Saturday, December 24, 2011

Kantoi : Hasan Ali Kata Mustafa Bohong !


Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata, bukan beliau tetapi mendakwa setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno.

Exco kerajaan Selangor itu berkata, setakat yang diketahuinya, terdapat pertemuan berulangkali antara Mustafa dengan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno, termasuk permintaan peribadi Mustafa untuk bertemu dengan seorang tokoh kanan Umno kanan.

Bercakap dalam sidang akhbar di kediamannya hari ini, Hasan berkata, sehingga ini Mustafa gagal berjumpa tokoh Umno tersebut.

Dr Hasan menjawab dakwaan Mustafa bahawa beliau dan bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa telah mengadakan pertemuan dengan ahli Umno dan tiga yang lain di Hotek Le Meridian pada bulan Ramadan lalu.

Mengulas lanjut, beliau menafikan sekeras-kerasnya pertemuan dengan ahli-ahli Umno itu, sama ada di peringkat rendah, pertengahan atau tinggi.

Dr Hasan, bagaimanapun yang tidak mempertikaikan adanya pertemuan tersebut, tetapi menegaskan ia tidak ada kena mengena dengan Umno atau PAS.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaannya itu tetapi mengalu-alukan siasatan dijalankan terhadapnya.

Katanya, beliau tidak akan mengulas lanjut mengenainya, sama sepertimana Mustafa yang juga tidak mendedahkan butiran dakwaan pertemuannya (Dr Hasan) dengan pihak Umno.

Dr Hasan yang juga pengerusi hal ehwal agama Islam, adat-adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam Selangor, juga ingin mendapat penjelasan Mustafa, sejak bila pejabat setiausaha agung menubuhkan unit risikan dan intipan di pejabat agung PAS.

"Saya juga ingin tahu mengenai keperluan tugasan merisik dan mengintip dalam konteks menjaga kesatuan dan perpaduan parti," katanya.

Menjawab satu soalan, Dr Hasan menolak pelawaan presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali untuk menyertai pertubuhan itu, jika beliau benar-benar ingin meneruskan perjuangannya menegakkan agama Islam dan orang Melayu.

"Saya tidak berhajat dan saya hendak menumpukan sepenuhnya kepada mesej yang kami bawa selama ini iaitu (berhubung kepentingan) Islam, bangsa Melayu dan Institusi Raja," katanya. -MK

Sah puak PAS mulut biawak!

No comments: