Sunday, December 18, 2011

Pemuda UMNO Kecam Insiden Penurunan Bendera Gambar Presiden UMNO


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadap dan melampau oleh peserta demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) petang semalam yang telah menurunkan bendera yang memamparkan gambar Presiden UMNO, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, dan menggantikannya dengan bendera himpunan mereka.

Tindakan sedemikian memaparkan bahawa kumpulan ini langsung tidak matang dan bertanggung jawab malahan mencabul etika dan adab ketika mengunjungi mana-mana tempat.

Bagi Pemuda UMNO, kami konsisten dalam memperjuangkan hak dan kebebasan mahasiswa dengan seruan agar pindaan dilakukan ke atas AUKU bagi memberikan peluang dan pengiktirafan kepada mahasiswa untuk melibatkan diri di dalam politik. Namun dalam kita merai serta menyamarakkan semangat keterbukaan dan penyertaan ini, jangan pula ada yang mencemar mahupun memperlekehkannya dengan perlakuan yang tidak mencerminkan tindakan dan pertimbangan yang matang.

Bahkan, perlakuan sedemikan tidak sepatutnya ditonjolkan oleh golongan mahasiswa yang mahukan peranan dan suara mereka sebagai golongan cendiakawan diiktiraf dan diwakili dalam masyarakat.

Pemuda UMNO menyeru agar mahasiswa tampil dengan perjuangan yang rasional dan beradab jika ingin bergiat di dalam politik. Perjuangan ini hendaklah berpaksikan kepada kebijaksanaan, peniliaian yang rasional serta kematangan terutama sekali dalam menghormati perbezaan pendapat. Janganlah kita begitu mudah terjebak dengan ledakan emosi mahupun terpaut dengan aksi yang tidak mencerminkan ketajaman pemikiran dan idealisme orang muda di kalangan mahasiswa.

Pemuda UMNO menggesa agar siasatan dilakukan ke ataskejadian tersebut dan pada masa yang sama mendesak agar pihak penganjur, yang terdiri daripada Solidariti Mahasiwa Malaysia dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik, memohon maaf kepada Presiden UMNO dan UMNO keseluruhannya.

Sumber: www.rembau.net.my

Unik Gua Menyerupai Tengkorak



Beranikah anda memasuki gua mirip tengkorak manusia? Gua di kuari Hodge Close ini dikatakan gua ngeri di Britain.

Sinonim dengan rupa dan bentuknya, gua di tasik kuari terbengkalai berhampiran Coniston, Cumbria, juga dipercayai berbahaya kerana telah menelan nyawa beberapa penyelam.

Kolam tersebut mencapai kedalaman 25 meter dan mempunyai terowong sepanjang dua meter persegi. Tempat yang popular di kalangan penyelam itu difahamkan menelan sekurang-kurangnya tiga nyawa sehingga tahun lalu.

Jurugambar, Peter Bardsley memberitahu, mangsa-mangsa yang terbunuh di situ menemui ajal di dalam terowong yang dipenuhi air selain menyebabkan mereka terjgelincir ke bawah.

"Saya hanya sedar rekfleksi imej tengkorak ini sewaktu menghasilkan gambar selepas pulang dari menyelam," kata Bardsley.

Anwar Dicabar Bersumpah!


Berani kerana benar! takut kerana salah! inilah masanya untuk Anwar bersihkan namanya!! jadi tunggu apa lagi?

Tun Dr. Mahathir Mohamad mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa.

Dr. Mahathir berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.

"Saya minta dia (Anwar) tunjukkan surat itu kalau ada. Saya yang menolak semasa wakil Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) datang nak tawarkan bantuan dana.

"Saya nak suruh dia bersumpah menjunjung al-Quran bersama saya jika benar saya menulis surat itu," katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop memberitahu, beliau ada bersama Dr. Mahathir ketika wakil IMF tersebut datang menemui mereka.

"Tun (Dr. Mahathir) menghalau mereka keluar dari pejabatnya," katanya yang ketika itu merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara.

Laman portal propembangkang semalam melaporkan, kelmarin ketika berucap pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang turut dihadiri wakil kedutaan asing, Anwar mendakwa Dr. Mahathir ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Anwar berkata, pada tahun 1993, beliau juga pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai menteri kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan.

Katanya, walaupun beliau mempengerusikan jawatankuasa pembangunan IMF dan Bank Dunia, beliau berpendapat Malaysia tidak memerlukan dana itu.

Bagaimanapun, dakwanya lagi, pada 1999, Mahathir menulis kembali kepada Presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman.