Friday, November 4, 2011

Surat Rasmi Dari Konsulat Jeneral Malaysia di Perth Kepada Editor The West Australian!


Tuduhan anak PM menghabiskan duit rakyat dengan berbelanja sebanyak $60,00.00 untuk tujuan membeli belah di Perth semasa persidsngan CHOGM yang dilemparkan keatas anak perempuan Perdana Menteri ternyata satu fitnah.

Di atas adalah salinan surat rasmi dari Konsulat Jeneral Malaysia di Perth, Western Australia kepada Editor The West Australian untuk menafikan fitnah yang telah disiarkan oleh tabloid tersebut.

Guan Eng, mana berani buat macam ni! tapi bila kena kepada anak Guan Eng sendiri, tau pulak melenting tuduh politik fitnah jahat UMNO terhadap keluarga mereka! Piraahhhh Mabooook!

Tak habis-habis Cik GuBard nak buat fitnah bodoh! Patutlah sampai sekarang tak dapat jadi Ketua AMK!

Thursday, November 3, 2011

Isu Beli Barang Kemas: DS Najib Buat Penafian Dari Mekah... Liwat, Video Seks, Anwar Apa macam?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa anak perempuannya bukan berada di Australia semasa beliau menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini.

Justeru, katanya orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan.

"Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas," kata Najib dalam Twitter terbarunya yang dipetik Bernama.

Najib dan Rosmah kini sedang mengerjakan ibadat haji di tanah suci.

Pembangkang bagaikan sudah kehilangan modal untuk berpolitik apabila terus mengamalkan politik fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelas pembangkang kini gentar dengan sokongan yang diterima oleh Perdana Menteri, sebab itu pelbagai usaha dilakukan untuk memburuk-burukkan Datuk Najib sehingga sanggup membuat fitnah terhadap keluarganya.

Menjelang pilihan raya nanti, sudah pasti banyak berita sebegini akan disiarkan oleh pembangkang untuk menimbulkan kebencian kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Jika ingin mendapatkan sokongan, membuat cerita bohong atau fitnah bukanla caranya, sepatutnya buktikan kemampuan mereka dan barulah boleh dapat sokongan, bukannya menipu rakyat.

Anwar harus bersihkan namanya sama seperti yang Dato' Seri Najib lakukan, buat penafian dari Mekah.... Kalau tidak bersalah nak takut apa Datuk Seri Anwar Ibrahim!!

Pemuda UMNO Bertegas Mahu Kerajaan Halang Festival Seksualiti Merdeka


Kerajaan hari ini di desak agar bertindak tegas menghalang Festival Seksualiti Merdeka bagi mengelakkan golongan berkenaan berterusan melakukan perbuatan yang akan merosakkan masyarakat.

Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusoff berkata perkara tersebut tidak boleh dibiarkan kerana kesannya amat besar selain dibimbangi akan dilaknat Allah s.w.t.

Menurut beliau kerajaan perlu bertindak tegas menghalang dan menyekat usaha tersebut seberapa segera, lebih-lebih lagi Malaysia adalah sebuah Negara Islam yang dikenali di peringkat antarabangsa, yang mana undang-undang negara dengan jelas menyatakan seks songsang adalah salah dari segi undang-undang.



“Program yang berlangsung sehingga 13 November ini di Annex Gallery KL membuktikan bahawa penganjur telah kehilangan arah tuju. Objektif festival tersebut ternyata untuk mendesak penerimaan masyarakat ke atas golongan LGBT (Lesbian, gay, Biseksual dan Transeksual) agar amalan seks songsang ini dihalalkan oleh masyarakat.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan, jika pihak berkuasa berdiam diri tanpa apa-apa tindakan, golongan ini akan semakin berani, besar kepala dan gejala LGBT akan semakin berleluasa sehingga suatu hari nanti boleh menenggelamkan masyarakat kita, kerana kegilaan kepada budaya LGBT bukan sahaja ancaman kepada anak-anak generasi akan datang, tetapi bahaya yang pasti akan melanggar jati diri bangsa dan Negara yang tertegak diatas nilai-nilai agama dan moral yang tinggi.

Rasulullah bersabda : “ Dan sesungguhnya yang aku takutkan atas umatku ialah para ulamak yang menyesatkan”… (Riwayat Abu Daud)

Rasullullah bersabda lagi : “ Para dai’e yang berada dipintu-pintu jahannam, barangsiapa yang menerima ajakan mereka, nescaya mereka jerumuskan ke dalam neraka” .. (Riwayat Bukhari),” katanya dalam satu kenyatan kepada umno-online, di sini hari ini.

Ustaz Afandi yang juga Ketua Pemuda Rantau Panjang seterusnya menyeru agar seluruh rakyat bangkit membantah program yang menjurus ke arah budaya yang tdiak sihat untuk masyarakat.

“Kami menyeru seluruh umat Islam di Malaysia bangkit menentang habis-habisan kumpulan ini, bersama kita menolak budaya songsang ini, bahkan budaya ini tidak pernah menjadi ajaran mana-mana agama termasuklah ajaran Kristian, Hindu dan Budha.

“Kita bimbang, sekiranya budaya ini tidak dibenteras sehingga ke akar umbi, tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia akan mempunyai ketua Negara atau Perdana Menteri dari golongan LGBT,” katanya.

Beliau seterusnya membidas sikap berdiam diri pembangkang khususnya Pas berhubung isu berkenaan.

“Persoalan yang timbul pada hari ini, kenapa pembangkang, khususnya Pas tidak keluar berdemonstrasi membantah usaha jijik sekutu rapat mereka Datuk Ambiga Sreevanasan?

Pemuda UMNO melihat isu ini amat memalukan pembangkang yang hanya mampu berdiam diri ibarat “syaitan bisu” yang tidak mampu berkata apa-apa dalam memperjuangkan kebenaran.

“Sepatutnya semua pihak termasuk pakatan pembangkang menempelak penglibatan Ambiga yang nyata menyimpang dari norma-norma kemanusiaan dan juga ketamadunan.

“Adalah wajar jika pembangkang terlebih dahulu menilai semula hubungan akrab pembangkang dengan Datuk Ambiga Sreevanasan yang telah diberi penghormatan oleh golongan LGBT untuk merasmikan festival mereka kali ini. Walaupun suatu ketika dahulu pakatan pembangkang pernah menjulang Ambiga sebagai seorang imam, bahkan wira agung yang berprinsip dan berani berkata benar ketika menerajui BERSIH, tetapi kini beliau juga dikenali sebagai pejuang golongan songsang,” katanya.

Beliau seterusnya berpedapat perlu ada usaha untuk mendidik golongan berkenaan agar mereka tidak terus terjebak dengan gejala tersebut.

“Kami mengakui, bahawa golongan ini sama sekali tidak boleh dipinggirkan, perlu ada usaha mendidik dan membimbing mereka secara berhikmah ke arah yang lebih positif.

“Umpamanya membuka ruang dialog secara tertutup, agar suara dan pandangan mereka dapat didengar. Sekiranya dibuka ruang sehingga ianya diarus perdanakan, ia suatu tindakan tidak bijak,” katanya. -MediaUMNO

Polis Haramkan Semua Acara Seksualiti Merdeka


Program Seksualiti Merdeka yang telah cetuskan bantahan ramai kerana dianggap sebagai kempen sayangi golongan seks songsang – gay,lesbian dan sebagainya akhirnya kantoi.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar  petang Khamis umum semua aktiviti berkaitan dengan festival berkenaan yang bakal dilancar oleh bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan pada 9 November ini DIHARAMKAN.

Bercakap dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur beliau mengarahkan penganjur menghentikan serta merta semua program mereka yang berkaitan dengannya atau berdepan tindakan polis.

Semua mereka yang terlibat dengan penganjuran festival itu termasuk Ambiga akan dipanggil untuk beri keterangan pada polis.

Khalid menjelaskan polis terpaksa bertindak bila terdapat sesuatu yang mengancam ketenteraman awam.

Lepas ni Ambiga nak buat secara haram pulak! Puak Pakatan Haram BERSIH 3.0 tak nak join ka?

Bekas ADUN Teratai Dipenjara Dua Tahun Dan Denda RM350,000


Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Yap Soo Sun dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM350,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan menggunakan dokumen peruntukan palsu.

Beliau dituduh menggunakan dokumen palsu itu bagi mengadakan program sambutan Hari Thaipusam dan Tahun Baru Cina berjumlah RM70,000 pada 2008.

AUKU : Keputusan Mahkamah Bersifat Mengikat - Khairy



Mukadimah: Jangan jadi seperti setengah-tengah pengikut tunduk dengan segala keputusan bos "Yes Bos"... apa bos buat semuanya "OK Bos"... "Cantekk Bos" nak bersuara pun takut... tapi kat belakang semuanya mengutuk!


Melihat AUKU ini bagus tapi sayangnya, ramai yang berada didalam barisan pemuda yang tak berani nak sahut! 

Penghakiman mahkamah rayuan yang memutuskan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti adalah tidak sah bukan"semata-mata pendapat mahkamah", kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Dalam pendirian ini, Khairy berbeza pendapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang berkata keputusan itu belum muktamad dan ia kekal sebagai undang-undang.

Malah, katanya, penghakiman mahkamah itu bersifat mengikat di sisi undang-undang, dan ia bukan sekadar "pendapat".

"Tidak, ia mengikat. Keputusan mahkamah dan perlembagaan undang-undang adalah sesuatu yang mengikat," katanya kepada media selepas perjumapaan dengan tiga daripada empat bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang memenangi kes mereka itu ke atas kerajaan.

Nazri, yang bertanggungjawap terhadap hal undang-undang, Rabu lalu berkata keputusan Mahkamah Rayuan adalah semata-mata "pendapat mahkamah" atau hanya obiter dictum mahkamah”.

Turut hadir pada perjumpaan ini adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu.

Menurut Saifuddin pula, beliau telah bertemu dengan beberapa menteri kabinet untuk merayu kepada mereka supaya kes berkenaan tidak dibawa untuk rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Katanya, jika kerajaan memutuskan untuk merayu, maka ia akan kalah dari segi moral, meskipun jika berjaya dengan rayuan di Mahkamah Persekutuan nanti.

"Jika kita rayu, walaupun kita menang (di mahkmah), namun kita dianggap telah kalah dari perspektif moral. Tetapi jika kita kalah di mahkamah lagi, kita akan kehilangan moral buat kali kedua.

"Itu kekalahan yang amat besar dan kita terpaksa berdepan dengan pilihan raya umum. Kita tidak mampu kalah sebegitu banyak pertarungan sebelum bertanding pada pilihan raya umum," kata Saifuddin lagi. -MKini

Wednesday, November 2, 2011

Anwar Ibrahim Disokong Human Right Watch & Amnesty International


“(Saya) telah bangkitkan kes anda kepada Human Rights Watch (HRW) dan Amnesty International (AI), minggu lepas di London” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam twitternya kepada @leopoldolopez

@leopoldolopez adalah twitter milik Leopoldo López adalah seorang ahli politik dan aktivis reformasi Venezuela yang telah dijatuhi hukuman tidak boleh memegang sebarang jawatan awam sehingga tahun 2014 kerana didakwa melakukan korupsi.

Lopez yang mahu bertanding jawatan Presiden Venezuela itu telah meminta pertolongan daripada dua badan hak asasi manusia antarabangsa, HRW dan AI untuk membantu kes korupsinya itu.

Minggu lalu, Anwar berada di London untuk menghadiri mesyuarat Generation Investment Management (GIM) milik mentornya, Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) yang juga terkenal sebagai pejuang perkahwinan sejenis.

Dengan bukti twitter komunikasi Anwar dengan Lopez bahawa beliau telah membangkitkan permohonan aktivis reformasi Venezuela itu kepada HRW dan AI, bermakna beliau juga turut mengadakan pertemuan dengan kedua-dua badan hak asasi antarabangsa.

Jika Anwar boleh bangkitkan isu Lopez kepada badan hak asasi antarabangsa, ada kemungkinan besar, beliau juga turut membuat aduan sama berkenaan kes peribadinya di Malaysia kepada kepada HRW dan AI.

Apakah HRW dan AI dan Kenapakah mereka membuat aduan kepada kedua-dua badan itu ?

HRW adalah organisasi hak asasi manusia antarabangsa yang beribu pejabatnya di New York City dan juga turut mempunyai pejabat-pejabatnya di London, Berlin, Beirut, Brussels, Chicago, Geneva, Kuala Lumpur, Los Angeles, Moscow, Paris, San Francisco, Tokyo, Toronto, dan Washington.

Berdasarkan Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa, HRW bertindak melaksanakan polisi-polisi deklarasi itu dengan menentang sebarang bentuk kesalahan yang berkaitan dengan hak asasi manusia, termasuk hukuman mati dan diskriminasi berdasarkan orientasi seksual.

HRW juga menjadi jurucakap kepada kebebasan terutamanya berkaitan dengan hak asasi manusia seperti kebebasan beragama dan kebebasan media.

Menurut wikipedia, George Soros, penyangak matawang Yahudi adalah penyuntik dana kepada HRW.

Kata Soros; “HRW adalah salah satu organisasi paling berkesan yang saya sokong. Asas Hak Asasi Manusia menyokong aspirasi terbesar kami iaitu (untuk mewujudkan) masyarakat terbuka.”

AI juga organisasi antarabangsa yang hampir sama matlamatnya dengan HRW.

Menurut wikpedia, AI bertujuan untuk “menjalankan penyelidikan dan menjana tindakan untuk mencegah dan menamatkan penyalahgunaan terhadap hak asasi manusia, dan menuntut keadilan bagi orang-orang yang haknya telah dicabuli.”

AI ditubuhkan di London pada tahun 1961 mempunyai matlamat antara lainnya; melindungi hak asasi manusia, menggalakkan toleransi agama dan melindungi hak-hak LGBT.

Menurut discoverthenetworks.org - Guide to the George Soros Network – AI salah satu badan hak asasi manusia yang ditaja Soros.

Kebanyakan penulis Barat bersetuju bahawa Soros merupakan dalang di sebalik agenda kedua-dua badan hak asasi itu. Klik di sini , sini, sini, dan sini


Sumber: AIDC

Gaji & Elaun Guan Eng RM46,521


Bukan sikit-sikit jumlahnya, iaitu dikatakan sebanyak RM46,521.27 untuk gaji elaun yang diterima oleh Ketua Menteri Pulau Pinang ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, semalam, dimaklumkan bahawa Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan memperoleh gaji dan elaun bulanan RM46,521.27.

Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) berkata, Guan Eng menikmati bayaran gaji dan elaun yang tinggi, malah lebih banyak berbanding dengan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Menurutnya, pihaknya tidak mempertikaikan jumlah yang diterima Lim Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih), tetapi meminta agar Setiausaha Agung DAP tidak bersandiwara apabila bertindak menolak cadangan kerajaan untuk menaikkan elaun bagi Ahli Parlimen di negara ini. Katanya, Guan Eng perlu mengambil kira Ahli Parlimen lain yang hanya memperoleh gaji dan elaun sebagai Ahli Parlimen saja.


Parlimen Tolak Usul Potong Gaji Perdana Menteri

Dewan Rakyat hari ini Rabu menolak usul bagi memotong sebulan gaji Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebanyak RM22,826.65.

Usul yang dikemukakan oleh Tian Chua (PKR-Batu) di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) itu tidak diluluskan selepas mendapat tentangan sebulat suara daripada wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Terdahulu Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan usul berkenaan dibahaskan bagi mengelakkan didakwa berat sebelah serta menyebelahi pihak kerajaan. Baca lagi di sini...


Bab gaji Guan Eng, Tian Chua buat bodo je? Apa kes bro?? Kasi potong la!! Tak pasal-pasal Tian Chua bongkarkan gaji Guan Eng hahaha! Bodoh betul...

Gambar DS Najib Bersama Isteri Di Mekah



Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mekah malam tadi. Pada jam 11.20 malam beliau bersama puluhan ribu umat Islam dari seluruh pelusuk dunia melakukan tawaf umrah. Turut sama melakukan tawaf bersama PM adalah isteri beliau serta MB Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Fahmi (Apex) Jelaskan Kontroversi Terbaru Bersama Aweks Seksi

GAMBAR Apek bersama beberapa wanita seksi ketika beliau menghadiri majlis hari jadi di sebuah restoran makanan Itali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini tersebar di internet.

Penjaga gol pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek yang sebelum ini dikatakan memutuskan pertunangan dengan teman wanitanya akibat kehadiran orang ketiga, sekali lagi terbabit dalam kontroversi apabila gambarnya bersama beberapa wanita seksi di restoran eksklusif disiarkan dalam blog dan portal hiburan.

Khairul Fahmi berkata, gambarnya bersama kenalan, Dahlia Teck dan beberapa rakan wanita itu dirakam ketika beliau menghadiri majlis hari jadi di sebuah restoran makanan Itali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini, tetapi menafikan mengambil minuman keras walaupun minuman itu ada dihidangkan seperti dalam gambar berkenaan.

"Saya tidak sentuh (arak) dan muka saya ketika itu merah kerana suasana dalam itu (parti) panas dan sesak, menyebabkan muka saya jadi begitu. Dalam parti itu, saya duduk dengan orang yang saya kenal dan ada juga saya tidak kenal langsung. Jadi, saya tidak tahu siapa yang mengambil gambar itu atau siapakah empunya sebenar gambar itu.

"Bila saya tengok gambar itu pagi tadi (semalam), selepas dimaklumkan seorang rakan, saya agak terkejut. Tetapi, saya ingin menegaskan yang saya tidak ada kaitan dengan benda itu (arak) seperti dilihat dalam gambar," katanya ketika dihubungi ketika membuat pemeriksaan kesihatan di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Beliau mengulas mengenai gambarnya bersama Dahlia serta dua wanita lain, manakala foto kedua menunjukkan enam wanita termasuk Dahlia bergambar di tempat yang sama.

Mengulas lanjut, Apek berkata dia sentiasa menjadi perhatian umum, selain ramai yang mahu bergambar bersamanya.

"Ke mana saya pergi, sudah pasti akan bertemu peminat dan mereka mahu merakam gambar. Pada parti hari jadi berkenaan, saya tidak terkecuali menjadi perhatian dan ada yang mengambil gambar," katanya.

Bagaimanapun, Khairul Fahmi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana bimbang menjejaskan prestasi permainan dan persiapannya menjelang Sukan Sea 2011, di Indonesia, namun berjanji akan menjelaskannya lebih lanjut selepas kejohanan itu.

"Memang pada saat ini, saya mahu memberi tumpuan kepada Sukan Sea. Saya tidak mahu terlalu memikirkannya kerana sudah dekat (perlawanan). Selepas perlawanan selesai, saya akan memberikan penjelasan kepada media dan buat apa yang patut.

Kalau boleh memang saya tidak mahu beban fikiran dengan benda seperti ini (kontroversi)," katanya.

Sebelum ini, Apek memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, tetapi menafikan ia berpunca daripada orang ketiga yang dikenali sebagai Dahlia.

Apex... Oh Apex! Kat Kelantan X ngasa semua ni ya?