaan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Awie dan beberapa rakan artis lain seperti Zek Zaidi, Ezzani Yusof serta rakan-rakan artis dan pelakon yang lain. Turut serta Pengerusi Biro Kebudayaan dan Keseniaan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar.

Khairy seterusnya menambah, usaha berkenaan yang digalas menerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Pemuda UMNO itu memberi tumpuan kepada anak-anak muda yang berbakat untuk menonjolkan kebolehan yang ada pada mereka.

“Teknologi telah mendemokrasikan muzik menerusi pelbagai peluang kepada anak-anak muda dan program ini adalah salah satu cara ke arah itu,” katanya. -MediaUMNO

Maaf kami tidak mencari ostaz segera.....


Stay in touch with Bro Jinggo

1 comment:

Anonymous said...

SALAM JINGGO ... APASAL LU SUKA LINK BALIK BLOG LU LEPAS SATU ARTIKEL?

ALMOST EVERY ARTICLE PUBLISHED YOU LINKED BACK TO THE OTHER ARTICLE IN YOUR BLOG ...

ARE YOU TRYING TO CATCHING UP WITH ALEXA RANKING? JUST CURIOUS ....