Saturday, October 13, 2012

Anawaris Jadikan PAS ‘Pak Turut'


Penguasaan golongan Anwaris dan Erdogan dalam kepimpinan PAS menyebabkan parti itu kini menjadi ‘pak turut’ kepada DAP dan PKR, kata ahli seumur hidup PAS, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad.

Katanya, keadaan menjadi parah apabila golongan ulama disisihkan daripada kepimpinan PAS pusat menyebabkan parti itu hilang kredibiliti selaku parti yang mempertahankan syariat islam.

“Ini menyebabkan orng melayu terutama ahli PAS sendiri mula mempersoalkan hala tuju parti itu yang dilihat semakin meninggalkan hokum hudud dan konsep Negara islam yang diperjuangankan sejak lima dekat lalu.” Katanya.

Pentingkan undi bukan melayu Beliau berkata, perjuangan PAS sudah jauh menyeleweng kerana terlalu mementingkan undi bukan melayu.

“Kepimpinan PAS pusat sekarang sudah dikuasai golongan Erdogan dan Anwarinas yang angenda utama mereka ialah kuasa, kebendaan dan pekara duniawi.

“Kumpulan ini membisu apabila bedepan dengan DAP dan PKR demi merealisasikan impian menawan Putrajaya, sehingga menyebabkan PAS kini dilihat sebagai pengikut dala pakatan,” katanya ketika bertemu BH disini semalam.

Shahnon yang juga sastrawan Negara mendedahkan kebanyakan ahli PAS, Khususnya diperingkat akar umbi kurang selesa dengan DAP, tetapi tidak mahu bersuara kerana tidak mahu dianggap melawan dasar parti.

Katanya, kesetiaan ahli PAS kepada perjuangan parti boleh tergugat berdasarkan tindak tanduk parti parti ituyang banyak mengalah kepada DAP dan PKR.

“saya yakin ini tidak akan berlaku jika golongan ulama kembali memimpin jawatan kuasa PAS pusat, selain pelbagai isu membabitkan akidah dan akhlak boleh kita selesaikan.

“malah, saya yakin kerjasama dengan UMNO juga boleh menjadi kenyataan kerana ulama mementingkan perpaduan ukhuwah sesame Muslim dan bukanya Erdogan atau Anwarinas yang hanya mengimpikan Putrajaya,” katanya.

-BH

80 Penyokong Tegar & Anggota Parti Pembangkang Sertai Umno


BERA: Seramai 80 penyokong tegar dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP cawangan Felda Bukit Mendi dan Pucong menyertai Umno selepas kecewa dengan sikap pemimpin pakatan pembangkang yang cuma mementingkan diri.

Mereka mengisi borang menyertai Umno dan menyerahkannya kepada Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob pada majlis 'Pemimpin Turun Padang dan Kenduri Rakyat' di Felda Bukit Mendi, Bera, pada Jumaat.

Ia turut disaksikan Timbalan Ketua Umno Bahagian Bera Mohd Fadzil Othman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan dan ADUN Guai, Norol Azali Sulaiman.

Wakil kumpulan tersebut Ismail Yusoff berkata, walaupun ada di antara mereka merupakan penyokong tegar dan anggota parti pembangkang sejak lebih 20 tahun lalu namun tiada apa yang dilakukan pembangkang bagi membela mereka.

"Contohnya saya sendiri sebagai penyokong tegar DAP, tetapi tiada apa yang dilakukan parti tersebut untuk membela nasib orang Melayu. "Setelah memikir dan melihat kerajaan Barisan Nasional (BN) bersungguh-sungguh membela dan membantu rakyat membuatkan hati saya terpanggil untuk menyertai Umno," katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut.

Beliau dan rakan-rakan yang kini menyertai Umno berikrar akan memberikan sokongan kepada pimpinan dan akan memastikan UMNO dan BN menang pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

Katanya, pemimpin pembangkang bukan sahaja tidak sekata, malah lebih mementingkan diri daripada membela nasib rakyat.

Dalam pada itu, Ismail menyeru mereka yang masih menyokong pembangkang terutamanya parti DAP kembali ke landasan asal dan menyokong Umno dan BN.

"Hanya BN yang berjaya dan terbukti membela rakyat di mana segala kenikmatan dan kemewahan yang dirasai terutamanya bagi peneroka Felda ini adalah hasil daripada perjuangan Umno dan kerajaan BN," katanya.-BERNAMA


Hasan Ali Desak Nik Aziz Lepas Jawatan Mursyidul Am


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendesak Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melepaskan jawatannya sebagai Mursyidul Am Pas susulan kenyataannya mempertahankan kerjasama Pas dengan DAP.

Beliau yang dipecat oleh parti itu awal tahun ini berkata, Nik Aziz sewajarnya menyerahkan tanggungjawab itu kepada timbalannya, Datuk Dr Haron Din yang dilihat lebih berupaya dan berwibawa.

“Mungkin sudah sampai masanya sebelum nasi menjadi bubur, TGNA (Nik Aziz) memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul Am kepada timbalannya, yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan yang setara dengan beliau,” katanya dalam satu tulisan pada laman sosial beliau semalam.

Hasan berkata, "saya berpendapat demi untuk menjaga keutuhan dalam Pas dan menjadikan Pas terus berdarjat dan bermartabat sebagai 'custodian' kepada perjuangan Islam, TGNA (Nik Aziz) perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah."

Oleh itu katanya, sudah sampai masanya bagi Nik Aziz untuk merenung sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan Pas sama ada benar-benar menguntungkan atau merugikan bukan sahaja Pas sebagai sebuah parti Islam tetapi yang lebih penting perjuangan Pas itu sendiri termasuklah imej, kehebatan dan keagungan Islam itu sendiri.

Kelmarin, Mursyidul Am Pas mengeluarkan kenyataan menyatakan DAP tidak pernah mengganggu Pas, malah beliau menegaskan kerjasama antara dua parti itu perlu untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Rabu lalu, Hasan jga menyokong kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang antara lain berkata, Pas tidak seharusnya mengutamakan kuasa semata-mata dan meletakkan perjuangan Islam di tempat kedua.

Malah dalam kenyataan tempoh hari beliau menyifatkan kenyataan Nasharudin menunjukkan Majlis Syura yang diketuai oleh Nik Aziz sudah mula kembali berwibawa.

Hasan Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia menyifatkan kenyataan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, kelmarin sebagai "agak keterlaluan" susulan secara terang-terangan menyatakan DAP sebagai tidak pernah mengganggu Pas malah menggangkat martabat parti itu sebagai rakan kongsi yang akan menjamin kemenangan Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

“Kenyataan tersebut tidak layak lagi akan menghiris hati dan perasaan ahli dan penyokong Pas yang sudah tidak menahan perasaan sabar akibat daripada bertambah berani dan ghairahnya pimpinan DAP menghina Islam.

“Saya bimbang kenyataan-kenyataan 'supreme' ini akan menjadikan pimpinan DAP dan sebahagian daripada pimpinan Pas daripada golongan parasit terus mendapat pembelaan dan menjadikan mereka lebih ganas menghentam Islam dan perjuangan Pas disebabkan “peluru” yang disediakan oleh TGNA,” kata Hasan.

Hasan juga berkata, Nik Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu kerana ramai pimpinan Pas sebelum ini menyanggah pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh dan

Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berterusan menghina serta menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud.

Malah katanya, Nik Aziz juga pernah menyebutkan akan meneruskan hudud di Kelantan meski pun didatangi DAP.

“Tuan Guru Nik Aziz perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah. Sudah sampai masanya bagi Nik Aziz untuk merenung sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan

Pas sama ada benar-benar menguntungkan atau merugikan,” katanya lagi.


BERIKUT KENYATAAN PENUH DR HASAN ALI:

Saya tertarik dan terpanggil untuk memberi sedikit ulasan kepada kenyataan daripada Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) yang juga merupakan Mursyidul Am Pas.

Seperti yang diketahui TGNA mempunyai kedudukan istimewa di dalam Pas. Bagi kebanyakan ahli dan penyokong Pas, mereka menganggap TGNA segala-galanya. Beliaulah Mursyidul Am.

Beliaulah "Presiden". Beliaulah Menteri Besar dan beliaulah Tok Guru dari sudut agama.

Kedudukan yang sedemikian bagi saya adalah pemberian ALLAH kepada beliau. Setiap satu kedudukan termasuk dirinya sebagai hamba ALLAH mempunyai tanggungjawab yang begitu besar bukan sahaja di kalangan ahli dan penyokong Pas tetapi yang lebih penting disisi ALLAH SWT.

Saya sendiri dan mungkin orang lain juga merasa begitu kerdil untuk membuat ulasan terhadap sebarang kenyataan yang dibuat oleh TGNA atas kedudukan beliau yang begitu supreme dikotak pemikiran ahli dan penyokong Pas.

Ketiadaan ahli dan penyokong yang berupaya untuk menyanggah pendapat beliau yang setengah-setengahnya begitu ganjil bukan sahaja dari segi perkataan malah dari segi implikasi kenyataan yang dikeluarkan yang mungkin atas supremenya beliau, beliau dan orang-orang dalam lingkungan beliau tidak menyedarinya. Saya tidak perlu mengulangi kenyataan yang mana, waktu bila yang termasuk dalam kategori ini.

Untuk menyatakan DAP tidak pernah mengganggu Pas dan DAP juga merupakan rakan kongsi yang akan menjamin kemenangan Pas dalam PRU13, bagi saya agak keterlaluan.

Bagi saya juga kenyataan sedemikian tidak seharusnya dikeluarkan oleh seorang yang mempunyai 'stature' seperti yang disebutkan diatas. Lupakah TGNA dan orang-orang disekeliling beliau bahawa TGNA pernah beberapa kali menyanggah pendirian Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang berterusan menghina dan menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud?

Kita tidak lupa, beliau juga pernah menyebutkan akan meneruskan hudud di Kelantan dalam keadaan apa pun yang di datangkan oleh DAP? Kita juga masih ingat betapa tegasnya beliau mengatasi mana-mana pimpinan Pas yang lain menyatakan perasaan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang adakalanya tidak layak oleh seseorang yang dianggap begitu 'supreme'.

Bagi saya kedua-dua kenyataan terakhir TGNA mempunyai dua implikasi besar.

Pertama, kenyataan tersebut tidak layak lagi akan menghiris hati dan perasaan ahli dan penyokong Pas yang sudah tidak menahan perasaan sabar akibat daripada bertambah berani dan ghairahnya pimpinan DAP menghina Islam.

Kedua, saya bimbang kenyataan-kenyataan supreme ini akan menjadikan pimpinan DAP dan sebahagian daripada pimpinan Pas daripada golongan parasit terus mendapat pembelaan dan menjadikan mereka lebih ganas menghentam Islam dan perjuangan Pas disebabkan “peluru” yang disediakan oleh TGNA.

Saya berpendapat demi untuk menjaga keutuhan dalam Pas dan menjadikan Pas terus berdarjat dan bermartabat sebagai “custodian” kepada perjuangan Islam, TGNA perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah. Sudah sampai masanya bagi TGNA untuk merenung sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan Pas sama da benar-benar menguntungkan atau merugikan bukan sahaja Pas sebagai sebuah parti Islam tetapi yang lebih penting perjuangan Pas itu sendiri termasuklah imej, kehebatan dan keagungan Islam itu sendiri.

Mungkin sudah sampai masanya sebelum nasi menjadi bubur, TGNA memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul Am kepada timbalannya yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan yang setara dengan beliau.

Sinar Harian