Tuesday, October 25, 2011

Isu Ramas Buah Dada, Guan Eng Terdesak Minta Karpal Saman Khairy Jamaluddin


Jelas dilihat, dalam isu ramas buah dada, Guan Eng begitu terdesak sehingga meminta Karpal Singh membuat laporan polis terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung isu anak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Dalam twitter, tweet KJ langsung tidak menyentuh anak Lim Guan Eng pun... biasalah Pakatan memang pandai putar belit malahan kenyataan TPM pun mereka belit inikan pula tweet dari KJ.

@Khairykj Khairy Jamaluddin
@PapaGomo Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada.
http://twitter.com/#!/Khairykj/status/125841671102529536

Tweet KJ berseloroh dengan Papa Gomo menjadi isu utama DAP! sedangkan isu rasuah RM200,000  mereka tutup mulut! double standard betul lah puak ni!

Sepatutnya apa yang wajar dibuat oleh Guan Eng ialah membuat laporan polis dan polis boleh menyiasat sama ada kes sogokan RM200,000 tersebut benar atau sebaliknya. Kenapa sehingga hari ini Lim Guan Eng tidak berani sentuh isu tersebut malahan tidak pernah membuat penafian berhubung rasuah RM200,000?

Tindakkan menyaman Khairy ini adalah taktik politik murahan DAP bagi mengalih pandangan masyarakat berhubung dengan isu sebenar, isu yang lebih besar sebenarnya ialah rasuah RM200,000 yang dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Perlu diingatkan Guan Eng boleh hilang kuasa di Pulau Pinang jika beliau didapati bersalah dalam kes ini.

Menyaman Khairy Jamaluddin tidak akan mengalih isu penipuan serta pembohongan yang dibuat oleh Lim Guan Eng.

Terdahulu, Lim Guan Eng telah di dakwa atas tuduhan beliau membayar RM200,000 kepada keluarga mangsa untuk menutup kes anak lelakinya ramas buah dada mangsa tersebut.

Guan Eng dilihat tertekan dan tak terjawab! jika sebelum ini garang berkokok dengan isu yang dibangkitkan tapi kali ini lari menikus serta menyalahkan UMNO dan mengaitkan Ketua Pemuda UMNO Malaysia!

Mayat Ghaddafi Semakin Membusuk


Mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mula mereput dan berbau busuk selepas empat hari ditempatkan di dalam sebuah bilik sejuk simpanan daging di sini sejak Khamis lalu.

Pejuang-pejuang yang mengawal jenazah Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim bertindak meletakkan lapisan plastik di bawah jenazah mereka ekoran cecair mayat mula mengalir di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar tempat kedua-dua jenazah itu disimpan.

Warna kedua-dua mayat itu menjadi semakin hitam selepas tidak dikebumikan selama empat hari.

Para pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mula memberikan topeng bedah kepada para pelawat untuk melindungi daripada terhidu bau busuk yang tersebar ke dalam bilik sejuk beku tersebut.

Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim mati dibunuh di bandar kelahiran Gaddafi, Sirte selepas mereka ditangkap pada Khamis lalu.

Seorang lagi lelaki menyatakan dia memandu sejauh 400 kilometer untuk melihat mayat Gaddafi.



Pengebumian Gaddafi masih menjadi perbalahan dalam kalangan anggota-anggota NTC yang memerintah Libya buat sementara waktu.

Para pemimpin NTC mahu mayat Gaddafi dikebumikan di sebuah lokasi rahsia supaya makamnya tidak dipuja.

Namun, suku kaum Gaddafi mahu mayatnya dikebumikan di bandar kelahirannya di Sirte.


Gaddafi dikebumi hari ini, lokasi rahsia di gurun

Jenazah bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi akan dikebumikan pada upacara ringkas di satu lokasi yang dirahsiakan di padang pasir negara itu, demikan menurut pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan semalam.

Muammar yang memerintah negara itu selama 42 tahun terbunuh dengan satu kesan tembakan di kepala Khamis lalu.

“Dia akan dikebumikan esok (hari ini) dalam majlis yang ringkas dengan dihadiri oleh ulama. Ia satu lokasi tidak diketahui di kawasan gurun terbuka,” kata pegawai itu kepada Reuters menerusi telefon.

“Tiada persetujuan dicapai antara kumpulan sukunya untuk mengambil jenazah (Muammar),” kata beliau.

Ditanya jika anak lelaki Muammar, Mo’tassim akan dikebumikan pada upacara yang sama, pegawai itu berkata: “Ya.” — Reuters

Monday, October 24, 2011

Berani Kerana Benar! UMNO Saman Guan Eng RM30 Juta


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman hari ini memfailkan saman malu berjumlah RM30 juta terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya mengaitkan Umno dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang pada Julai lalu.

Beliau memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur, hari ini melalui Tetuan Jahaberdeen & Co.

Selain Lim yang juga Setiausaha DAP, turut dinamakan sebagai defendan ialah PKR selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan; Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang juga syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan serta ketua penyuntingnya, Fazallah Pit.

Peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos, yang mewakili Zainal Abidin, 51, memberitahu pemberita bahawa saman itu difailkan atas kapasiti peribadi pemimpin Umno Pulau Pinang itu.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai lalu, Lim menerbitkan satu kenyataan akhbar melalui emel yang kemudiannya disiarkan di Keadilan Daily pada 3 Julai dan di akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai lalu.

Zainal Abidin berkata, kenyataan Lim itu antara lain membawa maksud kononnya beliau terbabit dalam kegiatan mengguling Ketua Menteri Pulau Pinang melalui cara yang salah serta menyembunyikan pembabitannya dalam satu demonstrasi ganas yang berlaku di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lalu.

Beliau berkata, pada 18 Ogos lalu, Lim mengeluarkan satu lagi kenyataan menyinggung di hadapan sekumpulan wartawan yang disiarkan di laman berita elektronik, The Malaysian Insider, pada hari yang sama.

Zainal Abidin berkata, antara lain kenyataan itu membawa maksud kononnya beliau merancang untuk mensabotaj premis parti DAP di Pulau Pinang, dan kononnya beliau terbabit dalam mencetuskan cubaan membakar premis itu.

Beliau berkata, akibat kenyataan itu, ia merosakkan reputasinya dan menjejaskan kepercayaan parti induk terhadapnya.

Zainal Abidin menuntut ganti rugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan satu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah itu.

- Bernama

Bila Guan Eng nak buat report polis berhubung isu ramas buah dada? Takut kena siasat rasuah RM200k ka?

[video] Pentas PATRIOT: Khairy - Pengganas Komunis Bukannya Wira


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya mengadakan program jelajah itu bagi memberi kesedaran kepada golongan muda mengenai sejarah sebenar perjuangan mempertahankan kemerdekaan negara.

"Pengganas komunis bukannya wira dan mereka tidak boleh diagungkan kerana telah membunuh banyak nyawa orang Melayu, Cina dan India," katanya selepas menjayakan program itu di Dataran Majlis Perbandaran Muar (MPM), Bukit Kepong kemarin.

Khairy berkata, program Pentas Patriot akan diperluaskan ke setiap negeri dan Sungai Siput, Perak akan menjadi destinasi kedua siri jelajah itu.

Kerajaan Punya Bukti Mat Indera Anggota Komunis- DS Najib


Kerajaan mempunyai bukti kukuh bahawa Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) berdasarkan rakaman tembualnya dengan anggota polis serta catatan sebuah buku, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata berdasarkan rakaman temubual itu yang kini berada dalam simpanan polis, Mat Indera sendiri mengaku mempunyai fahaman dan ideologi komunis selain terlibat merancang dan menembak anggota polis dalam insiden Bukit Kepong di Muar pada 1950.

“Saya sudah buat siasatan dan kita sudah ada bukti untuk diberitahu kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Perdana Bersama Perdana Menteri Dengan Pesara Dan Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra kemarin.

Najib berkata selain rakaman, terdapat sebuah buku bertajuk “New Light on the Malayan Communist Party” oleh C.C.Chin dan Karl Hack, dengan setiausaha agung PKM Chin Peng sendiri memberitahu bahawa Mat Indera adalah anggota parti berkenaan.

“Kalau hendak angkat orang seperti ini (Mat Indera), salah tafsir sejarah, menidakkan keperwiraan, ini tidak betul. Kerajaan Barisan Nasional akan tetap mempertahankan perwira negara sampai bila-bila.

“Tegas Najib, rakyat perlu sedar bahawa hanya pejuang kemerdekaan sebenar yang akan dikenang dan dipertahankan, bukannya komunis seperti yang didakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, yang menyatakan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan.

“Saya hairan dan pelik apabila ada pihak cuba mengagungkan komunis yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan negara, tetapi hakikatnya pejuang yang sebenar adalah polis dan tentera, bukan komunis,” katanya.

Beliau mempersoalkan apakah muslihat pemimpin berkenaan yang cuba mengagungkan komunis.

Najib turut menyifatkan mereka yang menyalah tafsir sejarah negara serta menidakkan, mencemuh dan memperlekeh jasa dan pengorbanan anggota keselamatan negara, sebagai melakukan kesalahan yang tidak boleh diampunkan.

Ditanya sama ada rakaman tersebut akan didedahkan kepada umum, ketika siding akhbar kemudian, Najib berkata ia bergantung kepada keperluan.

Mengenai sama ada kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyokong kenyataan Mat Sabu, Najib berkata soal undang-undang adalah isu lain kerana apa yang lebih penting adalah sikap mereka yang mempertikaikan pengorbanan pejuang keamanan negara.

“Tindakan undang-undang hanya jika mereka salah di sisi undang-undang… tetapi sikap itu yang perlu dijawab melalui pendirian,” katanya.