Tuesday, May 8, 2012

Kumpulan NGO Hampir 'Bertempur' di Bukit Aman


Dua kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang prokerajaan dan pembangkang hampir 'bertempur' ketika secara tidak sengaja bertembung semasa menyerahkan ikrar taat setia serta memorandum kepada polis di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, petang semalam.

Kumpulan pertama diwakili Persatuan Veteran Tentera Malaysia serta 10 wakil NGO lain tiba di Bukit Aman pada 1.10 tengah hari dan berhimpun sambil melaungkan ikrar selama kira-kira 30 minit.

Ikrar taat setia itu dilafazkan sebagai tanda menyokong penuh polis dan menyifatkan perhimpunan 28 April sebagai anasir jahat yang ingin memecah-belahkan negara serta rakyat.

Berlaku sedikit pergeseran apabila kumpulan kedua diwakili Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) serta wakil 28 NGO lain, yang menyokong perhimpunan 28 April, tiba pada kira-kira 2.45 petang untuk menyerahkan memorandum kepada polis.

Ikrar taat setia dan memorandum kedua-dua kumpulan NGO itu diterima Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf.

Ramli berkata sedikit perbalahan telah berlaku ketika pertembungan itu, namun tiada sebarang insiden yang tidak diingini terjadi dan polis mampu mengawal keadaan dengan baik.

"Pertembungan mereka adalah secara kebetulan, dan tiada kejadian buruk berlaku kerana mereka menuruti arahan polis," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Datuk Mohd Ali Baharom meminta Kementerian Dalam Negeri menahan ketua penganjur perhimpunan 28 April kerana telah melakukan provokasi sehingga menimbulkan huru-hara.

Dalam perkembangan berkaitan, SAMM dan 28 NGO menghantar memorandum untuk meminta polis yang terlibat dengan keganasan ketika menyuraikan perhimpunan itu tampil membantu siasatan. - Bernama

Monday, May 7, 2012

Laporan Media Barat Tidak Membantu Anwar


Menurut media pro-kerajaan, BERSIH 3.0 telah gagal dengan teruk sekali.

Tetapi menurut Ambiga, Anwar dan pembangkang Malaysia keseluruhannya, BERSIH 3.0 telah berjaya mencapai matlamat. Alasan pembangkang menyatakan ia berjaya adalah berdasarkan jumlah peserta yang dikatakan mencapai 300,000 di seluruh negara.

Namun, kebenarannya ialah bahang BERSIH 3.0 hanya dirasakan dalam jarak 10km radius dari Dataran Merdeka. Jauh sedikit dari itu, orang ramai menjalankan kehidupan mereka seperti tiada apa-apa berlaku. Jika ditanya mengenai BERSIH pula, mereka rata-ratanya akan mencemuh dan tersenyum sinis. Ramai bersetuju bahawa hanya orang-orang yang benar-benar buta tuli atau bodoh sahaja yang akan turun berdemonstrasi dalam usaha untuk menghuru-harakan negara yang aman damai.

Jika tidak kerana ramai yang meluahkan rasa menyampah terhadap BERSIH 3.0 di dalam laman-laman sosial, maka tidak keterlaluan dikatakan bahawa penganjur BERSIH 3.0 bersama dengan 25,000 jumlah peserta yang turun pada 28 April tersebut, hanyalah syok sendiri.

Justeru, kita tidak tahu atas dasar apakah pihak penganjur merujuk kepada BERSIH 3.0 sebagai berjaya.

Malah, lebih teruk, rakan-rakan Anwar Ibrahim, iaitu media-media barat yang dijemputnya juga tidak mampu membantunya menipu untuk menyatakan BERSIH 3.0 yang gagal itu, sebagai berjaya.

Majalah The Economis menulis bahawa ‘bintang’ Anwar semakin pudar setelah peranannya sebagai pencetus keganasan dalam BERSIH 3.0 dipersoal. Majalah itu juga menyatakan bahawa Anwar perlu membuat penjelasan mengenai isyarat tangannya yang diterjemah sebagai arahan untuk merempuh halangan polis.

Malah dalam sidang media PKR kemudiannya, Anwar juga dituduh sebagai membahayakan nyawa peserta sekali gus memperjudikan matlamat BERSIH.

Lalu, The Economist juga mempersoalkan apakah seorang yang sanggup mengambil-alih sebuah perhimpunan aman untuk ditukar menjadi perhimpunan ganas wajar diangkat menjadi pemimpin kepada 28 juta rakyat?

Artikel negatif mengenai Anwar yang disiarkan oleh media barat bolehlah dianggap sebagai luar-biasa kerana selama ini majoriti mereka termasuk Jurusalem Post juga sering memuji-mujinya hatta menobatkannya sebagai satu-satunya pemimpin Islam yang layak memimpin bukan saja Malaysia, tetapi Asia Tenggara.

Pastinya, kegagalan BERSIH 3.0 adalah terlalu ketara dan tidak dapat dimanipulasi lagi sehingga menyebabkan media barat juga terpaksa mengakuinya.

Atas hakikat ini, maka laungan pemimpin-pemimpin pembangkang yang tegar menyatakan ia berjaya bolehlah dianggap sebagai menipu diri sendiri dan penyokong mereka.

Kita tahu, mereka malu dan sebagai politikus yang ego, takbur dan riak belaka, mereka tidak mampu menerima kekalahan dengan baik. Kerana itu, mereka melaungkan BERSIH 4.0 sekadar untuk menutup malu.

Pokoknya di sini, para pemimpin pembangkang langsung tidak kisah merisikokan nyawa dan nasib penyokong mereka sekali lagi dan mungkin berkali-kali lagi selepas ini. Dan semua ini dilakukan semata-mata untuk menutup malu!

Kita tidak tahu berapa ramai pula peserta yang sanggup suka-suka menghulurkan tubuh badannya untuk cedera dan menggadaikan masa depan serta menyusahkan keluarga dalam BERSIH 4.0 jika benar ia bakal diadakan. Sedangkan pada hakikatnya mereka sedang menikmati hidup senang lenang dan aman tenteram tanpa apa-apa ancaman.

Ulama Mengesahkan Demonstrasi BERSIH 3.0 Haram


Akhirnya para Ulama dan Mufti membuka mulut menyuarakan pandangan mereka selepas masing-masing kurang senang melihat kekacauan dan rusuhan berlaku semasa demonstrasi BERSIH 3.0. Mereka sepakat sependapat sebarang perhimpunan dan demonstrasi yang menjurus kepada kacau bilau dan mengganggu ketenteraman awam adalah haram untuk disertai.

Kenyataan itu jelas tepat dan kena pada masanya apatah lagi demonstrasi BERSIH 3.0 yang berlangsung minggu lepas itu terbukti gagal dikawal selia oleh penganjur hingga akibatnya memudaratkan suasana damai yang selama ini dikecapi semua pihak.

Tidak sedikit khalayak umum terpaksa menanggung kerugian angkara rusuhan dan kekacauan yang berlaku, lebih dari itu sedikit sebanyak turut menyebabkan imej baik negara terpalit sama tercemar gara-gara tindakan liar perusuh BERSIH 3.0 yang berkelakuan ganas seakan hilang kewarasan fikirannya.

Malah apabila kebanyakan perusuh yang terbabit merosakkan harta benda awam dan mencederakan anggota keselamatan seperti yang berlaku dalam BERSIH 3.0 adalah terdiri kalangan orang Islam, ianya tentu sahaja mencalarkan kesucian Islam sebagai agama yang menyeru kepada keamanan dan perpaduan.

Selain itu, faktor pihak penganjur sendiri yang terlibat secara langsung dalam menyokong keagiatan memurtadkan umat Islam dan kuat mendukung golongan songsang (lesbian, gay, biseksual & transgender - LGBT) tentu sahaja menjadi salah satu kriteria penting sehingga mendorong para Ulama bersependapat mengharamkan perhimpunan seumpama itu.

Namun, persoalannya adakah para peserta BERSIH 3.0 khususnya yang beragama Islam bersedia menerima pandangan para Ulama itu dan mengambil iktibar sebagai pengajaran di masa depan, ataupun mereka lebih selesa berpaut pada pandangan minoriti pro BERSIH 3.0 yang diketuai oleh ulamak politik seperti Nik Aziz Nik Mat?

Lampiran Bukti Khalid Ibrahim Gadai Tanah Yayasan Selangor Kepada Pusat Kebudayaan Cina





Baca pendedahan RPK dalam Malaysia Today, di sini. Antara yang bakal mengemparkan di dalam artikel beliau:

"So, Malaysia Chronicle a.k.a. Suara Tian Chua, do we continue? What more shall we talk about? Shall we talk about how Desi YL Chong was rejected by Malaysiakini and Free Malaysia Today before he joined Malaysia Chronicle to become a member of Tian Chua’s team? Shall we talk about how Wong Choon Mei was sacked from Malaysiakini for misconduct before she joined Malaysia Chronicle to become a member of Tian Chua’s team?

Yes, what more shall be talk about?

Shall we talk about that Malay girl, the daughter of an opposition leader, who Tian Chua made pregnant and later had to have an abortion to get rid of the unwanted baby? I do not want to mention her name so as not to shame the girl or her father. Dr Syed Husin Ali knows about this matter so he is aware of what I am talking about. So let’s leave it at that, at least for the meantime, unless Tian Chua or Malaysia Chronicle a.k.a Suara Tian Chua wants to take this to the next level."

-CTS

Hannah Yeoh Disiasat Polis Atas Dakwaan Memfitnah


Polis sedang menyiasat Hannah Yeoh ekoran Adun Subang Jaya DAP itu didakwa telah memfitnah parti lawan dalam posting blognya yang bertajuk ‘MCA’s recruitment drive for phantom voters?’

Hannah mentweet pada April 18: “Wow MCA lodging the first ever police report against me for questioning their road show in SJ involving foreigners”, disusuli dengan “The police has called me in for investigation over police report lodged against me by MCA. They said bcoz I “fitnah” MCA. Police acts so fast”.

Serta Hannah menuduh “Nowadays BN cannot be questioned”. [Eh, selama ini saya menyangka ianya DAP yang tidak boleh dipersoal atau disentuh ...]

Perpatah guru kencing berdiri, murid kencing berlari ibarat perangai Hannah dengan perangai DAPster.

Sambungnya lagi dalam sebuah kenyataan media: “When did it become a crime to question MCA or the Home Ministry? When did MCA become untouchable, unquestionable?”


Kenyataan akhbar Hannah hari juga berkata ini:

“… how is it possible that MCA can be defamed? In my opinion, one can only defame MCA if MCA has a good reputation to start with. MCA today is not worthy to be defamed. Instead of providing an explanation as to why the Deputy Home Minister was soliciting for foreigners and permanent residents at a MCA program, MCA has inexplicably made this to be an issue of defamation.”

Hannah membayangkan Timbalan Menteri Dalam Negeri menyalahgunakan jentera kerajaan (ruj. tweetnya):
“MCA failed to answer why Dep Home Minister & Immigration would do a roadshow with MCA. Isn’t this misusing govt machinery for political gain?”

Aiyoyo tanggachi, boleh tak pegang cermin kejap dan tanya dulu kepada Selangor Times dan Media Selangorku jentera kerajaan yang mana diperalatkan untuk mempromosi peribadi (personality cult)?

Selain itu, Hannah membayangkan kepada pemberita-pemberita – ramai wartawan media alternatif adalah rakan-rakan Twitternya (maklumlah Adun ini begitu asyik dengan media sosial sampai ketika DUN bersidang pun dia masih ghairah mengFacebook ) – bahawa MCA menjalankan kegiatan membeli undi.

“The Home Ministry worked hand in glove with MCA here, so who in their right mind will not equate this as a vote-buying exercise?”, katanya.

Hannah mentweet hari ini: “Mainstream media controlled by BN fitnah @anwaribrahim & family, @cmlimguaneng & family & other PR leaders on a daily basis. No investigation.” Hannah menuduh mereka-mereka yang mengkritiknya sebagai “terang-terang bersikap hipokrit”.

Hannah diwakili peguam Gobind Singh Deo.

Pengerusi Bersih S. Ambiga juga turut hadir untuk memberi sokongan kepada Hannah.
Tweet Hannah pada April 19: “Forum on electoral reform at St Thomas More Church with @teresakok @anthonyloke. Big turn out, so many have to sit outside of the hall.”

Hannah juga mentweet: “Supporters of @hannahyeoh arrives. Media seen too” dan “A gathering of solidarity for @hannahyeoh. Truth and justice is what they want. Enough of high handedness”.

-helenang.wordpress.com

Umno Mahu Saifuddin Nasution Minta Maaf


SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana mendakwa beliau ahli Umno dan tidak layak memegang jawatan itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dakwaan yang dibuat tanpa kajian itu secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti Wan Ahmad sebagai pegawai SPR.

Menurutnya, pendedahan yang dibuat Sinar Harian semalam jelas menunjukkan (Datuk) Wan Ahmad bukanlah ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas seperti yang didakwa pembangkang dan itu adalah dakwaan palsu.

“Dia (Saifuddin) kena minta maaf atas tuduhan tidak berasas ini.Ini adalah kerja-kerja mereka sepanjang menjadi pembangkang yang sentiasa mengeluarkan tuduhan melulu tanpa selidik perkara sebenarnya.

“Mereka ini cuba memperdayakan rakyat dengan pelbagai tuduhan dan ada juga di antara masyarakat yang mempercayainya walhal ia sebenarnya tidak benar,” katanya semalam.

Terdahulu beliau merasmikan Pelancaran Kawasan Industri Majlis Amanah Rakyat (Mara) (Kimfest) 2012 dan Halal Park di Pengkalan Chepa di sini.

Seperti yang didedahkan Saifuddin dalam Sinar Harian 26 April lalu, mendakwa nama Wan Ahmad Wan Omar kad pengenalan bernombor 490101-03-5179 dan kad pengenalan lama 2756290 adalah disebut dimiliki oleh Datuk Wan Ahmad.

Saifuddin mengaitkan nombor kad pengenalan Wan Ahmad seorang peniaga kedai makan itu adalah milik Datuk Wan Ahmad sebagai ahli Umno sehingga turut mencabarnya bersama Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof membuat penafian sebelum pendedahan dibuat.

Saifuddin juga turut mendesak Abdul Aziz dan Datuk Wan Ahmad melepaskan keahlian mereka bagi membuktikan SPR bebas dan berkecuali.

Perkara ini seakan-akan terjawab setelah Sinar Harian mendedahkan seorang lelaki mengaku nama dan nombor kad pengenalan itu sebenarnya adalah miliknya tetapi bukan merujuk kepunyaan Datuk Wan Ahmad.

Dalam masa sama Wan Ahmad juga bersimpati terhadap Datuk Wan Ahmad dan Umno perlu menjawab perkara itu untuk menjaga imej SPR sebagai badan pengurus pilihan raya yang bebas dan berkecuali.