Wednesday, May 9, 2012

MB Berstatus Ahli Umno: PKR Dicabar Desak Khalid Ibrahim Letak Jawatan

Ahli UMNO rupanya MB Selangor ni.
Boleh jadi perwakilanlah tahun depan

IC: 461214-10-5273
No Ahli UMNO: 01791393
Cawangan: Pasir Tuntong
Bahagian: Kuala Selangor.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicabar agar mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor dan keahliannya daripada parti itu kerana masih berstatus ahli UMNO.

Setiausaha Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, berdasarkan sebuah laman blog, sahabat-gunung.com, Abdul Khalid yang bernombor kad pengenalan 461214-10-5273 adalah ahli UMNO yang memegang nombor keahlian 01791393 bagi cawangan Pasir Tuntong yang terletak di bawah UMNO Bahagian Kuala Selangor.

‘‘Justeru, kita cabar PKR supaya mendesak Abdul Khalid meletak jawatannya termasuk keahlian dalam parti pembangkang itu.

‘‘Jika sebelum ini PKR mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan atas tuduhan kononnya mereka ahli UMNO, kenapa mereka tidak mempersoalkan kedudukan Abdul Khalid dengan parti pemerintah itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya kesal dengan sikap pemimpin pembangkang yang dikatakan sering menyebarkan fitnah khususnya kepada generasi muda untuk mencapai agenda politik mereka.

Katanya, tidak cukup dengan dakyah yang cuba diserap dalam perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini, pembangkang juga turut melakukan serangan terhadap SPR yang mengaitkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dengan UMNO.

‘‘Apa yang mereka (pembangkang) lakukan itu adalah sangat tidak bertanggungjawab. Kita lihatlah hari ini bagaimana Bersih 3.0 dicemari dengan insiden keganasan yang telah menyusahkan pelbagai pihak.

‘‘Begitu juga dengan tuduhan mereka kononnya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR adalah ahli UMNO sebenarnya terbukti adalah fitnah semata-mata," jelasnya.

Ini kerana berdasarkan laporan media, tuduhan mereka terhadap Abdul Aziz dan Wan Ahmad itu disahkan tidak benar sama sekali.

Tuesday, May 8, 2012

Ngeh & Nga Masuk Masjid Dengan Nik Aziz


Apa yang dibuat oleh sepupu ini, Nga dan Ngeh dalam masjid dengan Nik Aziz? Gambar ini menceritakan seribu satu persoalan, apa yang dibuat oleh dua orang DAP ini di tempat solat bersama dengan Nik Aziz. Apakah membincangkan hal politik dalam masjid atau merancang sesuatu antara DAP dan PAS dalam masjid?



Ini gambar Nga dan Ngeh masuk rumah orang Islam tanpa membuang kasut yang dipakainya. Mereka berani buat begini kerana tahu Nik Aziz sentiasa membela mereka. Sebab itulah juga Ngeh berani mempersendakan ayat ayat suci Al Quran kerana tahu Nik Aziz melindungi perbuataanya (baca sini).

Inilah akibatnya bila ada seorang "ulamak" yang digunakan oleh DAP untuk menghalalkan segalanya untuk tujuan politik. Apa sudah jadi, DAP tetap dengan pendiriannya menolak Islam. Mereka hanya sekadar mahu gunakan pemimpin Islam untuk tujuan politik. Apakah ini tidak disedari lagi oleh pemimpin Islam?

Jelajah Destini Anak Bangsa Bakal Dilancarkan Esok!#JDAB2012


Siri kedua 'Jelajah Destini Anak Bangsa bakal dilepaskan 9.00 pagi esok 9 Mei 2012 oleh Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi Tuan Haji Khairi Malek di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam.

Lokasi pertama yang bakal dilawati esok adalah Seremban, Negeri Sembilan sebelum meneruskan perjalanan ke Linggi, Rembau, Kuala Pilah, Jempol dan bakal bermalam di UiTM Segamat. Selanjutnya klik di sini...

PRU13: Khairy Lancar Kempen Sukarelawan BN Guna Media Sosial #BNYouthVolunteers


Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin melancarkan kempen mempelawa mereka yang berminat - sama ada ahli parti itu ataupun sebaliknya agar menyertai barisan sukarelawannya - dipercayai kali pertama dibuat secara formal bagi membantu kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dipercayai langkah itu selari dengan kelonggaran yang diberikan ekoran pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bulan lalu - yang membolehkan penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara menjadi ahli parti politik dan aktif berpolitik.

Khairy yang membuat pelawaan menerusi akaun Twitter sejak lewat petang semalam berkata, sukarelawan-sukarelawan terpilih akan diberi tugas berkempen mengikut pengalaman, minat dan keperluan.

"Yang dipilih akan diberi maklumat terperinci," katanya lagi.

"Kalau minat menjadi anggota #BNYouthVolunteers untuk PRU13, sila e-mel ke (alamat) bnyv2012@gmail.com," kata Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau lewat petang semalam.

Berdasarkan perkembangan pagi tadi, Khairy menerusi salah satu mesejnya berkata, beliau telah menerima lebih 200 e-mel dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

Memaklumkan perkembangan setakat awal petang ini, kata beliau, respons amat menggalakkan dan oleh itu, butiran mendalam akan diumumkan menerusi Facebook lewat hari ini.

Dalam siri mesej menerusi akaun Twitternya, Khairy juga berkata, sukarelawan yang berminat akan dimobilisasikan untuk bertugas di seluruh negara semasa PRU13.

"(Mereka yang berusia 18-40 tahun. Lelaki dan perempuan. Tak semestinya ahli parti BN," kata beliau.

Langkah Khairy ini juga menarik perhatian banyak pihak di sebalik spekulasi bahawa PRU13 akan diadakan dalam waktu terdekat - kemungkinan bulan depan.

Apa Cerita... Azizan Naikkan Yuran KUIN, Anwar Nak Bagi Percuma!


Apa kes ni? Sedang hebat Anwar memperkudakan Mahasiswa untuk menghapuskan PTPTN muncul pula cerita baru dimana Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengakui yuran pengajian di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dimiliki kerajaan negeri, akan dinaikkan bermula Julai ini.

Apa celop!

Azizan yang juga Pengerusi Kuin bagaimanapun menyatakan tidak tahu jumlah kenaikan tersebut, tetapi hanya membabitkan pelajar baru yang mendaftar Julai ini bagi menampung kos pentadbiran kolej.

"Kita telah maklumkan tentang kenaikan yuran ini dan kita tidak akan ganggu pelajar lama walaupun kita mengalami kerugian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kerajaan negeri di Wisma Darulaman di sini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Mahdzir Khalid berkenaan krisis kewangan Kuin sehingga menjejaskan pentadbiran kolej universiti itu semalam.

Antara lain, Mahdzir berkata Kuin akan menaikkan yuran pengajian daripada RM60 kepada RM200 bagi setiap jam kredit mata pelajaran yang diambil oleh semua pelajar kolej universiti tersebut.


Mengulas lanjut, Azizan berkata Kuin adalah antara universiti yang mengenakan yuran yang rendah kepada pelajar sehingga ditegur oleh Kementerian Pengajian Tinggi kerana dasar itu akan menjejaskan pentadbiran Kuin.

"Semasa saya mula menjadi menteri besar dulu, saya ada menerima cadangan untuk menaikkan yuran tapi saya tahan kerana atas pertimbangan saya, Kuin masih belum cukup kemudahan ketika itu.

"Tapi sekarang kampus baru kita akan siap hujung tahun ini. Jadi bila siap semua kemudahan termasuklah alat moden yang akan kita gunakan, baru kita naikkan yuran," katanya. - Bernama

Hidup! Hidup! Hidup! Mahasiswa semua kena tipu oleh Anwar! Pe cer???