Saturday, December 24, 2011

Zahid Hamidi - Jika Hasan Ali Merajuk Dengan PAS... Pintu UMNO Setiasa Terbuka


Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid hari ini berkata, pintu UMNO sentiasa terbuka untuk mana-mana pihak yang merajuk dengan parti mereka.. terutamanya Datuk Dr Hasan Ali, beliau melihat krisis dalaman Hasan Ali dengan PAS semakin serius...

Katanya lagi UMNO terbuka menerima sasiapa saja yang mahu menyertai parti UMNO.

Dalam nada seloroh beliau berkata jika Haji Awang Hadi juga boleh sertai UMNO.


Perbalahan terbuka antara bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan beberapa pemimpin kanan parti itu bermula dari berita pengguguran Hasan sebagai calon Pas.

Ada dakwaan yang mengatakan ADUN Gombak Setia itu menjadi duri dalam daging bagi Pas Selangor dan pakatan pembangkang terutama DAP.

Ia berikutan beberapa tindakan Hasan yang mengundang kritikan terbuka pemimpin Pas Selangor seperti Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad terutama berkaitan dengan tugasnya sebagai exco menjaga hal ehwal agama.

Hasan juga kurang disenangi kepimpinan Pas negeri dan rakan sekutu mereka sama ada DAP atau Parti Keadilan Rakyat berikutan sokongannya terhadap usaha menubuhkan kerajaan perpaduan dengan UMNO. Kesan daripada sokongan itu pada Muktamar Tahunan Pas 2011, Jun lalu beliau digugur sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Kantoi : Hasan Ali Kata Mustafa Bohong !


Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata, bukan beliau tetapi mendakwa setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno.

Exco kerajaan Selangor itu berkata, setakat yang diketahuinya, terdapat pertemuan berulangkali antara Mustafa dengan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno, termasuk permintaan peribadi Mustafa untuk bertemu dengan seorang tokoh kanan Umno kanan.

Bercakap dalam sidang akhbar di kediamannya hari ini, Hasan berkata, sehingga ini Mustafa gagal berjumpa tokoh Umno tersebut.

Dr Hasan menjawab dakwaan Mustafa bahawa beliau dan bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa telah mengadakan pertemuan dengan ahli Umno dan tiga yang lain di Hotek Le Meridian pada bulan Ramadan lalu.

Mengulas lanjut, beliau menafikan sekeras-kerasnya pertemuan dengan ahli-ahli Umno itu, sama ada di peringkat rendah, pertengahan atau tinggi.

Dr Hasan, bagaimanapun yang tidak mempertikaikan adanya pertemuan tersebut, tetapi menegaskan ia tidak ada kena mengena dengan Umno atau PAS.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaannya itu tetapi mengalu-alukan siasatan dijalankan terhadapnya.

Katanya, beliau tidak akan mengulas lanjut mengenainya, sama sepertimana Mustafa yang juga tidak mendedahkan butiran dakwaan pertemuannya (Dr Hasan) dengan pihak Umno.

Dr Hasan yang juga pengerusi hal ehwal agama Islam, adat-adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam Selangor, juga ingin mendapat penjelasan Mustafa, sejak bila pejabat setiausaha agung menubuhkan unit risikan dan intipan di pejabat agung PAS.

"Saya juga ingin tahu mengenai keperluan tugasan merisik dan mengintip dalam konteks menjaga kesatuan dan perpaduan parti," katanya.

Menjawab satu soalan, Dr Hasan menolak pelawaan presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali untuk menyertai pertubuhan itu, jika beliau benar-benar ingin meneruskan perjuangannya menegakkan agama Islam dan orang Melayu.

"Saya tidak berhajat dan saya hendak menumpukan sepenuhnya kepada mesej yang kami bawa selama ini iaitu (berhubung kepentingan) Islam, bangsa Melayu dan Institusi Raja," katanya. -MK

Sah puak PAS mulut biawak!

Pelajar Tunggu SPM Jadi GRO Petaling Jaya


Semenjak Pakatan Haram memerintah di Selangor, bukan sahaja pusat-pusat urut bertambah, malah pusat-pusat Hiburan dan judi haram juga menjadi permasalahan utama kepada penduduk di Petaling Jaya.

Melihat tiada kawalan daripada kerajaan negeri dan kita amat risau generasi muda, golongan belia akan terpengaruh dengan operasi terbuka pusat-pusat hiburan.

Dulu memang jarang sekali kita dengar kes seperti ini dalam tempoh beberapa tahun sehinggalah pada 2008 apabila Pakatan Rakyat memenangi beberapa buah negeri dengan DAP menguasai sepenuhnya Pulau Pinang, dan membonekakan Melayu di Selangor, industri hiburan yang dijangka sudah terkubur itu, kembali semula.

---
Keseronokan tiga gadis yang baru tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengisi masa lapang menunggu keputusan peperiksaan dengan bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) berakhir apabila mereka bersama 30 GRO lain ditahan di sebuah pusat hiburan di Damansara Perdana di sini tengah malam semalam.

Serbuan mengejut pada pukul 12.30 malam oleh anggota Bahagian Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Bukit Aman itu dilakukan selepas polis menerima maklumat berhubung kewujudan pusat hiburan itu yang menyajikan tarian tiang berunsur seks dan GRO bawah umur.

Ketua Operasi D7 Bukit Aman, Supritendan Amir Rasid Derani berkata, kesemua GRO yang ditahan berusia antara 17 tahun hingga 30-an dan tiga daripada mereka baru tamat peperiksaan SPM.

"Semasa serbuan, sebahagian daripada GRO sedang rancak melayan pelanggan manakala yang lain sedang menunggu untuk dipilih pelanggan yang masuk ke pusat hiburan berkenaan," kata beliau ketika dihubungi semalam.