Wednesday, December 14, 2011

Ketua Cabang PKR Umum Keluar Parti


Ketua PKR Cabang Bukit Gelugor Lim Boo Chang telah meletakkan semua jawatannya dari parti itu dan kembali menyertai Gerakan yang pernah dianggotainya selama 15 tahun, iaitu daripada 1984 hingga 1999.

Surat perletakan jawatan dan keluar partinya itu diserahkan kepada presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, beliau pada mulanya tertarik dengan agenda pembaharuan PKR tetapi selepas tiga tahun, beliau mula hilang keyakinan kerana parti berkenaan gagal menunaikan janji-janjinya.

"Konflik antara anggota berterusan, jadi dengan hati yang berat, saya letak jawatan,” katanya.

Beliau juga mengumumkan pengundurannya sebagai ahli majlis perbandaran Pulau Pinang, jawatan yang dilantik oleh PKR.

Selepas ini dijangkakan akan ramai lagi Ketua cabang keluar dari parti PKR... Anwar is Dead!

Chegu Bard Mungkin Terminum Air Kencing AnuWar... Jadi Bodoh Seumur Hidup !


Chegu Bard kaki kelentong masih cuba membuktikan dirinya adalah aset kepada PKR. Terbaru, Chegu Bard menubuhkan sebuah gerakan yang dipanggil Asal Bukan UMNO (ABU). Tujuan penubuhan gerakan ini tidak lain dan tidak bukan semata-mata untuk menjatuh dan memburukkan UMNO.

Jika dikaji kembali, agak banyak juga pertubuhan yang disertai oleh Chegu Bard untuk menjatuhkan UMNO. Antara yang paling popular ialah SAMM. Tetapi sayangnya kerana setiap pertubuhan tersebut masih tidak mencapai apa-apa kejayaan melainkan hanya ahlinya seperti Chegu Bard yang seronok sendiri.

Perlu diingatkan bahawa Chegu Bard semakin terdesak untuk membuktikan kehebatan dirinya kepada Anwar Ibrahim. Selepas ditolak mentah-mentah semasa pemilihan Ketua AMK yang lalu, Chegu Bard dilihat meroyan-royan seperti orang mabuk air ketum untuk mencari mangsa untuk difitnah.

Seharusnya Chegu Bard lebih sedar bahawa dirinya hanya “nobody” di dalam PKR yang semakin lama semakin rebah. Sampai bila agaknya Chegu Bard perlu sedar dengan situasi dirinya itu? Kesian juga apabila kita melihat orang seperti ini yang cuba untuk melakukan apa sahaja untuk membuktikan dirinya berguna. Tapi apakan daya, Chegu Bard telah membuktikan kebodohan dirinya kepada umum dengan menyertai PKR atau dengan kata lain pencacai Anwar Ibrahim. -N9kini

Berita terdahulu: ABU Bukti Pakatan Haram Takut UMNO !

Liwat II: Anwar Hanya Buat Penafian Kosong


Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk ke fasa menarik Selasa bila Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden mengulung hujah pihak pendakwa.

Beliau langsung tidak berundur setapak pun sekalipun pasukan peguam Ketua Umum PKR itu cuba macam-macam untuk pertikai kredibiliti saksi termasuk Saiful Bukhari Azlan.

Yusof nampak steady saja, beliau menyifatkan keterangan Anwar dari kandang tertuduh bahawa beliau tidak mempunyai hubungan seksual dengan Saiful hanya satu penafian kosong sementara kritikan.

Malah katanya komennya terhadap pengadu dan saksi-saksi pendakwaan lain ibarat satu pengakuan.

Yusof ketika membentangkan hujah di depan hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berkata, keengganan Anwar menceritakan versinya sendiri mengenai kejadian yang didakwa berlaku serta tindakannya tidak mempertikaikan kehadirannya di tempat kejadian juga merupakan satu bukti.

“Tertuduh tidak langsung menafikan dia berada di tempat kejadian dan juga keretanya dilihat memasuki dan meninggalkan kondominium. Tertuduh juga tidak mempertikaikan dia dilihat memasuki lif di tingkat 5 kondominium tersebut dan meninggalkannya selepas kejadian.

“Tertuduh juga tidak mempertikaikan bahawa dia telah mengarahkan Ketua Stafnya untuk mengaturkan supaya satu dokumen dihantar kepadanya di kondominium tersebut dan Ketua Staf itu telah mengarahkan pengadu untuk menyampaikan dokumen itu kepada tertuduh.

“Tambahan lagi, tertuduh tidak mempertikaikan hakikat bahawa pengadu telah menyerahkan dokumen berkenaan kepadanya di tempat kejadian.

“Maka kegagalan tertuduh mempertikaikan atau menafikan bukti-bukti berkenaan membawa maksud kepada satu pengakuan terhadap fakta-fakta dibentangkan sebagai bukti terhadapnya,” kata Yusof

Menurut Yusof, Anwar juga tidak pernah berusaha untuk menjelaskan bagaimana air maninya ditemui dalam dubur pengadu. Katanya, penemuan konklusif mengenai air mani itu tidak didebatkan atau dipertikaikan oleh tertuduh.

“Dalam keterangan dari kandang salah, tertuduh juga tidak pernah mengatakan insiden liwat tidak mungkin berlaku kerana kesakitan fizikal yang dialaminya.

“Keputusan tertuduh memberi keterangan dari kandang orang salah ibarat dia berdiam diri apabila dipanggil untuk membela diri, kerana tidak ada bahan atau bukti dibentangkan untuk dipertimbangkan oleh mahkamah. Maka, dengan ini tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan terhadap dakwaan ini,” tambahnya.

Mengenai tuduhan peguambela tuduhan kes liwat ke atas Anwar adalah konspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib untuk memusnahkan kariernya adalah tidak berasas.

“Isu konspirasi ini telah dihakis sendiri dalam affidavit tertuduh ketika membalas permohonan Perdana Menteri mengetepikan sapina terhadapnya. Dalam affidavitnya sendiri, tertuduh menegaskan bahawa dia tidak menuduh Perdana Menteri terbabit dalam sebarang konspirasi terhadapnya.

Yusof juga memulangkan paku buah keras terhadap pakar ortopedik, Dr Thomas Hoogland.

Menurut Yusof, Dr Hoogland menjalankan pemeriksaan ke atas tertuduh pada 5 September 2004 dan mengesahkan tertuduh mengalami slip-disc. Selepas itu pembedahan dilakukan keesokannya.

“Selepas tertuduh keluar daripada hospital, Dr Hoogland memeriksanya sekali lagi pada Februari 2005 dan mengesahkan kesihatan tertuduh jauh lebih baik dibandingkan sebelum pembedahan malah berupaya membongkok.

“Dr Hoogland tidak menemui tertuduh selama enam tahun selepas 2005 sehinggalah pada 8 September 2008, iaitu sebulan sebelum dia memberi keterangan di mahkamah. Adalah tidak logik apabila Dr Hoogland berkata, kondisi tertuduh semakin teruk selepas pembedahan 2004.

“Rakaman CCTV jelas menunjukkan tertuduh berupaya membongkok tanpa menunjukkan sebarang rasa sakit pada hari kejadian liwat didakwa berlaku.

Yusof berkata tuduhan Dr David Lawrence Wells dan Dr Mc Brian McDonald bahawa terdapat kemungkinan DNA tertuduh sengaja diletakkan oleh Pegawai Penyiasat (IO) di sampel adalah tidak berasas

“DNA tertuduh didapati daripada sperma sel. Di mana dalam dunia ini seorang Pegawai Penyiasat nak dapatkan air mani atau sel sperma tertuduh?,” katanya.

Mengenai tindakan pendakwa mempertikaikan kewibawaan pakar forensik, Yusof berkata Dr Seah mempunyai Phd dalam forensik DNA dan selain mempunyai pengalaman luas, dia dan ahli kimia, Nor Aidora menjalani ujian kecekapan dua kali setahun.

“Dr Seah dan Nor Aidora diuji kecekapan pada tahun mereka melakukan ujian dan analisis. Malah mereka lebih cekap dibandingkan dengan McDonald yang kali terkahir mengambil ujian pada 2004.”

Hakim menetapkan Khamis ini untuk pihak peguambela membuat hujah balas.

– Agendadaily

Nurul Izzah Mimpi Basah... Ajak DS Najib Bertanding Lawan Dia !

China doll kata suluh lah muka kamu di cermin dulu Izzah...

Wah... garang anak papa.. cabar Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak supaya bertanding dalam PRU13 diluar dari parlimen Pekan yang mana komposisinya adalah 93% kaum melayu.

Aku tak terkejut dengan cabar Izzah ni... sebab pada aku... Izzah dah tahu papanya akan check in di Hotel Sg Buluh tak lama lagi... so dia perlu buat persiapan dari awal...


Langkah awal yang tergopoh gapah... Izzah mencabar PM untuk bertanding dengannya... Jelas kita lihat disini.. Izzah menaruh harapan yang tinggi rupanya...

Kononnya jika dia dapat mengalahkan Dato' Seri Najib, kelak dia dapat membebaskan papanya...

Ni dah kira salah guna kuasa! berpolitik semata-mata untuk papa bukan untuk berkhidmat kepada rakyat?

Apa-apa pun selesaikan dulu masalah rakyat di Kawasan Lembah Pantai sebelum nak cabar Dato' Seri Najib bertanding di PRU ke 13!

Bukan apa... Izzah sebenarnya tidak setanding dengan Dato' Seri Najib... malahan dengan Ketua Puteri Umno pun dia belum tentu boleh menang...

Matang lah sikit dalam politik ni Izzah... jangan nak main langgar saja... ukur kemampuan diri tu dulu... kalau terus terikut sifat dendam, marah dan terburu-buru dalam berpolitik ni... silap haribulan Izzah akan berkubur awal dari arena dunia politik ni... so... simpan aje lah hasrat untuk bertanding lawan dengan PM...

Tok sah la Izzah nak bermimpi basah disiang hari... buruk sangat rupanya...

Tuesday, December 13, 2011

Banjir di KL... Tiada Buaya Yang Timbul...


BANJIR... Hujan lebat yang melanda beberapa lokasi di Lembah Klang, petang Selasa menyebabkan keadaan dinaiki air sehingga berlakunya kesesakan lalu lintas yang teruk di Jalan Tun Razak.


Walaupun Banjir kilat, demi tugas pihak polis sentiasa berhidmat mengawal kesesakan lalulintas.


Kesesakan di Jalan Tun Razak selepas berlaku banjir kilat...


Ini pula gambar banjir di Kajang minggu lepas... seekor buaya berenang renang di pekan Kajang... Itu buaya puaka Khalid Ibrahim... yang terlepas... macammana agak-agak Khalid dah dapat tangkap ke belom?

Kontroversi Perkahwinan Bekas KPN... Serah Polis, SKMM Siasat Blogger Penyebar Fitnah!


Bekas inspektor Ketua Polis Musa Hassan telah membuat laporan polis terhadap penulis blog yang mendakwa bahawa dia telah berkahwin dengan seorang penyanyi dalam perkahwinan mewah.

Laporan itu telah dibuat pada Jumaat lepas di Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya untuk memudahkan tindakan undang-undang pada masa akan datang.

"Terpulanglah kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat perkara itu.

"Apabila polis dan SKMM telah menamatkan siasatan mereka, saya akan memutuskan sama ada untuk memulakan prosiding undang-undang," beliau dipetik sebagai berkata.

Sebuah laman blog politik pro-pembangkang menimbulkan spekulasi liar dengan mengucapkan ‘Selamat Pengantin Baru’ kepada bekas Ketua Polis Negara itu dengan merujuk kepada gambar perkahwinan Syella di mana gambar pengantin lelaki telah dikaburkan.

Bloggers tersebut menyebarkan gambar perkahwinan yang mendakwa kepada Musa dan penyanyi Syella Kamaruddin, dalam satu majlis mereka yang dikatakan kos sehingga RM15 juta.

Musa telah menafikan dakwaan perkahwinan dan juga pernah mengetahui penyanyi.

"Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan dan untuk pengetahuan umum, saya hanya mempunyai seorang isteri, Juriah Ahmad, "beliau berkata.

URTV majalah telah dipetik Syella sebagai mengesahkan bahawa perkahwinannya berlangsung di Kuala Lumpur dari 11 hingga 13 Nov.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti suaminya, tetapi menafikan bahawa orang yang dikatakan berada di dalam gambar blog adalah suaminya.

Kes Liwat Anwar Ibrahim: Akhirnya Kebenaran, Keadilan Menjelma!


Dalam Mahkamah Tinggi pada Isnin Peguam Utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh merumuskan kejadian seks luar tabie di antara anak guamnya (Anwar Ibrahim) dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, antara jam 3.01 – 4.30 petang di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara BERLAKU atas dasar suka sama suka. Suka sama suka atau cara terpaksa, ianya tetap LIWAT.

Nampaknya solat hajat puak-puak PAS dah menjelmakan kebenaran. Apa lagi yang ditunggu. Nak sokong Peliwat lagi ke? Kepada penyokong PR... Insaflah dan masih belum terliwat untuk pulang ke pangkal jalan.....

Takbir!

Liwat II: Anwar Gagal Pertikai Keterangan Saiful


Anwar Ibrahim telah gagal untuk mempertikai keterangan pengadu dalam kes liwat dihadapinya sekarang dan oleh itu, penafian Ketua Umum Pakatan Rakyat itu sahaja tidak memadai, kata pendakwa raya hari ini.

Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berhujah bahawa keterangan Anwar dari kandang tertuduh telah gagal mematahkan testimoni Mohd Saiful Bukhari Azlan dan pengadu itu memang telah pergi ke kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

“Penghujahan kami, ia hanya satu pembohongan. Apabila anda gagal untuk mempertikaikan fakta keterangan PW1, (ia) bersamaan dengan pengakuan,” kata Yusof ketika hujah penggulungan beliau hari ini.

Ketua pasukan pendakwa ini berkata keterangan Anwar (gambar) tidak mencabar validiti rakaman CCTV di kondominium Desa Damansara, yang menunjukkan kehadiran beliau pada 26 Jun.

“Penafian seperti ini tidak menafikan kesemua kandungan keterangan PW1, bahawa Anwar telah meminta Saiful (yang juga saksi utama kes) pergi ke unit kondominium... tidak mempertikaikan bahawa ketua staf telah menghantar Saiful untuk menghantar kepada beliau (Anwar) satu dokumen,” kata Yusof.

Liwat II: Pendakwaraya Mempersoal Keengganan Anwar Disoalbalas


Peguamcara II Datuk Yusof Zainal Abidin bakal mempersoalkan keenggan Anwar disoalbalas serta menjelaskan bagaimana DNA Lelaki Y boleh berada dalam dubur Saiful.

Atas sebab itu, pihaknya memohon mahkamah menimbang keenggannya itu, seolah-olah Anwar takut dan menyembunyi sesuatu berhubung kejadian liwat terhadap mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ini juga dijangka menjadi penampilan terakhir untuk pendakwaan Yusof Zainal Abidin sebagai Peguamcara Negara II.

Permohonan ketiga beliau untuk bersara secara pilihan sejak 2009 telah diterima dan beliau akan bersara pada 1 Jan atau Feb 1, 2012 tanpa mengira keputusan perbicaraan.

Pihak pendakwaan juga mempersoal, kenapa pihak Anwar tidak menjelaskan, bagaimana DNA Lelaki Y boleh berada dalam dubur mangsa, ini yang tidak ditepis oleh barisan peguam Anwar semalam.

Peguamcara II juga menolak bahawa DS Najib melakukan konspirasi, kerana menurut peguam itu, Najib tidak mempunyai bidangkuasa mempengaruhi Anwar supaya melakukan liwat terhadap mangsa.

Anwar sedang berhadapan dengan perbuatan liwat terhadap Saiful yang dilakukan kali terakhir pada 26 Jun, 2008, di sebuah Kondominum di Jalan Setiakasih, Bukit Damnasara, antara pukul 3.01 hingga 4.30 petang hari yang sama.

Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebatan.

Perlu Bantuan Seorang Bapa Dalam Kesusahan.. Anaknya Pelajar Perubatan Hilang di Dublin


Membaca berita dari Utusan hari ini... Aku amat simpati dengan apa yang berlaku kepada keluarga En Rosli Haron... dan juga berharap ada pihak yang prihatin dapat membantu keluarga ini bagi menyelesaikan masalah mereka...

Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.

Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).

"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja.

"Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.

Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.

"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas.

"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya.

Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.

"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.

Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.