Wednesday, January 4, 2012
Patriot Tidak Akan Turun Pada Perhimpunan Haram 901!
Patriot tidak akan turun menentang perhimpunan Bebaskan Anwar 901 pada 9 Januari ini...
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya tidak akan melibatkan diri dalam perhimpunan itu walaupun ada NGO lain yang turun menentang demonstrasi itu.
“Buat apa kita mahu turun, tiada kena mengena dengan kita,” katanya.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno tidak menolak sama sekali demonstrasi dan perhimpunan dilakukan mahasiswa sejak kebelakangan ini ada bersangkut paut dengan individu sama yang menganjurkan kempen Bebaskan Anwar 901.
“Ini semua angkara orang yang sama, siapa lagi kalau bukan dia (Anwar),” katanya.
Beliau turut mengingatkan mahasiswa supaya lebih menumpukan peperiksaan yang bakal mereka hadapi daripada terjebak dalam perhimpunan 9 Januari itu.
Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali memberitahu walaupun polis melarang mana-mana pihak berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini, Pakatan Rakyat akan tetap menggerakkan penyokongnya hadir memberikan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kes tuduhan liwat.
Manakala Perkasa pula menegaskan pihaknya bersedia untuk berhadapan dengan penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari berkenaan.
Perkasa jangan cakap tak serupa bikin... masa BERSIH 2.0 dulu cakap nak turun tapi bila tiba masanya bayang pun tak nampak...
Labels:
Anwar Ibrahim,
Patriot,
Perkasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
tak payah turun lagi bagus, serahkan pada pihak polis, mereka lebih berpengalaman dalam soal ini, bukan apa, untuk mengelak keadaan menjadi keliru antara penyokong dsai dan yang menentang nya, nanti pihak polis terbelasah pihak yang mematuhi undang2, Sekian terima Kasih
satu tindakan yg bijak dr Patriot.. jgn terjebak dgn permain PKR!
perkasa dh jd katak ong.. ong.. gedek.. gedek... bunyi je bising tp habuk pun tarak ong... ong... gedek... gedek.....
Post a Comment