Wednesday, November 30, 2011

Lisa Surihani, Serina Redzuan Join Puteri UMNO... Wardina Safiyyah Sampai Bila Nak Sokong Mata Lebam? #PAUMNO

Kehadiran Lisa Surihani dan Serina Chefwan ke majlis perhimpunan sayap Puteri UMNO 2011 merenjis semangat baru kepada Puteri UMNO dalam usaha memperjuangkan agenda tulus mereka untuk nusa & bangsa.

Lisa Surihani menerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri UMNO, manakala Serina memuji ucapan Ketua Puteri, Datuk Rosnah sambil menyatakan sokongan penuh kepada perjuangan UMNO melalui kicauan twitternya!

Percaya atau tidak, blogger PR tidak akan berani menyiarkan atau membuat sebarang spekulasi mengenai kehadiran personaliti popular ini kerana mereka tahu semua itu akan menjadi backfire kepada mereka. Cubalah spekulasikan kehadiran Lisa & Serina jika mau tengok berduyun-duyun peminat mereka menyertai Puteri UMNO... =)

Lisa, Serina... ramai lagi artis Malaysia yang TAHU BERSYUKUR sudah menyatakan sokongan langsung kepada parti yang sudah lama berkorban untuk kemakmuran dan kegemilangan bumi yang mereka pijak... Wardina dan Bob Lokman tak sedar2 lagi???








Sumber: 1Peluru

Shahrizat Cabar Wan Azizah Letak Jawatan! #PAUMNO


Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan rakan sejawatannya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersikap biadap kerana mendesak beliau untuk meletakkan jawatan.

"Saya mencabar Ketua Wanita PKR supaya mendesak Presiden parti itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk meletakkan jawatan kerana suaminya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ketika ini berdepan dengan pelbagai tuduhan di mahkamah," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada persidangan perwakilan Pergerakan Wanita UMNO di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Saya nak mendesak Ketua Wanita Pkr , kerana dia suruh saya letak jawatan, kerana suami saya yang tidak bersalah ... Suruh , Gesa, Desak Datin Seri Wan Azizah letak jawatan sebagai Presiden Pkr.. kerana angkara suami beliau yang disabit pelbagai angkara .....

Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita hari ini sebagai medan untuk beliau menyatakan pendiriannya.
Apabila Ketua Wanita UMNO itu menempelak sikap Zuraida sambil menyifatkan: "tindakannya seolah-olah gajah di depan mata tak nampak"

Suasana dewan riuh dengan laungan menyatakan sokongan mereka terhadap Shahrizat.

Noramfaizul Dianugerahkan Anugerah Kesatria Terbilang Pemuda UMNO #PAUMNO

Pemuda Umno pada Rabu mengiktiraf jurukamera BernamaTV Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban semasa mengikuti misi kemanusiaan di Somalia dengan Anugerah Kesatria Terbilang.

Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid ketika mengumumkan anugerah itu menganggap Noramfaizul sebagai seorang pejuang yang berani.

Anugerah yang diadakan kali kedua itu disampaikan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin kepada ibu Noramfaizul, Naemah Abd Majid, 63 dan balunya, Norazrina Jaafar, 37, sebelum menyampaikan ucapan dasar pada perhimpunan agung pergerakan itu di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Tan Sri Omardin Mauju merupakan penerima pertama anugerah tersebut pada tahun lepas.

Noramfaizul, 39, yang turut dianggap 'Wira Malaysia Sebenar' oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terkorban akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu mangsa kebuluran Somalia, pada 2 Sept lepas.

Pada majlis itu, Khairy turut menyampaikan Anugerah Khas Pemuda Umno Malaysia yang julung kali diadakan kepada Ketua Pemuda Sabak Bernam Abdul Samad Dawood di atas jasa beliau menyelamatkan seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun yang hampir lemas pada Jun lalu di Sungai Besar.

-Bernama

Lisa Surihani Terima Anugerah Pencapaian Khas Puteri UMNO #PAUMNO @LisaSurihani


Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Lisa Surihani Mohamed dipilih antara lima penerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri sempena Perhimpunan Agung pergerakan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebentar tadi.

Empat penerima lain ialah Johan Qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011, Suraya Abu Hassan; penerima kumpulan pertama Biasiswa Nasional 2010, Nur Izzati Zainal Nazeri; pemenang pingat emas dalam sukan renang Sukan SEA 2011, Katrina Ann Abd Hadi dan usahawan wanita cemerlang, Harlina Hamid.



Berita terdahulu: Kehadiran Lisa Surihani Menyerikan Majlis Perhimpunan Agung Puteri Umno

Kehadiran Lisa Surihani Menyerikan Majlis Perhimpunan Agung Puteri Umno #PAUMNO @LisaSurihani

Kehadiran artis jelita Lisa Surihani di Majlis Perhimpunan Agung Puteri Umno bukti sokongan golongan muda kepada parti Umno iaitu BN Pilihan Orang Muda.

Harap lepas ni Lisa boleh tarik Yusry KRU join Pemuda Umno pulak :D