Tuesday, November 15, 2011

Wardina Safiyyah Mahu Perang Dengan Blogger Pro Umno!

Pengacara, pelakon dan model Wardina Safiyyah Fadhlullah yang bakal menjadi YB PKR berhajat benar nak berperang dengan blogger Pro Umno ya... Jangan sampai terlondeh sudah la....

Berdasarkan kepada khabar-khabar angin yang bertiup kencang semenjak dua menjak ini, Wardina dikatakan berminat untuk mengisi kerusi parlimen Titiwangsa yang ditinggalkan oleh arwah Dr. Lo' Lo yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Betul Ka??


Marah la pulak, sikit sikit melenting... camne nak jadi YB?


Kenyataan yang dibuat menerusi twitter oleh Wardina mengenai tuduhan yang dibuat oleh beberapa blogger pro UMNO jelas menunjukkan Wardina marah bila orang mengata atau bercakap mengenainya tetapi dia sendiri berbuat perkara yang sama.

Nasihat aku kepada Wardina... jangan jolok sarang tabuan! Duk diam-diam sudah la....



Kenapa Nik Nazmi syok sangat dengan Wardina ni?? Ada pa pe ke?

Sekitar Majlis Pelancaran BN Youth Music 2011


Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin merasmikan pelancaran BN Youth Music 2011 di PWTC bersama rakan- rakan artis.

KJ dan Jamawi bersama salah satu dari penaja BN Youth Music

Yazer AF mempromosikan album terbarunya... sebelum itu yazer turut menyapaikan lagu M.Nasi "Tanya sama itu hud-hud"
YB KJ tak buat persembahan... cuma menyampaikan ucapan perasmiannya.. :D

Najwa Latif membuat persembahan lagu "Cinta Muka Buku" ramai yang terpukau beb!

Sempat juga aku bergambar dengan penyayi lagenda rock tanahair Awie!!

Berita selanjutnya selepas ini...

Video CCTV Yang Buat Nurul Izzah Tak Senang Duduk!



Akhirnya Nurul Izzah dan Tony Pua kantoi.....

Perbandingan harga yang dilakukan Tony Pua dan Nurul Izzah terhadap produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) adalah palsu dan bertujuan mengaburi mata rakyat semata-mata. Sila tonton video dibawah...

Zarina Ann Julie Dedah Body Kerana 3500 USD


“Saya sangat bersyukur dapat tawaran berlakon selepas segala penghinaan yang saya terima. Mak saya cakap, doa orang teraniaya akan termakbul,” ujar Zarina Anjoulie memulakan perbualan.

Ditanya mengenai respon rakyat Malaysia terhadap gambar separuh seksinya yang tersiar di Majalah FHM Indonesia. Zarina menjelaskan, “Basically, buat photoshoot itu ataupun tidak, saya tetap akan dikutuk. Even sudah lama saya tak berlakon pun, tetap kena kutuk dengan orang. Its like pakai dress pun nak komen, sedangkan artis lain yang terdedah sana-sini, tak ada pun orang nak cakap apa-apa.”

“Saya dapat 3500 USD untuk sesi fotografi tersebut, bukan nak jual badan, tapi orang bayar untuk saya buat kerja. Memang dari dulu saya minat modelling, daripada saya kena kutuk baik saya kerja dan buat duit,” ujar Zarina penuh kecewa.

“Sebelum ini saya selalu merayu, minta maaf pada semua orang. Tapi tak ada orang yang kisah, orang tetap bencikan saya, so apa saya boleh buat? Bukanlah semua orang benci, ada juga yang masih sokong saya.Sekarang ini, saya suka menjadi diri saya sendiri dan tak perlu berpura-pura macam artis lain.”

Zarina juga menjelaskan bahawa dia tidak pernah menyembunyikan mengenai sesi fotografi dia untuk FHM. Dia mengaku bahawa peminatnya di Twitter adalah yang pertama mengetahui tentang hal ini.

Hebat betul jawapan Zarina ni... Kerana duit dia sanggup lakukan apa sahaja... Tak kisah walau kena kutuk sekali pun... 


Kalau nak cari duit pun, jangan malukan orang Islam Zarina!!! 

Lagi gambar-gambar seksi Zarina...

Di Mana Anwar Ibrahim Dapat Dana RM300 Juta Untuk Pilihanraya?


Jangan risau, bukan sahaja ADUN BN yang heboh bertanya mengenai kewujudan Dana Khas RM300 juta di Pejabat Menteri Besar Selangor. Kalangan Ketua-Ketua Cabang PKR juga sedang senyum sampai ke telinga menantikan dana tersebut diturunkan bagi kerja-kerja pilihanraya PKR di Selangor.

Anwar dengan sendirinya sudah meletakkan PKR di level yang tinggi sedikit. Selepas daripada ini, kesemua pemimpin DAP dan Pas perlu melutut sedikit kepada Anwar untuk mendapat dana pilihanraya. Hebat.

Dana khas yang diwujudkan atas nama ‘budget code’ MBI ini dikatakan akan diurus oleh beberapa orang tenaga kanan PejabatMB dan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Anwar mahu diwujudkan penggunaan yang transparent dengan dana ini. Transparent – tetapi masih bertujuan untuk menggerakkan jentera parti.

Kalangan Ketua-Ketua Cabang PKR di Selangor berasa sangat lega kerana Azmin Ali dikatakan akan menjadi antara tenaga yang diperlukan bagi meluluskan penggunaan dana khas pilihanraya Pakatan Rakyat ini.

Nama-nama lain: Rafizi Ramli, Faekah Husin dan seorang akauntan Negeri yang sudah dineutralkan menjadi pencinta Pakatan Rakyat tahap maksimum.

RM300 juta ini bukan kecil anak. Malahan, dengan sikap Pengarah JPP Selangor yang sangat ‘tidak mesra’ kepada UMNO/BN; dana ini akan memainkan banyak peranan.

Fokus yang diberikan tumpuan adalah prasarana yang diperlukan masyarakat sekeliling. Yang kecil-kecil sahaja. Bawah RM20k insya’Allah boleh dipohon dan diluluskan dengan kadar segera.

Perhatian khas dan istimewa diberikan kepada kerusi-kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Lain-lain tempat akan diberi menurut pertimbangan YB Azmin Ali yang bakal dilantik sebagai ‘core-coordinator’ kepada bajet ini.

Lupa dimaklumkan, dana sama turut boleh dikongsi jentera PR yang bermasalah di negeri lain. Boleh. Tapi tidak dalam jumlah yang banyak. Fokus dan keistimewaan diberikan kepada jentera PKR.

Bayangkan sahaja gerakerja pilihanraya PR yang boleh digerakkan dengan dana RM300 juta ini. Sure mantap.

Khabarnya, beberapa orang wakil Pas Terengganu juga sudah membuat lawatan rasmi kepada YB Azmin untuk mendapatkan bantuan khas. Walaupun dana diletakkan di MBI, namun Azmin diberikan tugas besar dalam mengurus dana ini.

Yang penting, RM300 juta ini sudah menaikkan SAHAM POLITIK PKR di kalangan teman-teman Pakatan Rakyat.

Anwar sudah ada modal politik baru. Tak lah banyak sangat. RM300 juta. Tapi boleh beri kesan jangka panjang.

-Media Umno

Mydin Reject Nurul Izzah Jadi Duta Sabun!


Nampaknya hasrat nurul Izzah mahu jadi duta sabun lantai tidak tercapai apabila di tolak mentah-mentah oleh beberapa pengurus pasaraya di Malaysia. Ini ekoran kriteria Nurul Izzah tidak mencukupi untuk menjadi seorang duta... Daripada atas sampai kebawah straight je kot.. tak sesuai... Mungkin selepas gagal untuk menjadi duta sabun lantai ini Nurul Izzah boleh mencuba untuk menjadi duta burus gigi pula kot....


Sementara itu, Pengendali Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Mydin, menangkis sebahagian besar tohmahan, khususnya daripada ketua antagonis, Tony Pua, bahawa produk 1Malaysia dijual pada harga lebih tinggi manakala kualitinya pula adalah rendah.

Pada sidang akhbar yang diadakan khas di gudangnya di Kelana Jaya, petang semalam, pengarah urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin yang diiringi beberapa pembekal barangan yang didakwa kualitinya mencurigakan itu, membekalkan beberapa laporan makmal bagi menguatkan hujah mereka.

Katanya, hanya satu daripada 10 dakwaan yang dibuat oleh ahli parlimen DAP dari Petaling Jaya Utara, Ton Pua dianggap sah, iaitu berkenaan sos tiram syarikat tersebut.

Justeru, katanya, Pua berlaku tidak adil kepada pembekalnya dan menggunakan taktik kotor.

Dakwa Ameer lagi, dakwaan Pua juga tidak berasas dan “separuh benar” kerana beliau membandingkan produk yang salah dan berlainan kualiti serta kategori dengan memetik undang-undang yang salah.

"Sebelum tuduh orang lain, belajar dulu atau pergi ke sekolah ... sebelum kata sesuatu,” bidasnya terhadap Pua.

Cakap banyak tak de, kalau tak puas hati kita minta puak Pembangkang buka kedai diaorang pulak! jangan banyak komen saja... Ada berani?

Berita terdahulu: Nurul Izzah Anwar Kini Bergelar Duta Sabun...