Thursday, January 5, 2012

Anwar Gagal Umum Siapa Pengantinya Jika Bersalah...


Anwar Ibrahim tidak mampu untuk mengumumkan siapa pengantinya pengganti sekiranya beliau gagal menjadi Perdana Menteri dan didapati bersalah berhubung dakwaan kes liwat dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam satu temu bual eksklusif dengan Sinar Harian Online semalam, Anwar menegaskan, Pakatan Rakyat (PR) bersedia dari segala kemungkinan termasuklah senario ketiadaannya selepas keputusan kes diketahui Isnin ini.

Namun Anwar memberi alasan kononnya enggan menamakan seseorang kerana menyifatkan ia adalah tindakan kurang bijak sekiranya calon penggantinya diumumkan sekarang.

“Sebagai seorang manusia biasa, kita tidak tahu apa yang akan terjadi kepada kita pada masa akan datang, namun PR sentiasa bersiap sedia dengan semua pilihan.

“Ketiadaan saya bukan hanya bermaksud saya di dalam penjara, kemalangan juga boleh terjadi, jadi saya akan umumkan pengganti saya selepas 9 Januari,” katanya.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR menegaskan bahawa pengganti itu nanti semestinya mendapat sokongan ketiga-tiga parti komponen PR dan boleh ditonjolkan dengan baik serta diterima rakyat.

“Kita kena bersedia dan siapkan pemimpin ini, kita akan ‘grooming’ dengan sebaik-baiknya dan isi kepimpinan kita,” katanya.

Jelas dilihat Anwar sedang menyembunyikan sesuatu yang mana beliau memberi kenyataan agak kurang pasti... Sekiranya Anwar sudah mempunyai nama calon pengantinya apa salahnya jika Anwar umumkan sekarang?

Rakyat nak tahu... Siapa penganti Anwar... Itu lebih penting bagi menetukan arah tuju masa depan PR.

PR akan mengadakan konvensyennya di Kedah pada 14 Januari ini.

Mayat Hidup... Safwan Anang Akan Berada Di IPD Dang Wangi Jam 2.00 Petang Ini...


Siswa yang di katakan nazak nak mampus kemarin dikhabarkan akan berada di IPD Dang Wangi pada jam 2.00 petang ini, untuk membuat laporan polis kononnya pihak berkuasa PDRM telah bertindak ganas dalam meleraikan perhimpunan yang diadakan.

Terdahulu semasa membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, Kumpulan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (Bebas) mengaku memecahkan pintu masuk Klinik Darussyifa di Tanjung Malim ketika mengadakan perhimpunan haram di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada Ahad lalu.

Pengakuan itu disusuli dengan kenyataan melampau wakil kumpulan mahasiswa terbabit yang menggelar pasukan polis sebagai penjenayah.

Wakil Bebas, Aziq Abdul Aziz berkata, mahasiswa yang mengadakan perhimpunan haram itu bertindak memecah pintu masuk klinik tersebut untuk meminta rawatan dilakukan terhadap rakan mereka iaitu Safwan Anang Talib.

Difahamkan pintu kaca Klinik Darussyifa akan dikunci selepas pukul 12 tengah malam pada setiap hari kerana bimbang berlaku kejadian jenayah.

Sebenarnya siapa penjenayah? polis ke mahasewel ni semua?

Penjelasan Melalui Video Dari Nur Amalina Che Bakri Berhubung Gambar Kontroversinya...


Setelah menonton klip video ‘Skype’ dan membaca luahan hati ibunya...

Abang... abang... abang... no komen....
(pisst ni abang Jinggo bukan abang Mamat Khalid)

Itu hak Amalina .. kami hanya menegur untuk kebaikan... buatlah apa yang Amalina suka... Abang doakan yang terbaik untuk Amalina...


Pelajar Terbaik SPM 2004, Nur Amalina Che Bakri hari ini meminta semua pihak khususnya blogger supaya tidak lagi menyebarkan fitnah dan mengaibkan beliau kononnya bertindak liar dengan perbuatan-perbuatan kurang bersopan.

Sambil menyangkal fitnah mendakwa dirinya mengalami kejutan budaya ketika mengikuti pengajian tinggi di United Kingdom sekarang, tegas Nur Amalina: "Jangan menilai seseorang daripada pandangan luaran sahaja."

Beliau berkata demikian menerusi sidang video ‘Skype’ di kediaman ibunya, Sabariah Hassan, semalam, juga turut terkilan dengan tindakan menceroboh gambar peribadi miliknya.

Nur Amalina mengakui beliau terkilan apabila ada pihak memberi komen-komen yang melibatkan keluarganya.

"Bagi mereka (blogger) yang menyebarkan gambar-gambar tersebut diharap dapat hentikan kerana ia mengaibkan tambahan pula ia adalah gambar peribadi saya," tegasnya dalam reaksi pertama mengenai kontroversi diri beliau.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian semalam, ibunya Sabariah Hassan menyifatkan segala tuduhan liar terhadap Nur Amalina sebagai fitnah.

“Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (UK), sejak dia menuntut di sana,” kata Sabariah.

Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.

Berkongsi kisahnya, Nur Amalina juga mengakui sudah lali dengan perkara sebegitu kerana ini bukan pertama kali difitnah.

"Namun saya reda, sememangnya mulut orang kita tidak boleh tutup, tambahan pula ia adalah sesuatu yang tidak benar,” kata beliau.

Mengulas mengenai fesyen serta pakaian yang disifatkan seksi seperti yang tersebar di laman blog, Nur Amalina menyifatkan ia melampaui batas.

“Saya sememangnya tidak bertudung, malah saya gemar berfesyen sejak kecil lagi. Seluar yang saya pakai di dalam gambar tersebut adalah pemberian daripada mama.

“Seluar itu mempunyai satu lapisan lain yang menyerupai warna kulit di bahagian dalam, ia tidak seperti yang difikirkan masyarakat, kerana tidak mungkin saya akan memakai pakaian yang koyak untuk keluar,” katanya.

Jelasnya, walaupun tidak bertudung, amalan membaca al-Quran serta solat lima waktu tidak pernah dilupakan dan menegaskan ia merupakan kunci kejayaannya.

“Walaupun saya tidak bertudung tetapi saya masih tidak lupa untuk menunaikan solat setiap waktu, juga membaca Yasin pada malam Jumaat kerana mama telah mendidik saya sebegitu sejak dari kecil.

“Saya tidak pernah melakukan perkara yang melampaui batasan ketika keluar bersosial bersama rakan-rakan, ia cara bagi melepaskan tekanan selepas berpenat mengulang kaji, gambar yang tersebar itu adalah gambar ketika meraikan hari lahir saya,” katanya lagi.

Nur Amalina yang kini sedang menjalankan penyelidikan mengenai barah ovari dan payudara berkata, fitnah yang tersebar tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus belajar bersungguh-sungguh.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan nasihat, apa yang berlaku ini akan saya jadikan iktibar dan tauladan untuk menjadi lebih baik.

Berita terdahulu : Nur Amalina Che Bakri, Pelajar Cemerlang 17A1 Kini Liar Sosial...

Demonstrasi Bebas Anwar 901 Tidak Akan Ubah Keputusan Mahkamah!


Yang salah tetap bersalah!

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sebarang demonstrasi jalanan tidak akan mengubah mana-mana keputusan mahkamah.

Beliau yang merujuk kepada demonstrasi Kempen “Bebaskan Anwar 901″ yang dirancang pada Isnin ini berkata, orang ramai tidak perlu terlalu emosi dan mudah terpengaruh jika ada pihak tertentu cuba menghasut mereka bagi menyertai demonstrasi berkenaan.

“Saya nak ingatkan orang ramai kes yang ada di mahkamah yang akan dijatuhkan hukumannya tak lama lagi sudah lama berjalan, kenapa baru sekarang ada perancangan tertentu,” katanya selepas menghadiri mesyuarat pasca kabinet kementerian itu.

Demonstrasi itu dikatakan bertujuan menuntut keadilan bagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual memberi penghakiman berhubung kes liwat membabitkan beliau pada hari tersebut.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO seterusnya berkata polis tidak akan berkompromi dengan cubaan penganjur untuk mengadakan perhimpunan itu sehingga boleh mengganggu-gugat keselamatan orang awam.

“Yang menjadi sandaran Polis Diraja Malaysia ialah keselamatan, ketenteraman dan kepentingan orang awam termasuk peniaga dan penjaja. Jika tidak menjejaskan keadaan, saya tengok tidak mendatangkan masalah.

“Tetapi kalau sekiranya jelas apa yang nak dilakukan ini disengajakan atau akan menimbulkan huru-hara ini akan menjadi pertimbangan pihak polis,” katanya.

Wednesday, January 4, 2012

Pencapaian Akademik Pelajar Terlibat Dalam Rusuhan UPSI Didedahkan...

Nama : Shazni Munir Bin Mohd Ithnin
Umur : 25 tahun

Bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dengan Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditamatkan pengajian kerana pencapaian kurang memuaskan (CGPA bawah 2.0)



Nama : Ahmad Syukri Bin Kamaruddin
Umur : 22 tahun

Bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Tidak menghabiskan pengajian kerana terlalu sibuk berpolitik dan pencapaian akademiknya kurang memuaskan. 
Kini bekerja sebagai pegawai khas Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa



Nama : Ahmad Syukri Che Ab Razab
Umur : 27 tahun

Bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Diberhentikan kerana pencapaian akademik kurang memuaskan. Meneruskan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Namun tidak menghabiskan pengajian kerana aktif dalam poltik kerana pencapaian akademik kurang memuaskan.

Kesimpulan :

Mereka adalah pelajar-pelajar IPTA pro-pembangkang yang gagal di IPTA. Tetapi selepas diberhentikan pengajian di IPTA kerajaan Negeri Selangor memberikan mereka 'full scholarship' untuk belajar di IPTS milik kerajaan negeri Selangor.

Kerajaan negeri Selangor dikatakan menggunakan mereka untuk menjayakan agenda gerakan politik pembangkang di kalangan pelajar-pelajar junior. Selanjutnya klik di sini...

Blogger Sekupangduas Tetap Mempertahankan Dakwaan Walaupun Di Saman RM10 Juta

Biarpun berdepan saman fitnah RM10 juta, penulis blog Otai Sekupangduas tetap mempertahankan dakwaannya berhubung salah laku Nga Kor Ming dalam pemberian tender sut ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada 2008.

Penulis blog tersebut, Ahmad Sofian Yahya, 47, menegaskan, beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataan yang telah dibuatnya terhadap Setiausaha DAP Perak berkenaan.

Malah, sebaliknya penulis blog itu mendesak Kor Ming menarik balik tuduhan bahawa beliau telah mengada-adakan bahan bukti dalam sebuah artikel yang disiarkan oleh portal berita propembangkang pada 19 Disember lalu.

"Saya beri masa selama 48 jam untuk beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataannya itu atau saya juga akan menyamannya jutaan ringgit," kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.



Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupangduas.blogspot.com pada 16 Disember lalu telah memuat naik beberapa salinan dokumen yang mendedahkan Ethan and Elton, syarikat yang mana isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai salah seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.

Blog itu juga mendakwa, kontrak untuk 24 sut rasmi yang pada asalnya ditawarkan kepada Goodman Tailor pada 3 April 2008 kemudiannya diberikan kepada Ethan and Elton selepas 'disyorkan' oleh kerajaan negeri pada ketika itu.

Pada sidang akhbar tersebut, Ahmad Sofian mempertahankan dakwaannya bahawa tender itu diberikan kepada Ethan and Elton yang ditubuhkan 20 hari selepas kontrak berkenaan diberikan kepada sebuah firma lain.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Sofian mengakui sudah menerima surat saman daripada Kor Ming yang dihantar ke rumahnya pada Sabtu lalu menerusi firma guaman Tetuan Leong and Tan.

Menurut Ahmad Sofian, beliau belum melantik peguam dan akan meminta khidmat nasihat Biro Bantuan Guaman bagi meneliti kes tersebut.