Tuesday, December 27, 2011

Kor Ming Tergugat... Ancam Mahu Saman Blogger Sekupangduas


Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming akan memfailkan saman terhadap seorang penulis blog kerana memfitnah beliau menyalahgunakan kuasa dalam pemberian kontrak pakaian rasmi ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kepada syarikat milik isterinya pada 2008.

Kor Ming berkata, saman fitnah itu akan difailkan di mahkamah dalam masa terdekat.

''Saya sudah buat keputusan untuk mendakwa penulis blog tersebut kerana memfitnah saya. Saya tidak mahu ulas isu tersebut kerana akan ambil tindakan undang-undang," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan penulis blog, Sekupangduas atau nama sebenarnya, Ahmad Sofian Yahya yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tersebut 21 Disember lalu.


Ini pula respon Sekupangduas, beliau berkata Kor Ming tak perlu buang masa... saman saja besok... beliau akan berada di hadapan pintu pejabat DAP.

Ada berani ka apek tu nak saman Sekupangduas? Jangan ingat blogger pro-umno takut dengan ugutan saman dari pemimpin Pakatan Haram! Pergi jahanam lah...

Dibawah petikan dari blog sekupangduas;

Besok teman akan terpacak jam 10 pagi didepan pintu dap perak yang bertempat di medan istana, bila dia nak bagi saman pada teman, apa yang dia cabar suruh teman lapor sprm, teman dah lapor, la ni pulak dia nak saman kerana pulak! tak usah risau esok teman tunggu didepan pintu, bagi jer terus kat teman...

Apa yang teman buat adalah hak rakyat yang mahu tahu penyelewengan, apakah dengan mahu saman dapat menakut-nakutkan teman? apakah dengan cara ini dapat menghalang teman menbongkar isu ini?

Apakah dia rasa bini dia terganggu dengan pembongkaran ini? terfikirkah bagaimana menteri besar yang di caci sebagai hitam metalik? adakah ini cacian yang tak aibkan mb kita, sekarang sekupang membongkar, ini hak rakyat perlu tahu apa yang sebenar,

So jangan buang karan dalam paper! banyak lagi cerita rakyat yang orang lain nak tau! esok pukul 10pagi teman akan terpacak depan pintu! insyallah jangan tak mai...

---

Berita terdahulu Menurut Ahmad Sofian, 47, laporan itu dibuat bagi menyahut cabaran Kor Ming yang menuduhnya mengada-adakan bahan bukti dalam sebuah artikel yang disiarkan di portal berita propembangkang sebelum ini.

Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupang-duas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit kot ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan.

Dokumen itu mendedahkan Ethan and Elton, syarikat yang mana isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai salah seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.

Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 kot rasmi yang pada asalnya ditawarkan kepada Goodman Tailor pada 3 April 2008 kemudiannya diberikan kepada Ethan and Elton selepas disyorkan oleh kerajaan negeri pada ketika itu.

Bongkar Perbualan Mustafa Ali Berhubung Pertemuan Dengan Pemimpin UMNO !


Berikut merupakan perbualan yang sempat dikongsi wartawan Agendadaily Roslan Bian bersama Setiausaha Agung PAS berhubung isu pertemuan Mustafa dengan Pemimpin UMNO untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menghubungi saya selepas dua jam Datuk Dr Hasan Ali adakan sidang media di rumahnya di Kuala Lumpur jam 11 pagi, Sabtu lalu.

Mustafa atau Cikgu Pa bertanya, Datuk Hasan ada buat PC ke, apa dia cerita?

Saya ketawa sambil beritahu Cikgu Pa,“Itulah Datuk, saya dah cakap hari itu, Datuk tuduh Datuk Hasan jumpa orang kat Le Meridian Hotel, sekarang Datuk Hasan pula cakap Datuk yang beria-ia nak jumpa orang UMNO,”.

Saya dengar suara Cikgu Pa ketawa.

“Sekarang, Datuk Hasan pulang paku buah keras pada Datuk, Datuk nak jawab lagi ke, kata tak nak panjang-panjangkan lagi,” pancing saya.

Cikgu Pa berselang-seli ketawa kerana ‘terkena’ lagi dengan saya selepas sidang medianya pada Khamis.

“Tak da la Lan, saya tak jawab dah la,” ujar Cikgu Pa.

Jika benar Cikgu Pa sudah tutup mulut fasal dakwaan Dr Hasan, bermakna episod kontroversi bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu dengan PAS Pusat khususnya Cikgu Pa, akan berakhir begitu saja.

Isu yang mengejutkan ahli dan penyokong PAS itu akan jadi ibarat lagu Datuk Siti Nurhaliza..."Biarlah rahsia"

Sama ada benar atau tidak Cikgu Pa memang nak jumpa orang UMNO, kini hanya beliau dan Dr Hasan yang tahu.

Sebenarnya, Cikgu Pa sudah tersilap apabila membangkitkan tuduhan pertemuan Dr Hasan, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dengan tiga orang lain di hotel berkenaan pada bulan puasa lalu.

Ini kerana dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat PAS minggu lalu, Cikgu Pa cakap, dia sedia tutup mulut kalau Dr Hasan juga tutup mulut ekoran isu kononnya ADUN Gombak Setia itu tidak cukup undian untuk dicalonkan bertanding dalam PRU ke 13 nanti.

Dalam sidang media itu, saya bertanya Cikgu Pa kenapa dia bangkitkan dakwaan itu sedangkan hasratnya mahu kontroversi babitkan Dr Hasan dengan PAS dihentikan.

“Ini macam tikus baiki labu,” kata saya.

Menariknya, Cikgu Pa terhenti dan berfikir selepas mendengar hujah saya itu.

Merasakan dirinya ‘terkena’, Cikgu Pa berseloroh dan minta isu pertemuan Dr Hasan yang didedahkannya ditarik balik.

“Saya ikut kata Lan..hari ini dia jadi penasihat saya,” ujar Cikgu Pa seloroh tetapi nampak beliau mula kesal dengan dakwaan yang dibangkitkan itu.

Bagaimanapun, seorang wartawan lain mengeluh dan minta apa didedahkan Cikgu Pa pasal pertemuan itu jangan ditarik balik.

“Saya dah flash,” kata saya menyebabkan Cikgu Pa mula ‘pening’.

Akhirnya beliau serahkan kepada wartawan yang hadir sama ada mahu menyiarkan berita itu atau sebaliknya.

Kesannya, apabila berita itu disiarkan, Dr Hasan pula buka pekung dengan dakwaan bahawa Cikgu Pa yang nak berjumpa pemimpin tertinggi UMNO.

Dan setakat ini, Cikgu Pa terus membisu pasal dakwaan itu.

Barangkali, beliau berfikir apa yang saya kata pada sidang medianya sebelum itu memang betul.

Justeru, terserah pada Cikgu Pa mahu menjelaskan apa didakwa Dr Hasan atau beliau berdiam saja kerana kalau beliau terus menjawab, perangnya dengan Dr Hasan, mungkin lambat selesai.

Namun, perkara yang menarik untuk diteliti berhubung isu ini, apakah kesan penentangan Exco Selangor itu terhadap PAS.

Agendadaily difahamkan, PAS sebenarnya semakin tersepit kerana sudah kehilangan sokongan orang Melayu yang kecewa melihat parti itu bersekongkol dan menurut telunjuk DAP dan PKR.

Sebab itu, Dr Hasan perlu jadi pelakon utama dengan memperjuangkan Islam, Melayu dan Institusi Raja-Raja bagi menarik semula sokongan rakyat terhadap PAS.

Apapun, melihat perbalahan Dr Hasan, Mustafa dan beberapa pemimpin PAS lain dalam isu itu termasuk kecaman Dr Hasan terhadap Harakah, seolah-olah tindak tanduk Dr Hasan sebagai signal penentangan golongan ulama dalam PAS terhadap golongan yang lebih mengutamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gologan profesional ini dikatakan sudah meluat dengan Dr Hasan yang jadi duri dalam daging PAS.

Sedangkan, ada pemimpin ulama PAS bertanya Agendadaily, itu kata mereka tetapi siapa sebenarnya duri dalam daging PAS, Dr Hasan atau geng Anwarinas?

Beliau beri contoh, geng Erdogan@Anwarinas inilah yang banyak komen pasal Dr Hasan.

Mereka yang pandai-pandai cakap Dr Hasan tak cukup pencalonan, tak boleh bertanding sedangkan Majlis Syura dan PAS Pusat belum bersuara.

Pemimpin tadi setuju laporan Agendadaily sebelum ini bahawa golongan ini sudah jadi macam main enjit-enjit semut..siapa sakit naik atas.

“Mereka ini naik atas buat komen itu ini...malah saya dapat tahu mereka juga set kalau boleh Dr Hasan dipecat dari PAS kerana menolak konsep Negara Berkebajikan, tetapi anak Nik Aziz, Nik Abduh pertahan Dr Hasan habis-habisan,” kata pemimpin tadi.

Katanya, terpulang masyarakat memikirkan apa sebenarnya punca kemelut dalam PAS ketika ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan golongan yang enjit-enjit semut ini, mungkin tidak tersenarai lagi pada pilihanraya umum akan datang.

“Tetapi saya tak hairan, kalau PAS tak calonkan, PKR boleh terima mereka,” ujarnya sinis. -Agendadaily

Bosan Dengan Ceramah Chegu Bard... Tak Ada Orang!


Bertambah kuat penyakit Chegu Bard. Lebih kurang sama dengan penyakit Anwar Ibrahim, gila kuasa.

Dalam ceramahnya Chegu Bard dah sibuk berangan angan nak jadi Menteri Besar Negeri Sembilan jika PR berjaya merampas Negeri Sembilan.

Dalam satu program ceramah yang diadakan kemarin di Taman Angsa Mas dengan dihadiri tak lebih dari 120 orang... Chegu Bard dibuai mimpi dengan memberi tahu orang hadirin kononnya dialah yang akan menjadi menteri besar jika PR menang dalam PRU13 nanti.

Ketika Tsunami melanda politik tanah air dan ramai pemimpin PR yang menang dalam pilihanraya umum yang kedua belas itu Chegu Bard kecundang dan tersungkur tewas kepada Khairy Jamaluddin.

Tak malu ke Chegu Bard ini yang suka mencari publisiti murahan menjelang PRU13 ini apabila namanya pasti tidak disenaraikan oleh PKR.

Dalam ceramah Chegu Bard , seperti biasa dan mengulangi perkara yang sama, usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Negeri yang banyak membantu rakyat dan usaha kebajikan yang dibuat oleh kerajaan tidak akan di sebut cuma fitnah fitnah ditabur agar rakyat membenci kerajaan.

Turut hadir dalam ceramah malam tersebut ialah Bob Lokman yang baru merasakan dirinya masuk Islam, Kolonel Bersara Rosli dari DAP, Fauzi Abd Rahman dan Bob Mokhtar.

Seperti biasa pemimpin PKR Negeri Sembilan tidak akan hadir pada program Chegu Bard, Bob Lokman seperti biasa akan bercerita bahawa dia kini seorang Islam bagaikan bertaraf wali dan hidup dalam kerajaan yang tidak Islam.


Jam 9 malam, keadaan tapak ceramah yang masih lengang dan ceramah terpaksa di tangguh seketika.

Bard (bulat merah) kelihatan gelisah menanti kehadiran yang masih tidak ramai. 


Akhirnya, majlis terpaksa juga di mulakan walaupun ketika itu kehadiran tak sampai 30 orang pun

Sumber: N9kini.net