Friday, January 13, 2012

Rumah Anwar Ibrahim Bernilai 7 Juta, Tak Kecoh Pon :P


Rumah Anwar Ibrahim di Segambut berharga RM7 juta. Ada seorang pemimpin besar PAS tahu dari mana Anwar dapat duit untuk bina rumah ini. Kenapa AMK tidak pertikai rumah ini dari duit mana?


Ada sorang mamat AMK, memang tak dikenali ramai pun... pangkat dia dalam AMK hanya sebagai pencacai je bro... Konon nak jadi glamour... cuba cari kes yang boleh upkan nama dia...  macam Keldai-keldai yang lain dalam PKR.

Silap la mamat ni tak buat homework, hanya membuat tuduhan membabi buta... Nah... kan dah kena tembak balik... Nak tau sape pencacai tu baca lagi di sini...

Anwar Hadi Cabar Adam Adli And The Gang....


Ini bukan Anwar Ibrahim dan bukan juga Hj Hadi Awang... Ini Anwar Hadi la der.....

"#18 Pro-Common Sense", video ini di upload oleh Anwar Hadi pada 8 Jan yang lalu, sehingga kini video ini berjaya menarik 46,085 pengunjung... Mantop! Ada SENGAT laaa..

Teryata Suara Adam bukan suara majoriti mahasiswa, kerana masih ada yang lebih waras dari Adam...

Video url: http://youtu.be/KpUpXBW9yMs



Apakah tidak "Bebas Partisipasi Politik" jika sudah boleh turun ke mahkamah sokong Anwar?

Isu NFC: Shahrizat Ambil Cuti 3 Minggu Bagi Membantu Siasatan SPRM


Inilah perbezaan yang ada diantara pemimpin UMNO/BN dengan Pakatan Rakyat... Agak-agak kalau kena dekat batang hidung pembangkang mahu ke mereka memberi kerjasama dengan SPRM? Haram... lagi di heretnya rakyat untuk menyelamatkan diri mereka ada lah...

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memaklumkan beliau akan mula bercuti rehat daripada menjalankan tugas sebagai menteri selama tiga minggu bermula esok.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini beliau berkata, permohonan cuti rehat itu dibuat bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadapnya berhubung isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Katanya, beliau telah pun membuat permohonan cuti tersebut daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

“Saya berharap SPRM akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai NFC di mana suami saya Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif,” katanya.

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC.

Ia termasuk dakwaan mengenai berlaku penyalahgunaan wang pinjaman yang diperoleh NFC bagi membeli kondominium mewah berharga RM9.8 juta di Lembah Klang.

Shahrizat sebelum ini menegaskan, beliau tiada kena-mengena dengan isu berkaitan NFC.

Thursday, January 12, 2012

Nurul Izzah Lancarkan Gerakan Anti Azmin ?


Artikel ini ditulis oleh Anuar Mohd Nor, web master UMNO Reform 2, seorang blogger otai... sering di kaitkan dengan Trojan Horse haha... jangan marah bro...  tak pa lah, tak kisah siapa dia... namun sdr Anuar banyak mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam PKR. Itu lebih baik dari jadi tukang karut!

Artikel asal bertajuk Gerakan Anti Azmin Ali sudah bermula? namun pada teori aku lebih kepada Nurul Izzah bedasarkan artikel-artikel yang pernah aku tulis sebelum ini, namun ianya mungkin Chegu Bard, Shamsul Iskandar atau Lembu PKR Rafizi Hot Dog Ramli... Mungkin juga anda lebih tahu siapakah gerangan yang mahu menjatuhkan Azmin Ali dalam PKR....


 Gerakan Anti Azmin Ali sudah bermula?

Ini bukan bicara persoalan moral. Ini bukan bicara seperti laman-laman lain yang menentang dengan memburuk-burukkan moral, menceritakan kelucahan dan menjatuhkan maruah dengan penghinaan melampau. Ini berita politik. Ini berita mengenai pasca pembebasan Anwar Ibrahim. Semua sudah bersedia untuk mendengar khabar berita – esok lusa kita akan ambil Putra Jaya. Semua sedang bersemangat untuk mentadbir negara ini sebagaimana yang di cita-citakan. Mereka sibuk mengatur strategi yang membolehkan mereka menjadi penguasa. Mereka mahu MEMERINTAH dan bukan MEMIMPIN rakyat negara ini.

Dalam keghairahan mereka menceritakan mengenai menawan Putrajaya – satu isu yang sebenarnya wujud dalam tahun dari 1999 – pada PRU ke 10 adalah ura-ura dapat mengalahkan BN. Hasrat itu sudah menjadi garis kenangan betapa ghairah pembangkang menceritakan mengenai pengambilan alih kuasa. Percaturan kerusi parlimen dan kerusi DUN – siapa yang bakal menjadi menteri dan barisan kabinet semua seakan mahu ditentukan. Hari ini begitu juga. Pembebasan Anwar Ibrahim merancakkan kembali cita-cita menawan Putrajaya. Semua seakan bersedia untuk MEMERINTAH. Dalam kesediaan itu – Azmin Ali menjadi topik perbualan dan diskusi. Azmin Ali memang popular di kalangan politikus yang rapat dengan beliau. Azmin Ali mempunyai koleksi penyokong tegar yang mengharapkan tempat dari beliau. Namun kelompok lagi sedang menceritakan betapa kroniknya kronisme Azmin Ali. Ramai kawan sudah menjadi musuh kerana Azmin Ali.

Senator Ezam Mohd Nor tidak akan berada dalam UMNO sekiranya pertengkaran beliau dengan Azmin Ali tidak memuncak. Ramai yang meletakkan Azmin Ali sebagai punca perpecahan – baik dalam Parti Keadilan Rakyat mahupun hubungan antara Pakatan Rakyat sendiri. Semakin kuat ghairah mahu memerintah semakin kuatnya timbul kumpulan ahli parti yang menolak Azmin dan mempersoalkan kebebasan kepimpinan Anwar yang seakan terlampau terikat dengan Azmin Ali. Ini bukan persoalan dalam PKR namun PAS juga seakan tertanya keakraban Azmin dan Anwar Ibrahim.

Dalam kemelut itulah timbul kumpulan kecil telah mengadakan pertemuan kecil untuk memastikan Azmin Ali terketepi. Ramai membicarakan tetapi atas dasar dan corak budaya PKR – Azmin Ali akan terus disokong oleh Anwar Ibrahim. Oleh itu kumpulan kecil yang nampak mahu ancaman Azmin Ali MESTI segera lihat pada Anwar Ibrahim itu sendiri. Berjayakah gelombang anti Azmin dimulakan dan apa faedah yang bakal diperolehi. -umnoreform2

Video Tentera AS Kencing Mayat Pejuang Taliban


Empat Marin Amarika Syarikat kencing diatas maya pejuang taliban... memang kurang ajar dan tak bertemadun... Manusia paling biadap di dunia itulah yang patut diberikan kepada tentera Amarika ini...

Selain dari mendapat kecaman dari orang islam ianya turut di kecam oelh vateran perang Amarika Syarikat yang tidak bersetuju dengan tindakan ini.

Tentera Amerika Syarikat sedang menyiasat video dalam internet yang didakwa menunjukkan anggota Marin membuang air kecil ke atas mayat pejuang Taliban di Afghanistan, kata seorang jurucakap.


Video ini menunjukkan empat individu yang memakai seragam tentera AS, membuang air kecil ke atas tiga mayat berdarah di atas tanah dan sedar perbuatan mereka sedang dirakam.

Pentagon belum lagi mengesahkan kesahihan video itu tetapi jurucakapnya, John Kirby, memberitahu AFP, "Walau apa pun keadaannya atau siapa di dalam video itu, ia adalah perbuatan hina, jelek dan tidak boleh diterima sesiapa saja dalam tentera. Ia memualkan."