Showing posts with label Bank Israel Nurul Izzah. Show all posts
Showing posts with label Bank Israel Nurul Izzah. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Info Dari Pakatan Rakyat: PKR Pecah Dua, Team Azmin Ali VS Team Nurul Izzah


Seperti apa yang pernah aku tuliskan sebelum ini, sememangnya terdapat gerakan dari team Nurul Izzah yang sedang bergerak aktif menyerang hendap team Azmin Ali, malah perkara ini tidak dapat di sembunyikan lagi... di mana ianya sudah diakui sendiri oleh blog pakatan sendiri http://suarapakatanrakyat.com.

Penulis blog tersebut menyatakan bahawa, Team Nurul Izzah di ketuai oleh Wan Azizah dan diikuti oleh YB Fuziah Salleh, YB Nurul Izzah, YB Tien Chua, YB Xavier Jayakumar, Mustapha Kamil Ayub, Shamsul Iskandar, YB Yusmadi, YB Elizabeth Wong, YB William Leong, YB Sivarasa dan YB Dr Mansor Othman.

Manakala Team Azmin Ali ialah N.Surendran, YB Zuraida, YB Dato Kamarul Baharin, YB Dato Johari Abdul, Rafizi Ramli, Latheefa Koya, YB Haniza Talha, YB Nik Nazmi, YB Abdullah Sani dan YB Azan Ismail.

Di bawah adalah dari petikan blog Suara Pakatan Rakyat



PKR Berpecah Dua , Apa Puncanya?

DI PERINGKAT dalaman kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidaklah menjadi satu rahsia lagi akan kewujudan 2 kelompok pimpinan yang masing-masing cenderung kepada Presiden parti, Datin Sri Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presiden, YB Azmin Ali.

Penulis dimaklumkan bahawa bibit-bibit perpecahan ini sudah bermula sejak kempen pemilihan Nasional PKR 2010 lagi dan semakin menjadi ketara apabila Azmin Ali memenangi jawatan Timbalan Presiden.

Ketika kempen pemilihan Nasional 2010 berlangsung, sokongan penuh Wan Azizah ke atas pencalonan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden parti menjadi persoalan umum kerana logiknya, Azmin Ali yang lebih layak kerana sudah bersama-sama dengan parti sejak mula ditubuhkan, di samping kesetiaannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak boleh dipersoal sesiapa.

Berdasarkan maklumat yang penulis terima, antara kepimpinan parti yang diketahui cenderung kepada Wan Azizah ialah YB Fuziah Salleh, YB Nurul Izzah, YB Tien Chua, YB Xavier Jayakumar, Mustapha Kamil Ayub, Shamsul Iskandar, YB Yusmadi, YB Elizabeth Wong, YB William Leong, YB Sivarasa dan YB Dr Mansor Othman.

Manakala pemimpin parti yang berdiri teguh di belakang Azmin Ali ialah N.Surendran, YB Zuraida, YB Dato Kamarul Baharin, YB Dato Johari Abdul, Rafizi Ramli, Latheefa Koya, YB Haniza Talha, YB Nik Nazmi, YB Abdullah Sani dan YB Azan Ismail.

Walaupun perpecahan ini cuba diselindungkan dari penglihatan ahli di peringkat akar umbi tapi sudah kedengaran suara-suara kecil yang bertanya kenapa setiap kali program di kawasan salah seorang dari kumpulan yang disebutkan di atas, pihak yang satu lagi tidak hadir?

Sebagai contoh, program parti di kawasan Nurul Izzah iaitu Lembah Pantai, tidak akan dihadiri oleh Azmin Ali. Begitu juga sebaliknya dengan program parti di kawasan Gombak di mana Azmin sebagai ahli Parlimennya, juga tidak akan dihadiri Nurul Izzah.

Hal yang sama juga berlaku dalam kontroversi membabitkan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Pahang. Kilang Lynas tersebut terletak di kawasan Balok, dalam Parlimen Indera Mahkota yang dikuasai Azan Ismail tapi kenapa pula Fuziah Salleh sebagai ahli Parlimen Kuantan yang menjuarai isu tersebut?

Mungkin Fuziah diarahkan pucuk tertinggi parti untuk memimpin isu tersebut atas sebab-sebab tertentu, tapi menjadi kehairanan ramai (termasuk penulis sendiri) kenapa beliau tidak pernah merujuk kepada Azan Ismail dalam banyak hal terutama yang membabitkan penduduk kawasan sekitar Balok di mana lokasi kilang tersebut terletak.

Sudah tentu bila bercakap tentang hubungan Wan Azizah dan Azmin Ali, penulis tidak rasa persoalannya ‘siapa’ tapi lebih kepada ‘apa’ yang menyebabkan perkara ini berlaku?

Penulis tidak mahu mengulas panjang mengenai hal tersebut, cuma apa sekalipun masalahnya, penulis menyeru agar semua pihak terlibat mengenepikan masalah peribadi masing-masing dan meletakkan kepentingan parti di kedudukan tertinggi sekali.

Lebih lagi dalam keadaan parti sedang sibuk menyiapkan diri untuk menghadapi pilhanraya umum ke-13 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa, keadaan sedemikian sudah tentu tidak sihat untuk parti dan ahli-ahli dibawah.

Walaupun Datuk Seri Anwar sudah dibebaskan dari pertuduhan liwat yang membelenggu beliau selama 3 tahun kebelakangan ini, tapi itu tidak sama sekali bermaksud parti sudah terlepas dari masalah yang boleh menggugat peluang parti untuk menguasai Putrajaya.

Sebaliknya ada lebih banyak isu-isu semasa yang perlu diberi penekanan dan semua ini menuntut kerjasama semua pihak dalam kepimpinan tertinggi parti.

Sedarlah, perpecahan dalaman boleh menjadi barah peringkat bahaya lebih-lebih lagi apabila ada yang berani mensabotaj.

Friday, November 25, 2011

Ohhh.... Ni Lah Gambar Kapal Selam Yang Tak Menyelam Yang Didakwa Oleh Nurul Izzah... Meh Tengok Sat!!



Inilah kapal selam Yang dikatakan tidak boleh menyelam oleh anak Papa Jahat, Nurul Izzah?

Memang pun kapal selam tersebut tak boleh menyelam, sebab sudah dimuziumkan di Melaka. Hahaha! Apa punya sengal lah!

Berita terdahulu: Panas Nurul Izzah Dibelasah Dalam Dewan Rakyat! Malu Siot!!


Foto by: Akar Umbi

Thursday, November 24, 2011

Panas Nurul Izzah Dibelasah Dalam Dewan Rakyat! Malu Siot!!


Tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang berterusan mahu mempolitikkan isu pembelian kapal selam mendapat pengajaran bermakna di Dewan Rakyat semalam, apabila beliau 'dibelasah' Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Ahmad Latiff Ahmad.

Abdul Latiff yang tidak senang dengan pelbagai tuduhan tidak berasas Nurul Izzah walaupun isu tersebut telah dijelaskan berulang kali berkata, kontrak perolehan setiap kementerian dibuat mengikut prosedur yang sama, tetapi kenapa hanya kementerian itu menjadi mangsa.

"Ini bukan komisen, semua yang berkait dengan pembelian termasuk kos latihan kepada kru kapal selam di Perancis tertera dalam kontrak. Bodohlah kerajaan kalau selepas kontrak tersebut sudah diberi kepada Syarikat Peri Mekar kemudian kita beri lagi komisen Yang Berhormat,'' tegasnya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 peringkat jawatankuasa kementerian itu, di Dewan Rakyat hari ini.

Abdul Latiff menegaskan perkara tersebut telah diterangkan berulang kali menerusi jawapan lisan tetapi Nurul Izzah tidak hadir dalam Dewan.

''Berbuihlah mulut kalau kita nak bercakap benda yang sama berulang kali. Yang Berhormat apa yang saya katakan adalah benar, benar, benar dan benar belaka.

"Kalau Yang Berhormat rasa kerajaan kita ini bodoh sangat nak bagi komisen suruhlah peguam dari Perancis itu sapina. Bukan setakat Menteri Pertahanan, sapina saya pun tiada masalah," tegasnya.

Dalam pada itu beliau mengesahkan wujud gangguan seksual oleh seorang komandan sebuah kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Ledang, Johor, ke atas seorang pelatih wanita pada pertengahan Oktober lalu.

Beliau berkata, tindakan tatatertib serta-merta telah diambil ke atas komandan tersebut selepas siasatan mendapati aduan mangsa berasas dan selepas ini, tindakan undang-undang pula akan menyusul.

"Kes ini masih lagi dalam siasatan polis Tangkak tetapi di peringkat kementerian, kita telah menukar komandan ini dengan serta-merta. Pada masa yang sama dia tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang mengikut perkhidmatan dalam tentera," katanya menjawab pertanyaan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka).

Like father like daughter, ada mata tapi buta, ada hati mati. Kan dah dapat pengajaran yang bermakna!

Tuesday, November 22, 2011

Kenapa Nurul Izzah Tutup Mulut berhubung Isu Simpanannya Di Bank Israel?


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran menggunakan platform ceramahnya di seluruh negara untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan terhadap anaknya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang dikaitkan dengan akaun simpanan dan jumlahnya di dalam Israeli National Bank.

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin berkata dakwaan tersebut yang kini berlegar di internet dan sebagainya bukan sahaja mencemarkan imej Ketua Pembangkang berkenaan, malah seluruh intitusi pembangkang itu sendiri.

Ini kerana katanya mereka dengan ghairah menghentam kepimpinan kerajaan yang ada hari ini khususnya kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan yang tidak masuk akal.

“Sekali-sekala dalam ceramah tu berikanlah penjelasan yang sebenarnya bersama bukti yang jelas kerana rakyat ingin tahu perkara yang sebenarnya kerana perkara itu telah menjadi bualan umum.

“Saya tidak mahu membuat kesimpulan dan pelbagai tuduhan lain, cumanya ingin tahu apakah benar atau sebaliknya apa yang didakwa berhubung perkara berkenaan dan saya tidak tuduh dakwaan itu ada kebenarannya. Cuma saya pun nak tahu juga sejauh mana dakwaan berhubung isu tersebut,“ katanya kepada UMNO-Online.

Fairus seterusnya menambah lagi lama mereka berdiam diri maka akan timbul pelbagai spekulasi mengenai isu berkenaan.

“Apa yang mereka tunggu lagi…..Kalau perkara yang sama berlaku kepada mana-mana pihak lain khususnya musuh politik mereka, bukan main hebat dan main garang meminta penjelasan.

“Tetapi bila terkena batang hidung sendiri, pandai pula berdiam diri dan tidak memberikan penjelasan sepatutnya. Sebagai sebuah parti yang kononnya melaung-laungkan soal ketelusan dan sebagainya, itu yang sepatutnya mereka utamakan bagi membuktikan apa yang dicakap dan diwar-warkan baik di dalam ceramah dan sebagainya dikotakan,“ katanya.

Friday, November 18, 2011

Simpanan Di Bank Israel : Nurul Izzah Di Desak Beri Penjelasan


Bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip mencabar Naib Presiden PKR Nurul Izzah untuk mengikut jejak langkah bapanya Anwar Ibrahim yang akan membuat tuduhan kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO atas pendedahan yang berkaitan akaun simpanan dan jumlahnya di dalam Israeli National Bank.

Beliau menjangkakan pemimpin PKR ini sudah pasti akan membuat penafian tentang hal tersebut biar pun bapanya mempunyai hubungan yang akrab dengan tokoh-tokoh kanan Yahudi.

“Sebagaimana bapanya, Nurul Izzah tentunya akan menafikan, justeru saya cabar dia membuat tuduhan ke atas BN dan UMNO bahawa kononnya ini adalah dakyah sebagaimana mudahnya Anwar menuding jari apabila timbulnya isu berkaitan dirinya termasuklah kes perbicaraan di mahkamah,” katanya.

“Jika dilihat kepada tahun tertera di akaun terbabit iaitu 1996,1997 dan tahun berikutnya bermakna ketika ini bapa Nurul Izzah adalah Menteri Kewangan sedangkan Nurul Izzah ketika itu masih budak dan masih berhingus.

“Mungkin akaun ini dibuka atas nama Nurul Izzah sebagai tempat untuk melonggokkan segala hasil yang disamun dan dirompak sebagai Menteri Kewangan dan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia,” katanya kepada UMNO-Online.

Katanya, tentunya duit tersebut dikumpulkan untuk pelaburan masa depan manakala untuk PKR pula akan disamun dari tempat lain pula.

“Sekiranya Anwar dan Nurul Izzah gagal memberikan penafian berkaitan akaun terbabit maka janganlah mereka ini marah sekiranya ada di kalangan rakyat yang menuduh mereka sebagai perompak dan penyamun,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, beliau menasihatkan rakyat khususnya anggota PKR sendiri agar sedar daripada perjuangan sia-sia dalam parti terbabit.

“Janganlah bermati-matian mahu mebela Anwar Ibrahim sehinggakan sanggup menggadai harta benda, tanah dan kenderaan semata-mata atas nama perjuangan kerana itu semua adalah penipuan,” ujarnya.

Berita terdahulu: Nurul Izzah Ada Akaun Puluhan Juta USD Di Israel

Thursday, November 17, 2011

Isu Bank Israel: Kenapa Nurul Izzah Takut Nak Jawab?


Dimana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi....

Sehingga hari ini Nurul Izzah masih belum menjelaskan tentang isu panas yang di bongkarkan, menyatakan beliau memiliki sejumlah wang yang sangat luar biasa dalam bentuk simpan tetap di akaun Bank Israel. Baca di sini...

Selalunya laju jer Izzah buat sidang media untuk menafikan dakwaan-dakwaan yang disabitkan keatas dirinya?,

Tapi kenapa pasal isu Bank Israel ni... dia buat-buat senyap je pulak... Ada sesuatu yang disembunyikan oleh Izzah ke?

Kenapa tak berterus terang? rakyat pun nak mengetahui secara terperinci... Banyak persoalan ni kak oiii....

Tapi aku percaya duit itu bukan duit Izzah pun!!

Duit itu, duit papa jahat!

Menurut sumber, Anwar Ibrahim menyimpan sejumlah wang besar kedalam akaun Izzah untuk menjamin wang tersebut tidak lebur dan sebahagian daripadanya akan digunakan untuk membebaskan beliau sekiranya kantoi ke penjara Sungai Buluh!

Jawab kak.. jawab! Jangan asyik nak menyalak cari kesalahan orang lain saja!