Sunday, May 13, 2012

BN Menerima Sokongan Majoriti Rakyat – Kajian UMCEDEL


Sejumlah 49 peratus rakyat di negara ini dijangka memilih untuk mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang berbanding 21 peratus yang memilih Pakatan Rakyat.

Sementara 30 peratus lagi masih belum menetapkan sokongan dan merupakan pengundi atas pagar yang selalunya akan membuat keputusan pada saat akhir.

Begitulah hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).

Kajian itu melibatkan 2,282 responden dan dilakukan secara bersemuka dengan etnik Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Ia dijalankan di antara tarikh 31 Mac hingga 15 April lalu, dengan satu margin ralat kira-kira 2.1% .

Sebanyak 55 peratus yang ditemuramah merupakan responden lelaki manakala selebihnya adalah wanita.

Hasil kajian ini menunjukkan Pakatan Rakyat masih perlu menempuh perjalanan yang ‘sangat jauh’ sebelum mereka dapat menawan Putrajaya seperti mana yang diidamkan.

Ia juga menunjukkan pengundi atas pagar akan memainkan peranan penting dalam pilihan raya akan datang.

Selain itu, pelbagai dasar yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya telah berjaya menarik sokongan yang cukup luas dengan dua pertiga daripada responden menyatakan sokongan terhadap pemerintah.

Dalam kajian itu, responden juga ditanya sama ada pelbagai program yang diperkenalkan oleh Najib akan menambahkan sokongan mereka terhadap BN atau sebaliknya.

Untuk itu, 68 peratus daripada responden menyatakan sokongan mereka dengan program Kedai Rakyat 1Malaysia manakala 74 peratus lagi bersetuju dengan program Klinik 1Malaysia.

Keputusan kajian tersebut sekali gus menunjukan betapa sukarnya Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum akan datang memandangkan penerimaan baik pengundi terhadap pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri itu.

Dalam perkembangan yang sama, kajian itu mendapati majoriti masyarakat Cina dan India dijangka mengundi untuk Pakatan Rakyat di Selangor manakala sokongan orang Melayu di negeri itu terbahagi sama rata di antara Pakatan dan BN.

Seramai 60 peratus responden di kalangan orang India dan 49 peratus responden Cina berkata mereka akan menyokong Pakatan Rakyat di negeri berkenaan, berbanding hanya 20 peratus (India) dan 16 peratus (Cina) yang memihak BN.

Bagaimanapun, kedua-dua parti mempunyai sokongan yang sama banyak di kalangan orang Melayu, dengan BN mempunyai kelebihan sebanyak 34 peratus berbanding dengan Pakatan iaitu 33 peratus.

Manakala di Perak, Pakatan Rakyat bakal berhadapan dengan ‘pertempuran besar’ untuk menawan semula negeri yang dimenangi mereka pada tahun 2008, sebelum BN merampas kembali pada tahun 2009 itu.

BN mendapat sokongan majoriti setiap kaum, terutamanya dengan sokongan paling tinggi daripada orang India iaitu 67 peratus.

Berbeza pula dengan Pakatan yang hanya mampu meraih 5 peratus daripada sokongan orang India.

BN juga mempunyai kelebihan dengan 36 peratus pengundi Melayu dan 35 peratus pengundi Cina menyokong mereka berbanding Pakatan yang hanya mempunyai 30 peratus sokongan bagi kedua-dua kaum.

Begitupun, 34 peratus pengundi Melayu dan 35 peratus pengundi Cina masih tidak dapat membuat keputusan.

Ia sekali gus menunjukkan bahawa Pakatan masih mempunyai peluang untuk menguasai semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Kaji selidik itu juga mendapati yang Pakatan akan mengekalkan sokongan di Kelantan, dengan 44 peratus daripada responden memihak kepada mereka berbanding dengan 27 peratus yang memilih BN.

Di Kedah, Pakatan memperolehi sokongan majoriti daripada responden Cina dan Melayu, manakala BN jauh lebih popular di kalangan orang India.

Kaji selidik itu telah dijalankan ke atas 2,282 responden yang dipilih secara rawak menurut kadar perpecahan kaum di negara ini.

Hasil kajian itu boleh dilihat sendiri di sini.

http://umcedel.um.edu.my/images/umcedel/doc/PRU13-WEB.pdf

Saturday, May 12, 2012

Mahasiswi Bidas Ambiga Dan Anwar


Salam Blogger,

Ini pandangan hebat dari seorang mahasiswi mengenai isu BERSIH3.0 yang difikirkan beliau sebagai gagal dan tak memberi manfaat kepada kita :

"Perhimpunan yg diadakan di stadium adalah lebih baik kalau nak dibandingkan dengan perhimpunan jalanan.

Keadaan lebih teratur dan tersusun, tidak mengganggu ketenteraman masyarakat dan tak menggugat keselamatan negara.

Dan perhimpunan seperti itu tidak akan merosakkan pandangan pelancong dari luar, in fact mereka akan kagum dengan perpaduan dan semangat rakyat Malaysia.

Tidak ada salahnya kalau penganjur bersih menerima tawaran untuk menggunakan stadium dan perhimpunan mereka akan lebih berjaya serta dipandang tinggi dalam usaha untuk menuntut pilihanraya yang bersih.

Masih banyak ruang dan peluang yang diberikan kepada mereka. Kita mahukan keamanan dan tindakan berhimpun di jalanan bukanlah apa yang masyarakat mahukan

Saya harap masyarakat Malaysia khususnya mampu menilai, dan mencerna, siapa dan bagaimana cara yang perlu kita ikut.

Kerajaan sudah bersikap terbuka dengan membenarkan mereka berhimpun di stadium. Tetapi apa balasan yang diberikan? Diberi bunga, dibalas tahi. Malah tindakan demonstran yang mencabar dan memburuk burukkan polis adalah sangat dikesali. Sudah menjadi tugas polis untuk memastikan keselamatan masyarakat dan negara.

Semoga masyarakat sedar kepentingan keamanan di negara ini. Saya sebagai seorang mahasiswa, seorang belia, seorang kakak, bakal ibu, mahukan negara yang aman untuk generasi masa hadapan. Saya tak mahu dipersalahkan suatu hari nanti andai kata Malaysia kucar kacir, dan demonstrasi menjadi budaya dalam masyarakat kita."

- Ilham Jamil Khir

DS Najib Bidas BERSIH: "Kalau Hendak Tunjuk Kuat Himpun di Stadium!"


"Kalau nak tunjuk kuat, berhimpunlah di stadium seperti kita... kalau mereka sayangkan negara dan menghormati undang-undang berhimpunlah seperti kita," kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis Sambutan Hari Umno ke-66 di sini, malam tadi.

Kata Presiden Umno ini, penganjur Bersih 3.0 akhir bulan lalu telah ditawarkan beberapa tempat seperti Stadium Nasional Bukit Jalil serta Stadium Merdeka.

"Mengapa mereka (Bersih3.0) tidak mahu menggunakan tempat yang telah disediakan seperti kita malam ini, adakah mereka takut jumlah penyokong yang hadir tidak ramai.

"Bukan alasan yang bagus mereka mengatakan kita memberitahu mereka terlalu lambat untuk mengubah tempat perhimpunan mereka daripada Dataran Merdeka dan mereka menyatakan Stadium Merdeka bukan tempat sejarah adalah satu pembohongan," tambah Najib yang memulakan ucapan dengan mengkritik pendirian penganjur Bersih 3.0 mahu berhimpun di Dataran Merdeka.

Sekitar 100,000 orang hadir pada majlis sambutan malam tadi.

Dalam ucapannya, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, Umno tidak pernah mendominasi kuasa politik negara ini.

Beliau juga meminta pembangkang berhenti daripada mempersalahkan Umno atas setiap masalah dihadapi mereka.

"Umno tak mabuk kuasa dan kami akan berubah mengikut tuntutan masa yang inginkan perubahan dan dasar Umno boleh berubah, namun kami matlamat memperjuangkan agama, bangsa dan negara tidak akan berubah," kata beliau lagi.-SH

Video Siri Jelajah Destini DI Negeri Sembilan & Johor #JDAB2012

Tasha Shilla bersama Skuad JDAB2012 bersama masyarakat pengunjung


Rakaman siri Jelajah Destini Anak Bangsa yang melawat dan mencari golongan pelajar lepasan SPM yang tidak mampu melanjutkan pelajaran kerana kemiskinan. Program anjuran GDAB dengan kerjasama UiTM ini merupakan program khas bagi membantu golongan pelajar yang ibubapa mereka berpendapatan bawah RM2,000 sebulan.

Adik-beradik Linda Rafar dan Diana Rafar

120,000 Hadir Sambutan UMNO 66 Vs BERSIH 3.0



Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 disambut dengan begitu bersemangat dan meriah, kira-kira 120,000 ahli UMNO dan orang ramai membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil serta perkarangannya di sini malam ini bagi menyambut Ulang Tahun UMNO Ke-66.

Seawal pukul 3 petang lagi, lautan baju merah sudah memenuhi perkarangan stadium.

Petikan lirik lagu UMNO iaitu, ‘UMNO terus mara’ adalah tepat untuk menggambarkan perjuangan parti yang banyak berjasa ini. Walaupun dicabar, ditentang dan diasak dari luar, dari dalam dan sejak dahulu sehingga sekarang, UMNO kekal tegak berdiri memikul amanah agama, bangsa dan negara.

Jika pembangkang masih enggan mengakui akan kekuatan UMNO, maka mereka harus berfikir sekali lagi selepas menyaksikan perhimpunan raksaksa ini.

Tetapi, kita yakin bahawa pembangkang sebenarnya cukup maklum akan kekuatan UMNO dan kerana itulah mereka perlu mengadakan BERSIH, perlu mempersoalkan sistem pilihanraya, perlu menggembar-gemburkan kisah pengundi hantu dan sebagainya untuk dijadikan alasan apabila kalah dalam pilihanraya nanti.

Kerana itulah juga mereka tidak jemu-jemu berusaha menjatuhkan UMNO melalui jalan belakang bagi mengelak dari melalui pilihanraya.

Begitu jelas sekali bahawa sokongan terhadap pembangkagn tidaklah sekuat laungan fitnah yang mereka lemparkan terhadap kerajaan. Malah, perhimpunan BERSIH 3.0 yang ditaja oleh zionis, di mana peserta-peserta diberi bayaran juga hanya mampu mengumpul lebih kurang 25,000 orang sahaja. Itupun setelah dicampur dengan kumpulan penentang Lynas dan penyokong LGBT yang menyasarkan musuh yang sama iaitu UMNO.

Justeru, di manakah yang dikatakan kekuatan pembangkang? Di dalam laman sosial di internet sajakah? Kenapakah penyokong-penyokong tegar di internet itu tidak mampu dikumpulkan secara tersusun untuk turun berdemonstrasi ketika BERSIH 3.0? Apakah mereka tidak cukup bersemangat? Atau tidak cukup keyakinan? Atau pengecut? Atau bayaran yang diberi oleh pihak pembangkang/BERSIH terlalu rendah?

Jawapannya ialah kerana penyokong mereka tidak seramai mana. Segelintir yang ada itu pula pondan-pondan, pengecut dan pak-pak turut belaka - konon ingin berjuang tetapi terhegeh-hegeh meminta simpati apabila cedera. Kerana itulah BERSIH 3.0 gagal dan kerana itulah juga pembangkang bakal kalah lagi dalam pilihanraya kali ini.

Walaubagaimanapun, kita wajar mengucapkan terima kasih kepada pembangkang kerana kita percaya, semangat yang memuncak dan kesedaran yang meningkat di kalangan golongan atas pagar yang diterjemah dalam sambutan ulang tahun UMNO hari ini adalah sedikit sebanyak berpunca dari sikap dan kelemahan pembangkang sendiri, terutamanya dalam penganjuran BERSIH 3.0.

Sesungguhnya, sifat pembangkang yang sentiasa bergelumang dengan skandal dan suka melakukan kerosakan, memudahkan kerja UMNO. Jika pembangkang perlu melakukan penipuan dan memfitnah seperti memalsukan gambar dan mereka-reka cerita tentang keburukan pemimpin UMNO, UMNO pula tidak perlu berbuat begitu. UMNO hanya perlu tunggu dan lihat sahaja bagaimana pembangkang ‘membunuh’ diri mereka sendiri secara perlahan-lahan.

Itulah bezanya parti yang berjasa dengan parti yang hanya tahu bercakap. Manusia yang banyak bercakap selalunya akan lebih banyak berbuat silap. Begitu jugalah dengan pembangkang yang saban hari kerjanya adalah bercakap, berkempen dan berceramah. Semakin lama semakin banyak yang mereka tersasul dan semakin teruk mereka merapu.

UMNO pula tidak perlu bercakap banyak dan hanya bercakap bila perlu. Selebihnya UMNO bekerja untuk rakyat dan untuk negara.

Hari ini, kita bertuah dapat menyaksikan UMNO bangkit kembali dari kecederaan dan terus mara menuju pilihanraya demi agama, bangsa dan negara! Hidup UMNO! Hidup Melayu! Allah selamatkan Malaysia!

Galeri Gambar klik di sini