Friday, November 25, 2011

[video] Anwar Ibrahim Burukkan Malaysia!!


Anwar Ibrahim menyampaikan ceramah dalam satu forum di hadapan sekumpulan pelajar Indonesia di republik itu pada 30 Julai lalu.

Punahsihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dalam siri ceramahnya di Indonesia terus memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas kerana dikongkong oleh pihak kerajaan. Baca di sini...



Azmin Persendakan Anwar Ibrahim, Layak Jadi PM Ke 7 Di Sungai Buluh!


Hari ini Timbalan presiden PKR, Azmin Ali mempersendakan Anwar Ibrahim dengan menyatakan berikrar menyatakan Anwar Ibrahim akan jadi PM ketujuh! Pada hakiktnya beliau tahu Anwar kini berdepan dengan hukuman penjara berhubung tuduhan liwat.

Ya betul Azmin... Anwar akan jadi PM ke tujuh... tapi di Sungai Buluh la hahaha... Angkuh dan Besar betul angan-angan Mat Jenin ni... PKR baru perintah satu negeri, itupun jadi boneka di Selangor... ada hati nak pegang satu Malaysia pirah!!

Dibawah kenyataan Azmin yang kononnya PKR mampu mengantikan UMNO di Kongres PKR!

PKR dan Pakatan pula sebaliknya telah bersedia untuk menggantikan Umno dan BN dengan tawaran dalam manifesto Buku Jingga dan juga belanjawan alternatifnya, kata Azmin yang turut menyebut mengenai pencapaian pentadbiran di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.

PKR juga bersedia untuk menerajui gerakan rakyat untuk memecahkan mitos bahawa hanya Umno yang boleh membawa kesejahteraan kepada rakyat.

"Hari ini, PKR sudah bersedia untuk menerajui gerakan rakyat untuk memecahkan mitos ini. PKR akan menerajui Malaysia tanpa Umno," katanya.



Tak payah kencing banyak lah.. tunaikan dulu manifesto yang belum tertunai!!!

Transfomasi Kerajaan, Politik DS Najib Seiring Citarasa Generasi Muda - Khairy


Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini menyambut baik transformasi kerajaan dan juga transformasi politik Datuk Seri Najib Razak yang dilihat seiring dengan hala tuju serta pendirian institusi tersebut.

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata langkah kerajaan membatalkan tiga pengisytiharan darurat di Parlimen hari ini serta serta pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta pelbagai langkah lain merupakan satu langkah yang sesuai dengan generasi muda.

“Hari ini saya dan rakan-rakan rasa bangga sebab suara kita didengari oleh Perdana Menteri yang mana suara kita diambil kira dan pandangan kita sudah menjadi kenyataan hari ini samaada ISA, kebebasan akhbar, kebebasan untuk berhimpun dan lain-lain lagi.

“Pemuda BN gembira dan kita rasa hala tuju yang dibawa selama ini ada hasilnya apabila program transformasi kerajaan atau politik Datuk Seri Najib selari dengan kehendak kita yang mewakili generasi muda,“ katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda BN di PWTC, Khamis.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO seterusnya menambah program transformasi politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merangkumi langkah-langkah mengukuhkan lagi demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat adalah sedikit sebanyak hasil daripada laporan makmal Pemuda.

“Secara spesifiknya telah dengar daripada cadangan Pemuda BN melalui laporan makmal kita, melalui pendirian politik kita dan sekian lama beberapa pendirian untuk kerajaan memahami tuntutan zaman untuk kukuhkan demokrasi kita dan kita hormati dan julang kebebasan demokrasi kita.


“Apa yang kerajaan laksanakan hari ini adalah satu langkah tambahan di samping ucapan Datuk Seri Najib pada hari Malaysia baru-baru ini yang telah umumkan pemansuhan ISA dan akta kediaman terhad serta pindaaan kepada akta mesin cetak.

“Ini semua menjurus kepada transformasi kerajaan yang sesuai dengan tuntutan generasi muda hari ini. Generasi muda pada hari ini walapun masih lagi mementingkan kestabilan dan keselamatan tetapi menganggap hak asasi dan kebebasan dan juga demokrasi sebagai satu tunggak yang penting dalam permintaan mereka,“ katanya.

Serentak dengan itu, Khairy pada sidang media berkenaan turut mengumumkan secara rasmi slogan “BN Pilihan Orang Muda“ untuk pilihan raya kali ini yang memberi kebebasan kepada generasi muda untuk memilih pada masa akan datang.

“Kita tidak paksa dan kita cari satu slogan yang segar yang menghormati kebebasan dan hak serta pilihan yang ada pada orang muda untuk menentukan kerajaan pada masa akan datang.

“Oleh sebab itu dengan transformasi politik hari ini kita juga umumkan “BN Pilihan Orang Muda“ sebagai slogan kita yang menjadi satu-satunya tumpuan untuk kita terus dengan kempen kita, transformasi kita, touch point kita atau pelbagai program lain yang akan kita anjurkan untuk wujudkan touch point,“ katanya. -MediaUMNO

Laman Web 1Malaysia Di Gondam!


Lamanweb peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak www.1malaysia.com.my telah digodam awal pagi semalam dan sehingga kini masih dalam penyelenggaraan..

Penggodam meninggalkan nota yang mendakwa laman web tersebut digodam oleh "Tofan Batam". Batam adalah sebuah kepulauan Indonesia di selatan Singapura.

Penggodam turut meninggalkan gambar bendera Malaysia sedang dikencing atasnya oleh pihak tertentu.

Tindakan itu katanya tidak melibatkan kandungan penulisan atau bahan lain tetapi bersifat ‘defacement’ iaitu mengubah visual laman web berkenaan.

Kemahiran seperti itu biasanya dimiliki ‘system crackers’ yang akan menceroboh masuk ke pelayan web (server) dan mengubah rupa hadapan sesuatu laman web itu.



Kejadian itu dapat dikesan dengan pantas dan laman web 1Malaysia ditutup untuk sementara waktu.

Bagaimanapun pihak kerajaan tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak.

Anwar Ibrahim Terus Burukkan Malaysia!

Anwar Ibrahim menyampaikan ceramah dalam satu forum di hadapan sekumpulan pelajar Indonesia di republik itu pada 30 Julai lalu.

⁠Punahsihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dalam siri ceramahnya di Indonesia terus memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas kerana dikongkong oleh pihak kerajaan.

Ketua Pembangkang itu berkata, bukan itu sahaja, hakim-hakim yang menjalankan tugas juga tidak mempunyai kewibawaan kerana mereka terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar.

Beliau berkata, secara ringkasnya, tidak berlaku pemisahan kuasa di Malaysia seperti mana ditetapkan dalam amalan demokrasi berparlimen, khususnya antara badan kehakiman dengan eksekutif.

''Sebagai contoh, jika seorang yang berpangkat besar menerima komisen, orang ini tidak akan masuk penjara, sebaliknya akan dilepaskan.

''Apabila hakim boleh dibeli atau mereka takut untuk membuat keputusan, itu merupakan satu petanda yang cukup buruk (terhadap institusi kehakiman),'' katanya ketika berceramah di dalam satu forum di hadapan pelajar Indonesia di republik itu, 30 Julai lalu.

Rakaman ceramah tersebut diperoleh Utusan Malaysia hari ini.

Selain itu, Anwar di dalam ceramahnya itu turut memberitahu rakyat Malaysia telah mula mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

''Begitu juga dengan perjalanan pilihan raya di Malaysia. Pada tahun 2008 di kawasan Pantai Barat kita menang di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

''Hanya satu sahaja kerusi yang mereka menang. Itu pun pada saat-saat akhir, entah bagaimana ada 14,000 undi pos turun dari langit,'' katanya.

Dalam pada itu beliau menyelar tindakan pihak berkuasa Malaysia menahan enam orang termasuk seorang Ahli Parlimen kerana disyaki menjadi pendukung fahaman komunis.

Soal beliau, adakah wajar mereka yang dikatakan pendukung itu dipenjarakan seperti mana kesalahan memukul orang.

Rasis, Biadap... Polis Siasat ADUN Komtar!


Puak DAP serpihan dari PAP Singapura memang dari dulu lagi kita kenali sebagai parti yang rasis, sombong dan angkuh! Mereka ni pantang berkuasa... Bila berkuasa mereka akan menjadi raja kepada segalanya!

Terbaru, Polis akan mengambil keterangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar Ng Wei Aik berhubung laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita terhadap wakil rakyat itu yang didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap suaminya.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata, polis juga akan memanggil beberapa saksi lain untuk direkodkan keterangan mereka.

"Satu kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat, kita akan panggil mereka yang terbabit dengan kejadian itu termasuk ADUN berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas Program Hari Bertemu Pelanggan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang semalam.

Peniaga barangan lusuh, Sarimah Packeer Mohamed, 43, semalam membuat laporan polis mendakwa Ng telah mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina suaminya seorang warganegara Bangladesh di hadapan orang ramai ketika membuat lawatan ke kawasan kebakaran rumah kedai di Jalan Gudwara kemarin.

Pindaan AUKU Langkah Tersusun Kerajaan Iktiraf Mahasiswa


Langkah kerajaan untuk meminda Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) 1971 bukan sahaja satu pengiktirafan kepada mahasiswa tetapi juga menunjukkan langkah tersusun kerajaan ke arah mengasah bakat kepimpinan mahasiswa di negara ini.

Pengerusi Biro Pengajian Tinggi UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim berkata jika sebelum ini pindaan akta itu membolehkan mahasiswa terlibat di dalam pertubuhan belia, namun komitmen kerajaan hari ini bakal memberi peluang yang lebih luas kepada golongan berkenaan.

Menurut beliau mahasiswa perlu mengambil kesempatan berkenaan dengan memiliki serta mengambil ilmu pengetahuan yang cukup dalam usaha menonjolkan kepimpinan serta idea mereka.

“Kita buat ini sebab kita iktiraf kepimpinan mereka dalam usaha untuk mematangkan mereka dalam persatuan di luar kampus. Peringkat seterusnya sudah tentu untuk mereka dedahkan kepada politik sebenar.

“Ianya adalah satu galakan dan pengiktirafan kepada mahasiwa untuk terlibat secara langsung dalam proses pembinaan negara dan saya menaruh harapan tinggi agar ianya tidak digunakan kesempatan untuk sebaliknya.

“Inilah peluang yang diberikan kepada mahasiswa untuk menunjukkan kematangan tanpa membiarkan diri mereka dimanipulasi oleh mana-mana pihak. Ini secara tidak langsung merupakan bukti transformasi yang cuba dilaksnakan oleh Datuk Seri Najib dan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan benar-benar serius menjelang negara maju 2020,” katanya.

Razali yang juga Timbalan Pengerusi Pemuda BN seterusnya menambah langkah berkenaan juga seiring dengan pendirian pergerakan itu yang mahu perkara tersebut diteliti dan dinilai semula demi kepentingan mahasiswa.

“Isu pindaan terhadap AUKU ini telah dibuat sejak daripada dulu lagi…..Rakyat kena mengimbau perkara ini bukan perkara yang disebut semalam.

“Tambahan pula Pemuda BN berulang kali menyatakan pandangan bahawa sudah sampai masa untuk kita melihat semula AUKU ini dan akhirnya dilaksanakan dan rakyat kena ambil kira bahawa bukan hanya kenyataan politik tetapi kesungguhan itu telah ditunjukkan oleh kerajaan selepas ianya diperkatakan bertahun lamanya… pada kita dia hanya bercakap,” katanya.

Beliau seterusnya berkata ianya adalah waktu terbaik untuk mahasiswa mengambil terhadap pengiktirafan tersebut.

“Ini adalah kesempatan yang cukup baik untuk digunakan dan saya harap sekali lagi tidak akan ada mana-mana pihak yang akan mempolitikkan perkara ini apabila mahkamah membuat keputusan di mana kerajaan memutuskan untuk membawa perkara ini ke peringkat seterusnya sebagai satu proses perundangan.

“Saya rasa tidak ada kena mengena dengan kes yang sedang berlangsung kerana selepas satu persatu pengiktirafan kepada hak bersuara di kalangan rakyat dilakukan di bawah transformasi politik Perdana Menteri,” katanya. -MediaUMNO

Thursday, November 24, 2011

Pemuda Bincang Isu Transformasi Politik, PRU Pada Perhimpunan Agung Umno #BNPilihanOrangMuda



Pergerakan Pemuda Umno akan membincangkan isu berkaitan transformasi politik dan persiapan menghadapi pilihan raya umum pada Perhimpunan Agung Umno 2011 yang akan bermula Selasa depan, kata ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin.

"Semangat kita tinggi untuk membincangkan dua isu tersebut pada perhimpunan nanti," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Pemuda Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari Khamis.

Khairy berkata rakyat seharusnya lebih menghayati dan menyokong transformasi politik yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia merangkumi langkah-langkah yang boleh mengukuhkan lagi demokrasi negara.

Beliau berkata Pemuda BN membuat ketetapan menyokong konsep 'calon boleh menang' yang ditekankan oleh Perdana Menteri.



"Kita juga harap konsep ini diterima oleh semua dan tidak ada mana-mana pihak yang akan pertikaikan pemilihan calon oleh kepimpinan parti komponen dan juga pengerusi BN sendiri," katanya.

Khairy juga menyambut baik pindaan terhadap Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi membolehkan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas menyertai parti politik.

"Ini salah satu permintaan Pemuda di mana satu kebebasan politik diberikan kepada mahasiswa. Saya gembira kerana hala tuju yang dibawa selama ini sudah nampak hasil apabila program transformasi politik itu selari dengan generasi muda dan tuntutan zaman," katanya.

Sementara itu, Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN turut mengumumkan slogan rasmi Pemuda - 'BN Pilihan Orang Muda' bagi pilihan raya akan datang.

"Kita cari slogan yang segar bagi menghormati kebebasan dan hak yang ada pada orang muda untuk pilih kerajaan akan datang," katanya.

-Bernama

Sultan Selangor Tegur Aziz Bari


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita berhubung kenyataan Prof Dr Abdul Aziz Bari, yang mengatakan akaun Majlis Agama Islam (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) tidak diaudit.

Baginda bertitah kenyataan pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu adalah tidak tepat.

Tuanku turut menasihatkan Aziz agar tidak membuat sebarang kenyataan kerana ia mengundang kekeliruan dan keresahan di kalangan rakyat terhadap integriti MAIS dan Lembaga Zakat Selangor.

Titahnya, Aziz perlu mendapatkan fakta yang tepat dan betul sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Beta sangat dukacita apabila dimaklumkan terdapat satu laporan yang menyatakan bahawa Prof Aziz ada membuat kenyataan bahawa akaun MAIS dan LZS tidak diaudit dan bebas daripada diaudit.

“Kenyataan beliau ini adalah tidak tepat kerana Beta disembah maklum bahawa akaun MAIS dan akaun LZS telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan mendapat Sijil Bersih daripada Ketua Audit Negara pada setiap tahun serta akan terus diaudit oleh Jabatan Audit negara pada tahun-tahun akan datang.

Integriti MAIS

“Beta harap Prof Aziz jangan membuat sesuatu kenyataan yang boleh mengelirukan dan meresahkan rakyat terhadap ketelusan dan integriti MAIS dan LZS sebelum mendapatkan fakta-fakta yang tepat dan betul,” titah baginda.

Baginda menyampaikan titah berkenaan ketika merasmikan Wisma Audit Negeri Selangor di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) lain.

Aziz dalam laporan media 11 November lalu dilaporkan berkata, Sultan Selangor telah melampaui kuasa dengan menitahkan Adun untuk meluluskan rang undang-undang tanpa dibahaskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Julai lalu.

Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai titah Sultan Selangor semua Adun meluluskan pindaan peruntukan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2011 yang membolehkan MAIS mengelak dari diaudit oleh jawatankuasa audit awam.

Aziz yang juga seorang pakar perlembagaan berkata, perlembagaan tidak memberikan apa-apa kuasa kepada Sultan.

Beliau merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan – Perkara 3 (2) dan Seksyen 1 (2) (d) Jadual Kelapan – dengan jelas menyatakan bahawa walaupun Sultan mempunyai kuasa budi bicara dalam hal Ehwal Islam dan Agama Melayu, namun ia tidak menyentuh aspek perundangan.

MAIS bidas laporan

Sementara itu, Selasa lalu MAIS menjelaskan dakwaan bahawa laporan kewangan tahunan tidak perlu diaudit adalah tidak tepat.

Pengerusi MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata laporan kewangan tahunan MAIS disatukan telah disediakan dan dikemukakan kepada Ketua Audit Negara setiap tahun dan MAIS dari 1997 hingga 2010 telah mendapat pengiktirafan sijil bersih melalui Sijil Ketua Audit Negara.

Beliau merujuk kepada laporan berita FMT berkenaan pindaan peruntukan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2011.

Pada 10 November, FMT melaporkan bahawa pindaan peruntukan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2011 membolehkan MAIS mengelak dari diaudit oleh jawatankuasa audit awam – FMT

Cybersecurity: Berhati-Hati Kongsi Maklumat Peribadi Anda!


CyberSecurity Malaysia hari ini menasihatkan para pembeli-belah dalam talian agar berhati-hati apabila berkongsi maklumat memandangkan serangan keselamatan siber kini kian meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif Prof Datuk Husin Jazri berkata antara Januari dan Ogos, sejumlah 13,173 jenayah siber seperti penipuan, komplot dan cubaan pencerobohan terhadap pengguna internet telah dilaporkan kepada CyberSecurity Malaysia.

"Berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas, kami hanya menerima 6,206 insiden yang bermakna jenayah telah meningkat 112 peratus tahun ini," katanya dalam taklimat media bersama mengenai Keselamatan Beli-belah Dalam Talian dan Mudah Alih dengan PayPal.

Husin berkata kes-kes penipuan ialah penyumbang utama kepada jenayah siber yang menguasai 35 peratus atau 4,574 kes, sementara penipuan pembelian dalam talian 12 peratus atau 565 insiden dari Januari hingga Oktober.

"Penipuan yang dijalankan dalam talian kini sudah sama dengan penipuan di jalanan dan internet. Oleh itu, peluang untuk mendapatkan semula wang amat tipis," katanya.

Bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna, terutamanya pembeli-belah dalam talian, CyberSecurity Malaysia telah berganding bahu dengan Paypal untuk menyediakan peringatan kepada para pembeli-belah Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada kempen, mereka akan menjalankan kempen kesedaran bersama untuk berkongsi tip-tip keselamatan di radio, media cetak dan dalam talian.

Pengarah urusan PayPal (Asia Tenggara dan India) Elias Ghanem berkata kerjasama ini akan mempromosikan Disember sebagai bulan beli-belah dalam talian yang selamat kerana ia merupakan musim puncak untuk rakyat Malaysia membeli-belah dalam talian yang mengambil peluang akan tawaran istimewa yang ditawarkan.

"Bagi kekal selamat sepanjang tempoh beli-belah dalam talian yang paling sibuk ini, kami menggesa agar mereka mengamalkan "membeli-belah tanpa amalan perkongsian" dan mendapatkan perlindungan pengguna, terutamanya ketika membeli dari laman sesawang seberang laut," katanya.

Ghanem berkata PayPal turut menawarkan dasar perlindungan pembeli yang melindungi para pembeli dalam talian jika mereka tidak menerima barangan yang mereka beli dari laman sesawang yang menerima PayPal atau mereka menerima barangan yang berbeza daripada yang terdapat di laman sesawang.

PayPal ialah perniagaan e-perdagangan berpangkalan di AS, penyedia untuk cara yang lebih cepat dan selamat untuk membayar dan mendapat pembayaran dalam talian.

- Bernama