Minggu depan nak exam... Mak bapak hantar korang masuk Universiti untuk belajar, jadi anak-anak yang baik... berkhidmat untuk negara dan kerajaan... yang korang pergi pecahkan kepala korang pesal bro... memang sah korang ni keras kepala! ni semua sebab dah terpengaruh dengan kata-kata manis Anwar Ibrahim...
Kira-kira 20 pelajar ditahan polis dan seorang cedera dalam demontrasi di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.
Polis bersama FRU bertindak menahan ketua demo sehingga timbul kekecohan dengan adengan tolak menolak, pelajar biadap dikatakan bertindak ganas dan pihak polis terpaksa mengambil tindakan yang sewajarnya.
Cermin klinik berhadapan pintu masuk utama ke UPSI pecah. Manakala Adam Adli juga dilaporkan ditahan polis...
Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.
Safwan Anang (menantu Naib Ketua Dewan Muslimah PAS Selangor) meniru taktik Anwar Ibrahim Untuk tunjuk pada rakyat kononnya polis lah yang jahat dan mengasari Safwan sampai berdarah mulut?.
Ingat, ini bukan kali pertama pihak pembangkang mengenakan polis dengan lakonan sebegini. Memang Safwan pandai berlakon, masih ingat cerita Mastura yang tiba-tiba hilang dari kampus? sila rujuk
di sini...
Lakonan yang berlaku pada 9 Julai 2011? Anwar Ibrahim terbaring di katil kerana mendakwa polis mengasarinya di KL Central. Kenapa mereka mahu perangkap pihak polis??? Apa yang terjadi di negara luar apabila polis terperangkap dengan permainan kotor mereka? Fikir-fikirkan...
Jangan terperangkap dengan modus operandi reverse psychology ini...