Monday, November 21, 2011

DS Najib: Generasi Muda Penentu Kejayaan BN #mykms1m


Datuk Seri Najib Razak berkata antara kriteria "winnable candidates" (calon boleh menang) Barisan Nasional (BN) adalah mereka yang diterima oleh generasi baru yang merupakan penentu pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri berkata selain itu, calon BN juga perlu memanfaatkan teknologi baru untuk menyampaikan mesej kepada rakyat, terutama golongan generasi muda ini yang menggunakan saluran alam maya untuk menerima maklumat mengenai perkembangan semasa baik di dalam atau di luar negara.

Pengerusi BN dan juga Presiden Umno itu berkata pemimpin dan calon BN yang aktif dalam menggunakan teknologi baru ini serta saluran alam maya akan diberikan markah bonus.

"Kita kumpulkan bonus poin ini. Kita hendak 'winnable candidates' jadi calon, termasuk yang diterima generasi baru, kerana generasi baru penentu pilihan raya," kata Perdana Menteri dalam ucapannya semasa melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia, yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur, semalam dan dihadiri lebih 2,000 pengamal media sosial.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan Kelab Sukarelawan Media Sosial 1Malaysia MyVoice yang dianggotai oleh para pengamal media sosial yang diiktiraf beliau "sebagai para pejuang dan bala tentera baru BN, yang bergerak di alam maya".

Najib berkata pemimpin BN perlu manfaatkan teknologi baru untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.

"Saya ada blog sendiri, facebook dan twitter. Sebahagian besar saya tweet sendiri, dan ada orang sangsi. Kerana apa? Kerana saya hendak sampaikan dari hati saya kepada rakyat. Saya hendak berhubung terus dengan rakyat.

"Kalau dulu kita terpaksa turun padang, tetapi hari ini, di mana saja kita berada, kita boleh berhubung dengan rakyat. Hatta semasa saya mengerjakan ibadat haji pun, saya berhubung dengan rakyat, kerana saya rindu (dengan rakyat Malaysia)," katanya.

Beliau berkata zaman ini, "Kalau kita tidak tahu bagaimana hendak meniti gelombang, kita akan dipukul gelombang dan akan tenggelam".

Untuk itu, pemimpin BN perlu melakukan perubahan, terutama dari atas ke bawah, dimana mereka dapat merasai denyutan nadi rakyat yang telah menyuarakan ingin melihat perubahan dalam negara, katanya.

Najib juga berkata kerajaan telahpun menggunakan pendekatan dari atas ke bawah ini untuk membawa perubahan kepada negara terutama melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Pelan Transformasi Politik (PTP).

"Apabila sudah muktamad nanti, akan berlaku perubahan yang besar pada negara kita dimana daripada sebuah negara yang dikatakan negara pertengahan, Malaysia akan muncul dan dinobatkan sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi," katanya.

"Selain itu, dari sebuah negara yang demokratik kepada sebuah negara yang boleh dilihat lebih progresif dalam amalan demokrasi, lebih terbuka, inklusif, melalui transformasi politik yang kita perjuangkan.

"Inilah agenda perubahan yang diperjuangkan kerajaan hari ini. Semua ini mestilah bersandarkan pada sokongan rakyat. Kita tidak mungkin berjaya kalau rakyat tidak sokong," katanya.

- Bernama

Apa Dah Jadi... Ustazah Dicekup Berkhalwat



Seorang bekas ustazah dicekup berkhalwat oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bersama teman lelakinya di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Tun Ali, di sini, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Jaim menunggu 15 minit sebelum pintu bilik hotel berkenaan dibuka lelaki berusia 36 tahun terbabit.

Ketika pemeriksaan, bekas guru agama berusia 24 tahun yang berasal dari Johor itu ditemui lengkap bertudung labuh dan jubah duduk di katil, manakala teman lelakinya iaitu seorang peniaga berbaju kemeja, seluar panjang dan berkopiah.

Lelaki berstatus duda tanpa anak itu berasal dari Pahang turut berperwatakan sebagai lelaki warak dengan berjanggut.

Soal siasat pegawai Jaim turut mendapati wanita berkenaan seorang hafizah yang menuntut di sebuah pusat tahfiz di selatan tanah air sebelum bergelar ustazah.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata ketika ditahan kedua-dua pasangan terbabit mendiamkan diri.

Katanya, apabila keluarga wanita itu dihubungi pihaknya bagi memaklumkan mengenai tangkapan itu, Jaim mendapat maklumat mengejutkan apabila diberitahu tujuannya anaknya datang ke sini untuk menziarahi neneknya.

“Mereka tiba di negeri ini dengan menaiki bas pada lewat petang semalam (kelmarin) sebelum bermalam di hotel berkenaan,” katanya, di sini, semalam.

Pasangan terbabit antara tiga pasangan yang dicekup dalam operasi bersepadu membabitkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), polis, Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Melaka Invest.

Operasi selama enam jam bermula 11 malam itu disertai 50 pegawai dan anggota daripada agensi kerajaan berkenaan dengan memeriksa menyerbu tiga lokasi di Sungai Melaka, Jalan Tun Ali dan Taman Melaka Raya.

Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan untuk diambil keterangan lanjut dan wanita itu sudah dijamin keluarganya tengah hari, semalam, dan lelaki terbabit masih menunggu warisnya sehingga petang.

Sementara itu, katanya, dalam tangkapan di hotel bajet sama, dua lagi pasangan berusia 25 dan 51 tahun dicekup kerana berkhalwat.

Katanya, pasangan membabitkan lelaki berusia 51 tahun dan pasangannya berusia 35 tahun yang juga ibu tunggal itu datang dari Johor untuk ke Kuala Lumpur, singgah di negeri ini untuk bermalam sebelum meneruskan perjalanan.

“Pasangan berkenaan membawa dua sepupu perempuan kepada wanita berkenaan, bagaimanapun lelaki terbabit tidur bersama temannya itu.

“Manakala, satu pasangan membabitkan lelaki berusia 29 tahun dan wanita 25 tahun ialah warga Indonesia yang bekerja secara sah di negeri ini, mendakwa sudah berkahwin dengan dinikahkan oleh rakan mereka baru-baru ini.

“Dakwaan lelaki itu tidak dapat diterima kerana dia gagal membuktikan pernikahan mereka,” katanya.
-hmetro-

Ni mesti orang PAS...

Nurul Izzah Lavocah Pertahankan Pengganas Untuk Apa?


Terdesak sangat Izzah ni... Kerana mahu publisiti murahan, Izzah sanggup pertahankan pengganas yang merbahaya di seluruh rantau Asia Tenggara... Izzah sengaja mainkan isu ini untuk meraih simpati, kononnya Pakatan Pembangkang prihatin dengan rakyat!

Izzah tidak fikir ke, bagaimana pula dengan keselamatan rakyat di negara ini??? Jangan fikir pasal kepentingan politik saja lah Izzah! Tanggungjawab keselamatan kepada rakyat dan negara perlu dijaga!

Mungkin bila dah ada letupan bom sana, sinun baru Izzah nak tangkap pangganas tersebut agak, tapi masa tu semuanya sudah terlambat...

Jangan jadi gadaikan negara untuk kepentingan politik semaata-mata Izzah!

Terdahulu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berbohong apabila menjanjikan pembaharuan politik sedangkan pada masa yang sama menahan 13 individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

September lalu Najib berjanji akan memansuhkan ISA.

“Ia (apa yang diperkatakan) hanya kerja perhubungan awam di pihak perdana menteri. Anda telah berbohong kepada rakyat Malaysia,” kata beliau selepas melancarkan Program Sumbangan Yayasan Aman di pejabat Pusat Perkhidmatan Ahli Lembah Pantai di sini hari ini.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia pada 15 September lalu, Najib berkata akan memansuhkan ISA dan akan digantikan oleh dua akta baru.

“Jika ada bukti yang membuktikan mereka (13 tahanan) amat berbahaya kepada masyarakat, maka dakwa mereka di mahkamah terbuka,” kata Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau awal minggu lalu sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.

Menurut beliau, kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing “tidak takut mati” dan “mahu mati jihad” amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.

“Kumpulan ini tidak takut mati dan sememangnya mereka mahu mati dalam jihad,” katanya.

Menteri Dalam Negeri itu turut mendedahkan operasi yang dilaksanakan oleh 13 individu yang ditahan tersebut melibatkan tiga negara, tetapi beliau tidak mendedahkan ketiga-ketiga negara terbabit.

Sunday, November 20, 2011

DS Najib Lancar Slogan 'BN Pilihan Orang Muda'

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan slogan baru Barisan Nasional (BN), 'BN Pilihan Orang Muda' khusus untuk menarik sokongan golongan muda kepada parti itu.

Pelancaran itu disempurnakan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN selepas menyampaikan Amanat Presiden kepada Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, slogan berkenaan akan digunakan sayap muda parti termasuk Pemuda dan Puteri UMN0 untuk meraih undi golongan muda pada pilihan raya umum ke-13.

Peningkatan sokongan golongan muda selepas beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini terutama pada pilihan raya kecil Bagan Pinang dan beberapa pilihan raya kecil lain selepas itu telah mencetuskan idea kepada sayap UMNO untuk memperkenalkan slogan tersebut.

BN Youth Job Fair 2011 Bukti “Brand” BN Terus Diterima Generasi Muda #BNYJF


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kejayaan BN Youth Job Fair 2011 membuktikan “brand” Barisan Nasional (BN) masih lagi mendapat tempat di hati rakyat khususnya di kalangan generasi muda.

Menurut beliau kehadiran ratusan ribu pengunjung terhadap karnival berkenaan jelas memperlihatkan kepada umum bahawa BN bergantung kepada produk yang ditawarkan serta perkhdimatan yang diberikan.

“Atas dasar itu saya melihat sambutan kepada BN sebagai satu jenama itu sebenarnya bergantung kepada pengisiannya iaitu apabila produk yang dikaitkan dengan BN serta apakah perkhidmatan yang diberikan.

“Sekiranya kalau ada mana-mana pihak yang sangsi pada peringkat awal kot-kot ianya tidak boleh dipasarkan lagi, hari ini mereka nampaknya tersasar dengan kejayaan BN Youth Job Fair ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup BN Youth Job Fair 2011 Grand Finale yang diadakan di PWTC, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Pemdua BN, Khairy Jamaluddin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal, pimpinan Pemuda dan parti komponen lain.

Berucap lebih lanjut, Najib yang juga Pengerusi BN seterusnya berkata kejayaan itu juga satu ingatan kepada semua yang mana jika BN itu satu jenama dan untuk mendapat sambutan yang tinggi ianya mestilah dikaitkan dengan produk lain.

“Begitu juga dengan soal perkhidmatan yang baik yang mana sudah tentu apa sahaja yang kita lakukan atas “branding” BN itu akan berjaya,” katanya.


Datuk Seri Najib juga turut menyentuh dalam soal pilihan raya yang mana kejayaan BN itu dikaitkan dengan “winnable candidate”.

“Menjadi kesalahan apa yang kita sediakan serta janji yang tidak ditunaikan dan apa yang kita tampilkan baik produk, perkhidmatan serta orang yang tidak sampai tahap kepuasan terhadap rakyat sudah tentu BN akan menghadapi masalah.

“Jadi mesej hari ini jelas….kejayaan BN sebagai satu jenama bergantung kepada apa yang kita tawarkan dan perlu dilihat oleh semua pihak,” katanya.


Kadar kejayaan BN Youth Job Fair adalah 7 nisbah 1. Ini berdasarkan enam Job Fair yang telah dibuat sebelum ini di lima negeri.

Secara umummnya pengunjung di seluruh Job Fair adalah 7 nisbah 1 akan dapat peluang pekerjaan menerusi program ini.

Secara keseluruhannya sejak daripada awal BN Youth Job fair yang dilancarkan dahulu hingga program ketujuh ini, ianya mencacatkan lebih 400,000 pengunjung.

Golongan Artis Turut Teruja Menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2011


Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung pada 29 November ini bukan sahaja mendapat perhatian daripada ahli UMNO sendiri, namun golongan artis juga tidak ketinggalan berasa teruja menanti perhimpunan yang kebarangkalian menjadi perhimpunan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 13 diadakan.

Bagi pelakon dan pengarah, Rashdan Baba, beliau amat berharap agar perhimpunan Agung kali ini akan dapat membawa satu hala tuju untuk menyatukan orang Melayu.

Ini kerana kata beliau senario masa kini semakin jelas menunjukkan bahawa bangsa Melayu semakin berpecah dan bertelagah sesama sendiri.

“Asas orang Melayu untuk kuat adalah kerjasama dan bersatu padu. Sebab itu saya amat berharap agar Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan menjadi satu titik tolak persefahaman bagi menyatukan orang Melayu. Namun, jangan lupa untuk memberi tumpuan terhadap golongan muda.

“Perpecahan yang berlaku sekarang ini banyak melibatkan orang muda kerana mereka merasakan kerajaan tidak memberi perhatian kepada mereka. Sebab itu mereka mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang,” ujarnya.


Pelakon dan penyanyi kumpulan rock Wings, Awie juga melahirkan rasa kebimbangannya melihat perpecahan orang Melayu masa kini.

“Saya sebagai rakyat biasa berharap agar jangan ada politik dalam politik. Mereka yang memegang jawatan di dalam UMNO dan mewakili setiap bahagian sendiri perlu memperkukuh dan menyelesaikan masalah dalaman kerana ini akan membantu menyatu padukan bangsa Melayu.

“Selain itu, semua penyokong Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO perlu seia sekata dalam apa juga perkara yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan parti. Jangan kita menambah pecah belah yang sedia ada kerana sekarang ini bangsa kita telah berpecah kepada tiga benua iaitu Pas, UMNO dan Adil. Jadi, di manakah hala tuju Melayu itu sendiri,” ujarnya yang turut menjelaskan bahawa perpecahan besar ini akan menyebabkan kejatuhan bangsa Melayu itu sendiri.

Seorang lagi pelakon terkenal tanahair, Zed Zaidi turut menyokong dan bersetuju bahawa Perhimpunan Agung UMNO kali ini perlu menjadi penyuntik semangat dalam menyatu padukan orang Melayu.

“Saya berharap agar perhimpunan kali ini akan mecapai satu kata sepakat tambahan lagi dalam keadaan kritikal sekarang ini untuk kita berhadapan dengan PRU.

“Penumpuan terhadap golongan muda juga perlu diberikan kerana golongan muda adalah pemangkin bangsa dan Negara. Harapan saya, janganlah kita terus berpecah belah sehingga kita terpinggir di negara sendiri, di tanah Melayu ini,” ujarnya. –MediaUMNO.