Wednesday, November 9, 2011

Amy Tidak Tahu Menahu Dakwaan Aksi Foto Cumbu & Bikini Nabila Huda


“Saya tidak tahu menahu hal tersebut, betul saya tidak tahu. Gambar apa? Bila?”begitulah ungkapan pertama lagenda Rock tanahair, Amy Search ketika diajukan pertanyaan juga kesahihan aksi foto melibatkan anak perempuannya, Nabila Huda yang berbikini dan dikatakan bercumbu mesra dengan seorang lelaki ketika bercuti di salah sebuah pulau di Semenanjung Malaysia.

Amy, 53, yang ditemui ketika majlis pra tonton klip video single terbarunya duet bersama juara AF9, Hazama, menerusi lagu ‘Simetri’ di Redbox, Pavilion petang semalam, nyata terkejut dan tergamam seketika saat mendengar perkhabaran mengenai anaknya itu daripada pihak wartawan yang hadir di majlis tersebut

Meski terpamer kekecewaan di raut wajah seorang bapa, Amy walaubagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut mengenai isu tersebut sebalikya hanya mampu memberi peringatan kepada Nabila agar berjaga-jaga dengan setiap gerak geri demi masa depan karier, kepentingan anak serta banyak lagi perkara.

Gambar Nabila yang dipetik daripada blog Ohbulan.

Ketika ditanya sama ada dia sebagai seorang bapa ada menasihati segala tindak tanduk mahupun keputusan Nabila, Amy menyatakan dia seringkali mengingatkan Nabila agar fokus pada kariernya dan elakkan dari melakukan perkara yang boleh memakan diri.

“Ini adalah jalan yang dipilihnya (dunia seni). Bila dia sudah melakukan yang terbaik, saya seringkali menasihatkannya agar senantiasa fokus dengan karier seninya dan menghargai segala peluang juga rezeki yang dimilikinya. Selain daripada itu, saya hanya memintanya agar pandai-pandai menjaga diri apatah lagi sebagai seorang perempuan,” ujar Amy lagi yang turut mengakui kali terakhir bertemu anak perempuannya itu pada sambutan Aidiladha baru-baru ini.

Tambah Amy lagi, apabila berdepan dengan sesuatu isu-isu kontroversi yang berpunca dari tindak tanduk tuan empunya badan sendiri, Amy dengan nada tegas berharap agar Nabila lebih bertanggungjawab menangani isu ini dan jangan sesekali lepas tangan dari sebarang kesalahan yang dilakukan.

Apabila ditanya tentang perasaannya adakah dia marah apabila mendapat tahu perkara tersebut, Amy jelas bijak menyembunyikan perasaan.

“Belum lagi, sekejap lagi sampailah marah ini,” ujar Amy dengan nada berseloroh dan sempat melemparkan senyuman penuh makna kepada para wartawan.-Oh Bulan

Nabila Huda Berbikini di Pulau Tioman

X Files Rafizi Ramli Akan Dibuka - I Know What You Did Last Summer


Kisah silam yang di simpan selama 16 tahun akan terbongkar tidak lama lagi, sekiranya pembongkaran ini berlaku, maka hancorlah pakaran haram!

Mungkin tak ramai yang tahu cerita ini, tapi ia masih lagi jadi tanda tanya bagi sesetengah ahli PKR yang mengetahui cerita tersebut... Apa yang berlaku diantara Anwar dengan Rafizi di london sekitar tahun 95-96, sewaktu itu Anwar bergegas ke london bila mendapat panggilan telefon dari Rafizi.

Di ketahui ramai, perkenalan Anwar dan Rafizi berputik sejak Rafizi masih lagi bersekolah di MCKK, pada waktu itu lah saat perkenalan Anwar dengan Rafizi, ceritanya lebih kurang sama dan tak lari jauh macam mana Anwar mula mengenali Mat Jambu, Azmin Ali.

Jangan main-main Rafizi.... I Know What You Did Last Summer

Info-papagomo

Kenyataan DAP Rasis! Mahu Buang Kerja Kakitangan Awam!


Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman menyifatkan kenyataan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Phua untuk memberhentikan setengah daripada kakitangan kerajaan yang yang tidak effisien sekiranya DAP memerintah adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan biadap.

Katanya, selaku bekas kakitangan kerajaan, kenyataan itu amatlah tidak rasional dan berbau rasis.

“Adakah kerana kakitangan kerajaan majoritinya adalah orang Melayu maka kenyataan tersebut dikeluarkan. Adakah dengan memberhentikan setengah daripada kakitangan kerajaan maka ekonomi negara akan menjadi lebih baik?

Menurut Zainal, rakyat harus menilai kredibiliti DAP sebagai pemimpin kerana sebagai pembangkang, parti itu memang tidak patut diberi peluang menjadi pemimpin.

“DAP sebenarnya sudah makin terdesak untuk mendapatkan perhatian rakyat dan seboleh-bolehnya mereka mahu memainkan sentimen perkauman. Sebab itu mereka membangkitkan sentimen ini.

“Pilihanraya umum sudah semakin hampir. Melihat akan perubahan arus politik yang semakin menyebelahi BN membuatkan DAP semakin gusar akan kehilangan kuasa.

“Sebab itu mereka sentiasa menimbulkan sentimen perkauman agar rakyat negara ini berpecah belah dan seperti biasa, mereka akan menyalahkan UMNO apabila rakyat bertelagah,” katanya.

Beliau tidak menolak, ada di antara kakitangan kerajaan yang tidak menunjukkan prestasi yang baik tetapi jangan kerana seekor lembu membawa lumpur, semuanya terpalit.

Oleh itu, Zainal amat berharap agar semua rakyat khususnya di Pulau Pinang sedar akan sandiwara yang dimainkan oleh DAP.

Jangan mudah terpengaruh kerana sudah jelas, DAP amat terdesak untuk mendapatkan undi menjelang PRU 13 dengan memainkan sentimen perkauman!!

BN Youth Music 2011


‘BN Youth Music 2011’ a music competition open to all Malaysian aged from 18 to 40 years from any background, education level and music genre to participate as an alternative platform to expose their talents to the industry.

The competition is FREE and will be opened to all Malaysian There are three categories SOLO, POP DANCE and BAND. In the preliminary round, all contestants MUST upload and email their performance 'video clip' and a 'vocal demo' to a designated website and email address (to be announced soon).

Based on the performance, vocal and creativity aspects, the shortlisted contestants will be selected to perform live at the semifinals by the organising committee.

The grand final will be staged live and judged by professional juries from the industry. Attractive prizes to be won by all winners from each category ... a total of more than RM100,000 cash and other prizes.

The Grand Prize winner will also win a contract to produce a single album with an established recording label.

Pleass visit http://www.facebook.com/pages/BN-Youth-Music-2011/260313994004453

Tuesday, November 8, 2011

Rebut Kerusi: PKR, PAS Terengganu Perang Besar


PAS Terengganu belum bersedia untuk mengalahkan BN di negeri Terengganu, kata ketua AMK negeri Mohd Alfaizal Amjed.

Beliau juga menolak dakwaan PKR negeri mementingkan diri sendiri dalam perbincangan pembahagian kerusi dengan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“PAS Terengganu masih belum faham dengan apa yang dipanggil “pakatan politik”.

“Jika isu permasalahan perbincangan kerusi dibangkitkan oleh PAS Terengganu adalah kerana PKR
Terengganu mementingkan diri sendiri ini tidak benar dan tidak munasabah, PKR Terengganu hanya ingin menjayakan dan meraikan apa yang dipanggil “pakatan politik”,” katanya.

Menurut beliau,“pakatan politik” dirujuk sebagai kerjasama atau pergabungan antara beberapa parti yang dipersetujui selepas 3 Mac 2008 ianya dipanggil “Pakatan Rakyat.”

“Pakatan juga menyediakan satu rencana dasar dan kebajikan untuk membawa keluar bangsa, negeri dan negara dari kemelut yang semakin meruncing,” tambahnya.

Menurut Mohd Alfaizal, AMK dan PKR Terengganu juga tidak mahu tergelincir akibat dari fahaman politik yang sempit, politik adu domba dan demokrasi otoritarian.

Akhir sekali, AMK Terengganu pertegas komitmen untuk kerjasama erat dalam Pakatan Rakyat meskipun ada parti di dalam pakatan yang masih belum mampu memahami erti menjadi sebahagian daripada pakatan.

Sebelum ini Pesuruhjaya PAS negeri, Abdul Wahid dilapurkan sebagai berkata, rundingan pembahagian kerusi antara PAS dan PKR di negeri itu belum selesai.

Difahamkan PKR mahu mendapatkan lebih banyak kerusi DUN dalam pilihan raya umum akan datang tetapi hasrat ini tidak dipersetujui PAS.


Hahaha secara terang Ahlul-ahlul PAS kena tibai!, bukan setakat kenai tibai lagi... kena kencing hidup-hidup pun ya bro! Takkan korang (ahli PAS) nak senyap je bai? 


PAS is Dead! 

Projek Fidlot: KJ Kantoikan Rafizi Ramli



Pakatan mempunyai fakta-fakta tentang salah berhubung isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), kata KJ... Beliau berhujah bahawa pembangkang membuat kesilapan fakta dalam cerca mereka NFC, terdapat beberapa perkara beliau mendakwa telah salah.

Kata Khairy, pembangkang mendakwa 5,000 ekar diberikan kepada pengendali fidlot adalah palsu kerana hanya 1500 ekar yang disewa kepada NFC oleh kerajaan negeri Negeri Sembilan.

NFC tidak diberi tanah sebanyak 5000 ekar; sebaliknya, sebagai integrator Pusat Fidlot Negara (PFN), NFC ditawarkan untuk menjayakan projek PFN di atas tanah seluas 1500 ekar secara pajakan daripada Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan (MBI).


Berhubung tuntutan bahawa daging lembu dari lembu NFC telah dijual kepada Meatworks, Senor Santos dan restoran Brawn di Singapura.

Khairy berkata bahawa tuntutan itu adalah palsu, sebagai semenanjung Malaysia adalah dilarang daripada daging lembu mengeksport ke Singapura kerana kebimbangan kaki dan mulut.

Khairy berkata bahawa operasi NFC bermula pada penghujung 2008 pertengahan Rancangan Malaysia Kesembilan, dan kelewatan disebabkan pembangunan infrastruktur yang membawa kepada sasaran yang sedang disemak semula kepada 8,000 ekor lembu setahun bahawa ia bertemu dengan tahun lepas.





Kesilapan terbesar dalam teori konspirasi pembangkang, beliau berkata, adalah dakwaan bahawa pinjaman RM250 juta lembut telah dikeluarkan secara keseluruhan sedangkan, kata khairy lagi, "tidak semua yang dikeluarkan" dan setiap sen perlu diluluskan oleh suruhanjaya teknikal yang diberi kuasa.

Khairy, juga mengecam dakwaan PKR bahawa pinjaman mudah untuk NFC akan dihapus kira kerana projek itu akan mengalami kerugian, dan memperdebatkan bahawa NFC hanya beroperasi selama tiga tahun dan tempoh matang yang masih di bawah cara..

"Jadi saya akan menyimpulkan bahawa kajian kes utama PKR di Laporan Ketua Audit Negara telah dicincang oleh fakta (salah) yang mudah," kata ketua Pemuda Umno.

Bagaimanapun Khairy berkata esok beliau akan mengadakan sidang media bagi merumuskan isu NFC berdasarkan jawapan Menteri dan kajiannya. Banyak kelemahan hujah PKR.

Baca lagi di sini: http://twitter.com/khairykj