Wednesday, December 7, 2011

Ugut Robohkan Penjara, Polis Siasat Azmin !


Gara-gara mahu "merobohkan tembok penjara" sekiranya Punasihat PKR Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes liwatnya, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali telah diminta hadir memberi keterangannya kepada polis.

Azmin berkata mahu merobohkan tembok penjara, sewaktu beliau memberi ucapan tersebut pada kongres kebangsaan parti itu di Johor pada akhir bulan lalu.

Pegawai khas Azmin Hilman Idham mengesahkan bahawa seorang anggota polis yang dipercayai dari ibu pejabat polis kintigen Johor menghubungi ahli parlimen Gombak itu melalui telefon pada jam 2:20 petang tadi.

Ketika itu, Azmin berada di lapangan terbang, dalam perjalanan ke Sarawak untuk menyelia persiapan untuk jentera pilihan raya PKR di negeri itu dan menghadiri inkuiri awam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung reformasi pilihan raya.

Hilman berkata belum ada tarikh baru yang ditetapkan untuk Azmin memberi keterangannya kepada polis di Johor tetapi sekiranya, pihak berkuasa mahu melaksanakan tugas itu dengan segera, mereka mesti menemubual beliau di Kuala Lumpur.

Walaupun tidak disebut ucapan mana oleh Azmin yang menimbulkan masalah dengan pihak polis, namun dipercayai ia adalah berkaitan dengan ucapan kontroversinya bahawa PKR akan "merobohkan tembok penjara" jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.


Sendiri bikin... sendiri tanggung la broz... Jangan nak salahkan polis yang menjalankan tugas!

2 comments:

Anonymous said...

selain ucapan Azmin ini , sebenarnya ada puluhan lagi ucapan pemimpin pembangkang yang pihak polis dan KDN harus ambil berat serta siasat ,

apakan daya Malaysia punya menteri KDN lembik dan bacul pondan !
hanya tahu dan berani cakap amaran ..amaran dan amaran !

Anonymous said...

alamak ... polis pon ...

ape ke susah benor ...???
kalau azmin runtuhkan penjara...
penjenayah yang dah ditangkap tu letakkan aje kat dalam rumah azmin ... ganti penjara ...

kalau penjenayah penjenayah ni tak disimpan atau dilokap nanti ...
dia masuk pulak rumah anuar ...rumah tony pua ..rumah karpal ...
lagi laaa menyusahkan dorang .. bila umah dah masuk pencuri ...
belum lagi kes kes pelacuran.. rogol... mencuri ...amuk orang...ketuk kepala orang ...pengemis tidur kat jalan ...

jadi ..???!!
apa lagi pak polis ...???

tumpang aje kat rumah azmin ...
selesai masalah .....