Showing posts with label PM. Show all posts
Showing posts with label PM. Show all posts

Saturday, October 16, 2021

Tindakan akan diambil terhadap antivaksin kerana sebar berita palsu - PM


 

Kumpulan antivaksi boleh dikenakan tindakan undang-undang jika berterusan menyebarkan berita palsu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Beliau menjelaskan terdapat peruntukan undang-undang yang boleh diambil terhadap kumpulan antivaksin kerana membuat tuduhan tidak tepat berhubung vaksin yang diberikan kepada orang ramai dan membetulkan kekeliruan berhubung isu tersebut.


R&R, Kenderaan E-hailing Dibenar Beroperasi Penuh Bermula Hari Ini.

 


Operasi Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di semua lebuh raya dalam negara dibenarkan beroperasi penuh 24 jam bermula hari ini (16 Okt).


Kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan semalam selepas diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19.

Friday, October 15, 2021

Video Perdana Menteri sembahyang Jumaat tanpa pengiring jadi tular!


“Nak tanya semua, kenal tak siapa dekat dalam gambar ini? kata seorang pengguna akaun Tiktok, @rahimazhari, yang berkongsi rakaman video memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunaikan solat Jumaat tanpa ditemani pegawai pengiring atau pegawai-pegawai kerajaan. 


Dalam keadaan biasa bagi golongan kenamaan atau individu yang memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan, mereka pastinya ditemani sebilangan ramai pengiring atau escort dalam sesuatu program termasuk memasuki kawasan ibadah sehingga ke barisan paling hadapan berdekatan mimbar. 

Thursday, March 7, 2013

Lahad Datu: Malaysia Tolak Gencatan Senjata


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika tiba di Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) dekat Tungku (Lahad Datu), Khamis. Turut sama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. -foto Bernama

Malaysia menolak gencatan senjata oleh Jamalul Kiram yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid melalui 'tweet'nya, Khamis.

Beliau berkata gencatan senjata itu hanya akan diterima jika semua militan menyerah tanpa syarat.

"Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingan rakyat Sabah & seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan," katanya melalui twitter.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini tiba di Felda Residence Sahabat bagi melakukan tinjauan Op Daulat yang dilaksanakan pasukan keselamatan ekoran pencerobohan pengganas Sulu di daerah ini.

Najib diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman tiba pada pukul 1.45 petang dengan menaiki helikopter Nuri.

Perdana Menteri dijangka membuat sidang media selepas selesai melakukan tinjauan berkenaan.

Saturday, February 23, 2013

Bahang PRU 13 Semakin Panas: Kuli Disebut Ganti Anwar Sebagai Calon PM Pakatan


Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), calon Perdana Menteri pakatan pembangkang masih menjadi tanda tanya, malah portal berita tempatan melaporkan ada usaha menawarkan jawatan tersebut kepada pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber Pakatan Rakyat yang dipetik The Malaysian Insider mendakwa satu pertemuan telah diadakan antara pemimpin tertinggi PAS dengan Ahli Parlimen Gua Musang itu bagi menjemput beliau menjadi perdana menteri andai kata pembangkang mentadbir Putrajaya.

Namun sumber itu mengegaskan bahawa pembangkang perlu konsisten dalam isu bakal perdana menteri agar memberi persepsi yang baik kepada rakyat.

“Pakatan perlu ingat, mereka perlu konsisten dalam isu siapa bakal perdana menteri ini. Jangan nanti rakyat nampak kita Flip-Flop,” kata sumber berkenaan.

Turut dilaporkan satu mesyuarat tertutup antara PAS dan PKR telah diadakan Ahad lalu, mendakwa "pemimpin tertinggi PAS mengatakan 'haram' bagi Anwar untuk meminta jawatan perdana menteri", tambahnya.

Pemimpin tertinggi PKR kemudian berkata Anwar tidak pernah meminta jawatan sebagai perdana menteri sebaliknya rakyat yang mengangkat beliau.

"Ini sudah dipersetujui oleh PAS dan DAP semenjak pilihan raya umum 1999,” jelasnya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan sebelum itu berkata PAS tidak teragak-agak untuk keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya pengabungan itu tidak menguntungkan Melayu dan Islam.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyatakan sokongan konsisten terhadap Anwar sebagai calon perdana menteri, begitu juga dengan kepimpinan tertinggi DAP.

Namun langkah-langkah untuk menolak Anwar telah dinyatakan secara terbuka oleh akar umbi PAS sejak muktamar parti itu di Kelantan November tahun lalu.

Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini dilaporkan dalam sebuah perbincangan tertutup melibatkan beberapa anggota majlis tersebut menolak Anwar sebagai calon perdana menteri pembangkang dan berkemungkinan melantik calon dari luar bagi menggalas jawatan tersebut.


AntaraPos

Friday, February 22, 2013

Arahan Dari Pemimpin Atasan PAS, Haram Sebut Anwar Ibrahim Sebagai Bakal PM


Pada 10 Februari 2013 lepas, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa Majlis Syura Ulama yang dipengerusikannya tidak pernah membincangkan isu siapa yang layak dicalonkan sebagai Perdana Menteri selain daripada Anwar Ibrahim.

Menteri Besar Kelantan itu juga menyifatkan spekulasi yang mengatakan Majlis Syura Ulama PAS telah menolak idea untuk menobatkan Ketua Umum PKR sebagai PM sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU 13 hanyalah dakwaan mengarut ciptaan UMNO.

Penegasan oleh Nik Aziz itu tentunya melegakan Anwar dan pemimpin PKR serta DAP yang lain, sedikit sebanyak ia juga dapat mengendurkan perasaan gundah di kalangan penyokong PR yang kembali diselubungi misteri sama ada Anwar masih kekal sebagai calon utama PR sebagai PM atau sebaliknya.

Namun perkembangan akhir-akhir ini kelihatannya seperti mengiakan spekulasi sebelum ini apabila suara-suara penolakan terhadap Anwar semakin hari semakin kuat kedengaran, dan ditimbulkan sendiri oleh beberapa pemimpin utama PAS yang tidak termasuk dalam golongan Anwarinas.

Manakala maklumat terbaru yang diperolehi menyatakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang telah pun mengeluarkan arahan mengharamkan semua media milik PAS termasuklah akhbar Harakah dan portal onlinenya daripada menyebut atau menulis ayat yang membawa maksud Anwar adalah bakal PM.

Arahan pengharaman tersebut khabarnya sudah sampai ke pengetahuan Anwar menyebabkan Ketua Umum PKR itu menghamburkan kemarahannya semasa mesyuarat parti beberapa hari lepas.

Bukan satu rahsia pun, sebahagian besar penulis dan barisan pentadbiran dalam Harakah diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar, jadi tidaklah pelik bagaimana arahan sulit sedemikian mudah sampai ke pengetahuan Anwar.

Tambah membara kemarahan Anwar lebih-lebih lagi arahan tersebut seperti mengesahkan lagi ura-ura PAS tika ini yang sedang berusaha menjarakkan diri dari PKR, satu tindakan yang dikira oleh Anwar sebagai satu pengkhianatan terhadap dirinya dan PR.

Bagi khalayak yang rapat dengan Hadi, arahan sedemikian bukannya sesuatu yang menghairankan sementelah lagi sejak di zaman ABIM lagi Presiden PAS itu agak kurang berkenan dengan pembawaan Anwar yang mementingkan diri dan tidak serasi sebagai pejuang gerakan Islam.

Malah ketika bekas Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadhil Noor memulakan usaha menjalinkan hubungan kerjasama dengan Anwar melalui penubuhan GERAK diikuti dengan Barisan Alternatif (BA) dulu pun, Hadi sudah beberapa kali menyuarakan keraguannya terhadap kejujuran Anwar.

Selepas itu Hadi terpaksa memendamkan keraguannya sebagai menghormati teguran Allahyarham, bagaimana pun setelah selesai PRU 12 2008, tanpa menoleh ke belakang segera diaturkan perjumpaan dengan UMNO dalam usahanya untuk menjayakan kerjasama Kerajaan Perpaduan (UG).

Sekalipun usaha itu mendapat mandat penuh dari Majlis Syura Ulama PAS, akan tetapi beberapa ketika kemudiannya menemui jalan buntu berikutan campurtangan PKR dan DAP serta tekanan yang datangnya dari pemimpin-pemimpin pro Anwar dalam PAS.

Kini Hadi mengorak langkah lagi, sama ada ia memberi manfaat kepada PAS atau sebaliknya sukar ditentukan lebih-lebih lagi di saat sebahagian besar kepimpinan PAS tika ini berkiblatkan ideologi Anwarinas.

Persoalannya sekarang, selama mana media-media PAS seperti Harakah dan HarakahDaily serta lain-lain medium maya yang pro PAS mampu mengikuti arahan pengharaman tersebut? Adakah Anwar dan lain-lain pemimpin PR termasuklah golongan Anwarinas dalam PAS akan berdiam diri?

Jawapan kepada persoalan itu bergantung kepada tindakbalas Anwar dan pengikutnya terutama sekali selepas Parlimen dibubarkan diikuti dengan proses pencalonan nama bagi PRU 13 selesai dilaksanakan.

Tunggu dan lihat, gerakan siapa yang lebih ke depan tika itu. Tapi tak mustahil, belum pun Parlimen dibubarkan, gabungan PR yang membabitkan kerjasama longgar antara PKR, DAP dan PAS pula yang dibubarkan terlebih dahulu.

Thursday, February 21, 2013

Lawak Antarabangsa Mahfuz Omar Nak Jadi PM


Kalau ditanya orang, apakah lawak paling mengelikan hati... Sudah pasti ini jawapan aku... "Mahfuz Omar nak jadi PM" wahahahaha.... Teringat semasa kejadian di kolej petang tadi sewaktu aku duk lepak dengan rakan-rakan aku... Dengan secara tak sengaja tersembur air kopi yang aku minum bila membaca berita media massa online yang menyatakan Mahfuz Omar bercita-cita nak jadi PM...

Bukan aku nak merendahkan kebolehan Mahfuz, yelah pendekkan cerita Mahfuz lah orang pertama si penjual cendol di Malaysia ini menang bertanding sebagai Ahli Parlimen PAS....

Dalam nada melawak Mahfuz berkata beliau bersedia menjadi PM.... Dalam hati sememangnya itu lah angan-angan yang Mahfuz idamkan.... Bohonglah kalau dikatakan kenyataan Mahfuz itu hanya sekadar lawak bangang!

Kata orang... ukurlah baju dibadan sebelum pasang niat nak jadi Perdana Menteri Malaysia... Agak-agak nak ke rakyat memilih PM yang kantoi dalam peperiksaan SRP?

Bukan Mahfuz tak tahu sememangnya jawatan PM sudah lama diidamkan oleh Anwar Bin Ibrahim? Persoalannya sekarang ini adakah Mahfuz sudah bersedia untuk tumbangkan Anwar Ibrahim dalam merebut jawatan PM... Atau Mahfuz berniat untuk menyindir Anwar Ibrhami yang tak mungkin menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Apa yang jelas kita lihat, Mahfuz ni jahat orangnya.... Kerana kuasa dia sanggup tikam semua orang termasuklah rakan seperjuangannya Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah.

Taknak panjangkan cerita hanya satu pesanan yang hendak aku sampaikan kepada Mahfuz... Jangan bermimpi disiang hari untuk jadi PM...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan pendirian tidak berhasrat untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri DUN.

Kenyataannya itu sebagai menjawab desas-desus kononnya beliau disenaraikan sebagai antara calon untuk jawatan Menteri Besar sekiranya PAS berjaya mempertahankan tampuk pemerintahan di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"Itu tidak mungkin. Saya tidak berhasrat bertanding DUN kerana saya akan mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena pada PRU-13 nanti," jelas Mahfuz ketika dihubungi Astro AWANI.

Beliau turut ditanya apakah bersedia sekiranya diarah oleh PAS pusat untuk dicalonkan sebagai MB Kedah.

"Bukan jawatan MB tetapi saya sedia jadi Perdana Menteri," katanya sambil berjenaka.

Pada masa sama, Mahfuz menafikan wujudnya percaturan sedemikian oleh PAS pusat untuk negeri Kedah.

Persada politik di negeri Jelapang Padi itu dilanda khabar angin kemungkinan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak akan mempertahankan jawatan Menteri Besar yang disandangnya.

Senario itu sekaligus mencetuskan persoalan siapa bakal MB Kedah sekiranya PAS berjaya mempertahankan kedudukannya pada PRU-13. 

Wednesday, November 2, 2011

Gaji & Elaun Guan Eng RM46,521


Bukan sikit-sikit jumlahnya, iaitu dikatakan sebanyak RM46,521.27 untuk gaji elaun yang diterima oleh Ketua Menteri Pulau Pinang ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, semalam, dimaklumkan bahawa Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan memperoleh gaji dan elaun bulanan RM46,521.27.

Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) berkata, Guan Eng menikmati bayaran gaji dan elaun yang tinggi, malah lebih banyak berbanding dengan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Menurutnya, pihaknya tidak mempertikaikan jumlah yang diterima Lim Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih), tetapi meminta agar Setiausaha Agung DAP tidak bersandiwara apabila bertindak menolak cadangan kerajaan untuk menaikkan elaun bagi Ahli Parlimen di negara ini. Katanya, Guan Eng perlu mengambil kira Ahli Parlimen lain yang hanya memperoleh gaji dan elaun sebagai Ahli Parlimen saja.


Parlimen Tolak Usul Potong Gaji Perdana Menteri

Dewan Rakyat hari ini Rabu menolak usul bagi memotong sebulan gaji Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebanyak RM22,826.65.

Usul yang dikemukakan oleh Tian Chua (PKR-Batu) di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) itu tidak diluluskan selepas mendapat tentangan sebulat suara daripada wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Terdahulu Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan usul berkenaan dibahaskan bagi mengelakkan didakwa berat sebelah serta menyebelahi pihak kerajaan. Baca lagi di sini...


Bab gaji Guan Eng, Tian Chua buat bodo je? Apa kes bro?? Kasi potong la!! Tak pasal-pasal Tian Chua bongkarkan gaji Guan Eng hahaha! Bodoh betul...

Gambar DS Najib Bersama Isteri Di Mekah



Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mekah malam tadi. Pada jam 11.20 malam beliau bersama puluhan ribu umat Islam dari seluruh pelusuk dunia melakukan tawaf umrah. Turut sama melakukan tawaf bersama PM adalah isteri beliau serta MB Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Tuesday, August 16, 2011

Najib Tubuh Jawatankuasa Terpilih Parlimen Mengenai Pembaharuan Pilihan Raya


Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa terpilih Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang syak wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan.

Perdana Menteri berkata jawatankuasa berkenaan yang akan dianggotai oleh anggota parti kerajaan dan pembangkang akan membincangkan apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kata sepakat ke arah itu.

"Ini supaya kita akan dapat kata sepakat untuk mengendalikan pilihan raya akan datang tanpa sebarang rasa syak wasangka bahawa ada sesuatu manipulasi yang dilakukan oleh kerajaan.

"Sebab itulah bila timbul pertikaian mengenai pilihan raya bebas dan adil yang dibangkitkan baru-baru ini maka kerajaan punya respons ialah untuk kita menangani soal yang telah mencetuskan pelbagai pendapat dan sedikit sebanyak pertikaian dan politik," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama media yang dihoskan Bernama di Wisma Bernama di sini.

Beliau berkata langkah itu diambil supaya tidak ada yang salah anggapan bahawa kerajaan tidak menginginkan proses yang bersih dalam memilih kerajaan. Beliau berkata kerajaan juga komited untuk meneruskan tradisi demokrasi berparlimen yang telah dimulakan oleh pengasas negara sebelum ini.

"Saya dah kata dan saya ulang sekali lagi, saya dan anggota-anggota kabinet tidak rela menjadi perdana menteri dan menteri tanpa sokongan daripada rakyat. Kami hanya akan tubuh kerajaan sekiranya terbukti rakyat benar-benar memilih kerajaan Barisan Nasional.

"Inilah yang saya nak sampaikan bahawa jangan ada sesiapa yang salah anggap bahawa kita tidak menginginkan proses yang bersih dalam memilih kerajaan," katanya.

Beliau berkata proses itu bukan perkara baru, tetapi adalah tradisi dan kebanggaan, dan sebagai pewaris kepada legasi yang telah diasaskan, amalan itu perlu diteruskan.

Katanya walaupun demokrasi mempunyai kelemahan, namun ia suatu cara pentadbiran yang sangat menguntungkan rakyat kerana ia memberi pilihan kepada mereka.

"Dan kita serah nasib kita pada rakyat, kalau nasib sabut kita timbullah, kalau nasib batu sebaliknyalah...tetapi yang penting sekali 'our conscience is clear'," katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga mengabdikan diri kepada rakyat selain memperjuangkan, membela kesejahteraan, kebajikan manakala mendahulukan rakyat itu merupakan sesuatu yang dihayati sentiasa.-Bernama


Ini baru betul cara Kerajaan menyelesaikan Masaalah pilihanraya bukan perhimpunan haram jalanan....

Sunday, July 31, 2011

Kenyataan Biadap! AMK Ugut Bunuh PM Najib

Biadap! Fareez terjah PM! 

Ada apa dalam beg tu?
Kalau di luar negara, dah lama kena cotar kepala mamat ni!


Kenyataan Media: “My name is Fareez, and I’m not a terrorist.” (28 July 2011)

Susulan laporan penahanan saya dan aktivis Bersih lain semalam, sehingga tempoh 24 jam ini saya telah diserang hebat di twitter, facebook dan blog pro-Umno bahawa kononnya saya ditahan kerana cubaan sabotaj terhadap program edaran Jalur Gemilang semalam.

Malah ada yang melampau sehingga mendakwa bahawa saya merancang mahu memcederakan dan membunuh YAB Perdana Menteri semalam hanya kerana kapasiti lain saya sebagai pengasas Pertubuhan Revolusi Anak Muda Malaysia (PRAMM).

Ingin saya ingatkan kepada tentera media upahan Umno dan Najib, hatta Papa Gomo sekalipun, bahawa jika Najib terus-terusan menipu, menindas dan membuli rakyat, bukan sahaja rakyat akan menolak beliau dan Umno-BN pada PRU13 kelak, malah tidak mustahil ada yang akan sanggup membunuhnya juga nanti.

Maka, demi memelihara keselamatan YAB PM, saya menggesa agar seluruh jentera Umno jangan pernah mencabar kesabaran rakyat lagi.

Penahanan semalam juga menggambarkn seolah saya dan aktivis lain umpama pengganas di negara ini. Hanya sebuah kerajaan yang bersalah pada rakyatnya sahaja akan takut berhadapan dengan rakyatnya.

“Dear PM, my name is Fareez. And I’m not a terrorist.”

Saya hanya seorang rakyat. PM adalah hak rakyat. Maka adalah hak untuk saya berjumpa dan menegur PM kerana PM itu milik rakyat. Demi Rakyat, saya sayangkan negara saya. Demi Rakyat, saya mahu PM letak jawatan.

Sekian. Terima kasih.

Regards,
Mohd Fareez Kamal Intidzam
Political Secretary to YB Zuraida Kamaruddin
Contact No.: 0133367701 (BBM 20C9179)

Ni bos Fareez.. YB PKR Zuraida a.k.a Mak Lampir 
Sedang buat maksiat dengan Azan Ismail (besarnya mulut)
BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu di Ibu Negara 

Biadap sungguh kenyataan Fareez diatas, adakah ini ajaran PKR? Kerana taksub kepada Anwar Ibrahim, sanggup mengeluarkan kenyataan ugutan bunuh dan ditujukan kepada PM!

Apa yang Fareez mengarut ni? Tak cukup glamer lagi ke? ke dah gila meroyan? Apa! dia ingat kepala dia dah besar sangat ke? Suka-suka hati dia je nak sound sana sinun! Perbuatan Fareez ini menunjukan puak AMK tak matang dan berakal pendek sama macam ketua AMK, Shamsul Iskandar jugak lah! (peristiwa memalukan AMK buat kecoh dalam masjid)

Selain daripada itu memang patut pun perbuatan biadap Fareez tempohari diserang disetiap sudut media baru,  twitter, facebook dan blog pro-Umno. Ini juga jelas bahawa rakyat sayangkan PM... Lain kali jangan nak tunjuk hero macam KL ni dia yang punya... sendiri mau ingat la...

Kalau ya pun Fareez hendak bagi surat kepada PM, salah ke kalau Fareez beratur menanti kedatangan PM dan beri surat tersebut kepada PM waktu itu? Bukan berlari bawa beg terjah PM?

Fereez silap, awal-awal lagi geng dia dah tweet yang dia bersama sekumpulan AMK berada kat KL Sentral... Jadi apasal pulak nak terkejar-kejar masa tu? Sudah pasti mereka merancang sesuatu! Kalau nak kencing pun biar bertempat!

Ah.. nak tuduh tentera media upahan Umno menipu pulak! betulkan diri tu sendiri dulu sebelum buat pertuduhan!

Nama Gomo pun dia dipetik... apa kata Gomo pulak baca disini...

Wednesday, July 27, 2011

PM Najib Terus Di Aibkan Oleh Blogger Pembangkang


nota: 'saya hanya suami kepada politician i'm not a politician... 
i m just a husband' kah kah kah

Gambar dan nota perbuatan biadap ini saya petik dari blog 'Tukar Tiub' salah satu laman blog pro pembangkang url : http://tukartiub.blogspot.com/2011/07/najib-jadi-isteri-rosmah.html

Para pembaca nilaikan lah, betapa dengkelnya pemikiran pemilik laman blog "Tukar Tiub" ini... inilah contoh terkutuk budaya politik kotor yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Dari dulu hingga sekarang mereka menghasut rakyat supaya terus membenci Perdana Menteri Malaysia yang kini di era Dato' Seri Najib Razak.

Diantara fitnah yang dilemparkan menerusi laman blog tersebut ialah:
1 – boleh kah sesebuah negara dipimpin oleh perdana menteri yang terlibat dlam kes bunuh
2 – boleh kah negara dipimpin oleh menteri terlibat dalam kes rogol amah
3 – boleh kah negara dipimpin oleh pm yang takut pada bini

Jawapan saya:
1 - Fitnah
2 - Fitnah
3 - Pembohongan yang cukup mengaibkan.

Nampaknya ada pihak yang tergugat dan tindakan ini menunjukkan bahawa Pakatan Pembangkang tidak mempunyai isu, selain dari menabur fitnah dan menyerang peribadi Datuk Seri Najib untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional.

Tindakan ini juga dilihat sebagai tindakan yang tidak professional dan provokatif yang menyerang peribadi pimpinan dan individu tertentu.

Adakah ini, dinamakan BERSIH?, BERSIHkah perbuatan mereka ini? Tidak sama sekali.... Mereka sebenarnya adalah KOTOR dan Puak merekalah lah yang memulakan politik kotor ini...

Kalau PR hendak menang sekali pun, takkanlah nak menang dengan politik jijik dan kotor ini! Dimana maruah mereka? Jantankah mereka? Kalau Jantan bertandinglah secara "gentlemen"... PRU ke-13 kita lawan...

Setiap warga negara yang mematuhi syarat dan tidak melanggar undang-undang negara boleh menyuarakan pendapat , kritikan dan bebas memilih calon dalam pilihan raya dengan suara majoriti berhak menjadi wakil rakyat dan boleh menyuarakan aspirasi rakyat melalui saluran yang ditetapkan.

Ini bukan budaya rakyat Malaysia.. Rakyat Malaysia terkenal dengan sopan santun dan kaya budi bahasanya

Hormatilah Perdana Menteri, jika bukan kita siapa lagi?... Fikir-fikirkanlah...

Latar belakang pemilik blog Tukar Tiub:
Hishamuddin Rais dari Malaysia Kini, Oriental Daily, Malaysia-Today, Suara Keadilan