Thursday, December 8, 2011

Undi Pos: Nurul Izzah Disekolahkan Lagi...

Dewasalah sikit Anak Anwar....

Umno bahagian Lembah Pantai menjelaskan empat faktor mengapa jumlah pengundi pos meningkat mendadak di parlimen Lembah Pantai.

Empat faktor berkenaan ialah pembesaran balai polis Jalan Travers, pembukaan pusat tahanan polis di Bukit Jalil, ramai pegawai petugas pilihan raya dan kaki tangan kedutaan negara di luar yang menetap di Lembah Pantai.

Timbalan ketua Umno bahagian, Yusri Ahmad berkata, berikutan itu jumlah daerah mengundi di Lembah Pantai meningkat kepada 19 berbanding 18 pada 2008.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan naib presiden PKR yang juga ahli parlimen lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengenai peningkatan mendadak pengundi pos di parlimen tersebut.

Dalam sidang media terdahulu, beliau mendakwa pengundi pos di Lembah Pantai ialah 2, 180 orang atau 3.1 peratus dari jumlah pengundi 70, 000 orang.

Yusri menasihatkan Nurul bejumpa dan berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendapatkan penjelasan mengenai ramai pengundi pos di kawasan tersebut.

“Pendaftaran pengundi termasuk semuanya dibuat oleh SPR dan jika mahu mengatakan Umno atau pemimpinnya terlibat tidak betul,” katanya ketika dihubungi hari ini.

`Menteri Lembah Pantai’

Ketua Umno Lembah Pantai ialah Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang juga menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Beberapa waktu lalu, Nurul juga mendakwa menteri berkenaan telah membawa terlalu banyak pembangunan ke Lembah Pantai berbanding kawasan parlimen lain.

Mengulas dakwaan tersebut, Yusri berkata, Raja Nong Chik meneruskan pelbagai projek yang tidak dapat dilaksanakan sebelum ini.

“Banyak projek termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang baru dibina di kawasan Lembah Pantai kerana kawasan ini merupakan sifar setinggan.

“Kini menanti projek pembangunan bersepadu di kawasan seluas 210 ekar di Pantai Dalam. Jadi jangan hairan kalau Lembah Pantai banyak projek pembangunan.

“Raja Nong Chik bukan menteri Lembah Pantai. Tetapi beliau ketua Umno bahagian ini,” tegas Yusri lagi. -FMT

DAP Berjaya Hapus Hudud PAS !



DAP berjaya menjadi 'Big Brother' dalam Pakatan Rakyat, kejayaan terbesar DAP ialah menghapuskan Hudud dalam menifesto PAS sekali gus membuktikan PAS terus mengikut telunjuk DAP!

Pas tidak akan memasukkan pelaksanaan undang-undang hudud dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan demikian dengan berkata, manifesto tidak perlu disebut secara terperinci.

"Bila sebut konsep yang adil, mencegah kemungkaran, ia isu yang sudah berkait dengan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata, Islam akan menterjemah secara jelas mengenai pelaksanaannya jika pakatan pembangkang memerintah kerana ia agama yang menyeluruh.

Namun, katanya, ia harus mengikut turutan dengan mukadimahnya sambil memberi contoh untuk memulakan solat perlu mengambil wuduk terlebih dahulu.

"Kita pilih negeri-negeri yang kita (Pas) ada kuasa sepenuhnya dan kita menerima pendapat supaya orang bukan Islam tidak dipaksa.

"Biar mereka melihat terlebih dahulu, sekiranya mereka melihat, mereka boleh terima," ujar beliau.

Ditanya kemungkinan Pas tidak mampu mencorak hala tuju yang diperjuangkan parti itu, beliau berkata, semua parti telah menerima Islam dan Melayu sebagai teras kepimpinan negara.

Terdahulu semasa sesi perbahasan, penyokong kerajaan Alias Abdullah (BN-Alor Limbat) menempelak Pas kerana pendekatan parti itu lebih memberi peluang kepada DAP untuk menggantikan tempatnya.

PAS is DEAD!

Ummi Hafilda Buktikan, Harakah Akhbar Sesat!


Perjuangan Pas sebenarnya telah lama tersasar jauh dan kini agenda Pas hanyalah untuk menjatuhkan UMNO walau dengan apa cara sekalipun. Oleh itu usahlah terkejut, kenapa PAS bolel halal kan fitnah melalui Harakah...

Sesungguhnya pintu untuk puak PAS bertaubat masih terbuka lagi...

Ummi Hafilda Menang Saman Fitnah Terhadap Harakah

Mahkamah Rayuan semalam memerintahkan kilang cetak Syarikat Prema membayar RM50,000 bagi ganti rugi am kepada usahawan wanita Ummi Hafilda Ali kerana fitnah.

Datuk Sulaiman Daud yang mengetuai panel tiga hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan syarikat itu.

Panel itu yang terdiri daripada Hakim Datuk Ramly Ali dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan syarikat itu bertanggungjawab memfitnah Umi Hafilda.

Namun, mahkamah membenarkan rayuan Syarikat Prema untuk mengurangkan jumlah bayaran ganti rugi daripada RM100,000 yang diperintahkan Mahkamah Tinggi untuk dibayar kepada Umi Hafilda kepada RM50,000 beserta faedah dan kos.

Hakim Sulaiman berkata mahkamah berpendapat jumlah RM100,000 yang dianugerahkan Mahkamah Tinggi adalah keterlaluan.

Pada 7 Jun 2006, Mahkamah Tinggi memerintahkan PAS, Halim Arshat yang juga bekas setiausaha agung PAS dan pemegang permit penerbitan Harakah ketika itu, bekas ketua pengarang Harakah, Datuk Mustafa Ali untuk membayar sejumlah RM100,000 sebagai ganti rugi am kepada Ummi Hafilda.

Mahkamah Tinggi turut memerintahkan Syarikat Prema untuk membayar RM100,000 kepada Ummi Hafilda, yang dikenali ramai semasa perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah Tinggi juga memerintahkan faedah sebanyak 8 peratus ditambah kepada jumlah yang diperintahkan bermula dari tarikh pemfailan writ pada 30 April 1999 sehingga ia direalisasikan dan satu injunksi bagi menghalang responden daripada terus menyiarkan kata-kata fitnah terhadapnya.

PAS, Halim dan Mustafa tidak mengemukakan rayuan.

Ummi Hafilda, 46, menyaman PAS, Halim, Mustafa dan Sabri Zain, penulis akhbar tabloid yang diterbitkan dua kali seminggu berhubung dengan penyiaran artikel bertajuk “Malaysia Sweeps 10 Oscars” (Malaysia Memenangi 10 Oscar) yang disiarkan pada isu 29 Mac 1999 Harakah yang mengandungi beberapa gambaran negatif mengenai dirinya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Umi Hafilda berkata dia mengalami kesan dahsyat akibat penerbitan artikel berunsur fitnah itu, reputasi dan imej dirinya tercemar dan kehilangan pendapatan perniagaannya serta berhadapan dengan skandal awam, kebencian dan hinaan.

Ummi Hafilda turut memperoleh penghakiman ingkar terhadap Sabri pada 22 Nov 1999 tetapi perintah itu tidak dapat dilaksanakan terhadap Sabari yang tidak dapat dikesan.

Wednesday, December 7, 2011

Blogger PAS Minta Nik Aziz Bersara Dari Arena Politik...


Walaupun berbeza bendera dan pendapat... namun aku turut simpati dengan Nik Aziz yang dijadikan sebagai alat politik untuk kepentingan dan individu tertentu dalam PAS. Bagi mereka tanpa Nik Aziz... PAS akan berkubur dengan cepat... Oleh itu mereka mahu Nik Aziz terus berada di dalam PAS, walaupun Nik Aziz kini dilihat seperti orang tua yang sudah nyanyuk...

Bukan maksud aku mahu menghina Nik Aziz, tapi inilah keyataan yang perlu disedari oleh puak PAS... dan ianya berdasarkan dari segi faktor umur Nik Aziz yang sudah lama bergelumang dalam politik yang penuh dengan warna warni ini..

Mungkin tidak ramai yang ambil peduli tetang hal ini, kerana mereka gunakan orang tua ni sebagai umpan bagi memancing undi rakyat di Kelantan.

Sudah tiba masanya untuk Nik Aziz berundurlah....

Di bawah adalah keluhan dari blogger PAS yang mahu Nik Aziz bersara dari arena politik...


Pada aku memang dah lama sepatutnya TG Nik Aziz berhenti dari jawatan Menteri Besar Kelantan. Tempoh lebih 20 tahun tu pada aku terlalu lama.

Sepatutnya dah lama pemimpin pelapis di Kelantan ambil alih tugas berat tu. Kesian kat TG Nik Aziz, walaupun dah semakin uzur masih lagi dibebankan dengan tugas berat macam tu. Macam takdak dah orang lain di Kelantan tu yang layak jadi Menteri Besar.

Jadi Menteri Besar ja pun, bukannya nak jadi nabi.

Patutnya sebagai Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz tak sepatutnya jadi Menteri Besar Kelantan, Patutnya TG Nik Aziz tak dibebankan dengan tugas-tugas pentadbiran macam tu pasainya tanggungajawab dia sebagai Mursyidul AM PAS lebih nesar dari tu, kena jaga PAS dan ahli PAS diseluruh Malaysia, bukan hanya di Kelantan.

Masa mula-mula menang tahun 1990 dulu memang wajar TG Nik Aziz pegang jawatan tu, tambah-tambah itu sejarah kali pertama PAS dapat kuasa perintah negeri. Memang sesuai sangat ulama' bertaraf Tok Guru pegang jawatan Menteri Besar tu yang boleh ujudkan satu standard atau piawai untuk pemegang jawatan tu dari PAS masa akan datang.

Cumanya tempoh lebih 20 tahun tu pada aku terlalu lama, dua tiga penggal pun sepatutnya dah cukup kalau untuk ujudkan standard atau piawai.

Aku sebenarnya mengharapkan sangat TG Nik Aziz betul-betul jadi Mursyidul AM. Spiritual leader yang mengetui Majlis Syura'. TG Nik Aziz patutnya lebih perlu untuk memperkasakan Majlis Syura', yang punya kuasa untuk 'menasihat' siapa saja.

Apa pun, dari sudut politik PAS Kelantan, memang patut sangat TG Nik Aziz tetap bertanding masa PRU13 nanti, tapi kalau tak bertanding pun cantik jugak, boleh bantu jentera pilihanraya PAS bukan saja di kelantan tapi jentera pilihanraya PAS seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

-Cenangau Daunkari

Apa Kes... Pengarah Penerangan Kedah Kata PKR Semakin Celaru?



Zulkifli Yahaya lagi... Kali ni si Zul Ya ni (nama panggilan) yang selalu berfacebook untuk berkempen sesambil memancing blogger-blogger pro UMNO bagi menyertai Pas. Namun kali ini, Zul Ya sudah bocorkan rahsia. Rahsia bahawa diantara Pas Kedah dan PKR Kedah memang ada perselisihan faham yang tidak baik.

Baca tulisan yang telah di 'underline' warna merah..


"En. Fauzi Kalau nak bersama parti yang menang.. mailah join PAS, jangan masuk PKR takut CELARU!!" baca lagi di sini...

Ugut Robohkan Penjara, Polis Siasat Azmin !


Gara-gara mahu "merobohkan tembok penjara" sekiranya Punasihat PKR Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes liwatnya, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali telah diminta hadir memberi keterangannya kepada polis.

Azmin berkata mahu merobohkan tembok penjara, sewaktu beliau memberi ucapan tersebut pada kongres kebangsaan parti itu di Johor pada akhir bulan lalu.

Pegawai khas Azmin Hilman Idham mengesahkan bahawa seorang anggota polis yang dipercayai dari ibu pejabat polis kintigen Johor menghubungi ahli parlimen Gombak itu melalui telefon pada jam 2:20 petang tadi.

Ketika itu, Azmin berada di lapangan terbang, dalam perjalanan ke Sarawak untuk menyelia persiapan untuk jentera pilihan raya PKR di negeri itu dan menghadiri inkuiri awam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung reformasi pilihan raya.

Hilman berkata belum ada tarikh baru yang ditetapkan untuk Azmin memberi keterangannya kepada polis di Johor tetapi sekiranya, pihak berkuasa mahu melaksanakan tugas itu dengan segera, mereka mesti menemubual beliau di Kuala Lumpur.

Walaupun tidak disebut ucapan mana oleh Azmin yang menimbulkan masalah dengan pihak polis, namun dipercayai ia adalah berkaitan dengan ucapan kontroversinya bahawa PKR akan "merobohkan tembok penjara" jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.


Sendiri bikin... sendiri tanggung la broz... Jangan nak salahkan polis yang menjalankan tugas!

Nurul Izzah Kecewa Gagal Sabotaj KR1M !


Jelas terpancar kekecewaan di raut wajah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah pada waktu ini... mahunya taknya... Dalam kerancakan pihaknya, mensabotaj produk jualan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), KR1M terus mendapat sambutan hangat dan jualanya meningkat 15 peratus kebelakangan ini.

Nampaknya usaha jahat Izzah bersama teman tapi mesranya Tony Pua untuk menghakis keyakinan rakyat kepada KR1M nampaknya 'tak jadi'.

Menurut kata, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob... Jualan di KR1M terus meningkat, mungkin kerana KR1M mendapat publisti hari-hari - merujuk kepada kempen pembangkang hentamnya.

Ismail Sabri berkata rakyat masih percaya kepada KR1M sungguhpun isu penarikan balik 13 produk dari kedai itu cuba dipolitikkan parti pembangkang. Berita penuh di sini...



Lagi Izzah sakit hati... KR1M akan mula beroperasi di Pahang

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mula beroperasi di Pahang dengan pembukaan premis pertamanya di bangunan Majlis Ugama Islam Pahang, Jalan Bukit Ubi, Rabu.

Premis itu yang merupakan rangkaian KR1M ke-18 di Malaysia menjual barangan pada harga yang mampu dibeli pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata peniaga runcit dan pasar raya terutama di negeri ini tidak harus berasa bimbang kewujudan KR1M itu akan menjejaskan perniagaan mereka.

"Di Malaysia, masyarakat dah bertambah, kita ada 28 juta penduduk, peluang perniagaan ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kedai itu yang mempunyai 250 produk merangkumi makanan, barangan harian, keperluan dapur, rempah ratus dan sejuk beku.

Adnan berkata KR1M yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mewujudkan persaingan sihat antara peniaga yang akhirnya memberikan keuntungan kepada rakyat.

Note: Kami masih memerlukan Izzah sebagai model KR1M... terima kasih kerana membantu kerajaan promosi KR1M... Video URL: http://youtu.be/nThqzj9q7yg

PRU Ke-13: Husam Tersingkir Ke Parlimen ?


Husam, tersingkir ke Parlimen dengan alasan dia diperlukan sebagai Menteri di Pusat?

Nik Aziz akan kekal bertanding di DUN Chempaka manakala anaknya, Nik Mohd Abduh akan bertanding kerusi Parlimen Pengkalan Chepa.

Menantu Nik Aziz pula, Abdul Ariffahmi Ab Rahman di katakan akan dicalonkan bertanding salah satu kerusi DUN di bawah Parlimen Machang.

Usaha keras Nik Abduh dan Ariffahmi dikatakan mula menampakkan hasil setelah berjaya meletakkan orang-orang mereka dalam hieraki Perhubungan Negeri setelah Muktamar PAS Jun 2011 lalu. Baca lagi di sini...

P/S: Ingatkan Anwar Ibrahim saja yang ada China dolls... Husam pun ada jugak la bro....

Cerita Banyak Tak De... Zahid Bawa Guan Eng Menyelam Bersama KD Tun Razak


Cakap banyak tak de bro... Jom bawa puak yang selalu cakap banyak... bagi dia orang rasa dan lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana kapal selam KD Tun Razak menyelam dan menenggelamkan kebongkakan Pakatan haram jadah ni..

Kerajaan Barisan Nasional bukan lidah bercabang macam Guan Eng la... 

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menaiki kapal selam KD Tun Razak Jumaat ini bagi membuktikan bahawa dakwaan pembangkang yang kapal selam negara tidak boleh menyelam adalah tidak betul.

Ahmad Zahid berkata beliau dan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP akan menaiki kapal selam itu di pusat pameran maritim sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA '11) di Awana Porto Malai pada pukul 3 petang.

Beliau berkata ini merupakan pendekatan Kementerian Pertahanan untuk memperlihatkan aset itu yang dikatakan tidak boleh menyelam.

"Guan Eng ada telefon saya semalam untuk datang ke sini. Walaupun kapal selam itu untuk LIMA kali ini hanya membuat pertunjukan statik tetapi saya akan minta kapal selam itu menyelam untuk membawa Guan Eng," katanya pada sidang akhbar di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini Rabu.

Ahmad Zahid berkata beliau turut menghantar surat jemputan kepada semua Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Negara termasuk daripada parti pembangkang untuk menaiki dan menyelam bersama kapal selam negara.

"(Selain Lim) Pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain, hanya Nurul Izzah Anwar (Anggota Parlimen Lembah Pantai) yang memberi respons tak boleh datang. Yang lain cakap je banyak tetapi tak berani menyelam (dengan kapal selam)," katanya.

Mengenai LIMA '11, Ahmad Zahid berkata sehingga kini, tujuh kontrak telah dimeterai dan beliau menjangkakan keseluruhannya 15 kontrak akan dimeterai selepas berakhirnya LIMA '11 Sabtu ini. -Bernama

P/S: Izzah tak nak join sekali ke?

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Cabar KJ Debat Isu NFC!


Menurut info terkini... Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Akin akan menghantar surat undangan rasmi kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk pelawaan debat berhubung dakwaan skandal projek lembu NFC.

Beliau turut mencadangkan agar debat tersebut diadakan bila-bila masa sahaja namun perkara lain seperti tempat dan format debat dipersetujui bersama setelah tarikh debat dimuktamad.

Ini bermakna sudah ada dua tawaran debat dari PKR yang mensasarkan Ketua Pemuda UMNO sebagai lawan mereka...

Ini baru betul... Ketua AMK VS Ketua Pemuda UMNO...

Rafizi Ramli tu sapa bro? Tak silap dulu dia bertanding rebut jawatan dalam PKR pun tak lepas... Bertanding sekerat jalan lepas tu, tarik diri. Lembik betul jambu Anwar ni... Layak ke dia debat dengan KJ?

Kalau ya pun Rafizi nak cipta nama... hormat la sikit dengan Ketua AMK... Tau la dia ketot, takkan nak main langkah je...

Harap Shamsul tak terkencing dalam seluar kali ni... 

Sementara itu pihak Ketua Pemuda UMNO sudah pun menghantar surat maklum balas kepada Rafizi Ramli bagi membincangkan tajuk serta perkara-perkara berkaitan debat tersebut mengikut tarikh dan masa yang di tetapkan bersama....