Tuesday, November 15, 2011

Zarina Ann Julie Dedah Body Kerana 3500 USD


“Saya sangat bersyukur dapat tawaran berlakon selepas segala penghinaan yang saya terima. Mak saya cakap, doa orang teraniaya akan termakbul,” ujar Zarina Anjoulie memulakan perbualan.

Ditanya mengenai respon rakyat Malaysia terhadap gambar separuh seksinya yang tersiar di Majalah FHM Indonesia. Zarina menjelaskan, “Basically, buat photoshoot itu ataupun tidak, saya tetap akan dikutuk. Even sudah lama saya tak berlakon pun, tetap kena kutuk dengan orang. Its like pakai dress pun nak komen, sedangkan artis lain yang terdedah sana-sini, tak ada pun orang nak cakap apa-apa.”

“Saya dapat 3500 USD untuk sesi fotografi tersebut, bukan nak jual badan, tapi orang bayar untuk saya buat kerja. Memang dari dulu saya minat modelling, daripada saya kena kutuk baik saya kerja dan buat duit,” ujar Zarina penuh kecewa.

“Sebelum ini saya selalu merayu, minta maaf pada semua orang. Tapi tak ada orang yang kisah, orang tetap bencikan saya, so apa saya boleh buat? Bukanlah semua orang benci, ada juga yang masih sokong saya.Sekarang ini, saya suka menjadi diri saya sendiri dan tak perlu berpura-pura macam artis lain.”

Zarina juga menjelaskan bahawa dia tidak pernah menyembunyikan mengenai sesi fotografi dia untuk FHM. Dia mengaku bahawa peminatnya di Twitter adalah yang pertama mengetahui tentang hal ini.

Hebat betul jawapan Zarina ni... Kerana duit dia sanggup lakukan apa sahaja... Tak kisah walau kena kutuk sekali pun... 


Kalau nak cari duit pun, jangan malukan orang Islam Zarina!!! 

Lagi gambar-gambar seksi Zarina...

Di Mana Anwar Ibrahim Dapat Dana RM300 Juta Untuk Pilihanraya?


Jangan risau, bukan sahaja ADUN BN yang heboh bertanya mengenai kewujudan Dana Khas RM300 juta di Pejabat Menteri Besar Selangor. Kalangan Ketua-Ketua Cabang PKR juga sedang senyum sampai ke telinga menantikan dana tersebut diturunkan bagi kerja-kerja pilihanraya PKR di Selangor.

Anwar dengan sendirinya sudah meletakkan PKR di level yang tinggi sedikit. Selepas daripada ini, kesemua pemimpin DAP dan Pas perlu melutut sedikit kepada Anwar untuk mendapat dana pilihanraya. Hebat.

Dana khas yang diwujudkan atas nama ‘budget code’ MBI ini dikatakan akan diurus oleh beberapa orang tenaga kanan PejabatMB dan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Anwar mahu diwujudkan penggunaan yang transparent dengan dana ini. Transparent – tetapi masih bertujuan untuk menggerakkan jentera parti.

Kalangan Ketua-Ketua Cabang PKR di Selangor berasa sangat lega kerana Azmin Ali dikatakan akan menjadi antara tenaga yang diperlukan bagi meluluskan penggunaan dana khas pilihanraya Pakatan Rakyat ini.

Nama-nama lain: Rafizi Ramli, Faekah Husin dan seorang akauntan Negeri yang sudah dineutralkan menjadi pencinta Pakatan Rakyat tahap maksimum.

RM300 juta ini bukan kecil anak. Malahan, dengan sikap Pengarah JPP Selangor yang sangat ‘tidak mesra’ kepada UMNO/BN; dana ini akan memainkan banyak peranan.

Fokus yang diberikan tumpuan adalah prasarana yang diperlukan masyarakat sekeliling. Yang kecil-kecil sahaja. Bawah RM20k insya’Allah boleh dipohon dan diluluskan dengan kadar segera.

Perhatian khas dan istimewa diberikan kepada kerusi-kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Lain-lain tempat akan diberi menurut pertimbangan YB Azmin Ali yang bakal dilantik sebagai ‘core-coordinator’ kepada bajet ini.

Lupa dimaklumkan, dana sama turut boleh dikongsi jentera PR yang bermasalah di negeri lain. Boleh. Tapi tidak dalam jumlah yang banyak. Fokus dan keistimewaan diberikan kepada jentera PKR.

Bayangkan sahaja gerakerja pilihanraya PR yang boleh digerakkan dengan dana RM300 juta ini. Sure mantap.

Khabarnya, beberapa orang wakil Pas Terengganu juga sudah membuat lawatan rasmi kepada YB Azmin untuk mendapatkan bantuan khas. Walaupun dana diletakkan di MBI, namun Azmin diberikan tugas besar dalam mengurus dana ini.

Yang penting, RM300 juta ini sudah menaikkan SAHAM POLITIK PKR di kalangan teman-teman Pakatan Rakyat.

Anwar sudah ada modal politik baru. Tak lah banyak sangat. RM300 juta. Tapi boleh beri kesan jangka panjang.

-Media Umno

Mydin Reject Nurul Izzah Jadi Duta Sabun!


Nampaknya hasrat nurul Izzah mahu jadi duta sabun lantai tidak tercapai apabila di tolak mentah-mentah oleh beberapa pengurus pasaraya di Malaysia. Ini ekoran kriteria Nurul Izzah tidak mencukupi untuk menjadi seorang duta... Daripada atas sampai kebawah straight je kot.. tak sesuai... Mungkin selepas gagal untuk menjadi duta sabun lantai ini Nurul Izzah boleh mencuba untuk menjadi duta burus gigi pula kot....


Sementara itu, Pengendali Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Mydin, menangkis sebahagian besar tohmahan, khususnya daripada ketua antagonis, Tony Pua, bahawa produk 1Malaysia dijual pada harga lebih tinggi manakala kualitinya pula adalah rendah.

Pada sidang akhbar yang diadakan khas di gudangnya di Kelana Jaya, petang semalam, pengarah urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin yang diiringi beberapa pembekal barangan yang didakwa kualitinya mencurigakan itu, membekalkan beberapa laporan makmal bagi menguatkan hujah mereka.

Katanya, hanya satu daripada 10 dakwaan yang dibuat oleh ahli parlimen DAP dari Petaling Jaya Utara, Ton Pua dianggap sah, iaitu berkenaan sos tiram syarikat tersebut.

Justeru, katanya, Pua berlaku tidak adil kepada pembekalnya dan menggunakan taktik kotor.

Dakwa Ameer lagi, dakwaan Pua juga tidak berasas dan “separuh benar” kerana beliau membandingkan produk yang salah dan berlainan kualiti serta kategori dengan memetik undang-undang yang salah.

"Sebelum tuduh orang lain, belajar dulu atau pergi ke sekolah ... sebelum kata sesuatu,” bidasnya terhadap Pua.

Cakap banyak tak de, kalau tak puas hati kita minta puak Pembangkang buka kedai diaorang pulak! jangan banyak komen saja... Ada berani?

Berita terdahulu: Nurul Izzah Anwar Kini Bergelar Duta Sabun...

Monday, November 14, 2011

Pemuda UMNO Yakin BN Tawan Kembali Beberapa Kerusi Di Pulau Pinang

Pemuda UMNO tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) berjaya menawan kembali beberapa kerusi Dewan Undangan  Negeri (DUN) di negeri ini yang gagal dipertahankan oleh BN pada pilihan raya umum lepas, pada pilihan raya umum ke-13, kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata kajian yang dilakukan mendapati beberapa  faktor membolehkan BN menguasai kembali kawasan terbabit iaitu jumlah majoriti yang kecil dimenangi  pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lepas dan kegagalan wakil rakyat berkenaan menjalankan tugas.

"Kami yakin mampu mengekalkan 11 kawasan DUN sedia ada serta  menambah bilangan kerusi untuk pilihan raya umum nanti, ia berdasarkan  kepada gerak kerja di peringkat akar umbi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas  mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia kali kedua  di sini hari ini, yang antara lain membincangkan program-program yang telah disusun selama dua minggu menjelang  Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini.

Katanya tumpuan dan fokus utama Pemuda UMNO juga diberikan  kepada usaha untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi muda.

"Untuk tujuan ini Pemuda telah mewujudkan pangkalan data dalam  laman web Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB), ia mempunyai maklumat  terperinci setiap peserta yang menghadiri program anjuran Pemuda UMNO,  maklumat mereka ini akan digunakan untuk membantu persediaan pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Sementara itu, Pemuda UMNO akan mengadakan karnival kerjaya Pemuda BN pada 18 Nov hingga 20 Nov ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur bertujuan membantu golongan muda mendapatkan  pekerjaan.

"Ini sekali lagi usaha kita untuk membantu menyelesaikan  masalah golongan muda (dalam mencari kerja). Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan  merasmikan majlis penutup karnival itu," katanya.

Mahfuz Omar Semakin Terpesong Akidahnya?


"Pergi ke Pekan beli ikan bilis, Utk dimasak dgn kacang buncis, Dia sapu duit sampai negara muflis, Tentu tak mampu lontar batu kat iblis", pantun Mahfuz Omar (PAS) di twitter.

Mahfuz Omar menghalalkan fitnah kepada umat Islam. Inikah yang dinamakan pemimpin Parti Islam Semalaysia? Membuat tuduhan tanpa bukti yang kukuh...

Perlu diingatkan pemimpin Pas supaya jangan terlalu angkuh dan bongkak dalam politik! Amal ibadat kita Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah... Jangan pandai cari kesalahan orang lain jer...

Bagaimana pula dengan amalan ibadah Mahfuz? Comfirm ke Mahfuz mampu melontarkan batu kat iblis?

Dinasihatkan kepada Mahfuz... Cerminlah sikit diri YB tu.... Banyak dosa ke? banyak pahala!

Nak laksanakan hukum hudud pun kena minta persetujuaan DAP... Apa barang? Cakap tak serupa bikin la...!