Wednesday, January 4, 2012

Pencapaian Akademik Pelajar Terlibat Dalam Rusuhan UPSI Didedahkan...

Nama : Shazni Munir Bin Mohd Ithnin
Umur : 25 tahun

Bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dengan Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditamatkan pengajian kerana pencapaian kurang memuaskan (CGPA bawah 2.0)



Nama : Ahmad Syukri Bin Kamaruddin
Umur : 22 tahun

Bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Tidak menghabiskan pengajian kerana terlalu sibuk berpolitik dan pencapaian akademiknya kurang memuaskan. 
Kini bekerja sebagai pegawai khas Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa



Nama : Ahmad Syukri Che Ab Razab
Umur : 27 tahun

Bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Diberhentikan kerana pencapaian akademik kurang memuaskan. Meneruskan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Namun tidak menghabiskan pengajian kerana aktif dalam poltik kerana pencapaian akademik kurang memuaskan.

Kesimpulan :

Mereka adalah pelajar-pelajar IPTA pro-pembangkang yang gagal di IPTA. Tetapi selepas diberhentikan pengajian di IPTA kerajaan Negeri Selangor memberikan mereka 'full scholarship' untuk belajar di IPTS milik kerajaan negeri Selangor.

Kerajaan negeri Selangor dikatakan menggunakan mereka untuk menjayakan agenda gerakan politik pembangkang di kalangan pelajar-pelajar junior. Selanjutnya klik di sini...

Blogger Sekupangduas Tetap Mempertahankan Dakwaan Walaupun Di Saman RM10 Juta

Biarpun berdepan saman fitnah RM10 juta, penulis blog Otai Sekupangduas tetap mempertahankan dakwaannya berhubung salah laku Nga Kor Ming dalam pemberian tender sut ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada 2008.

Penulis blog tersebut, Ahmad Sofian Yahya, 47, menegaskan, beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataan yang telah dibuatnya terhadap Setiausaha DAP Perak berkenaan.

Malah, sebaliknya penulis blog itu mendesak Kor Ming menarik balik tuduhan bahawa beliau telah mengada-adakan bahan bukti dalam sebuah artikel yang disiarkan oleh portal berita propembangkang pada 19 Disember lalu.

"Saya beri masa selama 48 jam untuk beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataannya itu atau saya juga akan menyamannya jutaan ringgit," kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.



Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupangduas.blogspot.com pada 16 Disember lalu telah memuat naik beberapa salinan dokumen yang mendedahkan Ethan and Elton, syarikat yang mana isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai salah seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.

Blog itu juga mendakwa, kontrak untuk 24 sut rasmi yang pada asalnya ditawarkan kepada Goodman Tailor pada 3 April 2008 kemudiannya diberikan kepada Ethan and Elton selepas 'disyorkan' oleh kerajaan negeri pada ketika itu.

Pada sidang akhbar tersebut, Ahmad Sofian mempertahankan dakwaannya bahawa tender itu diberikan kepada Ethan and Elton yang ditubuhkan 20 hari selepas kontrak berkenaan diberikan kepada sebuah firma lain.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Sofian mengakui sudah menerima surat saman daripada Kor Ming yang dihantar ke rumahnya pada Sabtu lalu menerusi firma guaman Tetuan Leong and Tan.

Menurut Ahmad Sofian, beliau belum melantik peguam dan akan meminta khidmat nasihat Biro Bantuan Guaman bagi meneliti kes tersebut.

GPMS Kecam Parti Politik Peralat Mahasiswa


Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) hari ini mengecam parti politik yang cuba menggunakan golongan mahasiswa bagi mencetuskan huru hara dalam negara.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, golongan itu juga perlu sedar bahawa terdapat parti politik yang mempergunakan mahasiswa dalam menyampaikan agenda tersembunyi mereka.

"Mahasiswa merupakan bakal pemimpin yang turut akan memimpin anak bangsa, mereka perlu sentiasa berfikiran matang dan lebih bijak menangani sebarang isu yang mampu menjadikan mereka terjebak dalam hal-hal yang boleh menjahanamkan masa depan mereka, contohnya politik,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Katanya, kerajaan sentiasa memberi peluang kepada mahasiswa untuk menyuarakan pendapat dan sebarang ketidakpuasan hati terhadap sebarang isu atau kritikan.

"Tetapi ianya perlu dibuat dalam kaedah yang betul dan bukan dengan cara berhimpun dan menganggu ketenteraman awam,” katanya.

"Penglibatan mahasiswa dalam (dengan) mengadakan rusuhan atau demonstrasi hanya akan menaikkan kemarahan pelbagai pihak, jika diminta secara baik, akan diberi juga dengan baik," katanya.

Beliau berkata cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) amat disokong, tetapi pandangan siswa perlu diberi perhatian selaras konsep langit terbuka yang diamalkan kerajaan.

Jais berkata Najib mempunyai keberanian untuk membuat pembaharuan dan beliau dilihat berusaha mengotakan janji yang telah dibuat sebelum ini.


Ditanya mengenai tindakan pelajar yang dilaporkan menurunkan bendera memaparkan wajah Perdana Menteri di Ibu Pejabat Umno sewaktu demonstrasi pada 17 Dis lalu, Jais berkata pelajar itu seharusnya meminta maaf kepada Perdana Menteri atas sikapnya yang tidak menghormati pemimpin negara.

"Adam Adli yang juga mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris seharusnya sedar beliau merupakan bakal guru yang akan mendidik anak bangsa khususnya anak Melayu.

"Tidak rugi baginya untuk meminta maaf kerana ianya bukan satu masalah besar untuk berbuat demikian, malah rakyat akan menerima kesalahan itu sebagai tidak disengajakan," katanya.

Fight The Smear: Polis Muat Naik Video Tangkis Dakwaan Kekasaran!

Gambar FRU semasa bertugas masa BERSIH 2.0

Polis telah memuat-naikkan empat klip video di internet bagi menangkis dakwaan bahawa mereka mengasari pelajar yang berdemonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim Ahad lalu bagi menuntut kebebasan akademik.

Polis telah memuat-naikkan empat klip video di internet bagi menangkis dakwaan bahawa mereka mengasari pelajar yang berdemonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim Ahad lalu bagi menuntut kebebasan akademik.


Video berkenaan dimuat-naikkan di YouTube oleh pengguna yang menggunakan nama PDRMsia. Durasi setiap video adalah antara satu dan dua minit setengah.



Semua empat klip video ini bermula dengan satu kenyataan berikut: "Kepada semua rakyat Malaysia, adakah anda inginkan bakal pemimpin yang sebegini?

“Kepada para ibu bapa, adakah anda ingin melihat anak-anak anda terlibat dengan kegiatan sebegini?

“Kepada para pelajar, adakah anda ingin memusnahkan masa depan dengan melibatkan diri dalam aktiviti sebegini? "



Rakaman menunjukkan kelakuan sekumpulan pelajar di pintu utama ke UPSI pada malam menjelang Tahun Baru 2012.

Ia juga memamaprkan usaha seorang pegawai polis cuba berunding dengan pemimpin pelajar supaya mereka bersurai dalam masa 15 minit, tetapi diengkari pelajar berkenaan.

Sebaliknya, pelajar dilihat tidak mematuhi arahan itu dan mencemuh polis.


Syabas PDRM!

Air Kotor: Pejabat Nik Aziz Di Serbu!


Tengahari tadi pejabat Nik Aziz di serbu orang ramai yang tidak berpuashati dengan keadaan bekalan air kotor dan tidak mencukupi...

Mereka membawa banner yang menyatakan "Kami desak Kerajaan Kelantan (PAS) Selamatkan rakyat Kelantan daripada penyakit bawaan air".

Sebahagian besar daripada lebih 1.6 juta rakyat Kelantan berisiko terdedah kepada penyakit berbahaya yang boleh membawa maut seperti E-coli sekiranya kerajaan negeri gagal menangani isu bekalan air bersih.

Kerajaan negeri perlu bertindak segera mengatasi isu itu selepas ujian Kementerian Kesihatan mendapati air di negeri itu disahkan tercemar bakteria E-coli.

PAS jangan hanya pandai berceramah saja, malah perlu lebih bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan asas terbaik terutama memastikan tahap kesihatan rakyat sentiasa terjamin melalui penyediaan air bersih.

Credit gambar to AAKJ