Sunday, December 18, 2011

Pemuda UMNO Kecam Insiden Penurunan Bendera Gambar Presiden UMNO


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadap dan melampau oleh peserta demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) petang semalam yang telah menurunkan bendera yang memamparkan gambar Presiden UMNO, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, dan menggantikannya dengan bendera himpunan mereka.

Tindakan sedemikian memaparkan bahawa kumpulan ini langsung tidak matang dan bertanggung jawab malahan mencabul etika dan adab ketika mengunjungi mana-mana tempat.

Bagi Pemuda UMNO, kami konsisten dalam memperjuangkan hak dan kebebasan mahasiswa dengan seruan agar pindaan dilakukan ke atas AUKU bagi memberikan peluang dan pengiktirafan kepada mahasiswa untuk melibatkan diri di dalam politik. Namun dalam kita merai serta menyamarakkan semangat keterbukaan dan penyertaan ini, jangan pula ada yang mencemar mahupun memperlekehkannya dengan perlakuan yang tidak mencerminkan tindakan dan pertimbangan yang matang.

Bahkan, perlakuan sedemikan tidak sepatutnya ditonjolkan oleh golongan mahasiswa yang mahukan peranan dan suara mereka sebagai golongan cendiakawan diiktiraf dan diwakili dalam masyarakat.

Pemuda UMNO menyeru agar mahasiswa tampil dengan perjuangan yang rasional dan beradab jika ingin bergiat di dalam politik. Perjuangan ini hendaklah berpaksikan kepada kebijaksanaan, peniliaian yang rasional serta kematangan terutama sekali dalam menghormati perbezaan pendapat. Janganlah kita begitu mudah terjebak dengan ledakan emosi mahupun terpaut dengan aksi yang tidak mencerminkan ketajaman pemikiran dan idealisme orang muda di kalangan mahasiswa.

Pemuda UMNO menggesa agar siasatan dilakukan ke ataskejadian tersebut dan pada masa yang sama mendesak agar pihak penganjur, yang terdiri daripada Solidariti Mahasiwa Malaysia dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik, memohon maaf kepada Presiden UMNO dan UMNO keseluruhannya.

Sumber: www.rembau.net.my

9 comments:

Anonymous said...

Insiden ini menggambarkan APA.?? Fikir sendiri..!! Dulu tak pernah pun berlaku macam ni..waduh..waduh..!!

Anonymous said...

hilang rasa hormat pada orang yg tak reti menghormati orang lain,, nasib mereka baik tak bertembung dgn pemuda UMNO,, Istighfar banyak2

ajal dah dekat beb said...

bila akal di lutut !

Anonymous said...

apa tunggu lagi pemuda umno,cari budak tu sampai dapat,kita turun dan bakar bendera depa pulak,jangan jadi penakut.

Anonymous said...

yang tu boleh dikatakam mahasiswa bangsat. otak letak bawah tapak kaki. ini ke bakal guru. memalukan upsi ke. nak mengajar org tapi akal fikiran mcm lembu.

Anonymous said...

Kemana perginya pengawal keselamatan UPSI?...takkan biarkan perkara ini berlaku depan mata..mana penyarah UPSI?...macam merestui jeee...jawab..jawab

Anonymous said...

hoi adam adli... jgn berlagak hero lg... sedar skit diri lu...idup pun k,jaan tggung... jgn jd tanggang moden...kau mmng bdk bangsat yang tak pernah syukur nikmat...

Anonymous said...

Sedih dimedia-media baru,Adam adli diangkat sebagai Wira walaupun jelas tindakan ini sangat kurang ajar serta biadap

Anonymous said...

kalau aku jumpa org yg turunkan bendera ni, aku pijak2 sampai mati. aku rela berkorban demi umno tercinta!!!