Friday, November 18, 2011

Penjelasan Lengkap NFC... Menjawab Dakwaan Dari Lembu PKR!


National Feedlot Corporation (NFC) telah mereka strategi kewangannya sendiri yang termasuklah strategi pelaburan di bidang harta yang ia jangka dapat memberi pulangan tinggi dan stabil kepada syarikat.

Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, semasa menjawab dakwaan PKR yang mempersoalkan pembelian unit-unit kondominium di Bangsar oleh syarikat itu, berkata pembelian dua unit kondominium One Menerung berharga RM6.9 juta tiap satu itu adalah satu keputusan komersial melindungi dana yang tidak digunakann untuk projek rumah sembelihan yang tergendala bukan kerana kesilapan NFC.

"Kami boleh memasukkannya ke dalam simpanan tetap namun menghadapi kerugian nilai kerana inflasi kami tinggi. Sementara menunggu projek itu dimulakan kami perlu mencari tempat meletakkan wang bagi satu tempoh supaya tidak mengalami kerosotan dan mendapat keuntungan hampir setiap tahun," katanya di satu sidang akhbar di Gemas pada Khamis.

Bernama melaporkan, Mohammad Salleh berkata yang terbaik sekali ialah membiarkan dana sebagai simpanan tetap yang akan kurang kontroversi tetapi tidak akan memberikan hasil yang dikehendaki syarikat daripada dana yang bersaiz sedemikian.

Perunding korporat dan kewangan NFC, Zakaria Mohammad berkata kumpulan itu menerima rebat kira-kira RM700,000 setiap unit selama dua tahun daripada pemaju dan pemaju juga membuat urusan supaya NFC mendapat sewaan daripada unit dengan pendapatan kira-kira RM200,000 setahun.

Katanya, NFC akan memperoleh kira-kira RM3.6 juta daripada kedua-dua unit berkenaan bagi dua tahun pertama pada 2010 dan 2011 yang semuanya dikreditkan kepada kumpulan NFC.

Mohammad Salleh berkata tujuan pemberian pinjaman sudah pasti untuk ladang ternakan dan infrastruktur. Dengan kerana itu walaupun pembelian kondo adalah menyimpang daripada tujuan pinjaman diberi, harta berkenaan masih disimpan atas nama dan mengikut rekod buku syarikat.

Ia adalah soal untuk menukarkan balik harta menjadi tunai mengikut keuntungan yang dikehendaki dan tidak berlaku sebarang tindakan memperkaya atau perbuatan tidak jujur di pihak mana-mana individu, katanya.

Mengenai pinjaman RM250 juta daripada kerajaan, Mohammad Salleh berkata ia bukanlah satu bantuan atau 'grant'.

Katanya, pinjaman mesti dibayar balik seperti pinjaman komersial walaupun beberapa konsesi diberi.

Pinjaman RM250 juta itu dengan kadar faedah dua peratus, dibayar balik bermula pada tahun ketiga setelah pinjaman dikeluarkan sepenuhnya dan apabila siapnya pembinaan rumah sembelihan untuk eksport berkualiti.

"Buat masa sekarang pinjaman belum lagi dikeluarkan sepenuhnya kepada NFC. Masih ada RM69 juta lagi baki pinjaman belum digunakan," katanya.

Mohammad Salleh berkata pinjaman tersebut diletakkan di bawah Akaun Pinjaman Khas tetapi proses menurun diperlukan sebelum dana dapat digunakan oleh NFC.

Mengenai dakwaan bahawa rangkaian restoran Meatworks memperoleh diskaun berjumlah RM2.9 juta pada 2009, beliau berkata diskaun yang sama diperolehi 70 pelanggan restoran itu dalam tempoh yang sama.

Beliau berkata mengwujudkan jenama Meatworks dalam menjual daging yang berkualiti telah membolehkan NFC menembusi dalam pasaran yang begitu ketat dikawal.

"Orang ramai tidak percaya bahawa Malaysia boleh mengeluarkan daging baik yang berkualiti premium," tambah beliau.

Mengenai harga tinggi bagi lembu NFC berbanding lembu yang dibeli di Malaysia, Mohammad Salleh berkata lembu-lembu NFC biasanya memiliki berat antara 70-100 peratus lebih daripada lembu tempatan.

Katanya, NFC kini mempunyai 150 syarikat pelanggan dan antara pelanggannya yang terbesar ialah Jusco, Giant dan Cold Storage.

NFC membekalkan 46 peratus dagingnya kepada pasar basah, 20 peratus ke pasaraya, 22 peratus kepada kilang memproses daging dan burger dan hanya 11 peratus kepada hotel, restoran dan katering.

Sejak tiga tahun penubuhannya NFC berjaya membangunkan infrastruktur seperti lot-lot makanan, rumah sembelih, setor makanan dan bilik sejuk. Tahun depan NFC akan menceburi ladang kontrak.

"Kami sudah memperoleh imbangan pendapatan dan dijangka mendapat keuntungan," katanya.-Agendadaily

Simpanan Di Bank Israel : Nurul Izzah Di Desak Beri Penjelasan


Bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip mencabar Naib Presiden PKR Nurul Izzah untuk mengikut jejak langkah bapanya Anwar Ibrahim yang akan membuat tuduhan kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO atas pendedahan yang berkaitan akaun simpanan dan jumlahnya di dalam Israeli National Bank.

Beliau menjangkakan pemimpin PKR ini sudah pasti akan membuat penafian tentang hal tersebut biar pun bapanya mempunyai hubungan yang akrab dengan tokoh-tokoh kanan Yahudi.

“Sebagaimana bapanya, Nurul Izzah tentunya akan menafikan, justeru saya cabar dia membuat tuduhan ke atas BN dan UMNO bahawa kononnya ini adalah dakyah sebagaimana mudahnya Anwar menuding jari apabila timbulnya isu berkaitan dirinya termasuklah kes perbicaraan di mahkamah,” katanya.

“Jika dilihat kepada tahun tertera di akaun terbabit iaitu 1996,1997 dan tahun berikutnya bermakna ketika ini bapa Nurul Izzah adalah Menteri Kewangan sedangkan Nurul Izzah ketika itu masih budak dan masih berhingus.

“Mungkin akaun ini dibuka atas nama Nurul Izzah sebagai tempat untuk melonggokkan segala hasil yang disamun dan dirompak sebagai Menteri Kewangan dan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia,” katanya kepada UMNO-Online.

Katanya, tentunya duit tersebut dikumpulkan untuk pelaburan masa depan manakala untuk PKR pula akan disamun dari tempat lain pula.

“Sekiranya Anwar dan Nurul Izzah gagal memberikan penafian berkaitan akaun terbabit maka janganlah mereka ini marah sekiranya ada di kalangan rakyat yang menuduh mereka sebagai perompak dan penyamun,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, beliau menasihatkan rakyat khususnya anggota PKR sendiri agar sedar daripada perjuangan sia-sia dalam parti terbabit.

“Janganlah bermati-matian mahu mebela Anwar Ibrahim sehinggakan sanggup menggadai harta benda, tanah dan kenderaan semata-mata atas nama perjuangan kerana itu semua adalah penipuan,” ujarnya.

Berita terdahulu: Nurul Izzah Ada Akaun Puluhan Juta USD Di Israel

Populariti Najib Meningkat, Manakala Anwar, Nik Aziz dan Guan Eng Kecundang!


Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat dengan mantap sejak 2009, tetapi yang sebaliknya berlaku kepada tiga pemimpin utama pembangkang, demikian menurut kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Selain daripada Najib, kajian terhadap populariti lima personaliti kepimpinan di Malaysia yang dijalankan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003.

Sementara itu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menyaksikan populariti mereka merosot.

Prof. Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM, mengetuai kajian itu dari Mac 2008 hingga Julai 2011 bersama penyelaras penyelidikan, Azrul Hisyam Wakichan.

Satu sampel rambang purata 1,500 responden terdiri pengundi Melayu, Cina dan India dari seluruh negara ditanya mengenai kepuasan mereka terhadap kualiti kepimpinan kelima-lima pemimpin itu.

Kajian itu menunjukkan peningkatan dalam populariti Najib adalah hasil usaha berterusan beliau untuk mendekati hati rakyat dan memimpin negara ke arah masa depan yang lebih cerah.

“Kajian ini dengan jelas menunjukkan responden Melayu, Cina dan India kini menerima Datuk Seri Najib,” katanya.

Pada Oktober 2008, 35 peratus responden Melayu, 33 peratus Cina dan 41 peratus India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib, tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59 peratus, 45 peratus dan 62 peratus.

“Hakikatnya rakyat kini lebih bersedia menerima Datuk Seri Najib sebagai pemimpin mereka,” kata Syed Arabi yang menjalankan kajian mengenai populariti pemimpin-pemimpin sejak 1989.

Mengenai punca kemerosotan populariti Anwar, Nik Aziz dan Lim, beliau berkata, ia banyak berpunca kerana isu-isu semasa dan kegagalan untuk mencapai kata sepakat dalam banyak hal.

Azrul Hisyam, yang menyelaras kajian itu, berkata, kajian yang sama mendapati rakyat Malaysia masih memandang tinggi Dr. Mahathir dan segala sumbangannya.

Purata 74 peratus daripada responden dalam soal selidik itu menunjukkan mereka menyanjungi Dr. Mahathir sepanjang kajian empat tahun itu.

Azrul Hisyam berkata, rakyat Malaysia melihat Dr. Mahathir sebagai pemimpin yang telah membuktikan kebolehannya dan masih lantang bersuara.

“Mereka melihat beliau sebagai pemimpin teladan,” katanya. -Bernama

Pakatan Pembangkang tak payah nak kona, sana sinun lagi... Rakyat bijak membuat pilihan...

Thursday, November 17, 2011

Sukan Sea: GARUDA Di Baham HARIMAU!!! Malaysia 1 Indonesia 0


Malaysia menewaskan Indonesia dengan 1-0 hasil jaringan syahrul azwari yang masuk menggantikan wan yang mengalami kecederaan di minit yang ke-11. Anak buah kim Swee nampaknya bermain baik dan berjaya mengawal perlawanan dari Indonesia menyerang.

Tahniah buat Harimau Muda..Walaupun kim Swee diarah meninggalkan kawasan teknikal namun Malaysia masih mampu bermain dengan baik di padang. Pada separuh masa kedua, Indonesia melakukan serangan-serangan bahaya ke pintu Gol Malaysia, namun kecekapan benteng pertahanan dan ketangkasan penjaga gol Apex berjaya mengekang kemaraan jentera serangan Indonesia.

Pingat emas tetap jadi buruan. Malam ini Garuda tidak mampu terbang lagi.. Nantikan pula pertemuan dengan Myanmar di separuh akhir.

Kita Buru Pingat Emas Pula!!!

Gambar-Gambar DAP Yang Menjadi Dalang Piket Orang Asli di Wisma Negeri

Inilah dalang DAP dari ADUN Senawang, Mambau, Bukit Chedang

Semakin hari semakin jelas matlamat DAP ini di tambah pula dengan bantuan melayu yang semakin layu dari parti PAS dan PKR terutama Anwar Ibrahim yang menjadi dalag kepada Matlamat DAP iaitu menjadikan parti mereka berkuasa di negara ini.

Kali ini jelas kita lihat mereka mengunakan orang Asli untuk kepenting parti mereka... Sebenarnya DAP merasa cemburu dengan kerajaan BN yang sememangnya prihatin dan memikirkan tentang keperitan rakyat dan sering membantu mereka dan rakyat sememangnya didahulukan oleh kerajaan BN.


Mereka (DAP) hanya pandai tabur janji.. tapi lihatlah apa yang sudah terjadi dengan Kg Buah Pala? Harta rakyat semuanya habis dirampas! janji tinggal janji! Orang Asli seharusnya tidak terpedaya dengan janji-janji manis mereka ini!


Kalau boleh semua tanah yang ada di Malaysia ini mereka nak tawan! Ingatlah... Jangan terpedaya dan gadaikan tanah kita kepada DAP!


Kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan merubahkan suasana yang agak keras menjadi mesra.... Rata-rata orang asli merasa gembira dengan penjelasan yang diberikan oleh MB, sambil melaungkan hidup Tok Mat! Hidup Tok Mat .... Hidup BN! Pada masa yang sama juga dalang-dalang DAP tersebut menghilangkan diri..

Berita terdahulu: Kantoi!! DAP Dalang Demonstrasi Orang Asli di Wisma Negeri

Polis Buat Siasatan Video Seks, Kenapa Anwar Ibrahim Nak Marah ?


Jika pelaku seks bersama pelacur dalam rakaman itu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kenapa beliau berkata siasatan pasukan polis yang diperkudakan oleh pemimpin-pemimpin politik untuk mengaibkan dirinya ?

“”Saya telah buat laporan polis berhubung ugutan yang berkata ‘jika Anwar dan Wan Azizah Wan Ismail tidak meletakkan jawatan, mereka akan mendedahkan segala-galanya’.

“Tetapi siasatan ini, kononnya mahu untuk mengenal pasti siapa dalam video itu yang bertujuan untuk memalukan saya lagi“, kata Anwar seperti dilaporkan Malaysiakini.

Portal itu juga melaporkan pada Mac lalu Anwar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video tersebut.

Menurut Anwar, beliau dipanggil memberi keterangan di Balai Polis Kepong semalam mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

“Ini cara kotor dan jahat UMNO nak aibkan saya sekali lagi. Jenayah dan rompak ditutup. Jadi dimainkan kes seperti ini .

“Saya diminta hadir memberi keterangan kerana ada laporan oleh DSP Shanmugam (Moorthy) terhadap saya berhubung laporan (penafian terlibat dalam video seks) terdahulu. Oleh yang demikian, saya tampil untuk memberi keterangan,” katanya.

Jika Anwar bukan pelaku seks itu dan telah dinafikan sebelum ini, kenapa perlu beliau marah-marah dan menuduh pihak lain mahu mengaibkannya ?



Lukman Abdullah, wartawan Agendadaily bertanya siapa nak aibkan siapa? Bukankah video seks dengan pelacur China itu sudah disahkan 99.9 peratus tulen oleh pakar luar negara.

Bukan setakat video seks malah CCTV yang merakamkan lelaki wajah seiris Anwar sedang naik turun lif apartmen berkenaan bersama Datuk Sharzly Eskay Abdullah juga ada.

-AIDC