Wednesday, January 4, 2012

GPMS Kecam Parti Politik Peralat Mahasiswa


Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) hari ini mengecam parti politik yang cuba menggunakan golongan mahasiswa bagi mencetuskan huru hara dalam negara.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, golongan itu juga perlu sedar bahawa terdapat parti politik yang mempergunakan mahasiswa dalam menyampaikan agenda tersembunyi mereka.

"Mahasiswa merupakan bakal pemimpin yang turut akan memimpin anak bangsa, mereka perlu sentiasa berfikiran matang dan lebih bijak menangani sebarang isu yang mampu menjadikan mereka terjebak dalam hal-hal yang boleh menjahanamkan masa depan mereka, contohnya politik,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Katanya, kerajaan sentiasa memberi peluang kepada mahasiswa untuk menyuarakan pendapat dan sebarang ketidakpuasan hati terhadap sebarang isu atau kritikan.

"Tetapi ianya perlu dibuat dalam kaedah yang betul dan bukan dengan cara berhimpun dan menganggu ketenteraman awam,” katanya.

"Penglibatan mahasiswa dalam (dengan) mengadakan rusuhan atau demonstrasi hanya akan menaikkan kemarahan pelbagai pihak, jika diminta secara baik, akan diberi juga dengan baik," katanya.

Beliau berkata cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) amat disokong, tetapi pandangan siswa perlu diberi perhatian selaras konsep langit terbuka yang diamalkan kerajaan.

Jais berkata Najib mempunyai keberanian untuk membuat pembaharuan dan beliau dilihat berusaha mengotakan janji yang telah dibuat sebelum ini.


Ditanya mengenai tindakan pelajar yang dilaporkan menurunkan bendera memaparkan wajah Perdana Menteri di Ibu Pejabat Umno sewaktu demonstrasi pada 17 Dis lalu, Jais berkata pelajar itu seharusnya meminta maaf kepada Perdana Menteri atas sikapnya yang tidak menghormati pemimpin negara.

"Adam Adli yang juga mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris seharusnya sedar beliau merupakan bakal guru yang akan mendidik anak bangsa khususnya anak Melayu.

"Tidak rugi baginya untuk meminta maaf kerana ianya bukan satu masalah besar untuk berbuat demikian, malah rakyat akan menerima kesalahan itu sebagai tidak disengajakan," katanya.

Fight The Smear: Polis Muat Naik Video Tangkis Dakwaan Kekasaran!

Gambar FRU semasa bertugas masa BERSIH 2.0

Polis telah memuat-naikkan empat klip video di internet bagi menangkis dakwaan bahawa mereka mengasari pelajar yang berdemonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim Ahad lalu bagi menuntut kebebasan akademik.

Polis telah memuat-naikkan empat klip video di internet bagi menangkis dakwaan bahawa mereka mengasari pelajar yang berdemonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim Ahad lalu bagi menuntut kebebasan akademik.


Video berkenaan dimuat-naikkan di YouTube oleh pengguna yang menggunakan nama PDRMsia. Durasi setiap video adalah antara satu dan dua minit setengah.



Semua empat klip video ini bermula dengan satu kenyataan berikut: "Kepada semua rakyat Malaysia, adakah anda inginkan bakal pemimpin yang sebegini?

“Kepada para ibu bapa, adakah anda ingin melihat anak-anak anda terlibat dengan kegiatan sebegini?

“Kepada para pelajar, adakah anda ingin memusnahkan masa depan dengan melibatkan diri dalam aktiviti sebegini? "



Rakaman menunjukkan kelakuan sekumpulan pelajar di pintu utama ke UPSI pada malam menjelang Tahun Baru 2012.

Ia juga memamaprkan usaha seorang pegawai polis cuba berunding dengan pemimpin pelajar supaya mereka bersurai dalam masa 15 minit, tetapi diengkari pelajar berkenaan.

Sebaliknya, pelajar dilihat tidak mematuhi arahan itu dan mencemuh polis.


Syabas PDRM!

Air Kotor: Pejabat Nik Aziz Di Serbu!


Tengahari tadi pejabat Nik Aziz di serbu orang ramai yang tidak berpuashati dengan keadaan bekalan air kotor dan tidak mencukupi...

Mereka membawa banner yang menyatakan "Kami desak Kerajaan Kelantan (PAS) Selamatkan rakyat Kelantan daripada penyakit bawaan air".

Sebahagian besar daripada lebih 1.6 juta rakyat Kelantan berisiko terdedah kepada penyakit berbahaya yang boleh membawa maut seperti E-coli sekiranya kerajaan negeri gagal menangani isu bekalan air bersih.

Kerajaan negeri perlu bertindak segera mengatasi isu itu selepas ujian Kementerian Kesihatan mendapati air di negeri itu disahkan tercemar bakteria E-coli.

PAS jangan hanya pandai berceramah saja, malah perlu lebih bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan asas terbaik terutama memastikan tahap kesihatan rakyat sentiasa terjamin melalui penyediaan air bersih.

Credit gambar to AAKJ

Patriot Tidak Akan Turun Pada Perhimpunan Haram 901!


Patriot tidak akan turun menentang perhimpunan Bebaskan Anwar 901 pada 9 Januari ini...

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya tidak akan melibatkan diri dalam perhimpunan itu walaupun ada NGO lain yang turun menentang demonstrasi itu.

“Buat apa kita mahu turun, tiada kena mengena dengan kita,” katanya.


Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno tidak menolak sama sekali demonstrasi dan perhimpunan dilakukan mahasiswa sejak kebelakangan ini ada bersangkut paut dengan individu sama yang menganjurkan kempen Bebaskan Anwar 901.

“Ini semua angkara orang yang sama, siapa lagi kalau bukan dia (Anwar),” katanya.

Beliau turut mengingatkan mahasiswa supaya lebih menumpukan peperiksaan yang bakal mereka hadapi daripada terjebak dalam perhimpunan 9 Januari itu.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali memberitahu walaupun polis melarang mana-mana pihak berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini, Pakatan Rakyat akan tetap menggerakkan penyokongnya hadir memberikan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kes tuduhan liwat.


Manakala Perkasa pula menegaskan pihaknya bersedia untuk berhadapan dengan penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari berkenaan.

Perkasa jangan cakap tak serupa bikin... masa BERSIH 2.0 dulu cakap nak turun tapi bila tiba masanya bayang pun tak nampak...

Mahasiswi Mahu Terus Menetap di Asrama, Walaupun Dipecat...


Kata orang fikir masak-masak dulu sebelum buat keputussan kerana setiap keputusan yang pasti merubah masa depan, jangan pula bila dah kena baru nak menyesal...

Seorang daripada pelajar yang disingkirkan daripada kolej kediaman Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, beliau bernekad untuk terus menetap di asrama berkenaan sehingga notis rasmi diberikan.

Siti Nurul Piteriah Abdul Halim atau dikenali sebagai Yuyu Luna, yang menyertai demonstrasi mahasiswa di luar UPSI di Tanjung Malim pada 1 Jan, telah dimaklumkan untuk mengosongkan asrama kediamnya berkuat kuasa serta-merta, jam 9.30 malam, selepas dia dibebaskan pada sebelah petang hari demonstrasi berkenaan.

Kira bernasib baiklah  Yuyu Luna ni sebab belum terima notis buang Universiti... Kalau lah nasib tak baik  Yuyu Luna di buang dari Universiti... macammana Yuyu Luna nak beri tahu dekat mak bapak dia?

Sayang sekali... kerana menyertai perhimpunan haram Yuyu Luna sanggup lacurkan masa depannya...

Semoga ianya dapat memberi pengajaran kepada Mahasiswa yang lain... Beberapa hari sahaja lagi korang nak final exam... bayangkan jika Yuyu Luna benar-benar di beri notis buang asrama? Di mana dia nak berteduh? Macammana nak study? Takkan nak merempat dekat rumah orang lain pulak...?

Lain kali berfikir guna kepala otak bukan kepala lutut...

Pakatan Rakyat Bakal Berkubur Setelah Ketiadaan Anwar Ibrahim....


Pakatan Rakyat tidak gentar sekalipun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dihumban ke penjara apabila penghakiman kes perbicaraan liwat II disampaikanpada 9 Januari ini.

BJ: Kalau tak gentar.... mengapa mesti ada kempen bebaskan Anwar 901??? Kenapa perlu kerahkan 100000 penyokong turun ke makamah pada 9 Jan? kenapa harus perkudakan mahasiswa untuk selamatkan Anwar? Kenapa mesti robohkan tembok penjara? 

Sedangkan peluang untuk Anwar bersihkan namanya sudah di beri berkali-kali tapi kenapa takut nak bersumpah lakhnat seperti yang di lakukan oleh Saiful....? Bohong lah kalau Anwar kata tak gentar....

"Kepimpinan Pakatan Rakyat, bukan sahaja saya atau Azizah sahaja tetapi juga Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan supremo DAP Lim Kit Siang. Kami telah bincangkan segala kemungkinan.

“Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami telah bincangkan situasi satu, dua dan tiga itu secara kolektif sebagai satu kumpulan," kata Anwar pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepimpinan Pakatan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

BJ: Diantara Kak Wan, Haji Hadi dan Kit Siang siapa yang bakal ganti Anwar Ibrahim??? Kenapa PR tak berani hendak meyatakan pendirian mereka.. Rakyat nak tahu... Siapa yang layak ganti Anwar? 


Aku pasti tanpa Anwar... PR akan hancur berderai-derai... DAP tak mungkin tunduk pada kehendak PKR dan jauh pangang dari api DAP akan akur serta tunduk di bawah telunjuk PAS....

Katanya, kepimpinan Pakatan juga mempunyai pelan kontingensi dan sedar mengenai apa yang mungkin terjadi pada 9 Januari, apabila keputusan perbicaraan kes liwat keduanya akan disampaikan.

BJ: PR tiada apa-apa plan melainkan terpaksa berbohong kepada rakyat... mereka hanya menagih simpati kepada rakyat dan hanya mampu memburukkan nama baik kerajaan... Nak tubuhkan kabinet bayangan pun PR tak mampu inikan pula hendak memerintah negara ini...

"Jika ada orang dalam Umno yang berpendapat bahawa dengan memusnahkan Anwar, perjuangan Pakatan Rakyat akan terbantut, perkara yang sebaliknya akan berlaku.

BJ: Ya... memang betul... Itu pasal Pakatan semakin gelabah sekarang ni.... Gerakan bunuh sesama sendiri dalam Pakatan pun sudah jelas, tak perlu hendak di selindungkan lagi....

“Kami akan teruskan perjuangan dan dipimpin oleh dasar-dasar Pakatan Rakyat," jamin Anwar.

BJ: Dasar apa? Janji-janji manis yang dulu pun tak tertunaikan lagi...  Apa pun tak boleh!!!!