Monday, January 23, 2012

YB Pas Bakal Di Pecat, Taufik Hadir Memberi Sokongan Di Majlis MB Negeri Sembilan


Kelihatan YB Taufik (Pas) ADUN Paroi, hadir bersama memberi sokongan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan di Majlis Pertemuan Mesra Tahun Baru Cina 2012 yang berlansung di bandar Seremban.

Seronok YB PAS ni... siap beri tepukan gemuruh kepada MB


Bak kata Dr Hasan Ali,"Politik adalah sesuatu yang tidak pasti, hakikatnya politik ini bertukar setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan".

Mungkin juga YB Pas ini sudah tersedar dari lamunan mimpinya dan mahu menjalinkan kerjasama Pas-UMNO... Jika benar syabas di ucapkan...

YB Taufik mengiringi MB

Selepas pemecatan Hasan Ali, jangan pula Pas pusat mengambil tindak terburu-buru untuk memecat YB Taufik yang mahu menjalinkan hubungan baik diantara Pas-Umno di Negeri Sembilan.

Pemecatan Hasan yang lalu sekali gus memenuhi agenda pemimpin-pemimpin tertentu sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang mahu menyingkirkan beliau.

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah YB Taufik... ganjaran Allah ada jika kita melakukan kebaikan. Begitu juga sebaliknya. Hanya 2 tempat sahaja yang akan kekal nanti untuk kita semua. SYURGA DAN NERAKA.... Semoga mengampunkan dosa dosa ku dan ditempatkan bersama keluargaku ditempat orang2 yang soleh diakhirat nanti.