Tuesday, January 24, 2012

Pejabat DUN UMNO Kedah, Datuk Bashah Terima Ugutan BOM!


Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, menerima panggilan kononnya sebuah bom diletakkan di bawah pentas di dewan terbuka pusat khidmat berkenaan.

Panggilan itu diterima menerusi nombor telefon pejabat pusat khidmat berkenaan antara 4.45 hingga 5 petang.

Petugas di pejabat itu Shamsul Anuar Aziz, 30, menerima panggilan daripada lelaki berkenaan yang memberitahu "aku letak bom bawah pentas".

Selepas menerima panggilan berkenaan, Shamsul Anuar menghubungi Setiausaha UMNO Bahagian Alor Setar Kadir Mohamad yang kemudian mengarahkan beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada pukul 6.30 petang.

Unit Pemusnah Bom Polis yang menjalankan pemeriksaan tidak menjumpai sebarang bahan berbahaya di bawah pentas berkenaan.

Siasatan polis juga mendapati panggilan berkenaan lebih berupa satu panggilan palsu.

Sumber: McTheory

Monday, January 23, 2012

Ceramah Anwar Kecoh, Bertumbuk! Kerja UMNO Juga Ke?


Kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen Kapar, malam kelmarin dicemari beberapa insiden kekecohan membabitkan dua kumpulan penyokong parti itu dipercayai cubaan mensabotaj pemimpin tertentu dalam PKR Cabang Kapar.

Kekecohan tercetus ekoran rasa tidak puas hati selepas beberapa poster mengalu-alukan kehadiran Anwar oleh ahli PKR Cabang tersebut diturunkan penyokong pemimpin lain beberapa jam sebelum Anwar tiba di lokasi majlis di Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) Taman Seri Kerayong di sini.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai termasuk warga emas yang berjalan mengiringi Anwar ke dalam dewan tersungkur ke lantai hingga mencetuskan suasana tegang.

Walau bagaimana, keadaan tegang itu berjaya dikawal dan kembali tenang selepas anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) masuk campur mengawal suasana sehinggalah Anwar tampil ke pentas menyampaikan ucapan.

Keadaan tenang itu bagaimana tidak bertahan lama apabila kekecohan kembali tercetus melibatkan dua kumpulan penyokong tersebut ketika Anwar sedang menikmati jamuan ringan di tingkat satu dewan tersebut hingga nyaris berlaku drama tumbuk menumbuk.

Sumber memberitahu Sinar Harian, insiden kecoh itu berlaku rentetan rasa tidak puas hati sebahagian ahli PKR cadang itu apabila dua poster milik Ketua PKR Cabang Kapar, Azizi Ayob dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang meraikan kehadiran Anwar diturunkan beberapa jam sebelum majlis bermula.

Sumber sama juga menyebut, program tersebut didakwa meminggirkan peranan ahli lain dalam PKR Cabang itu hingga menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati yang berlarutan hingga mencetuskan beberapa insiden kekecohan.

Program ke sekolah dan ceramah perdana sempena pelancaran Sukarelawan Parlimen Kapar dan perasmian Ponggal Vizha anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kapar dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kapar dihadiri hampir 1,000 penyokong.

Keadaan kecoh pulih sepenuhnya 20 minit selepas Anwar meninggalkan majlis tersebut.

Sinar Harian dimaklumkan, tiada mangsa yang cedera akibat kekecohan tersebut selain, Azizi Ayob hanya mengalami luka kecil di dahi kanan.

Chegu Bard nak salahkan Pemuda UMNO juga ka bro?

Khairy Cabar DAP ! Jangan Cakap Kosong, Buktikan Ramai Ahli Melayu


Pemuda Barisan Nasional (BN) mencabar DAP supaya membuktikan senarai nama dan jumlah ahli jika benar parti itu kini menjadi parti berbilang kaum termasuk medium pilihan kalangan orang Melayu.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, DAP perlu telus membuktikan mereka tidak `bercakap kosong’ dengan mengemukakan kesemua nama ahlinya yang berbangsa Melayu bukan hanya bersandarkan tiga nama yang menyertai DAP baru-baru ini.

“Tunjuk keahlian di semua peringkat negeri, bahagian dan cawangan adakah ramai orang Melayu menyertai mereka.

"Jangan hanya pandai bercakap dan beritahu semua orang DAP parti berbilang kaum walhal berbeza sebaliknya,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar lawatan turun padang beliau di bahagian DUN Bunting dekat sini, hari ini.



Hadir sama, Ketua Pemuda BN Perak, Khairul Azwan Harun. Pada majlis itu juga turut disampaikan bantuan perumahan, makanan dan sumbangan Yayasan Bina Upaya (YBU) kepada lebih 30 penerima.

Mengulas lanjut, Khairy yakin prestasi BN kini berada di landasan yang baik malah sokongan padu pengundi muda sejak akhir-akhir ini semakin meningkat.

Pihaknya juga yakin golongan muda akan terus bersama BN khususnya untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

“Dalam Umno, sehingga ke hari ini jumlah keahlian yang mendaftar sebagai Pemuda Umno telah mencecah 100,000 orang.

“Dalam masa tiga tahun ini banyak program yang merapatkan golongan muda kepada BN tanpa berunsurkan politik tetapi memberi fokus kepada kerjaya, pendidikan serta kebajikan dan hasilnya amat baik sekali,” katanya.

Khairy turut percaya, majoriti daripada mereka yang mengundi BN pada pilihan raya umum lalu akan meneruskan sokongan kepada parti kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

YB Pas Bakal Di Pecat, Taufik Hadir Memberi Sokongan Di Majlis MB Negeri Sembilan


Kelihatan YB Taufik (Pas) ADUN Paroi, hadir bersama memberi sokongan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan di Majlis Pertemuan Mesra Tahun Baru Cina 2012 yang berlansung di bandar Seremban.

Seronok YB PAS ni... siap beri tepukan gemuruh kepada MB


Bak kata Dr Hasan Ali,"Politik adalah sesuatu yang tidak pasti, hakikatnya politik ini bertukar setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan".

Mungkin juga YB Pas ini sudah tersedar dari lamunan mimpinya dan mahu menjalinkan kerjasama Pas-UMNO... Jika benar syabas di ucapkan...

YB Taufik mengiringi MB

Selepas pemecatan Hasan Ali, jangan pula Pas pusat mengambil tindak terburu-buru untuk memecat YB Taufik yang mahu menjalinkan hubungan baik diantara Pas-Umno di Negeri Sembilan.

Pemecatan Hasan yang lalu sekali gus memenuhi agenda pemimpin-pemimpin tertentu sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang mahu menyingkirkan beliau.

Video Dato Azeez Menunjukkan PAS Kedah Beri Rakyat Minum Air Suci


Inilah bukti kerajaan PAS yang memerintah memberi air yang suci kepada rakyat baling, Jika rakyat tidak boleh menilai kerja-kerja Pas ni kita tak tau jadi apa la...Air keluar warna merah macam darah saja.




Selanjutnya baca di sini...