Saturday, December 10, 2011

Dapatkan Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) Di Sini... #BR1M





4Shared

BR1M Muka 1
BR1M Muka 2


Kerajaan yakin peruntukan RM2.6 bilion untuk 5.2 juta ketua isi rumah yang layak memohon program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah mencukupi, sekiranya jumlah pemohon yang layak melebihi jumlah 5.2 juta, kerajaan sedia menambah peruntukan bagi memastikan kebajikan rakyat dijaga.

Jumlah isi rumah yang layak itu diperolehi daripada pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan permohonan akan dirujuk semula antaranya melalui semakan pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

Kerja memproses (permohonan) akan dibuat secepat mungkin secara dalam talian kerana mahukan sasaran awal mengagihkan bantuan ini dibuat pertengahan Januari 2012 mengikut jadual.

ND Lala Dikepung Dan Disamun 10 Mat Rempit PKR


Penyanyi dan pelakon veteran ND Lala, ayah kepada Shila Amzah telah dikepung dan di samun oleh sepuluh ekor mat rempit pada jam 3.40 pagi di Jalan Genting Klang, semalam.

ND Lala telah singgah di stesen minyak di jalan tersebut untuk ke tandas, walaubagaimanapun dia kembali ke kenderaannya untuk membuka telefon pintar untuk membaca SMS di mana di situ dia digegarkan oleh sekumpulan mat rempit dengan bunyi bising deruman enjin motosikal.

Mat rempit tersebut telah mengelilingi ND Lala sebelum memecahkan cermin kenderaan dan mengarahkannya menyerahkan barangan berharga. ND Lala mengalami kerugian kira-kira RM4 ribu termasuk IPhone 4 dan kunci keretanya - Media Malaya

Menurut sumber lain, Mat Rempit tersebut terdiri daripada budak PKR Haram jadah!

Zombie Flashmob Serang KLCC



Zombie flashmob berdegil menyerang KLCC walau ditegah oleh pengurusan gedung membeli-belah itu.

Perhimpunan hari ini merupakan susulan satu perhimpunan sama, dua minggu lalu, kononnya untuk membantah rang undang-undang kontroversi yang kini menunggu kelulusan Dewan Negara.

Kumpulan Zombie tersebut membuat kecoh selama kira-kira 25 minit di ruang utama di dalam kompleks berkenaan.

Pelik, puak-puak ni kenapa tak makan saman?

Permis Hiburan 10 Kali Di Serbu Masih Lagi Beroperasi... Ada Kabel Besar Ka?



Kalau nak buka pusat maksiat pergi lah ke Pulau Pinang... 10 kali diserbu pun masih boleh terus beroperasi lagi!

Kenapa bila perkara seperti ini berlaku di negeri pakatan haram, ramai yang tutup mulut? Mana Nurul Izzah? kenapa tak nak kecoh-kecohkan isu ini? Double standard lah you.. Izzah!

GEORGE TOWN: Sebuah pusat hiburan di sini yang diserbu lebih 10 kali kerana mengupah wanita warga asing sebagai pelayan pelanggan (GRO), didapati terus mengulangi kesalahan itu malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng, berkata dalam operasi pada pukul 10.30 malam itu, 17 wanita warga China berusia antara 20an dan 30-an diberkas sepasukan anggota Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

"Beberapa orang daripada mereka cuba meloloskan diri dan bersembunyi dalam bilik tetapi usaha mereka gagal kerana pusat hiburan itu sudah dikepung," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Polis turut menahan seorang lelaki yang dipercayai penjaga premis itu.

Gan berkata serbuan itu dilakukan selepas pemantauan mendapati pusat hiburan itu masih menyediakan khidmat GRO warga asing.

Katanya operasi berkenaan juga bertujuan membanteras kegiatan maksiat dan penyalahgunaan dadah di pusat hiburan.

"Siasatan lanjut akan dilakukan untuk mengenal pasti pihak yang terbabit dalam kegiatan membekalkan warga asing ke pusat hiburan itu selain mengesan pemilik premis itu," kata Gan.

Katanya pemantauan dan pemeriksaan akan diteruskan bagi memastikan kegiatan mengupah wanita warga asing untuk bekerja sebagai GRO dapat dibendung. - Bernama

Guan Eng Mengaku Kenyataan Nurul Izzah Salah!

Guan Eng intai bulan PAS tak nampak-nampak

Meskipun pembangkang khususnya DAP hebat mempertikaikan keupayaan kapal selam negara, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akhirnya mengakui aset tersebut amat diperlukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertahankan kedaulatan tanah air.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengakui perkara tersebut selepas merasai sendiri pengalaman menaiki kapal selam KD Tun Razak lebih sejam atas jemputan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Guan Eng pada sidang akhbar selepas itu berkata, kapal selam TLDM boleh menyelam dan kenyataan beliau itu bercanggah dengan dakwaan pembangkang di Dewan Rakyat sebelum ini.

"Sudah tentu kerana ia kapal selam, kita menyelam sehingga paras 30 meter, tentulah kalau cakap dari segi kapal selam, ia boleh selam.

"Tentang perkara lain kita boleh cakap panjang lebar, esok pun tidak habis. Kita juga mempunyai perbezaan pendapat seperti mengenai harga sama ada ia berbaloi atau tidak," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di sini hari ini.

Turut sama menaiki kapal selam itu ialah dua Timbalan Guan Eng iaitu Prof. Dr. P. Ramasamy serta Datuk Dr. Mansor Othman.

Parti-parti pembangkang terutama DAP begitu hebat mengkritik pembelian kapal selam negara terutama berhubung kos pembelian sebanyak RM3.68 bilion.

Malah Guan Eng sebelum ini berkeras meminta agar kerajaan menukar kapal selam itu dengan sebuah lagi yang baru atas alasan masalah teknikal yang dihadapi.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam temu bual bersama akhbar Kompas di Indonesia pada 4 Ogos lalu mendakwa KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam selain mengatakan aset canggih itu sebagai usang dan terpakai.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, pengorbanan krew kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak patut dipersoalkan oleh mana-mana pihak dan seharusnya dihargai serta disokong semua rakyat.

"Dari segi kapal selam, ia sesuatu yang kita rasa perlu dan sumbangan daripada wira-wira kita perlu disokong semua rakyat," katanya.

Ketibaan ketiga-tiga pemimpin pembangkang menaiki helikopter TLDM, Super Lynx dan Fennec disambut oleh Zahid dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Bagaimanapun, Guan Eng tetap angkuh apabila enggan mengulas walaupun berkali-kali diminta pihak media untuk menyatakan tentang fakta keupayaan kapal selam tersebut.

Persetujuan mengenai perolehan dua kapal selam iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak ditandatangani antara Malaysia dan Perancis pada 2002 dengan harga RM2.5 bilion termasuk pakej pemindahan teknologi dan beberapa penganalisis pertahanan sebelum ini menyifatkan proses dan harga itu adalah adil serta berbaloi. -Utusan